Zahra' bangun dengan perasaan yang gembira dan bahagia. dia mengambil wuduk untuk bersolat subuh serta membaca Al-Quran. zahra memohon harap jodohnya dipermudahkan oleh Allah kerana umur semakin meningkat. Dia mengatur langkah menuju dapur untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan.
"kakak, mama nak kakak jujur dengan mama..." ujar Puan Khatijah. Zahra' memandang puan Khatijah dengan pandangan yang agak pelik. Zahra' senyum.
"hati tu sudah berpunya ke?" sambung puan Khatijah. terkejut Zahra' tertiba sahaja ibunya menanyakan soalan seperti itu. Zahra' tidak tahu untuk menjawab... dia sukakan Doktor Hariz tetapi adakah dia bertepuk sebelah tangan. ibunya menepuk lembut bahunya. menandakan masih menanti jawapan dr anaknya.
..
Zulaikha menjejakkan kaki ke rumah sewanya setelah sepanjang hari dia sibuk dengan tugasan di kolej. dia berdiri di hadapan pintu rumahnya, beg laptop yang tersangkut dibahu diselongkar. dia mencari-cari kunci rumah, tetapi tiada! hilang ke mana?
segala isi beg dikeluarkan. penuh tangannya dengan telefon, duit, pendrive, dan bermacam-macam benda lagi! kedua-dua belah tangannya tidak mampu menampung isi. setiap sudut dan ruang beg dibeleknya. tetapi juga tiada. tiba-tiba merasa sekeping gambar, dia mengambil sambil tersenyum lebar sendiri. gambar hariz yang dia sengaja menangkap secara curi-curi.
aduh! macam mana nak masuk ke dalam rumah ni? Nini? Sofia? minta kunci dengan mereka? tetapi mereka masih ada kelas. mesej sajalah..
Zulaikha menyeluk telefon dari dalam beg. dalam beberapa saat, mesej siap ditaip.
-nak pinjam kunci boleh?-
dia menghantar pesanan ringkas itu kepada nini dan sofia.
.
.
.
Hariz memandu kereta memasuki kawasan perumahan mereka, dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri.
"ish, panas-panas macam ni dia berjalan sendiri" ujar Iskandar. Hariz memberhentikan kereta dibahu jalan. Iskandar menurunkan tingkat, memperlawakan gadis itu.
"tidak mengapa encik, terima kasih. saya boleh jalan sendiri, tidak jauh dah. depan tu saja" balasnya
"kami pon nak lalu dengan haluan saudari, jemputlah naik. demi Allah kami tidak ambik kesempatan, hanya niat untuk menolong sahaja" jawab Iskandar.
"Ustaz Hariz kan" ujar Sofia
"ya saya" hariz menjawab. Sofia membuka pintu belakang dan menutupnya. kereta mereka bergerak ke kediaman gadis itu. mereka hanya berdiam.
"ustaz, no37, tu rumah saya" ujar Sofia
"baiklah" balas hariz. hariz memberhentikan kereta di hadapan rumah itu.
"terima kasih ustaz dan encik" ujar sofia. hariz mengangguk.
..
.
Telefon bimbit Zulaikha berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Nini membalas mesej itu.Dia tergamam kerana sofia keluar dr kereta itu. dia terpandang wajah kacak ustaz hariz.
Zulaikha berasa cemburu dan salah faham terhadap sofia.
"Zu, kenapa tercegat diluar?" ujar sofia
Zulaikha bingkas bangun dan terus masuk ke dalam rumah, selepas sofia membuka pintu.
sofia pelik "dah kenapa?"gerutunya di dalam hati.
Share this novel