Sherry sudah menyusun rancangan dengan begitu awal sebenarnya. Dia berpura-pura sakit untuk membiarkan dia menjadi gossip netizen agar mereka percaya bahawa dia kini rapat dengan usahawan terkenal. 'Cheap marketing? That how popularity works." Senyum Sherry.
"Kini, kita beralih kepada rekaan terakhir Cik Anya Inayla, dan sememangnya kita ada kejutan malam ni. Muse untuk rekaan Cik Anya ialah Cik Anya sendiri, dipersilakan Miss Anya Inayla dengan rekaan Blossom Sakura yang baru-baru ni diragakan di Paris.
"Anya? Apa?" terus Sherry menghalakan pandangannya di atas pentas sekarang. "Anya?Kenapa dia yang jadi Muse?" teriak Sherry dalam hati. Sempat dia merenung Bahr di sebelahnya, "arghhh! ni tak boleh jadi!" teriak Sherry.
Dan, Anya mulai berjalan dengan yakin dan lancar, senyuman sinis campur menggoda diberikan. Semua kilatan kamera terpancar ke arahnya. "Nasib aku sempat ambil kursus walking oii." Kata Anya dalam hatinya. Dia berjalan ke kiri dengan lenggoknya dan ke kanan pentas dengan lenggoknya.
"Yess. That's my girl." Kata Becky yang berada di tepi pentas. Sempat dia melihat ke arah Bahr, usah dikata.
Dengan mata tidak berkedip, mulut terlopong dan matanya hanya mengikuti ke mana sahaja Anya berjalan. Seakan terpukau oleh kecantikan Anya malam itu.
Dress merah jambu, dengan jaring berwarna putih menutup bahagian atas dadanya dan berbentuk heart shape, pendeknya bawah lutut di tambah dengan bunga sakura sedikit yang ditenun pada kain tersebut, dan mekap seakan natural dan rambut yang didandan.
Memang betul kata beberapa model tersebut, nasib Anya memilih untuk menjadi pereka fesyen dan bukannya model. Dia memang cantik, bukan setakat cantik, ayu, manis, semuanya ada dengan seketul Anya Inayla.
Tambah dimekap sudah semestinya tambah cantik dan manis.
"Cik Anya.. saya hampir tidak mengenali Cik Anya sebentar tadi. Cantik kan Muse kita malam ni, tuan-tuan dan puan-puan?" Soal juruacara.
Tepukan gemuruh dari semua dewan. Bahr Malik sudah menggengam tangannya sedikit, entah kenapa dia merasakan dirinya berbahang, apabila ramai lelaki memberikan siulan kepada Anya.
"You kenapa ni?" Soal Sherry, manja. "Takdelah.." senyum Bahr. Sherry sudah menyumpah di dalam hati. "Kenapa dia yang jadi Muse? Rosak rancangan aku. Aku rasa gossip aku akan tenggelam dengan berita ni." Luah Sherry dalam hati.
"Okay, kita buka lelongan untuk baju Blossom Sakura ni. So, kita mula dengan harga 6 ribu dulu kerana memang harga baju ni yang diletakkan daripada butik Cik Anya sendiri." Kata juruacara.
"10 ribu." Kata seorang lelaki. "Apa 10 ribu? Dari siapa? Oh Encik Zahin daripada Z&Co. Terima kasih." Kata juruacara.
Terbulat mata Anya melihat Zahin yang melambai tangan ke arahnya, dan Anya memberikan senyuman manis ke arah Zahin. Memang mereka berjumpa lagi rupanya.
Bahr yang melihat antara Anya dan Zahin terasa panas hati, Why Zahin, Anya? Kenapa kau senyum dekat dia. Musuh aku!!" Teriak Bahr dalam hati.
Bahr mengangkat kadnya dan menjerit, "20 ribu." Kata Bahr. Mama dan Mummynya terkejut, begitu juga Sherry. Anya terbulat lagi matanya. "Dah, kenapa mamat ni pun nak bida baju ni. Gila!" Teriak Anya dalam hati. Becky di tepi pentas hanya ketawa.
"Dah sudah.. masak lah kau Anya selepas ni, dah musuh Bahr mula dulu. It's getting exciting.." kata Becky.
"29 ribu.." balas Zahin hanya memberikan senyuman sinis kepada Bahr. Dia suka apabila mereka berdua sahaja turut serta dalam bidaan ini. Bahr Malik, musuhnya dalam perniagaan.
Bahr sudah mendengus, "no one can take my partner in crime. Just me." Bisik Bahr.
"35 ribu." Kata Bahr, lagi. Terkejut lagi mereka. Anya sudah terdiam, bajunya seharga itu? Waw..
"40 ribu.. maybe?" Kata Zahin. Dan Bahr sudah panas, seakan mahu ditumbuknya Zahin. Baru sahaja dia ingin mengangkat kadnya untuk membida 100 ribu, biar Zahin tidak sanggup untuk membida baju Anya lagi, Sherry dengan pantas mengambil kad tersebut.
"Enough baby.. Biarlah dia menang, lagipun.. ni kan makan malam syarikat you." Pujuk Sherry.
Bahr terdiam, betul juga apa yang dikatakan oleh Sherry, dia harus professional dengan semua ni.
"40 , satu... 40, dua.. 40, tiga.." dijual kepada Encik Zahin. Terima kasih Encik Zahin, antara harga yang paling tinggi ye dalam bidaan malam ni. Dan, kia dapat mengumpul hampir 190 ribu malam ni untuk kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Tahniah." Kata juruacara.
***
Semuanya sudah tamat, sempat Mama dan Mummy memuji Becky dan Anya, tapi.. Bahr entah ke mana, kata Mummy dan Mamanya dia menghantar Sherry pulang.
"Okay Becky, terima kasih untuk malam ni. Esok kita jumpa ye." Kata Anya. "Okay supermodel. Hahahha." Kata Becky. "Last dah tu aku jadi model, pengajaran untuk kita. Kena siap-siap cari spare model. Hahahaha. Okaylah, jumpa dekat butik esok. Bye.. kerja kita belum habis lagi ni, mesti pelanggan akan datang ambil baju." Kata Anya.
"Alright Cik Bos. Aku jalan dulu. Bye.." kata Becky. "Bye.." balas Anya.
Sedang Anya ingin menutup bonet kereta. "Hai Anya.." kata Zahin. "Zahin. Hai." Balas Anya, ramah. "Kan saya dah cakap, kita akan jumpa lagi. Tengok.. kita berjumpa daa. Anyway, you looking beautiful tonight, Anya." Puji Zahin.
"Biasa je tu. Apa pun terima kasih tau, 40 ribu untuk baju tu.. Mahal sangat tu." Kata Anya. "It's okay, saya nak bagi dekat adik saya." Kata Zahin.
"Oh.. adik awak. Okay, nanti apa-apa mengenai baju, nanti pekerja I akan telefon awak ye." Senyum Anya. "Tapi, lagi senang kalau berurusan terus dengan awak, awak boleh bagi nombor telefon?" Soal Zahin. "Oh yekan, betul juga.. tapi, saya tak selalu pegang telefon kalau kerja, kalau dapat balas, saya balas ye. Okay, 01096.." belum sempat Anya meneruskan nombornya.
"Anya.. kau belum balik ke?" Soal Bahr, yang entah dari mana datangnya. Anya tersenyum, "oh Bahr. Ahh, ni nak kenalkan Zahin, kami terjumpa dengan Paris dulu. Tak sangka jumpa dekat sini." Senyum Anya.
Zahin sudah mendangkal rasa. Belum sempat dia menyalin penuh nombor telefon Anya, dia menyimpan telefonnya di kocek, seakan tiada apa-apa berlaku.
"Zahin.." salam Zahin, Bahr merenung tangan Zahin. "Just play along, Bahr." Bisik Bahr.
"Bahr." Kata Bahr.
"okay, kau nak balik kan? Dah jom. Okay Encik Zahin, kami pergi dulu ye." Kata Bahr terus menarik lengan Anya untuk masuk ke dalam kereta.
"Okay Encik Zahin, tunggu ye panggilan daripada butik kami. Terima kasih." Senyum Anya, mereka dalam kereta dan meninggalkan Zahin. "Playboy.. tapi, cemburu bukan main, dia ingat Anya tu dia punya ke? Bodoh punya jantan!" Kata Zahin terus berjalan ke arah kereta.
Masih banyak hari lagi... "Aku akan pastikan Anya milik aku. Bukannya milik kau, jantan tak guna. Daripada Anya jatuh ke tangan orang yang salah." Kata Zahin menghentak stereng kereta Mustangnya.
Sherry di kereta Pak Mahmud mendangkal rasa. "Kenapa Pak Mahmud yang hantar aku, elok je tadi Bahr yang ambil aku. Dia nak pergi mana tu? Selepas nampak Anya dekat parking terus Bahr meninggalkannya. Ni tak boleh jadi, aku kena lagakan mereka. Tapi, macam mana?" soal Sherry.
"Cik Sherry, ni ada bakul.. hadiah daripada Encik Bahr." kata Pak Mahmud yang ketika itu sudah sampai di hadapan rumah Sherry. Sherry berlakon, "terima kasih Pak Cik, maaf menyusahkan. Mesti lepas ni.. Pak Cik nak kena ambil Encik Bahr lagi kan?" soal Sherry.
"Taklah.. Saya kena ikut Encik Bahr dengan Cik Anya pula." kata Pak Mahmud. "Ahh? Mereka pergi mana?" soal Sherry meninggi.
Dah sudah, mana Bahr nak bawa lari anak dara orang tu? p/s : please komen ye, untuk tambahkan lagi semangat Killa, dan follow saya di n+ serta di IG tau : miss_penulis stay tuned... for next chapter :)
Share this novel