32.

Romance Completed 46610

Abdul membantu Rina mendirikan Rasyid.

"Aura? Sayangku Aura. Aura balik juga jumpa Abang." Kata Mateen.

Mateen mula mendekati Aura yang kini berada dibelakang Melissa.

"Kau dekat, Aku pastikan kau akan mendapat padah." Kata Aura cuba mengugut Mateen dengan pisau Cutter ditangan.

"Buatlah apa Sayang abang nak buat. Asal Sayang balik pada Abang." Kata Mateen yang sudah seperti orang gila.

"Aura lari nak. Jangan risaukan Dd dan Mimih. Aura lari. Mel selamatkan Aura." Pinta Rina yang sudah menangis.

"Lari Aura." Kata Abdul.

Melissa menarik tangan Aura agar mengikutinya lari melalui tangga kebawah.

"Cepat Aura!!!" Teriak Melissa.

"Aku nak jumpa Dd dan Mimih." Kata Aura.

"Kita fikir nanti." Melissa membawa Aura masuk Kedalam pintu yang menuju Kondo ditingkat 8. Aura laju menekan lift agar cepat terbuka sebelum Mateen menemui mereka.

"Cepatlah!!!" Tangis Melissa mula kedengaran kerana takut.

"Sini." Aura membawa Melissa bersembunyi dihujung lift apabila mendengar suara pintu dibuka kasar.

"Aura!!!" Teriak Mateen.

Aura menutup mulutnya dan mulut Melissa agar Mateen tidak menemuinya.

Uthman yang baru sampai berlari mendapatan Zul.

"Mana mereka?" Tanya Uthman mengah

"Dah naik dah." Jawab Zul.

"Dah jom. Aku tak sedap hati ni." Kata Uthman.

"Dah jomlah. Sama gak aku pun tak sedap hati." Kata Zul.

Dalam perjalanan lift menaik ke Kondo Mateen, Di tingkat 8 Pintu lift terbuka. Jelas dimata Zul dan Uthman lelaki didepan seperti mereka kenali.

"Aura!!!!" Pekik Mateen.

Uthman yang mendengar lelaki itu memanggil isterinya terkejut. Zul mulai perasan ada benda yang jadi. Dia menekan tombol agar pintu lift tak tertutup.

Mateen yang perasan berlalu dari sana. Naik semula ketingkat Kondonya tingkat 14.

Aura dan Melissa yang mendengar pintu tertutup melepaskan tangan dimulut. Aura mengintip. Tiada kelibat sesiapa.

"Jom." Aura menarik tangan Melissa yang masih lagi ketakutan.

Mateen tahu, Aura dan Melissa masih ada ditingkat 8. Dia hanya berpura masuk kedalam ruangan tangga kecemasan.

Melissa yang takut membuka Heelsnya dan mengikut dibelakang Aura. Aura terlihat pintu lift masih terbuka.

"Aku kira sampai 3 kita lari masuk Lift." Kata Melissa.

Zul dan Uthman mendengar sayup sayup suara perempuan berbisik. Saling berpandangan dengan Uthman.

Melissa menunjukkan jarinya tanda mengira. Dan apabila 3 jarinya ditujukan keatas mereka serentak berlari masuk kedalam lift. Dan tanpa sengaja melanggar orang yang ada didalam lift.

Zul cepat menekan tombol tutup pada dinding lift apabila memdenhar bunyi pintu kecemasan ditolak kasar. Mateen yang tak sempat masuk kedalam lift mula masuk semula kelaluan emergency dan naik semula ketingkat kondonya kerana lambang anak panah keatas berkelip.

"Abang!" Melissa memeluk Zul yang baru mereka perasan siapa yang mereka langgar tadi.

Tubuh Aura bergetar hebat. Terbayang saat dia hampir dirogol oleh Mateen dulu. Kakinya tak mampu mengimbangi tubuhnya, Dia hampir tersungkur menyembah bumi.

Uthman yang terkejut melihat isterinya hampir jatuh menyambut dan membawa kedalam pelukannya.

"By ada. Sayang jangan takut." Kata Uthman lalu menggosok lembut belakang isterinya.

Tak terkata Aura saat ini. Dalam fikirannya terbayang semuanya, Saat dia hampir dirogol, dan masa Uthman sedang bersama Melati.

"Jangan pegang aku." Aura menolak kuat tubuh Uthman. Bauan Melati kuat dibadan Uthman.

"Aura." Panggil Zul.

Namun Uthman memberi isyarat agar Zul tidak mencampuri.

Pintu lift terbuka luas. Wajah Mateen yang dipandang Aura terlebih dahulu.

"Aura. Sayang." Panggil Mateen lembut.

Wajah Aura pucat melihat Mateen didepan.

Dengan beraninya, Mateen menarik kuat lengan Aura.

"Lepaskan aku Mateen. Sakit." Aura memohon.

Namun Mateen tidak peduli. Uthman melihat isterinya diperlakukan begitu didepannya dengan sigap menghayunkan penumbuk kewajah Mateen.

Mateen tersungkur jatuh kelantai.

"Kau berani pegang isteri aku, Akan ku bunuh kau!!!" Teriak Uthman mulai kedengaran dilorong Kondo Mateen.

"Abang stop." Kata Aura lalu memeluk erat tubuh Uthman dan membawanya jauh dari Mateen.

"Kau ceraikan Aura!! Aura hak aku."Kata Mateen.

"Aku bunuh kau!!" Uthman menolak Aura ketepi hingga kepalanya terbentur kedinding.

Uthman mulai memukul Mateen hingga yak ternyawa. Zul, Rasyid dan Abdul meleraikan Uthman dan Mateen.

Aura menoleh melihat kearah Rina dan Auni. Auni tersenyum melihat pergaduhan itu. Manakala Rina ketakutan.

"Mihhh." Panggil Aura.

Rina yang mendengar Aura memanggilnya pergi mendapatkan Aura.

"Auraa!!!!" Teriak Rina apabila belim sempat dia menapak kearah Aura, dia melihat tangan Auni menarik kuat Aura kesisinya.

"Kenapa kau begitu disayangi hah Aura? Dari semua lelaki yang aku suka semua nakkan kau?" Kata Auni menekan luka dihujung kening Aura.

"Sakit Auni." Tangis Aura.

"Cupp cupp cupp. Aku boleh buat kau bertemu dengan Nenda. Kau nak?" Tanya Auni.

"Sakit lah!!" Teriak Aura.

"Auni lepaskan adik kau." Kata Rina.

"Diam!!" Tengking Auni.

"Takat nak bunuh kau ni takde hallah. Nenda lagi aku boleh bunuh. Nikan pula kau budak lembik?" Kata Auni.

"Apa?" Rasyid terkejut mendengar Auni berkata. Dia melepaskan pegangngan nuanpada tubuh Uthman.

"Kau yang bunuh Nenda?" Tanya Aura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience