Rate

Bab 32 Adib Cemburu?

Romance Completed 278216

Setelah mereka selesai makan di restaurant layan diri tadi, Adib bercadang untuk terus balik ke rumah. Suasana dalam kereta Adib hening seperti tak berpenghuni. Buat pertama kalinya Adib tidak melayan segala percakapan Anis dan tiada usik-usikan dari Adib.

"Abang Adib, terima kasih hantar Anis ke library dan belanja Anis." Ucap Anis tiba-tiba memecahkan kesunyian dalam kereta Adib.

"Hmm!" Sahutan Adib singkat.

"Anis...!" Belum sempat Anis meneruskan cakapnya Adib sudah mematahkan percakapan Anis terlebih dahulu.

"Anis tolong senyap, abang tiada mood!" Kedengaran suara Adib seakan-akan menjerit. Hatinya panas terbakar emosi, Adib ingin cepat-cepat sampai di rumahnya ingin segera mandi dan berendam untuk menyejukkan hatinya yang memanas. Belum pernah Adib rasakan hatinya sakit melihat Anis akrab dengan lelaki lain, dia sendiri bingung dengan dirinya sendiri.

Anis terkejut dengan keadaan tersebut, belum pernah dia melihat Adib semarah itu. Anis nak bertanya tapi takut keadaaan akan semakin memburuk. Anis hanya mendiamkan diri di sebelah Adib yang sedang mengemudi keretanya. Sesekali Anis melirik ke arah Adib dan membetulkan cermin matanya yang melorot.

Adib marah Anis ke?

Anis ada buat salah ke?

Banyak persoalan yang timbul di benak Anis. Dia terdiam membisu menghadapi kemarahan Adib saat itu.

Sesampainya di rumah, Adib terus sahaja meninggalkan Anis yang masih terpinga-pinga di tempatnya. Hati Anis terusik, dia segera masuk ke dalam biliknya dan membersihkan diri. Setelah itu Anis cuma senyap hinggalah makan malam respon Adib pada Anis tidak seperti selalu. Perkara itu mendapat perhatian Encik Amri dan Puan Saleha, tetapi mereka diamkan sebab tidak tahu perkara apa yang membuatkan Adib dan Anis seperti orang asing.

Sepanjang malam Anis tidak dapat melelapkan matanya, air matanya mengalir tak henti-henti mengingatkan kedua umie dan abahnya.

"Abah .. umie...anis rindu dengan abah dan umie. Anis nak balik rumah kita. Bila abah dan umie jemput Anis? Dengan siapa Anis nak mengadu?" Anis menangis sendirian dan bingung memikirkan apa kesalahannya yang membuatkan Adib dingin padanya.

Keesokan paginya, Anis pergi ke sekolah dengan menaiki grab yang di sewanya awal-awal pagi. Dia langsung tidak sarapan bersama keluarga Adib dan membuatkan Puan Saleha bising mencari Anis.

Keriuhan Puan Saleha pagi itu membuatkan Adib hairan.

"Ibu kenapa?" Adib bertanya pada Puan Saleha yang riuh sendiri.

"Anis kemana? Dia belum sarapan pagi, ibu ke biliknya tadi ternyata Anis sudah tidak ada. Ibu cek bilik mandi Anis tak ada, ibu tengok kat beranda biliknya pun Anis tak ada."

"Oh... tadi ayah ada terjumpa Anis dekat laman rumah time ayah joging, dia sempat minta izin kata nak ke sekolah awal-awal takut terlambat katanya." Sahut Encik Amri meredakan keriuhan yang Puan Saleha cipta.

Encik Amri menggeleng pelan, lalu dia pergi duduk di meja makan.

"Aduh, mahu jatuh jantung ibu ingatkan Anis ke mana tadi...apa kita nak cakap dengan Puan Zulaikha dan Encik Muhaimin sekiranya Anis Umairah hilang atau di culik." Kata Puan Saleha sambil mengurut-ngurut dadanya.

Adib menggeleng pelan melihat tingkah ibunya.

"Jangan fikir yang bukan-bukan, Anis sudah besar dan tahu apa yang dia buat." Sahut Encik Amri meredakan kepanikan Puan Saleha.

"Jom kita sarapan, ibu ada masak Mee goreng ayam pagi ni." Ucap Puan Saleha dengan senyuman.

"Ohya Adib, nanti ibu buatkan Anis bekal...tolong Adib sampaikan, takut Anis tak sarapan." Kata Puan Saleha lagi.

"Baik ibu!" Sahut Adib singkat.

Mereka pun makan sarapan bersama tanpa Anis. Hati Adib menjadi tak enak mendengar dari mulut ayahnya Encik Amri, Anis ke sekolah awal-awal pagi? Dia bercadang akan berjumpa dengan Anis untuk menghantar bekal yang ibunya kirim setelah ini. Adib memandu keretanya dengan kelajuan sedang ke Sekolah Menengah Uthman, kemarahan Adib semalam sebenarnya sekejap saja pada Anis, dia takut tidak dapat mengontrol kemarahannya jadi dia lebih memilih diam.

Sesampainya di sekolah, Adib mengajar seperti biasa tapi peliknya dia tidak ada melihat kelibat Anis Umairah hinggalah jam sekolah berakhir.

Kerana hari itu subject matematik tidak ada dalam jadual tingkatan 5 Sains, maknanya Adib tidak akan masuk ke kelas Anis.

Ke mana Anis?

Anis tak masuk sekolah ke hari ni?

Bukannya tadi Anis ke sekolah seperti biasa?

Adib ada masuk ke perpustakaan sekolah untuk mencari Anis  masa jam rehat berlangsung kerana di situ sahaja tempat Anis pergi. Tapi nihil, Adib tidak melihat Anis di mana-mana.

Adib bercadang untuk bertanya pada Cikgu Azie, guru yang ada masuk di kelas Anis hari tu.

"Assalamualaikum Cikgu Azie." Ucap Adib sopan berjalan menuju ke meja kerja Cikgu Azie.

"Waalaikumussalam Adib, ada apa ya?" Tanya cikgu Azie pelik melihat muka Adib yang tegang tak seperti selalu.

"Hari ni Cikgu ada masuk kelas 5 Sainskan?" Tanya Adib dengan fikiran yang bercelaru.

"Oh iya Cikgu, tadi saya memang ada masuk kelas 5 Sains subject bahasa melayu." Ucap Cikgu Azie perlahan-lahan.

"Tadi Anis ada masuk sekolahkan seperti biasa?" Tanya Adib dengan ragu.

"Erm, tempat duduk Anis tadi masih kosong Cikgu...ingatkan dia belum masuk sekolah." Jawab Cikgu Azie sopan.

"Oh macam tu!" Jawab Adib seadanya.

Dia bercadang untuk balik ke rumahnya terlebih dahulu, mana tahu Anis sudah balik...jadi Adib boleh menerangkan pada Anis perihal semalam dan meminta maaf pada Anis. Sekiranya Anis tidak dia jumpai juga, Adib bertekad untuk melaporkan sahaja kepada pihak polis... kerana abah dan umie belum balik dari perjalanan bisnes.

Adib segera balik ke rumahnya, dia berharap akan berjumpa Anis di sana.

"Anis, jangan buat abang risau... Abang minta maaf kalau sikap abang semalam buat Anis terluka." Ucap Adib pada dirinya sendiri.

Anis berjalan-jalan tanpa arah tuju, dia tak tahu hendak ke mana. Dari pagi Anis belum menyentuh makanan, tapi dia belum merasa lapar. Dia menangis tersedu-sedu di pinggiran jalan, kemana dia mahu melangkah lagi?

Tadi pagi, Anis langsung tak ke sekolah... dia turun di masjid bandar untuk menenangkan hati dan fikirannya. Dia belum pernah kena bentak sepertimana dia dapat dari Adib.

Sesampainya Adib Umair di rumahnya, ibunya Puan Saleha sudah menunggu Adib dengan senyuman.

"Adib, mana Anis?" Tanya Puan Saleha hairan, buat pertama kalinya Anis lambat balik ke rumah.

"Anis belum balik ke ibu? Ingatkan Anis dah sampai rumah." Jawab Adib cemas.

"Kenapa Adib yang bawa balik bekas Makanan Anis?" Puan Saleha mulai rasa tak sedap hati.

"Anis tak ada ke sekolah ibu."Sahut Adib tegang.

"Cuba Adib call handphone Anis?" Tanya Puan Saleha pada Adib.

"Adib belum ada nombor handphone Anis ibu." Sahut Adib bertambah panik.

ke mana Anis? kasihan dia tiada arah tuju

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience