EPISODE 7

True Story Series 34123

Lana kembali ke uk..

Salahkah aku nak rasai bahagia itu kembali! kenapa perempuan itu merampas semua dari aku.. kenapa..? aku benci.. sungguh aku benci dengan perempuan tak guna itu.. arghhh aku takkan balik ke malaysia lagi!!

Ia bangun dan terus kedapur.. racun didalam almari diteguk sehingga separuh botol dan mulutnya berbuih dengan banyak dan dirinya jatuh terjelepuk diatas lantai...

•••

Prang... piring yang dipegang puan Atikah terjatuh dengan sendiri, hatinya mula rasa tidak kena dengan seseorang.. "Lana.."

Mak kenapa ni..? Syarif mengambil penyapu dan penyodok dan dibersih sekitar ruang piring itu terjatuh.

Mak teringatkan Lana..

Mak dia dah balik uk pun suami dia ada disana kan.. biarlah.. penyapu dan sampah dibuang ke dalam tong sampah.

Kalau jadi sesuatu macam mana Syar..? kamu dah fikir masak-masak ke bertunang dengan pere... maksud mak Suhada.

Mak masih mengharapkan isteri orang jadi isteri Syar..?

Tak.. sekurang-kurangnya kamu maafkanlah dia..

Baiklah.. Syar maafkan dia tapi bila dia dah pejam mata dan tinggalkan dunia ini itu saja..

Syarif.. ya allah kenapa kamu kejam sangat..!! apa perempuan tu dah bomohkan kamu ke apa ni..? sedar tak apa yang dah keluar dari mulut kamu tu..

Syarif terus pergi dari situ..

Syarif..!!! Puan Atikah memanggil lantang tapi Syarif tidak lagi menghiraukannya..

Apa yang membuat hatinya sakit bila Lana juga hadir di majlis pertunangan dia dan Suhada. dan ia cuba mengapi-api kan Suhada supaya tidak menerima cincin dari Puan Atikah "dikatakan cincin itu miliknya dan bila sudah tiada apa-apa hubungan lagi cincin itu disarung ke jari Suhada dan Suhada orang kedua memakainya.." itu tidak kejamkah..?

Kini hanya tinggal beberapa bulan saja lagi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dan wajah Suhada semakin berseri-seri aura pengantin semakin terserlah didalam diri Suhada..

•••

Selamat pagi semua..

Selamat pagi tuan.. Adnan Adam, Fahmi Dan Qila berdiri serentak dan beri tabik hormat kepada Syarif

Silakan duduk.. maaflah lambat sikit saya ada hal dengan client dibawah harap saya tak ganggu masa awak semua lah ya..

Ooh tidak apa.. lagipun kami semua dipanggil oleh tuan kalau tuan lain lambatlah sikit sampainya, Adam mula sengeh.

Betul tu tuan.. tapi tuan boleh saya tanya sikit..?

Boleh silakan"

Kenapa tuan menukar kembali..? sedangkan apa yang saya dengar sebelum ni semua yang tuan mahu sudah ada...

Bereng diletak diatas meja.. dan rambut dikemaskan sedikit.

Disebabkan tunang saya.. Suhada...

Ke empat-empat orang disitu memandang serentak kearah Syarif.

Maksudnya tuan..? Qila ingin kepastian.

Sebenarnya dia tahu awak berempat ni satu pasukan dengan saya tapi itu dulula..

Haaa okey lepastu tuan..? Adnan mula menyibuk..

Lepastu dia tanya saya kenapa saya tak nampak mesra dengan awak berempat haritu padahal sebelum ni saya ada je sebut nama awak berempat didepan dia.

Okey-okey lepastu..? Fahmi semakin tekun mendengar..

Saya bagitahulah sebab awak berempat pernah gosip dibelakang saya tentang Lana.. dan saya ingatkan part habis disitu sajalah tapi tak lama lepas dia makan dengan kawan-kawan dia dan saya sendiri luar dewan tu dia terus datang dan tanya kenapa saya tak join awak semua..

Adam dan Adnan semakin tekun mendengar...

Saya cakap saya tak boleh terima awak berempat lagi walaupun masalah tu kecil saja.. dia terus memujuk macam-macamlah dia buat sampai saya kembali insaf.

Hehehe.. good girl.. Qila menepuk tangan ramah.

Dia memang good girl.. sebab tulah ada satu hari tu saya lamar dia ditepi jalan tapi nah ditolak mentah-mentah.. redha jelah hehe.

Hahaha opss sorry tuan.. Adnan dan Fahmi gelak serentak.

Tak apa disebabkan hal tulah saya lebih mengenali diri dia sampaikan suatu hati tu dia prank saya dia cakap dia balik kampung sebab kahwin.. awak semua tak tahu dia punya cuak dalam hati ni hanya allah saja tahu... and saya ambil keputusan untuk berkahwin dengan Lana.

Prghhh... tapi.. macam mana boleh bertunang dengan Suhada..? Adam kembali bertanya.

Malam perkahwinan saya dan Lana berlangsung saya dapat tahu dari rakan karib Lana yang Lana dah pun berkahwin.. dia balik malaysia dia bohong dengan suami dia cakap dia nak balik tengok saudara dekat sini tapi lain pulak jadinya!! dan malam tu jugalah saya hampir-hampir dilanggar Suhada..

Haaaaa..? omg... jadi apa dah berlaku tuan..

Berlaku.. Suhada tak sangka saya lari dari majlis tu dan dalam tak sangka juga kami dipertemukan kembali... dia cakap kalau saya kembali kerja dia sudi terima lamaran saya.. dan alhamdulilah gaji pertama saya terus beli cincin dan melamar dia sebagai suri hati saya seumur hidup...

Waaah so sweet.. Qila mula membayangkan detik-detik Syarif menyarung cincin ke jari Suhada.

Mesti granded kan.. ada lampu kelip sana sini lepastu ada kereta kuda dan ada beberapa pemain alat muzik kan tuan kan..

Saya lamar dia ditepi jalan saja Qila.. saya pun heran kenapa saya lamar dia begitu nasib baiklah dia terima.. boleh sakit jantung kalau ingat balik..

What..!! ke empat-empat orang memandang sesama sendiri..

"Hehehe Peace.." Syarif membuat muka tak bersalah.

Aduhaii.. tak romantik betul tuan ni..

Tak romantik awak cakap..? dia nak saya tahan dia setiap kali ada roadblock tau sebab tulah dia suruh saya masuk kerja balik. hurmm...

Aduhai nasib baiklah tuan tak buat majlis pertunangan di tepi jalan juga kalau tak bersembor ketua Sabri kita tu hahaha..

Ingat kenduri kahwin nanti nak buat tengah jalan raya meriah sikit siapa yang tak ada liesen dan roadtax boleh makan free motor, kereta, lori dan sebagainya kita timbang jpj amacam hehe bijak tak saya ni..?

Errkk.. rasanya tidak begitu bijak! Adam terus lari keluar bilik.

Adam Haikal balik sini..!! Suara Syarif tegas memanggil nama Adam..

•••

Tok..tok..

Masuk.. Suhada membuka laptop dan ia terus memasuk data usb ke laptop peribadinya..

Sue.. Tadi Boss datang tau dia bagi ni surat dibagi kepada Suhada.

Ooh yaya terima kasih Boss ade tanye saye tak..?

Ade kitorang cakap awak pergi bankin duit lepas cakap-cakap kejap tu fon Boss bunyi dia terus pergi.

Oooh okey terima kasih awak..

Ya sesama.. Balqis terus keluar dari bilik itu.

Total bulanan dicek dan ia menyemak difail perlahan..

Hurmm kenape ade short tiga ratus ni..? bulan lepas siapa jaga kaunter.. Fail dibawah meja dikeluarkan dan ia mula menyemak fail nama perkerja baru dan lama.

Anis.. Mikail dan Zani.. Takkan diorang baru kerja seminggu dan suruh jaga kaunter kot..? haish aku sibuk time nilah ade hal pun..

Surat dibuka dan dibelek perlaha.. Ooh gaji Anis ditolak, maksudnya Anislah kena tatatertip ni aduhai...

Tok.. tok..

Pintu bilik diketuk kuat

Masuk..

Anis segera masuk dan berdiri didepan Suhada.. Assalamualaikum cik Sue, Saya nak tanye kenape gaji saya dipotong sebanyak tiga ratus bulan ni..?
Waalaikumusalam.. duduklah..

Anis segera duduk dan ia memerhati lama kearah Suhada.. ia ingin kepastian dari Suhada..

Sebenarnya awak baru in bulan lepas kan..? Fail dibuka nama biodata Anis dibelek sekali lagi.

Ya saya baru in bulan lepas..

Sebelum ni saya ade tanya awak pernah jaga Casier tak..? tapi ape jawapan awak mase tu..?

Erkk emmm.. sebenarnya saya tak pernah jaga kaunter saya ni cuma pelayan diclub malam.

Hah..? jadi... awak faham kan saye cakap bahasa melayu dengan awak haritu.. kenape awak nak bohong dengan saye huh..?

Baru sekarang nak tanye ke..?

Hey Anis..! awak tahu bahasa melayu ke tidak..?

Saya berbohong demi kebaikan!! Anis semakin biadap dan lantang bersuara.

Demi kebaikan..? jadi kenape awak merungut bila gaji awak dipotong huh..

Saya cuma nak gaji saya balik itu saja.!

Gaji ape.. awak dah shortkan duit kaunter awak tu sekarang awak datang sini nak minta gaji awak kembali..? are you seriusly Anis..!

Okeyh kalau cik Sue taknak kembalikan gaji saya biar saya mengadu dekat Boss yang cik Sue makan gaji saya.. simple kan..?

Huh.. awak nak ugut saya..? excuse me lady.. saye tak pegang gaji pekerja walaupun sesen pun.. itu memang tugas saye tapi biar orang Boss yang laksanakan sebab saye pun cuma pekerja bukan pekerja belagak seperti Boss.!! faham..

Saya nak gaji saya dikembalikan...

Boleh tapi awak sign surat ni dulu lepastu baru gaji awak akan dikembalikan macam mana deal..?

Boleh.. ingat saya takut ke huh sini saya sign.. Surat diberi dan Anis membaca dengan penuh tertib dan mula memikir..

Macam mane..? Berhenti atau awak akan dakwa sebab pecah amanah sebab mencuri duit kedai sebanyak rm300 ringgit macam mane..?

Surat diambil dan dikeronyok dibuang kearah Suhada.. Aku tak hadaplah dengan duit cabok ni pirah!!.. Anis terus keluar dari bilik itu dan ditutup pintu sekuat hatinya..

Fuhh sabar Sue sabar..

•••

Ia mengambil beg dan laptop dan terus keluar dari bilik kecil itu.. setelah ia mengunci pintu ia terus ke stor untuk menyimpan beg didalam lokar..

Amacam..? dia berenti tak..? Wawa mula bertanya.

Hurmm ya dia berenti tapi kenape Boss sendiri tak pecat dia sedangkan aku pun pekerja..

Hey kau memang pekerja tapi bukan level dia tau tak!!

Ye tahu.. tapi..

Bila seseorang dah percaya dengan kita dia akan bagi tanggungjawab sebanyak 90% dekat atas bahu kita ni.. so kita kena terima walaupun berat faham..?

Hurmmm.. faham Boss kecik.."

Hehehe.. goodgirl.. semoga aku jadi puan Boss korang suatu hari nanti amin..

Hamboii gatal eh.. Nabil nak campak mane..?

Halamakk lupe pula pasal dia hahaha..

Mengong dahlah aku nak kedepan jap..

See you.. see you..

Hurmm not see you werk..

Suhada melangkah dengan Wawa dan mereka berpisah didepan pintu stor.

•••

Puan Atikah masuk kedalam cafe dan ia berjalan kearah casier..

Selamat datang boleh saya ambil pesanan puan.. Zani meletak tangan disebelah dada.

Saya nak nescafe soda satu hot cup..

Oh baiklah semua Rm6.20sen

Beberapa saat dulang berisi Nescafe Soda diletak diatas meja..

Terima kasih... Puan Atikah memerhati sekeliling cafe itu ada sedikit kemajuan dari kipas angin terus naik empat icon sekali gus. dan mata nya tertacap pada satu tubuh yang agak jauh darinya.

Suhada..? senang hati nampak tak buat kerja..!! Puan atikah senyum sinis.

Puan Atikah mengambil cup Nescafe dan berjalan ke meja Suhada.

Oooh pakai laptop ade fail lagi.. not bad!!

Sibuk ke tu..? Boleh mak duduk sini, Puan Atikah masih berdiri..

Ooh mak silakan.., Suhada bangun dan diambil cup Nescafe dan diletak diatas meja dan tangan bakal mak mertua disalam kejap.

Sibuk ke..?

Ermm tak sangat mak cuma cek stok untuk bulan ni.. mak dah lama ke dekat sini..? maaf Sue tak perasan mak tadi..

Puan Atikah hanya memerhati laptop diatas meja dan fail agak bersepah dan Suhada segera mengutip untuk disimpan kembali.

Sejak bila Sue berkenan dengan Syarif..? Kau tahu tak Lana dah lama dengan Syarif.

Ermm tak.. Sue tak tahu pun abang dah lama kenal dengan Lana, tapi mak setuju ke Lana kahwin dengan abang sedangkan Lana dah ade suami diluar negare..?

Kalau nak seribu daya.. kalau taknak seribu dalih Sue!! kenape rampas kebahagian Lana..?

Oh yeke.. jadi kenape mak seribu dalih.. sedangkan..

Sedangkan apa..? kau nak kata mak ni lebihkan Lana dari kau ke Sue..?

Suhada tersenyum lalu ia melihat kearah Puan Atikah lama.

Sue tak cakap pun mak lebihkan Lana.. cuma mak berat sebelah sedangkan mak seperti pertaruhkan anak mak sendiri demi kepentingan mak sendiri.. kenape ye..?

Puan Atikah hanya memerhati kini otaknya ligat berfikir untuk lemahkan kata-kata Sue.

Sebab mak berutang dengan Lana kan..? tiga ribu ringgit kan..

Puan Atikah tergamam..

Mana kau tahu semua niha...?

Hihihi mak.. mak.. sebelum Lana balik UK dia dah berjumpe dengan Sue dulu, dia minta duit pada Sue..

"Tak guna punye Lana" Hatinya berkata geram..

Jadi kau tak bayarkan yelah kau mane ada duit simpanan sebab kau kerja pun sebulan berape je dengan itu ini kau berhutang lagi kan! Sinis saja percakapan Atikah.

Mak rase.. kalau Sue tak bayar dia nak balik uk ke..? takkan..!! Sue maafkan mak dan abang tak tahu tentang ni tau..

Syarif berjalan kearah Suhada dan mak ya di tepi cermin dan ia seperti mendengar suara Suhada perlahan dan tak nyata..

Apa yang abang tak tahu ni..? Syarif mengelus rambut Suhada sekejap dan terus duduk disebelah Suhada.

Eh abang bile sampai..? Suhada mengerling jam ditangan sudah pukul enam petang.

Ermm.. takde apelah Syar mak cuma borak kosong jer... kamu tak perlu tahulah kan Sue..

Ye betul tu abang nak minum ape sayang ambilkan..

Abang nak Latte ais sayang hauslah kalau ada cake bawa satu untuk abang ya..

Baiklah abang tunggu kejap ye..

Yelah bebaik jalan tu, Tangan Suhada dicium seketika sebelum Suhada pergi dari situ.

Suhada hanya mampu senyum dan masuk ke dapur..

Awal mak kesini rindu bakal menantu ke..? Syarif cuba memerhati didalam laptop Suhada sekejap dan ia menekan butang save dan laptop ditutup.

Sejak bila hak Sue jadi hak kamu ni Syar..? fikir sama kamu berdua baru saja bertunang belum berkahwin lagi! tak malu ke bercium tangan macam tadi..?

Syarif tersenyum... Mak janganlah risau Hada pandai jaga diri lagipun kitorang cari tarikh kahwin tak sampai hujung tahun kan..

Abang minum ni sayang ambil cake coklat cheese boleh tak..?

Boleh sayang abang lapar ni sebenarnya lunch pun kejap jer..

Kenape lunch kejap jer..? ade ops ke..?

Syarif mengangguk dan ia memerhati kearah maknya sebentar dan mak nya bagai tidak suka dengan keadaan sekarang.

Sayang... i miss you kiss me please.. Syarif mula menunjuk lagak gatalnya.

Abang!! eeii nakal jangan eh belum sah..!!

Oh ya kalau dah lepas sah bolehkan..? walaupun depan mak..

Adooiii.. sakitlah sayang, Sejak bila dalam cafe ni ada ketam eh! nak ambil bawa baliklah..

Suhada tergelak bila Syarif berkata begitu.

Hmmm panasnye cafe ni takkan icon baru tapi kedekut nak buka icon kot..!!

Sejuk ni mak.. kang pelanggan yang lain beku pula sebab buka icon terlebih hat kan sayang..

Suhada hanya mendiamkan diri.

Abang janganlah cakap macamtu tak baiklah!! baik minta maaf kalau tak sayang taknak jumpe abang lagi...

Syarif tercengang...

Abang takk...

Abang...!!! cepatlah..

Syarif mengeluh perlahan...

Mak Syar minta maaf, Syar tak sengaja nak sakitkan hati mak..

Kini Puan Atikah memerhati wajah Syarif lama sejak Syarif bertunang dengan Suhada Syarif banyak berubah..

Hurmm mak maafkan.. mak pun nak minta maaf sebab dah cakap bukan-bukan..

Suhada senyum bahagia.

Ehem.." Syarif mengenggam erat jari jemari Suhada dibawah meja.

Terima kasih sayang...

Terime kasih untuk ape abang..?

Sebab dah eratkan hubungan abang dengan mak kembali.

Oooh yeke..? sesame abang handsome..

Amboii ambil hati betul ni macam tak sabar jer nak naik pelamin ni ehemm..

Hihihi.. jom abang naik pelamin cepat sikit abang tak tahan rindulah..

Syarif terbutang biji mata..

Jom sekarang sayang abang pun tak sabar juga ni.. jom..jom.. Syarif terus menarik tangan Suhada yang sedia digenggaman ditarik untuk bangun.

Eh.. eh... sabar" Puan Atikah cepat-cepat meleraikan genggaman ditangan Syarif.

Ya allah abang!! hahaha.. mak tengoklah anak mak ni nakal ni lain macam nampak gaya nye anak mak ni dah cukup dewasa ek..

Puan Atikah menepuk dahi perlahan Syarif semakin hilang pertimbangan bila dicuit sedikit dengan Suhada semua mahu selalu..

Sayang kiss me.." Syarif berkata tanpa suara

Nope..!! jangan eh cubit kang..

Syarif memerhati bibir Suhada lama dan digeleng perlahan.. entahlah sejak dua menjak ni pantang berjumpa sikap nakalnya semakin menjadi-jadi pula redha jelah..

Puan Atikah hanya memerhati tingkah laku Syarif semakin nakal walaupun didepannya. Suhada pula sedaya upaya melentur jiwa Syarif sehingga apa yang dikatanya Syarif hanya mengikuti.

Redha jelah...

Bagaimana dengan keadaan puan atikah saat ini..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience