Chapter 3

Romance Series 5086

Dania mengerling ke kiri dan kanannya . Jalan yang dilalui lelaki ini memang bukan jalan untuk ke rumahnya . Entah-entah laki ni betul-betul seorang penculik .

" Awak nak bawak saya pergi mana ni ?" soal Dania , panik .

"Pergi balik rumah saya ."

"NO way !!! Awak duduk rumah bujang kan . NO , kita tak ada apa-apa hubungan lagi ! Hantar saya balik sekarang ! "

" Tulah , siapa suruh tidur . Tadi baru saya niat nak hantar awak balik rumah awak , tapi awak tidur pulak . Dah lah awak tak bagitahu alamat rumah awak . So , kita balik rumah saya jelah . Bukan saya nak buat apa-apa kat awak pun . " balas Niel selamba.

Dania mendengus . Menyesal dia mengikuti lelaki ini . Kalau dia tahu yang lelaki ini hanya berlagak baik , dia takkan sesekali ikut... rungutannya terbantut apabila melihat banglo mewah bak istana yang tersergam indah di hadapan matanya .

"Tutup mulut tu . Jangan nak ternganga macam tu sangat ." tegur Niel.

"Okay..." Dania menunduk menekur jari . Malu apabila lelaki itu terperasan yang dia ternganga melihat banglo ini.

"Nama awak siapa ye ? " Soal Niel sebelum mereka keluar dari kereta . kot-kot nanti Bonda dia tanya ,senang sikit dia nak jawab.

"Nur Dania Rayna . You can call me Nia or Ayna . "

"Hmmm , okay ."

"Nama awak pulak ? "

"Niel Rayyan . 27 years old . Call me abang pun boleh ..." Mata dikenyitkan kepada gadis itu sesudah menghabiskan bicaranya .

Dania mengerutkan dahinya . Loyar buruk mamat ni boleh tahan !

"Sedap nama awak ..."

"Thanks for your compliment . "

Niel terus menarik pembuka pintu sebelum meninggalkan gadis itu seorang diri .

"Abang , tunggu saya ! " kalut punya pasal sehinggakan gelaran terhadap lelaki itu bertukar .

Niel memberhentikan langkahnya . Keningnya dijongketkan sedikit.

Dania terus menyaingi langkah lelaki itu .

"Awak , ni rumah siapa ? " soal Dania separa berbisik .

"Rumah parents , abang ..."Usik Niel sehingga menyebabkan wajah Dania kemerahan.

"Assalammualikum , Bonda ." Niel menyalami tangan Bondanya yang ketika itu sedang menonton televisyen .

"Waalaikummus...." Puan Nazrah memandang atas bawah gadis yang berada di sebelah anaknya .

" Siapa ni , Niel ? "

Dania terus menyalami tangan perempuan yang diketahui sebagai ibu kepada Niel .

"Saya Dania . "

Niel tersenyum . Bagus betul perempuan ni ! Kalau sebelum ni , mana - mna peWR4rempuan yang dibawa pulang ke rumah , mesti perlu disuruh dulu untuk bersalaman dengan bondanya . Tetapi gadis ini lain pula . You got the point ,Nia.

"Ouhhh , kawan Niel ke ni ? "

Dania mengeleng manakala Niel mengangguk .

Puan Nazrah memandang kedua-duanya dengan pandangan pelik .

" Yang mana satu betul ni ? "

"Dia bakal menantu bonda yang ke-8 " Ujar Niel Selamba lalu menghentak punggungnya di atas sofa .

" What ??!! "

"Ehh tak adalah , Puan . Saya dengan dia cuma kawan je . Tak lebih dari tu ."dania tampil membetulkan apa yang dikatakan Niel .

Hesyy mamat ni dah kenapa . Tak cukup 24 jam lagi kita berkenalan ,dia boleh kata yang aku`12 bakal menantu Bondanya . Aku lepuk jugak kepala mamat ni !

"Hmmm , Dania duduklah dulu dekat sini .Bonda nak masak sikit untuk special guest hari ni ."

Tubuh Puan Nazrah terus hilang dari pandangan mata.

Dania merapati tubuh Niel. Lelaki itu dijelingnya .

Niel mengerutkan dahinya . Pelik dengan perempuan disebelahnya ini . Tiba-tiba nak jeling-jeling orang ni dah kenapa ? Ada wayar putus ke ? Ke dia marah aku pasal tadi ??

"Awak ni jahatlah , Niel !!! Suka hati je awak cakap saya ni bakal menantu mak awak ! Saya dengan awak pun tak berapa nak kenal sangat , ada hati nak dijadikan isteri."

Niel tersenggih . Wajah disebelahnya dikerling . Nampak macam hangin semacam je makcik sebelah ni ! Ha Ha Ha ... Boleh jadi calon isteri aku ni !

"Duk tersenggih-senggih di dah kenapa ? Saya tengah bercakap dengan awak , Niel , Bukannya saya cakap dengan sofa ni . "

"Ye eh , saya ingatkan awak tengah cakap seorang diri tadi . "Usik Niel .

Dania bangun dari duduknya . Handbag nya diletakkan di atas meja .

"Sayang nak pergi mana ? "

Dania menjeling lelaki itu . Terus sahaja langkahnya dituju ke dapur .

" Puan nak masak apa ni ? " tegur Dania ketika Puan Nazrah sedang memotong sayur sawi .

Puan Nazrah tersenyum lebar . dari sini dia boleh lihat yang perempuan yang dibawa balik Niel kali ini menunjukkan sesuatu yang berbeza berbanding perempuan-perempuan lain yang tela ditolak mentah-mentah oleh suaminya.

"Panggil Bonda je pun boleh . Tak payah panggil puan-puan sangat ."

Dania mengangguk kepala bak burung hantu .

" Bonda nak masak tomyam seafood , sawi goreng , dengan ayam goreng . "

"Ouhhh...Kalau Nia tolong boleh tak ,Bonda ? "

"Eh tak payahlah . Nia duduk je dekat depan . Nia kan tetamu Bonda . Takkan tetamu pulak yang kena masak ..."

"Bonda bagi je dia tolong . Nia ni sebenarnya orang gaji baru kita . Bonda kan cakap hari tu , yang bonda nak cari orang gaji baru untuk gantikan Cik Nah . Nia ni cakap yang dia nak jadi orang gaji kita ." sampuk Niel yang baru memasuki ruang dapur itu .

Dania memandang Niel tajam . Tetapi hanya senggihan sahaja menjadi balasan terhadap renungan tajam itu.

Puan Nazrah memandang Dania .

"Betul ke , Nia ? " soal Puan Nazrah ingin tahu .

Memang selama ini dia ingin mencari penganti Cik Nah iaitu orang gajinya yang sudah lama berkhidmat di sini . Sejak cik Nah terpaksa berhenti berkhidmat di rumahnya , dia lah yang terpaksa membuat kerja-kerja rumah sehinggakan butiknya jarang dikunjunginya . Entah apa jadi dekat butiknya kini pun dia tak tahu.

"Bonda tengah cari orang gaji ke ? "Soal Dania perlahan . Jika benar Bonda Niel ini sedang mencari orang gaji , boleh lah dia menawarkan dirinya memandangkan dia sekarang masih menanam anggur di rumah kakaknya .

Puan Nazrah mengangguk laju.

"Kalau macam tu , biarlah Nia yang jadi orang gaji kat rumah ni ."

Niel tercenggang mendengar persetujuan dari Nia . Tidak disangka pula yang gurauannya membuatkan Nia serius .

"Betul ke ni , Nia ? " soal Puan Nazrah.

Dania mengangguk serius.

"Nia , saya main-main jelah..." ujar Niel bagi membetulkan apa yang berlaku.

"Maybe rezeki saya kat sini ."

Niel mengeluh panjang .

"Niel tak suka ke kalau Nia jadi orang gaji Bonda ? " soal Puan Nazrah .

"Tak adalah , Bonda . Tapi kalau Nia jadi orang gaji kita , dia nak tidur mana ?"

"Tidur sinilah . Habistu Niel nak suruh Nia tidur mana ??"

Niel terdiam . Wajah Nia dipandang bersalah .

"Awak tak nak tanya parents awak dulu ke ? "

"Parents saya dah meninggal . "

Puan Nazrah dan Niel berpandangan sesama sendiri .

"Nia tinggal dengan siapa dekat rumah ? "soal Puan nazrah pula.

"Nia tinggal dengan kakak Nia . Tapi hujung bulan ni dia dah nak nikah . So , Nia kena cari rumah lain lah ."

Timbul rasa simpati dalam diri Niel . Menyesal dia membangkitkan tentang orang gaji . Tak sanggup dia menjadikan Nia sebagai orang gaji di rumahnya.

"Apa kata kalau Nia jadi isteri Niel " Cadang Puan Nazrah.

Mereka berdua berpandagan sesama sendiri. Kedua-duanya kaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience