Chapter 40

Romance Completed 35261

Terdengar bunyi kereta memasuki pekarangan rumah. Kereta BMW telah park elok-elok oleh pemandu peribadi Dato’Othman. Dato’Othman keluar dari perut kereta. Mukanya tegang. Beg laptop di tangan kanan dan kad undangan berwarna putih di tangan kiri.

“Driver, aku dah tak pergi mana-mana hari ini. Kau boleh balik awal hari ini.” kata Dato’Othman dalam nada tegas. Tanpa pandang pemandu peribadi, Dato’Othman melangkah masuk ke dalam rumah.

“Amir! Amir!” laung Dato’Othman. Beg laptopnya letak di atas meja kopi.

Datin Rafidah yang sibuk mengemaskan dapur terkejut mendengar suara suaminya. Jam dindingnya dikerling.

“Baru pukul 3 petang. Awalnya suami aku balik.” gumam Datin Rafidah. Biasanya Dato’Othman akan balik ke rumah selepas waktu pejabat iaitu pukul 5 petang. Tetapi hari ini Dato’Othman balik ke rumah awal.

“Abang, awal balik.” tutur Datin Rafidah dan mendekati Dato’Othman. Tangan Dato’Othman diraih dan cium oleh Datin Rafidah.

“Mana anak kesayangan awak?” soal Dato’Othman.

“Anak kesayangan Fidah yang mana satu abang tanya ni?” tanya Datin Rafidah bingung.

“Amirul Nasruddin.”

“Amir dalam bilik dia. Kenapa abang?” Datin Rafidah mula rasa tidak sedap hati. Datin Rafidah dapat agak suaminya marah sebab Sofia Amelia.

“Panggil dia sekarang!” arah Dato’Othman.

“Kejap. Fidah panggilkan Amir.” kata Datin Rafidah dan mengatur langkah untuk memanggil anak sulungnya.


************************

“Tiara, makan sikit nak. Sudah 4 hari kamu tak makan.” pujuk Linda. Sudah empat hari Wahidah Tiara tidak makan. Minum air pun tidak.

“Is sanggup tipu Tiara mak. Is bukan milik Tiara lagi.” hanya itu yang keluar dari mulut Wahidah Tiara apabila Linda bercakap.

“Dah lah Tiara. Apa yang sudah jadi ada hikmahnya. Kamu akan dapat lelaki yang lebih baik dari Is.” hati Linda berasa sebak apabila tengok keadaan anaknya. Wahidah Tiara bukan wanita yang lemah. Tetapi kali ini Wahidah Tiara betul-betul berasa lemah. Dunianya tiba-tiba jadi gelap bagi Wahidah Tiara.

“Tak mak! Tiara sayangkan Is sangat-sangat. Is bukan lelaki yang suka mungkir janji. Ini semua sebab perempuan itu. Perempuan itu buat rancangan supaya dapat jadikan Is milik dia. Dasar perempuan murah!” jerit Wahidah Tiara.

“Tiara, mengucap sayang! Tak baik tuduh orang lain. Kamu sendiri nampak kan apa yang telah jadi hari itu. Sofi betul-betul pengsan. Is cuba selamatkan Sofi. Mereka berdua terperangkap nak. Tak baik kamu tuduh Sofi macam itu, Tiara.” nasihat Linda.

“Mak diam! Siapa anak mak sebenarnya? Saya ke betina itu? Yang mak terhegeh-hegeh back up betina itu kenapa? Ini semua plan Sofia Amelia tak guna! Kasihan Is. Jadi mangsa Sofi!”

“Tiara, ini semua suratan takdir. Kita tak boleh ubah takdir.”

“Mak jangan nak bela perempuan itu ! Is akan tetap jadi suami aku!” nekad Wahidah Tiara. Pinggan di tangan Linda ditarik kasar. Tanpa mempedulikan Linda, Wahidah Tiara menyuap nasi yang penuh satu tangan ke dalam mulut.

“Makan perlahan Tiara. Tercekik nanti.”

“Tiara kena makan banyak mak. Kena kuat. Tak lama lagi Is akan jadi milik Tiara.” katanya dengan penuh yakin.

“Apa maksud Tiara?”

“Maksud Tiara mak akan terima menantu tak lama lagi. Nama menantu mak ialah Iskandar Faiz bin Ismail.” muka Wahidah Tiara ceria.

“Apa Tiara nak buat? Biar Sofi dengan Is bahagia. Kamu jangan nak rosakkan rumahtangga orang lain. Cuba terima qadha dan qadar. Kamu dengan Is tidak ada jodoh.”

“Diam mak! Mak keluar dari bilik Tiara sekarang!” jerkah Wahidah Tiara. Tidak dapat terima maknya menyebelahi Sofia Amelia.

“Is, awak tunggu saya. Awak dengan saya jodoh kuat. Kita akan kahwin juga nanti. Saya tahu awak tak happy dengan perempuan murah itu. Saya kan kebahagiaan awak.”


*************************

“Ada apa abah?” muncul Amir bersama dengan Datin Rafidah.

“Kau tengok ini!” kad undangan majlis persandingan dibuang ke muka Amir.

Kad undangannya diambil. Nama pengantin dibaca. Amir tetap tenang. Dengan berani Amir membalas renungan tajam ayahnya, Dato’Othman.

“Kenapa dengan ini abah?”

“Esok majlis sanding anak musuh abah! Sepatutnya nama kau ditulis di situ. Kenapa nama jantan lain di situ?”

Amir yang mendengar soalan ayahnya ketawa. Tidak masuk akal soalan Dato’Othman.

“Dah dia itu suami Sofi. Sebab itulah nama Is dicetak dalam kad ini. Tak akanlah abah tak tahu.” balas Amir dalam nada sindir. Tawanya belum reda.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan abah, Amir!”

“Amir tak pernah pun kurang ajar dengan abah. Biarlah abah, Sofi dah kahwin pun. Is baik orangnya. Bagi Amir, Is lebih jauh baik berbanding dengan Amir. Memang sesuai untuk Sofi.” kata tenang Amir. Amir terima takdir dengan hati terbuka.

“Macam mana abah nak balas dendam? Kau musnahkan semuanya!” jerkah Dato’Othman. Baju Amir ditarik kasar.

“Abang, lepaskan Amir.” Datin Rafidah cuba meleraikan pegangan Dato’Othman dari baju anaknya.

“Abah, Amir merayu kat abah. Tolong hentikan plan balas dendam abah. Sofi tak salah, abah. Tolong jangan libatkan dia.” Amir mula meluahkan isi hatinya. Perlahan-lahan Dato’Othman melepaskan baju Amir.

“Amir tak tahu apa yang abah lalui sebelum ini.”

“Betul cakap abah. Amir tak tahu apa yang abah telah dilalui. Tapi Amir tahu abah Amir bukan orang jahat. Abah Amir bukan seorang yang kejam. Abah Amir selalu fikir orang lain hidup bahagia. Abah, please forget about all your revenge plans. Let them be happy. Apa-apa pun Sofi tetap anak adik abah. Kita tak boleh ubah itu kan. Amir tak tahu pasal arwah aunty Liza. Tapi Amir tahu uncle Johari baik orangnya. Uncle Johari baik macam mak. I knew abah also knows that.” pujuk Amir perlahan.

Dato’Othman renung anak mata Amir. Apa yang dicakap oleh Amir dapat menyentuh hati Dato’Othman. Dato’Othman sendiri tahu Datin Aliza bukan seorang yang jahat. Malah Datin Aliza sentiasa mengharapkan orang lain hidup bahagia. Disebabkan diri Dato’Othman sendiri, ayahnya buat sebegitu.

“Amir, betul-betul tak cintakan Sofi?” soalan itu keluar dari mulut Dato’Othman.

“Amir sayangkan Sofi. Memang Amir cintakan Sofi. Tapi hakikatnya kami tak boleh bersama. Amir tetap akan doakan untuk kebahagiaan Sofi dan Is.” kata Amir sebak.

Datin Rafidah yang setia mendengar perbualan Dato’Othman dan Amir berasa sedih. Dato’Othman menarik Amir ke dalam dakapannya.

“Abah, maafkan arwah aunty Liza sekiranya dia buat abah sakit hati.” meminta Amir.

Dato’Othman mengalihkan mata ke arah isterinya. Datin Rafidah memandang suaminya dengan penuh keinginan. Keinginan untuk maafkan arwah kawan baiknya, arwah kakak iparnya.

“Bagi abah masa. Let me forget everything.” akhirnya Dato’Othman membalas.

“I know you won’t make me down abah.” kata Amir.

“Fidah, esok majlis sanding anak buah awak. Kita semua pergi.” kata Dato’Othman.

“Insyaallah abang. Fidah pergi tengok baju yang sesuai untuk majlis esok.” dengan teruja Datin Rafidah masuk ke dalam bilik.

Dato’Othman dan Amir ketawa tengok keterujaan Datin Rafidah. Mereka berdua tahu Datin Rafidah tidak sabar untuk berjumpa dengan Dato’ Johari dan Sofia Amelia. Dato’Othman sedar betapa sayangnya Datin Rafidah terhadap Dato’Johari.


****************************

“Mak Ziah. Busy ke?” tanya Sofia Amelia.

“Tak. Kenapa Sofi? Nak minum ke?”

“Tak. Sini kejap.” kata Sofia Amelia lalu menarik tangan Mak Ziah ke meja makan.

Meja makan penuh dengan beberapa beg. Baru sahaja Sofia Amelia dan Iskandar Faiz balik dari shopping. Beg berwarna hitam dihulur kepada Mak Ziah.

“Ini untuk Mak Ziah.” kata Sofia Amelia.

“Untuk saya?”

“Ye. Kenapa?” tanya Sofia Amelia pelik.

“Kenapa bazir Sofi? Mak Ziah ada baju kurung yang masih elok lagi.” kata Mak Ziah perlahan.

“No Mak Ziah. Sofi nak Mak Ziah pakai yang ini. Anggaplah pakaian ini hadiah dari seorang anak.” balas Sofia Amelia sebak. Entah kenapa air mata mula berkumpul di tubir mata.

“Sofi, Mak Ziah memang anggap kamu sebagai anak sendiri dari dulu. Mak Ziah nak Sofi selalu bahagia.” kata Mak Ziah. Lantas memeluk Sofia Amelia. Sofia Amelia balas pelukkan lebih erat.

“Mak Ziah pakai ini ye.”

“Ye lah. Esok Mak Ziah pakai ini.”


*************************

Hari penting untuk Iskandar Faiz dan Sofia Amelia pun tiba. Sofia Amelia memakai gown berwarna peach. Iskandar Faiz pula memakai kemeja dan kot hitam. Sofia Amelia tidak mengenakan solekan tebal. Solekan nipis dan ringkas menyerlah kecantikkan semula jadi Sofia Amelia.

“Sofi.” panggil Iskandar Faiz lembut.

“Is”

“Are you ready?”

“Yes. I am.” balas Sofia Amelia lembut.

“Can we go downstairs?”

“Can.”

Iskandar Faiz mendekati isterinya. Meneliti setiap inci muka isterinya yang tiada sedikitpun cacat cela. Tangannya mengusup pipi Sofia Amelia. Sofia Amelia hanya membiarkan. Hatinya berdegup kencang. Namun Sofia Amelia pandai mengawal. Mukanya nampak tenang.

“You are looking so pretty, sayang.” bisik romantik Iskandar Faiz.

Muka Sofia Amelia merona merah. Iskandar Faiz senyum kecil. Dia tahu isterinya malu. Dahi isterinya dikucup dengan penuh kasih sayang. Sofia Amelia memejam mata dan merasai ciuman suaminya. Hati rasa bertenang di samping Iskandar Faiz.

“I love you Iskandar Faiz.” ungkapan itu hanya cakap dalam hati.

Iskandar Faiz mengeluarkan kotak kecil berwarna merah jambu. Cincin diamond dikeluarkan dari kotak itu. Jari manis Sofia Amelia diraihkan. Iskandar Faiz memakai cincin diamond ke jari manis Sofia Amelia.

“Sayang, this is my first gift for you after we married. Saya harap sayang suka hadiah saya yang tak seberapa ini. Saya akan berusaha untuk gembirakan sayang. Cuma saya nak sayang selalu pakai cincin ini. Sayang boleh tanggalkan cincin ini apabila saya dah tak ada dalam dunia ini.”

“Is, apa ini? Saya tak sukalah awak cakap macam ini. Saya suka sangat cincin ini. Saya janji. Cincin ini selalu ada di jari manis saya ini.” kepalanya bersandar di dada Iskandar Faiz. Dirinya rasa seperti disayangi oleh seorang lelaki selepas ayahnya.

“Jom we go now, my princess.” bisik Iskandar Faiz dan meraih tangan Sofia Amelia.

“Come, my prince.” balas Sofia Amelia.

“Semoga jodoh kami berkekalan sehingga ke jannah, Ya Allah.” doa Iskandar Faiz dalam hati.


************************

Semua jemputan yang dihadiri ke majlis sanding bertepuk tangan saat pengantin baru turun tangga. Air mata Dato’Johari menitis perlahan. Hati orang tua itu sangat gembira memandang anak tunggalnya sangat gembira bersama menantunya. Walaupun majlis nikahnya berlaku tiba-tiba, Dato’Johari tetap rasa syukur kerana menantunya orang baik.

Pengantin baru duduk di pelamin yang dihiasi cara moden. Mereka berdua nampak seperti pisang dibelah dua. Dato’Johari dan Ismail pula sibuk uruskan tetamu jemputan.

“Along.”

Dato’Johari yang kenalkan Ismail kepada tetamunya menoleh ke belakang. Terkedu memandang adik perempuannya, Datin Rafidah.

“Fidah.”

“Along sihat?”

“Alhamdulilah sihat. Fidah sihat?”

“Sihat. Cantik Sofi along. Macam arwah kak Liza.” puji Datin Rafidah.

“Macam mana kamu datang? Suami kamu tahu kamu datang sini?”

“Johari” sapa Dato’Othman. Amir turut ada bersama Dato’Othman.

“Othman.”

“Saya minta maaf Johari. Selama ini saya…” Dato’Othman tidak dapat berbual seperti biasa. Berasa sebak.

“Dah Othman. Jangan ungkitkan benda sudah lalu. Saya dah lama maafkan kamu.” kata Dato’Johari memeluk Dato’Othman.

“Marilah, saya kenalkan menantu dan besan. Othman, Fidah, Amir dan Maz masuklah.” jemput Dato’Johari.

“Ye. Nak jumpa menantu saya juga. Anak buah kan dah kahwin.” kata Dato’Othman dengan gembira. Tanpa menunggu ahli keluarganya, Dato’Othman mengikut Dato’Johari.

“Terima kasih Amir. Sebabkan Amir keluarga kita dapat bersatu balik.” Datin Rafidah mengucapkan terima kasih kepada anak sulungnya. Hatinya berasa lega. Cuma rindu dengan arah Datin Aliza. Kalaulah Datin Aliza masih hidup, sudah pasti dia gembira saat ini. Tapi apakan daya? Tuhan sudah mengambil nyawa Datin Aliza terlebih dahulu.

Selamat membaca :) Follow my ig miz.kikki_novelplus :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience