Bab 2

Action Series 9408

“Assalamualaikum. Ayah, Anna balik.”
Anna masuk ke rumah ayahnya dengan wajah selamba walaupun ketika itu ibu tirinya sedang berdiri bercekak pinggang di hadapan pintu.
“Hah! Baru ingat nak balik? Kau ingat kau layak balik ke lepas apa yang kau buat bulan lepas? Kau dah malukan aku tahu tak? Kau pergi dari rumah ni sekarang!”
Jerit Fatimah kuat. Anna membuat muka pelik. Dia mencari getah rambut yang disimpan di dalam beg tangannya. Rambut panjangnya yang berwarna silver itu dia ikat kemas.
“Dengan rambut berwarna lagi, Kau ingat kau cantik?”
Jerkah Fatimah. Anna ketawa kecil.
“First of all, aku tak pernah kata aku cantik. Jadi aku berterima kasih dekat kau sebab dah puji aku cantik, terima kasih banyak ya. Yang kedua, ini rumah bapak aku. Kau siapa nak halang aku balik rumah ni, dan yang ketiga, kau yang malukan diri kau sendiri. Bukan aku ya. Siapa suruh suka hati kau suruh aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Now kau dah dapat karma kau balik.”
Kata Anna selamba. Kemudian ayahnya turun dari tingkat dua. Di kepalanya ada songkok. Baru lepas solat dan dia segera turun apabila mendengar suara anaknya.
“Anna dah balik? Mari sini duduk sebelah ayah.”
Kata ayah Anna lalu dia duduk di sofa dan Anna pun patuh akan permintaan ayahnya.
“Awak ni kenapa? Saya ni isteri awak. Boleh tak jangan halang saya nak ajar anak awak ni?”
Bebel Fatimah.
“Sekarang ni dia anak sayakan? Saya yang kena didik dia bukan awak. Salah awak juga, siapa suruh paksa dia kahwin. Saya tak pernah setuju awak yang desak saya untuk nikahkan dia.”
“Saya buat macam tu untuk kepentingan awak juga. Kalau dia dah kahwin tak adalah awak terbeban kena tanggung dia lagi macam sekarang!”
Jerkah Fatimah. Muka ayah berubah garang.
“Apa masalah awak? Dia anak saya tak ada istilah terbeban untuk saya jaga dia. Awak kalau tak mampu nak bagi saya anak, awak diam je. Jangan halang saya dengan anak saya!”
Marah ayah kepada isterinya. Fatimah terdiam. Sentap mungkin kerana sedar dia tidak mampu memberikan suaminya anak. Umurnya masih 30-an tetapi gagal melahirkan anak kerana mandul. Dengan segera dia berlalu pergi ke dapur.

XXXXXXXXXX

3 jam Anna berbual dengan ayahnya. Genap jam 5 petang dia meminta izin untuk pulang ke rumah dengan ayahnya.
“Anna balik dulu ayah. “
Kata Anna lalu mencium pipi ayahnya. Kebetulan pula ibu tirinya turun dari tingkat atas. Matanya sibuk melihat keluar pintu.
“Awak ni kenapa? Terjenguk keluar macam ada apa-apa.”
Tanya ayah. Fatimah tidak menjawab namun dia segera berjalan ke pintu dan membuka pintu rumah seperti sedang menyambut tetamu.

“Aliff! Dah lama sampai ke? Mari masuk.”
Sapa Fatimah mesra. Aliff berdiri di pintu dengan senyuman lebar sambil dia memegang sejambak bunga tulip ditangannya.
“Baru je sampai mak cik.”
Kata Aliff lalu dia masuk dan terus menuju ke arah Anna.
“Hai Anna, sihat?”
Tegur Aliff. Dia menegur Anna namun tidak menegur ayah Anna. Ayah Anna menjeling dia geram.
“Kau buat apa datang sini?”
Soal Anna sinis. Aliff menghulurkan bunga tersebut kepada Anna tetapi dia hanya memandang bunga tersebut tanpa perasaan.
“Aku datang nak jumpa kau. Sejak kes majlis haritu mummy aku tak sihat. Boleh tak kalau kita kahwin?”
Tanya Aliff. Anna mengerutkan dahinya, ‘lelaki ini memang tak tahu malu!’
“Kau ni memang tak tahu malukan? Aku tak kenal kau, buat apa aku nak kahwin dengan kau?”
Kata Anna. Wajahnya sudah merah menahan marah. Sedikit lagi pasti dia meletup.
“Sebelum ni kita tak kenal. Tapi sekarang kita dah kenal kan? Kita boleh keluar untuk sama-sama kenal diri kita satu sama lain.”
Pujuk rayu Aliff sudah seperti memaksa dan Anna sangatlah tidak boleh dipaksa.
“Aku benci orang paksa aku. Sekali sahaja kau paksa aku sampai bila-bila aku tak akan suka kau! Sekarang ni kau jangan jadi bodoh, pergi cari perempuan lain dan jangan kacau aku!”
Anna sudah meninggikan suara. Dia berdiri dan gaya dia seperti nak bergaduh walaupun ditahan oleh ayah dia.
“Anna! Orang datang rumah baik baik kau layan orang elok-eloklah! Yang kau sampai tinggikan suara kau tu kenapa?”
Tiba-tiba Fatimah menyampuk. Dia menolak bahu Anna kasar. Laju sahaja Anna menampar pipi ibu tirinya itu. Dia melepaskan marah yang di kumpul sejak Aliff datang dan lepaskan pada ibu tirinya. Fatimah terduduk di atas lantai. Dia terkedu, Anna terlampau berani menampar dia yang merupakan isteri ayah Anna.
“Kau pun satu, kau jangan ingat aku tak tahu yang kau ada buat sesuatu dekat belakang ayah aku. Tunggu masa je aku nak sebarkan keburukan kau dekat ayah! Kau jangan ingat ayah aku senyap, mak aku menghilang jadi kau boleh gunakan aku untuk capai matlamat kau dan pijak ayah aku sesuka hati kau! Kau kena ingat, aku masih ada dan aku tak akan biarkan orang sentuh keluarga aku!”
Kata Anna berang. Ayah dia memegang bahu dia dari belakang nak mengelakkan dia dari menyerang ibu tirinya lagi, Anna memandang ayahnya. Mata dan wajahnya merah padam menahan marah.
“Esok Anna jumpa ayah dekat office. Sekarang ni Anna balik dulu. Risau Anna belasah perempuan tu pula.”
Kata Anna sinis lalu dia mengambil bag tangannya yang terletak di atas sofa. Aliff yang melihat adegan itu terkedu. Wajahnya kaku terkejut melihat Anna yang agresif mungkin.
Anna kemudian berjalan keluar dan kedengaran suara Fatimah menjerit dari dalam rumah.
“Kau akan menyesal Anna!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience