BAB 27

Romance Completed 3910

Nurul ke halaman hadapan rumah banglo dua tingkat itu selepas selesai menyediakan sarapan. Ketika sampai tengahari kelmarin dia teruja melihat pelbagai jenis pokok bunga yang ditanam di halaman rumah ini terutamanya pokok-pokok mawar pelbagai warna. Nurul mendapatkan getah paip air untuk menyiram pokok-pokok bunga yang merimbun. Senang rasa hatinya melihat permandangan indah di depan mata. Tak sangka Hajjah Mastura pengemar bunga seperti ibunya.

''Kenapa kau langsung tak bersuara semalam? Sukalah hati kaukan, boleh takutkan aku macam tu? Dah tu ada hati pulak nak ketawakan aku?'' Nurul menoleh dengan pantas ke arah suara yang sedang bercakap kasar itu. Macam nak istihar perang saja. Nurul tak membalas apa-apa, selepas menoleh sejenak, dia meneruskan kerjanya menyiram pokok sambil membelek bunga-bunga yang baru berkembang.

''Aku cakap dengan kaulah hantu, kau jangan buat-buat pekak pulak!'' Amirul masih bersuara kasar. Nurul terus buat selamba seolah Amirul tu halimunan. Sesekali kejadian semalam terlayar di mindanya, bibir Nurul spontan mengukirkan senyuman.

''Woi!!'' kepala Nurul ditunjal Amirul. Nurul menoleh sambil membeliakkan matanya. Bibirnya dikebam kuat, hilang sudah senyuman di bibirnya tadi, berganti rasa amarah yang mula singgah di hati.

''Kenapa? Mata dah bulat macam mata pontianak. Ingat aku takut ke? Beliaklah lagi,.biar aku cungkil baru tahu!'' geram Amirul dengan sikap membisu Nurul. Nurul mencebik tanpa sedar. Tak takutlah konon, semalam lari tak cukup kaki, tak takutlah sangat!

''Agaknya kau ni bukan saja pekak, bisu jugak rupanya!'' Amirul terus mengutuk Nurul. Berdesing telinga Nurul mendengarnya. Dalam diam Nurul, hatinya sudah berdoa agar segala kata-kata Amirul tu nanti dibayar cash seperti jatuh dan sebagainya. Sedap saja mengutuk orang..

''Huh!,.sudahlah, buat penat aku saja cakap dengan orang bisu dan pekak ni tapi kau ingat satu ja, perbuatan kau semalam menakutkan aku, aku akan bayar CASH! Faham!!'' sambil memberi amaran Amirul melangkah laju masuk ke rumah. Nurul sudah memandang semacam ke arah Amirul. Pasu bunga yang berada di depan Amirul membuatkan Nurul terus berdoa agar bakal terjadi sesuatu.

''Arghhhh,.tak guna punya pasu!'' Nurul terus tergelak menyaksikan kejadian di depan matanya. Makbul pulak doanya tadi. Sukanya dia bila melihat Amirul sudah jatuh tersungkur di tepi pasu bunga umminya. Amirul bengang dengan gelagat Nurul yang mengangkat ibu jari kepadanya kemudian ibu jari itu diterbalikkan.

''Yess!'' Nurul sengaja membuat wajah teruja dan gembira. Semakin kuatlah dendam Amirul kepada Nurul. Tak apa 'hantu',.kau tunggulah hari pembalasan untuk kau! Amirul bangun dan berjalan pantas masuk ke rumah. Hatinya amat membara,geram diketawakan lagi oleh perempuan yang entah siapa itu. Dia belum bertanya umminya tentang budak baru itu. Itukah tetamu umminya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience