Malam itu jane tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik memikirkan tentang Kai, si pelajar misteri yang entah dari mana asalnya.
Huarghh....
"mata tolonglah! Bagi aku tidur..arghhh!!" jane menjerit perlahan sambil menekup mukanya.
--------------
Malam bulan mengambang.
Kai melangkah masuk ke dalam kawasan rumah banglo usang yang agak besar tidak jauh dari sekolah.
Dia menjeling ke arah pintu masuk.
Hidung tercium sesuatu bau yang amat dikenalinya.
"ni macam bau...."
Segera dia melangkah ke pintu hadapan. Pintu banglo itu dikuak perlahan.
Lelaki itu menggeleng perlahan. Ingat aku tak tahu?
"apa kau semua buat dekat sini?"
Senyap sunyi.
"keluar sekarang!" tegasnya lagi.
Perlahan-lahan tiga orang lelaki keluar dari balik kerusi panjang usang. Masing-masing tersengih memandang ke arah kai.
"err.. Tuan.." salah seorang daripada mereka membuka mulut.
"ka...kami diarah untuk kesini.. Sebab.. "
"aku dah suruh jangan datang." potong kai.
Keras suaranya berkata. Matanya mencerlung tajam memandang lelaki yang bernama Paul.
"tuan.." Paul menelan air liur. Matanya memandang ke arah kai menagih simpati. Tolonglah bagi kami tinggal sini. Kalau tak.. Bonda..
"dah.. Aku tahu bonda yang suruh kaurang datang." kai mengalah. Kalau disuruh mereka balik...mesti bondanya sendiri yang akan datang ke mari.
"esok Ikut aku pegi sekolah."
Ujar kai lalu naik ke tingkat atas.
"baik tuan." serentak ketiga tiga lelaki itu menjawab.
---------
Kai memandang ke arah luar tingkap biliknya yang terbuka luas. Dia harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca utama dia ke situ.
_______________
Imbas kembali.
Tercungap cungap dirinya cuba untuk menarik nafas. Di dalam kepalanya hanya memikirkan anaknya sahaja. Kai!
"ayah!! Ayah!" budak kecil itu menangis sambil menjerit memanggil nama ayah nya yang sedang nazak.
"abang!" jerit bonda kai lemah. Tak tersangka suaminya akan pulang dari berburu dalam keadaan sebegitu.
"apa yang jadi?!! Apa yang jadii??!!" bonda kai meluru ke arah salah seorang pegawai yang sedang tunduk sedih memandang ke lantai.
"permaisuri.. Kami.. diserang sekumpulan serigala berbulu hitam. Tiba tiba saja mereka menyerang kereta kuda baginda.. Ramai pengawal terkorban ketika cuba melawan semula.... Tapi.. Kami tak dapat selamatkan..." pengawal itu memandang ke arah ayah kai yang terlantar.
Bonda kai menggelengkan kepala. Dia menarik nafas dalam sambil mengesat air matanya.
" kau nampak siapa serigala tu?
"tak.. Tapi di badannya terdapat tatu kecil berbentuk seperti segi tiga."
Suara tangisan saling bersahutan di dalam istana. Suasana sedih menyelubungi mengenangkan sang raja yang sedang nazak.
"k.. Ka.. Kai.. Ke.. Ke ma.. Mari anakku" bersusah payah dia memanggil anak kecil itu supaya mendekatinya.
"ayah..." tersedu sedan anak kecil itu menahan tangisnya.
"ber.. Berjanjilah.. Ka.. Kamu.. Akan tun.. Tuntut bela kematian ayah" lemah suaranya sehingga anak kecil itu terpaksa mendekatkan telinganya di bibir lelaki itu.
Pantas budak itu mengangguk. "saya janji ayah.. Tolonglah jangan pergi"
Lelaki itu hanya tersenyum lemah dan berusaha mengangkat tangan untuk memegang kepala anaknya sebelum dia perlahan-lahan menutup matanya.
"AYAHH!!"
_____________
Ayah!
Kai tersedar dari lamunannya. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Aku pasti akan cari pembunuh tu. Ayah kai janji!
Sudah beberapa tahun berlalu namun dia masih tidak dapat melupakan saat saat pemergian ayahnya. Disebabkan oleh makhluk itu dia terpaksa memegang tanggungjawab yang besar dalam usia yang muda dan disebabkan makhluk itu dia menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata.
Kai melabuhkan punggung di atas kerusi lalu mengurut tengkuk nya sambil menutup mata.
Aku kena siasat tempat ni. Tapi.. Siapa yang aku boleh tolong aku?
Hah! Kai tersenyum sinis. Di fikirannya dia sudah tahu siapa yang hendak dijadikan sebagai 'makanannya'.
Siap kau esok!
Share this novel
Hei meangirl! Terima kasih (^o^)
best
meimei