Bab 9: Alasan

Romance Series 20066

DAMIA terus mengurung dirinya dalam bilik dari tadi. Makan dan minum, dia dah tiada selera. Mengingatkan tentang kejadian petang tadi, dia benar-benar sakit hati. Nak berkawan dengan penjual sate pun tak boleh ke?

Hidup dikawal sampai tahap sebegitu, air matanya jatuh berderai jua. Bantal habis basah kerana mutiara jernihnya itu.

Dia tak ada sesiapa untuk bergantung. Dia tak punya tempat untuk luahkan masalah. Semua hanya dipendam dalam dirinya saja.

Ketika itu juga, telefon di atas meja solek berdering. Lambat-lambat Damia bangun dari pembaringan mencapai telefonnya itu.

Ternyata, panggilan itu adalah daripada Syafiq. Macam tahu-tahu je yang Damia tu tengah teringatkan lelaki itu.

Pintu bilik Damia pastikan sudah berkunci. Nanti kalau ibunya dapat tahu, satu hal pula akan terjadi.

Damia kesat air mata di pipi. Dia berdehem membetulkan suaranya agar lelaki itu tidak tahu yang dia baru sahaja menangis. Damia lalu menyeret butang berwarna hijau dan menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Damia."

"Waalaikumussalam ..."

Tapi terdengar jelas suara Damia yang serak-serak basah dari corong telefon. Walhal Damia sedaya-upaya cuba menyembunyikannya.

"Awak okey tak, Damia?" Syafiq bertanya penuh kerisauan.

"Tak ada apalah, awak. Saya okey je ni," tipu Damia.

Syafiq di hujung talian menghela nafas dan mengangguk perlahan. Buat masa sekarang, dia perlu percayakan Damia dahulu. Yang penting, perkara yang ingin dia beritahu perlu disampaikan dulu.

"Okeylah kalau macam tu. Ni saya call awak ni nak bagitahu, yang motor awak dah siap repair. Kalau boleh esoklah kita ambik motor awak kat bengkel tu."

"Ye ke? Okeylah. Esok saya ambik motor tu. Tapi awak ikut sekali, kan?" tanya Damia.

Syafiq tersengih. "Mestilah saya ikut. Kalau tak siapa nak bawak awak pergi bengkel tu. Awak sanggup ke jalan kaki sorang-sorang pergi bengkel?"

Hmm ... betul jugak tu. Damia simpan senyum sendiri. Sekurang-kurangnya terhiburlah jugak hati dia tu sebab Syafiq.

Juga, apa yang Syafiq jawab tadi tu bermain di fikiran Damia. Itu bermakna, mereka berdua bakal bertemu lagi esok. Tapi macam mana dia nak jumpak lelaki itu kalau ibunya bakal menghalang.

Kata-kata ibunya tadi petang je masih terngiang-ngiang di kepala.

" ... lepas ni mak takkan izinkan kamu jumpak jantan tu. Faham?"

Damia raup wajahnya. Alasan dan dalih apa lagi yang harus dia katakan kepada ibunya demi bersua muka dengan Syafiq lagi. Dirinya buntu.

Dalam tak sedar, beberapa kali jugalah Damia tidak menyahut panggilan Syafiq. Syafiq memanggil namanya dari tadi tapi kerana asyik termenung, dia terabaikan panggilan Syafiq itu.

"Damia? Damia?"

Tersedar dari lamunan, Damia seka takungan air di tubir mata.

"Ya? Maaf awak. Connection tersekat tadi." Damia memilih untuk menipu lagi.

Syafiq kerutkan dahi. Sepertinya ada sesuatu yang terjadi kat Damia tapi mesti gadis tu cuba sembunyikan. Selalunya kalau dia orng bersembang melalui mesej ataupun panggilan, pasti ceria sahaja Si Damia itu. Tapi kali ini tidak, memang sangat terasa janggalnya

"Awak betul-betul okey ke, Damia? Kalau awak ada masalah, ceritalah kat saya. Insya-Allah saya akan cuba bantu."

Air mata Damia bergenang semula. Kenapa Syafiq terlalu baik untuknya? Kenapa lelaki seperti Syafiq harus dibenci hanya kerana harta? Hanya kerana harta yang tak kena di mata, habis dibuang begitu saja.

"Saya okey awak. Ni saya selesema sikit je," dalih Damia. Lagi dan lagi.

Sekiranya Damia bagitahu hal yang sebenar, pasti Syafiq bakal dilanda rasa bersalah. Tak mahulah Syafiq berasa begitu, nanti habislah hubungan persahabatan mereka.

"Betul ni?"

Damia mengiyakan saja. Dirinya harus berpura-pura kuat.

"Kalau macam tu jangan lupa makan ubat. Jangan minum air sejuk nanti makin melarat selesema tu. Tidur awal tau." Syafiq sempat memberi nasihat.

"Baik awak. Terima kasih, tau."

Syafiq angguk. "Okeylah. Kalau tak ada apa-apa, saya end call dulu. Tapi kalau awak ada apa-apa nak bagitahu, call atau WhatsApp je saya tau."

Syafiq sempat memberi pesanan mesra kepada Damia. Memang betul-betul ambil berat dirinya kepada gadis itu.

"Baiklah."

"Selamat malam, awak. Jumpak esok tau."

"Selamat malam."

Panggilan diputuskan. Damia lempar telefon atas katil dan sambung berbaring.

Macam mana aku nak jumpa Syafiq esok ni? Damia mengeluh berat. Dia kena redah jugak untuk jumpak Syafiq. Titik!

*****

Tangan Mak Siti lincah mengira hasil jualan kedai runcitnya. Cermin mata dipakainya dan fokus benar dia dengan wang ringgit kat atas meja itu. Segala amaun untung atau rugi kedai, dia tulis dalam buku pengurusan kedai runcit itu. Dialah yang bertanggungjawab dengan semua yang berkaitan wang dan kedai peninggalan arwah suaminya itu.

Lalu Damia yang nampak elok bersiap dengan baju kasualnya keluar dari bilik dan berjalan memintasi Mak Siti.

"Hari ni kedai tutup. Tak payahlah kamu nak jaga kedai tu." Mak Siti menghalang tetapi matanya masih terpasang pada buku dan hasil jualannya.

Damia menghentikan langkah. "Angah bukannya nak pergi kedai pun."

"Habis tu? Nak pergi jumpak si penjual sate tu?" Mak Siti serkap jarang.

Damia tersentak. Takkanlah ibunya dah tahu pula tujuannya itu. Kalau ibunya tahu, memang tak ada harapanlah jawabnya mahu berjumpa Syafiq.

"Mana ada ... Angah nak ambik motor angah yang rosak tu." Damia kekal bertenang. Jangan menggelabah, nanti kantoi pulak.

Mak Siti menjongketkan kening dan matanya terus merenung ke arah Damia.

"Betul ni? Pergi jalan kaki je ke?" Mak Siti ragu-ragu.

Damia mengangguk. Dia beranikan diri memandang ibunya yang jelas sedang memandang tajam dirinya. Harap sangatlah ibunya tu membenarkannya pergi keluar.

Sekarang ini, mendapat kepercayaan ibunya lebih utama. Biarpun kelakuan ibunya kelmarin membuatkan dirinya berasa amat sakit hati, dia harus mengalah jua demi mendapatkan kepercayaan itu.

"Okeylah, tapi jangan lama sangat. Lepas ambik motor tu, balik terus. Jangan sekali-kali merayau mana-mana dan jangan sekali-kali kamu berani jumpak laki tu." Dengan tegasnya Mak Siti memberi amaran dan peringatan.

Berdesing jugak telinga Damia dengan suara lantang ibunya tu. Lelaki yang dimaksudkan sudah semestinya Syafiq. Takut sangat aku jumpak Syafiq tu. Kritik Damia dalam hati.

"Baik, mak. Tapi angah tak janji nak balik awal sangat sebab angah nak makan kat luar lepas tu."

"Ha ... tahu pun lapar. Semalam sehari suntuk kamu berkurung kat dalam bilik, tak makan tak minum. Nak tunjuk protes kat mak la tu," sindir Mak Siti.

Damia lemah mahu memberi reaksi. Segaris senyuman pun dia malas nak berikan.

"Dahlah, mak. Damia pergi dulu." Damia lalu beredar pergi meninggalkan ibunya.

"Yalah," jawab Mak Siti.

Ah! Malas aku nak fikir panjang pasal anak aku tu. Yang penting, money first! Gumam Mak Siti lalu terus menyambung kembali mengira satu per satu wang kertas atas meja itu.

*****

Syafiq memberhentikan motosikalnya apabila terlihat Damia yang sudah menunggunya di pondok perhentian bas di luar kawasan kampung.

Damia labuhkan punggungnya di seat belakang. Wajahnya ... muram.

"Kenapa awak tak suruh saya ambik kat rumah awak je? Jenuh awak berjalan jauh semata-mata nak tunggu kat sini," tanya Syafiq.

Damia diam seribu bahasa. Bukannya dia tak nak Syafiq datang mengambil di rumahnya tetapi pasti kerana asbab ibunya. Matilah kalau ibunya ternampak yang 'si penjual sate pemilik EX5 buruk' tu datang mengambil dirinya itu kat rumah tadi.

"Damia? Kenapa ni? Awak okey tak ni?" Bertubi-tubi Syafiq mengaju pertanyaan tatkala Damia masih membisu.

"Cepatlah start motor tu. Kata nak ambik motor saya kat bengkel." Damia menolak untuk menjawab. Bertingkah seperti lagi mengejar masa.

Syafiq turuti sahaja permintaan Damia. Enjin motosikal dihidupkan dan memulakan perjalanan mereka ke bengkel yang terletak tak jauh dari Kampung Haji Taib itu.

Tapi Syafiq masih mati akal. Kenapa dengan Damia ini? Lain semacam aje perangai. Dari semalam dia tak ceria macam selalu. Aku ada berbuat salah ke? Kalau ada, salah apa? Syafiq tertanya-tanya sendiri.

Perjalanan di atas motor hanya senyap sahaja tanpa sebarang suara. Memang amat terasa suasana kejanggalannya. Dalam tak sedar, akhirnya mereka tiba di lokasi yang ditujui iaitu bengkel kepunyaan kawan Syafiq yang bernama Mail.

Turun sahaja dari motor, Syafiq mendekati Mail yang terlihat sibuk meneliti motor kepunyaan Damia. Damia pula hanya mengekori langkah Syafiq dari belakang.

"Assalamualaikum, Mail." Syafiq lalu berjabat tangan dengannya.

Lelaki bertubuh gempal dan berkepala botak itu menjawab dan membalas jabat tangan.

"Ni, macam mana dengan motor?" tanya Syafiq.

"Motor ni tak adalah rosak teruk pun. Cuma hari tu masalah bateri kong je. Bateri pun dah lama sebab tu tak boleh start. Ni pun aku dah tukar yang baru," terang Mail.

Syafiq menghela nafas lega. Damia pula hanya memandang motosikalnya itu dengan pandangan kosong. Manalah dia faham dengan bateri atau semua yang berkaitan motor itu. Lagipun ini baru pertama kali dia memiliki motosikal, mungkin semua ni masih lagi asing bagi dirinya.

"Ni pun aku dah tukar sekali minyak hitam. Aku check minyak hitam lagi sikit dah nak kering sebab tu aku tukar siap-siap. Minyak hitam ni sepatutnya tukar dua atau tiga bulan sekali. Tapi tukar sebulan sekali lagi bagus." Sempat Mail memberi nasihat tentang permotoran kepada mereka berdua.

Damia dan Syafiq hanya mengangguk saja. Memang nampak sangat ciri-ciri mekanik professional dalam diri Mail tu. Iyalah, dah sepuluh tahun dia bekerja dalam bidang tu.

"Terima kasih, Mail. Ni kau nak caj berapa untuk kos kau tukar semua tu?"

"Semua sekali sepatutnya seratus tiga puluh ringgit. Tapi disebabkan ni motor girlfriend kau, aku caj seratus je la," balas Mail.

Nak tersedak Syafiq dibuatnya. Girlfriend? Biar betul Mail? Terkejut beruk Syafiq dengan tu.

Syafiq saja terkejut apatah lagi Damia yang di belakangnya. Berganda-ganda terkejut dibuatnya.

"Eh, tak!"

Serentak mereka berdua menafikan. Tak nak Mail salah faham dengan hubungan mereka berdua tu. Mereka tu baru kenal aje, tau.

"Dia kawan aku je. Tak lebih," sambung Syafiq dengan paniknya. Damia mengangguk bersetuju.

"Ouh, okey ... ." Mail terangguk-angguk kepalanya. Dia turut beri jelingan yang penuh syak wasangka. "Ah! Tak kisahlah dia girlfriend kau ke tak, tapi disebabkan kau kawan aku, aku tetap akan caj seratus ringgit. Lagipun kau dah banyak tolong aku, kan?"

Mail menepuk-nepuk bahu Syafiq. Syafiq pula hanya menunduk-nunduk kepalanya dan ucapan terima kasih tak lekang dari bibirnya.

Fuh! Nasib baiklah Mail ni banyak mulut. Kalau mulut dia tu macam Si Paan kawan Syafiq lagi seorang tu, habis semua benda nak diperli dan disakat.

Damia terus menyeluk sling bag miliknya. Dompet diambil dan segera dia serahkan wang berjumlah seratus ringgit ke tangan Syafiq untuk diberi kepada Mail.

Padahal, boleh aje bagi kat tangan Mail terus.

"Baiklah, terima kasih. Apa-apa masalah, call je aku," ucap Mail usai menerima bayaran. Lalu dia beredar pergi membantu rakan sekerjanya yang tak jauh dari situ.

Damia terus tunggang motosikalnya. Dia dah tak sabar nak gunakan motosikalnya tu setelah beberapa hari dia dan motosikalnya berpisah seketika.

Enjin cuba dihidupkan. Syukurlah, motosikal berfungsi semula. Alhamdulillah!

"Syafiq, terima kasih tau sebab tolong bawak motor saya kat bengkel ni," kata Damia lalu dia mematikan semula enjin.

"Sama-sama, awak. Lagipun benda kecik je ni." Syafiq tersenyum. Lega, sekurang-kurangnya dia dapat mendengar suara Damia semula setelah angin wanita itu yang terlihat kurang baik dari tadi.

"Eh? Tapi mana helmet saya? Helmet warna jingga tu? Awak ada nampak?" Mata Damia merewang di seluruh bengkel apabila terperasan helmetnya tiada.

Helmet? Warna jingga?

Spontan Syafiq tepuk dahi. "Oh, ha! Helmet awak ... helmet awak tu saya bawak balik kat rumah saya dulu. Sebab kalau tinggal sini takut hilang pula."

"Sorry awak, salah saya. Boleh pulak saya terlupa bawak helmet tu," ucap Syafiq dihurung berasa bersalah.

"Ish, awak ni. Bukannya awak ada buat salah apa pun. Lagipun hari tu saya sendiri pun boleh terlupa pasal helmet saya tu. Nasib baiklah awak yang simpankan, rasa selamatlah sikit." Damia menenangkan Syafiq.

Syafiq diam sejenak. Dia sedaya upaya cuba memikirkan cara untuk.mengembalikan helmet itu kepada pemiliknya. Takkanlah nak diperam helmet Damia kat rumahnya lama-lama pulak, kan?

"Kalau awak okey, jomlah ambik helmet awak tu kat rumah saya."

Membulat mata Damia mendengar itu. Tiba-tiba saja? Kat rumah Syafiq? Berdua-duaan?

Damia, tenangkan diri. Kau jangan fikir bukan-bukan, Damia.

"Jangan risau, kat rumah saya sekarang ada Syafiqah. Jadi dalam masa yang sama, boleh la awak nak kenal-kenal dengan adik saya tu. Awak nak, kan?" tambah Syafiq lagi.

Mata Damia semakin membesar. Persepsinya tadi terus hancur. Kini senyuman lebar dia hadiahkan kepada lelaki itu.

Boleh pula dia terlupa tentang kewujudan Syafiqah itu. Memang dari awal pertemuan, dia teringin sangat nak berjumpa dengan adik Syafiq itu yakni Syafiqah.

"Mestilah nak!"

Dengan penuh keterujaan Damia menjawab itu. Gembira sekurangnya dia pasti dapat luangkan lebih masa dengan Syafiq sebelum pulang nanti. Pandai kau tepati janji kau, Syafiq. Bagus!

Bersambung...

Stay strong and stay healthy :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience