Setelah makan tengah hari di salah satu restoren, perutku membuat hal. Masa ini lah dia nak buat hal.
"Erh.. Rayy. Saya nak pergi ladies kejap," kataku.
"Alright. Saya tunggu sini," balas Rayy.
Aku mengangguk kepala lalu berjalan menuju ke tandas.
Ahh! Lega rasanya bila selesai membuang hajat. Aku menuju ke singki untuk membasuh tangan. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Macam sesuatu yang buruk akan berlaku.
Aku hanya menyedapkan hati lalu keluar daripada tandas. Sedang aku mencari Rayy, seseorang menekup mulut dan hidung dari belakang menggunakan kain.
Dunia aku menjadi gelap. Aku tak sedarkan diri.
________________________
"Où le mettons-nous?" tanya lelaki yang bernama Hans. (Mana kita nak letak dia?)
"Mettez-le dans une pièce au troisième étage. N'oubliez pas de verrouiller la pièce," kata Miqael. (Letak dia di bilik tingkat 3. Jangan lupa kunci bilik itu.)
"Ouais," balas Hans.
Aku pergi ke dapur dan mengambil tin bir. Aku menuangkan bir itu ke dalam gelas. Gelas itu aku ambil dan menuju ke tingkat 3,dimana tempatnya si dia.
Terlihat Hans mengunci pintu tersebut. Aku menghulurkan tangan. Hans menyerahkan kunci bilik kepada aku.
"Kau boleh balik," kata ku.
"Ouais," jawab Hans.
Aku membuka pintu bilik itu dan ternampak sekujur tubuh terbaring di atas katil. Aku menuju ke katil dan duduk dia sebelahnya.
Tangan aku bergerak ke pipinya dan mengulas lembut. Tanganku beralih dari pipi ke bibir merahnya. Mengoda! Tangan beralih lagi ke leher yang putih itu. Terasa lembut kulitnya.
Segera mengalihkan tangan. Kalau dibiarkan, perkara lain yang akan berlaku. Aku memandang muka yang kelihatan sedikit pucat. Penat mungkin. Walaupun mukanya pucat, ia masih cantik.
Aku segera beredar dari bilik itu dan menguncinya. Aku menuju ke dapur.
"Veuillez placer de la nourriture dans la pièce du 3ème étage. Avec un verre d'eau. Voici la double clé. Après l'expédition, n'oubliez pas de refermer à clé," pesan aku. (Tolong letakkan makanan di bilik tingkat 3. Bersama segelas air. Selepas menghantar, jangan lupa kunci semula.)
"Ouais," jawab Riley, bibik rumah itu.
Sekejam-kejamnya aku, aku juga mempunyai hati.
Sekarang masanya untuk kejutan. Bibir mengukir senyuman sinis. Tangan lantas mendail nombor.
Be ready!
__________________________
Aduh! Dia kata nak pergi tandas tapi dah lebih sejam ni! Mana dia? Kaki aku bergerak mencari kekasih hati. Harap tiada perkara buruk yang berlaku.
KRING!! KRING!!
Siapa pula makhluk yang call aku sekarang!?
Miqael!
Pantas jari aku menekan 'accept'.
"Kau buat apa Miqael!? Mana Nabilla!?" tanya aku. Miqael tak akan call kalau dia tak buat sesuatu.
"Woo! Rilek dulu sepupuku. Mana Nabilla? Ada jer dengan aku. Cantik kau pilih. Mesti sedapkan! Yum!" balas Miqael.
Seluruh darah aku menjadi panas. Mukaku merah menahan marah.
"Kau jangan nak jadi setan Miqael!" kata aku dingin.
"Jangan jadi setan? Bukan ke aku memang setan? Hahahaha!" gelak Miqael.
Urgh! Menyampah aku dengar. Aku mendengus kasar.
"Marah ke sepupu? Jangan risau. Bila aku ada masa, baru aku rasa. Kongsilah dengan aku. Jangan jadi kedekut," kata Miqael. Dia memang sengaja!
"Kau ingat dia tu apa?! Mainan nak kongsi!? Aku tak akan pernah nak kongsi hak aku dengan kau! Jangan harap!" balas aku marah.
"Aku pun tak hingin nak kongsi benda dengan pembunuh macam kau! Kalau kau tak bunuh mak bapak aku, mesti mereka hidup sekarang! Semua Salah kau!" jawab Miqael.
"Aku bukan pembunuh! Aku tak pernah terfikir nak bunuh mak bapak kau! Mereka still darah daging aku walaupun perbuatan mereka itu keji! Aku tak pernah jadi seorang pembunuh!" balas aku.
"Kau pembunuh! PEMBUNUH!" Miqael menamatkan panggilan.
Aku mengeluh pelahan. Aku tak pernah terfikir nak bunuh orang. Aku tak sangka Miqael masih berdendam dengan aku.
Argh!!
Aku mengusutkan rambut. Aku kena cari Nabilla! Dia dalam bahaya sekarang. Dan aku tau Miqael bersama dengan dia. Aku perlu jejak Miqael!
Aku keluar dari pusat beli-belah itu dan menuju ke kereta aku. Hanya dia sahaja harapan aku untuk jejak Miqael. Aku tak boleh pergi ke polis. Nanti masalah ini makin rumit.
Hanya dia sahaja yang boleh tolong aku.
Harriz Henderson!
Share this novel