BAB 6

Family Completed 1384

Allyssa mengangguk perlahan. Benar kata ibunya, mungkin ayah dan abangnya akan mencari-cari makanan nanti bila tiba di rumah.

Entah mengapa ayah dan abangnya asyik pulang lewat ke rumah. Hampir setiap hari mereka akan pulang tengah-tengah malam.

Allyssa teringin sahaja mahu tahu ke mana ayah dan abangnya pergi setiap hari. Namun ibunya juga tidak dapat menjawab persoalan daripada Allyssa.

Hubungan Allyssa dengan abangnya, Khalid turut renggang apabila mereka sudah jarang meluangkan masa bersama-sama.

Dulu abangnya selalu melakukan aktiviti bersama dengannya. Walaupun jarak umur mereka agak jauh dan berlainan jantina, hubungan mereka adik-beradik amat rapat.

Memang sukar untuk melihat mereka berpisah. Memandangkan abangnya berumur 17 tahun, Allyssa selalu diteman abangnya untuk ke sekolah. Mengulang kaji pelajaran, bersenam di keliling bandar bersama-sama. Tetapi segalanya berubah tiba-tiba.

Entah. Sampai hati abangnya membiarkan dia kesunyian. Sudah seperti menjadi anak tunggal di dalam keluarga pula. Jika mahu mengajak ibunya pergi berjalan-jalan di sekitar rumah pasti ibunya menolak. Hal ini kerana ibu Allyssa sudah tua.

Jadi, tidak seronok untuk membawa ibunya itu pergi bersiar-siar. Letih pula nanti.

Ibu Allyssa mengetuk meja makan. “Jauhnya kamu termenung! Kering dah kuah tu.”

Terkejut Allyssa dibuatnya. Tidak sangka pula boleh mengelamun semasa sedang mahu menikmati makanan. Dia makan bersungguh-sungguh. Siap bertambah nasi dua pinggan.

Selera betul Allyssa. Sesudah makan, Allyssa berhasrat untuk bertanyakan tentang hal abang dan ayahnya kepada ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience