Bab 57

Romance Series 106380

JUWITA tahan sabar. Kecoh di tapak pembinaan apabila Zack datang mengamuk. Makin Juwita sakit hati bila Zack langsung tiada rasa takut walau telah diberi amaran.

"Kau ingat aku takut? Aku sikit pun tak takut Ju. Kau datang-datang terus ambil jawatan CEO. Sedangkan yang selama ini bertungkus lumus bangunkan syarikat tu, Uncle Mansur." Zack ketawa gembira apabila melihat wajah Juwita berubah mendung.

"Belajarlah sedar diri tu Ju. Kau bukan sesiapa. Mak kau dulu pun nenda buang macam anjing kurap sebab perangai macam jalang!" Berdesing telinga Juwita ketika itu. Sabar yang ditahan dari tadi tak mampu lagi diteruskan. Juwita melangkah menghampiri Zack dengan wajah yang merah akibat menahan marah.

Pang!

Terteleng kepala Zack ke kanan menerima tamparan dari Juwita. Pijar rasa pipinya saat itu. Namun dia tetap tersenyum sinis melihat Juwita yang menahan kemarahan dengan dada yang berombak hebat.

"Jangan sesekali kau hina ibu aku. Kau tanya apa yang mak bapak kau buat sampai arwah nenda serahkan syarikat tu pada ibu aku. Aku mungkin tak pernah jumpa nenda. Tapi aku yakin nenda cukup bijak untuk membuat keputusan. Sekali lagi kau cari pasal, aku takkan teragak-agak ambil tindakan undang-undang!" Juwita terus melangkah pergi meninggalkan Zack.

Sakit sungguh hatinya ketika itu. Gara-gara kekecohan yang dicetuskan oleh Zack, Juwita terpaksa membiarkan Haris menghadiri meeting sendirian.

Juwita menggenggam stering kereta erat. Mengawal segala kemarahan yang bersarang di hatinya. Dadanya berombak kencang. Kedinginan penghawa dingin dalam kereta itu masih tidak mampu meredakan panas di hatinya.

Ikutkan rasa marahnya tadi, lebih dari itu dia ingin beri pada Zack. Memang menjadi kepantangan Juwita bila ada orang mengata tentang keluarganya. Apatah lagi ibu yang melahirkannya. Hatinya sakit bagai disiat-siat apabila mengingati kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh Zack.

Setelah jiwanya agak tenang, Juwita memandu semula ke pejabat. Masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

Sepanjang perjalanan, otak ligat mencari jalan untuk mengajar Zack. Dia tak boleh biarkan Zack terus begitu. Jika dulu Tuan Mansur tidak mengambil tindakan. Kali ini, Juwita takkan duduk diam. Suka atau tidak, dia akan ambil tindakan atas salahlaku Zack.

Orang dulu-dulu cakap nak meluntur buluh biar dari rebungnya. Tapi Zack ni dah jadi buluh. Nak lentur pun susah, salah lentur patah terus. Juwita menghela nafas berat.

Jam di dashboard dipandang sejenak, berkira-kira untuk masuk semula ke pejabat atau terus pulang memandangkan telah hampir jam 5:00 petang. Akhirnya Juwita memandu pulang semula ke pejabat apabila mengenangkan ada beberapa dokumen yang masih belum disemak.

Juwita tergesa-gesa berjalan masuk ke lobi apabila dia dengan tidak sengaja merempuh tubun seseorang. Hampir saja dia terjatuh terlentang namun, tubuhnya sempai disambut oleh insan itu. Pinggangnya dipeluk kemas. Berdebar rasa jantungnya saat mata mereka bertemu. Senyuma menggoda yang dilemparkan membuatkan dada Juwita terasa bagai nak meletup.

"Next time jalan elok-elok. Kalau jatuh tadi dah macam nangka busuk." Sempat lagi figura itu mengusiknya. Juwita tersenyum kekok. Menyembunyikan debaran di hati.

"Nak pergi mana?" soalnya apabila melihat Juwita seakan kaku.

"Ju nak siapkan kerja sikit." Berkerut dahi figura itu. Jam dipergelangan tangan kiri dipandangnya. Tangan Juwita diraih lembut menuju ke lift.

"Jom Lan teman sampai Ju siap kerja." Juwita terdiam. Langsung tidak membantah. Sesekali Juwita mencuri pandang ke wajah Zailani yang kelihatan tenang. Terlihat senyum manis terukir di bibir Zailani. Entah mengapa Juwita seakan hanyut dengan seraut wajah milik Zailani.

"Dah puas tenung muka Lan?" Juwita tersentak. Dia tersenyum malu apabila tertangkap. Zailani menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. Sangat santai. Juwita suka melihatnya.

"Jom" Tangan Juwita diraih sebaik saja pintu lift terbuka. Makin dibiar, Juwita akan semakin hanyut dengan perasaannya bukan Zailani tak perasan perkara itu. Adakalanya Juwita seakan hidup dalam dunia lain. Dunia khayalannya sendiri sedangkan dia berada didepan mata. Adakah Juwita sedang membina satu fantasi cintanya sendiri?

Zailani berdehem beberapa kali. Mengembalikan Juwita ke dunia nyata. Juwita tersengih malu sekali lagi.

"Sorry kalau susuahkan Lan. Tapi Ju memang kena semak dokumen ni secepat mungkin." Akhirnya Juwita bersuara. Dia segera melabuhkan punggungnya ke kerusi seraya meraih file yang tersusun kemas di atas mejanya. Zailani pula duduk santai di sofa yang terletak diruang kiri pejabat Juwita.

Sementara Juwita ralit menyiapkan kerjanya, Zailani bangun menghampiri sebuah cabinet yang tersusun kemas beberapa bingkai gambar. Tersenyum lebar saat matanya tertancap pada sekeping gambar milik mereka berdua. Zailani tersenyum bahagia. Matanya memandang ke arah tangan mereka yang bertaut erat. Bagai tiada siapa yang mampu memisahkan mereka ketika itu.

Zailani tidak pernah lupa. Kenangan ketika di Air Terjun Gabai. Mana mungkin dia melupakan kenangan itu. Di situlah rahsia hatinya diluahkan buat pertama kalinya dan di situ jugalah Juwita menerima perasaannya. Namun siapa sangka, seminggu selepas itu Zailani dan keluarganya terpaksa berpindah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience