BAB 16

Family Completed 6948

Sara memasukkan barang terakhir yang dia terima dari Adam ke dalam kotak itu. Dia sudah membuat keputusan. Dia hendak memulangkan semula semua hadiah yang Adam berikan padanya. Walaupun hatinya terasa berat namun begitu dia terpaksa.

“Hmm…rasanya ini je.” ujar Sara lalu menatap hadiah-hadiah itu buat kali terakhir.

Dia menghela nafas yang berat sebelum menutup kotak itu. Dia tunduk. Beberapa saat kemudian, kedengaran esakannya. Dia tidak dapat menipu dirinya. Dia sedih, teramat sedih. Kalau sebelum ini dia begitu berharap dapat berjumpa dengan peminat misterinya namun begitu sekarang dia berharap yang sebaliknya. Dia mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir.

“Kenapa mesti macam ni? Kenapa?” ujarnya sedih.

“Adam…” panggilnya dalam tangisnya.

Jujur dia akui, dia tertarik dengan peminat misterinya itu. Kewujudan peminat misterinya itu dapat mengisi kekosongan hatinya. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui identiti peminat rahsianya itu, fikirannya bercelaru.

Bunyi loceng rumahnya mengejukannya. Dia meliha ke arah pintu. Dia tertanya-tanya siapa yang datang pada hari itu. Haikal ke? Segera dia menuju cermin lalu mengesat air matanya dan dengan wajah yang baru lepas menangis dia keluar dari biliknya, menuju ke pintu lalu membukanya. Dia sedikit terkejut melihat tetamu itu.

“Kak Sara?” tanya tetamunya itu. Dia mengangguk.

“Nurin.” Nurin memperkenalkan dirinya lalu tersenyum.

“Nurin?!” Sara terkejut. Bakal isteri Haikal? Apa dia buat disini??

“Erm, boleh Nurin masuk?” tanya Nurin.

Sara terkedu seketika sebelum mengangguk. Nurin melangkah masuk ke dalam rumah itu lalu duduk di sofa.

“Erm, duduklah dulu. Saya buat air kejap.” ujar Sara lalu segera masuk ke dalam dapur. Dia berasa segan dengan wajah sebegitu berhadapan dengan Nurin.

Nurin tersenyum melihat Sara. Dia tahu Sara baru sahaja lepas menangis kerana wajahnya kelihatan penat. Dia menghela nafas lalu melihat sekeliling. Beberapa minit kemudian, Sara keluar dengan dua cawan ditangan. Dia menghulurkan cawan itu kepada Nurin. Nurin menerimanya dengan senyuman.

“Terima kasih kak.” ucap Nurin lalu menghirup air itu.

“Sama-sama…hmm, Nurin datang sini kenapa?” tanya Sara.

“Harap-harap janganlah pasal Haikal…nanti bertambah masalah aku!” ujar Sara dalam hatinya.

“Erm, macam ni…Nurin bukanlah berniat nak masuk campur tapi Nurin tak sukalah tengok abang Haikal sedih…kakak fahamkan maksud Nurin?” berhati-hati Nurin menyusun kata-katanya. Dia tidak mahu Sara tertekan dengan kehadirannya.

“Maksud Nurin?” tanya Sara, mahukan kepastian.Takkan Haikal ceritakan masalah dia dengan Adam??

“Pasal kakak dengan adik abang Haikal…” jawab Nurin. Dia mengesan ada perubahan pada wajah Sara.

“Tapi kakak jangan marahkan abang Haikal pulak sebab saya yang paksa dia bagitahu…lagi satu dia tak tahu saya datang jumpa kakak ni. Kalau dia tahu, habis Nurin.” Nurin sempat bergurau, cuba menenangkan suasana.

“Dia cerita apa dekat Nurin?” tanya Sara.

“Semuanya…” jawab Nurin.

Sara mengangguk.

“Kak, sekali lagi Nurin nak minta maaf kalau kakak rasa yang Nurin masuk campur dalam hal kakak. Tapi, Nurin buat ni untuk abang Haikal. Nurin rasa selagi masalah kakak dengan Adam tak selesai selagi tu lah abang Haikal akan tertekan.” ujar Nurin.

“Hmm, kakak faham. Kakak nak minta maaflah sebab babitkan Haikal dalam masalah ni, kakak tak tahu pula yang dia tertekan sebab ni.” jujur Sara berkata begitu.

“Kakak tahu ke yang Adam lari dari rumah?” tanya Nurin.

Sara terkejut. Lari dari rumah??

“Dah empat hari Adam tak balik rumah.” beritahu Nurin.

“Kakak…kakak tak tahu! Haikal takde bagitahu kakak pun!” ujar Sara.

“Sebab dia tak nak susahkan hati kakak. Hmm, walaupun Nurin ni baru je kenal dengan abang Adam, tapi Nurin senang dengan dia sebab sikap dia tu. Dia seorang anak, abang, bos dan kawan yang baik, bertanggungjawab.” puji Nurin lalu tersenyum.

Sara turut tersenyum mendengar kata-kata Nurin. Benar apa yang dikatakan oleh Nurin itu. Selama bertahun-tahun dia mengenali Haikal, dia tahu benar perangai sahabatnya itu. Nampaknya, Nurin betul-betul tertarik dengan Haikal. Baguslah.

“Kak, Nurin bukan nak memandai-mandai. Kakak lagi tua dari Nurin tapi Nurin rasa Nurin lagi banyak pengalaman dalam bab bercinta ni.” nada suara Nurin berubah menjadi serius.

“Kak, dalam bercinta ni umur, pangkat, darjat, rupa…semua tu tak penting kak. Yang penting ni hah, hati kita. Nurin perempuan jadi Nurin lebih faham kakak berbanding dengan abang Haikal walaupun dia berkawan dengan kakak dah lama. Nurin tahu ego seorang perempuan. Nurin sendiri pun akan berfikir berkali-kali sebelum nak terima lelaki yang lebih muda dari Nurin…jadi Nurin faham situasi kakak.

Tambah-tambah lagi hubungan kakak dengan Adam, macamana kakak dengan dia berkenalan. Tentu janggal rasanya nak terima dia. Tapi kak, ada satu perkataan yang boleh kakak guna untuk selesaikan semuanya. Peluang. Kakak kena bagi dia dan diri kakak peluang.” panjang lebar Nurin berkata.

Sara yang mendengar kata-kata Nurin mengakui kebenaran kata-kata gadis itu. Benar, dia tidak punya pengalaman bercinta dan mungkin itu jugalah salah satu sebab mengapa dia sukar menerima hakikat itu.

“Kak, Nurin tak nampak lagi cara lain untuk selesaikan masalah ni. Mungkin kakak dah ambil keputusan nak jauhkan diri atau hilangkan diri dari Adam tapi itu takkan akan settlekan apa-apa. Sampai bila kakak nak lari dari masalah ni? Lima tahun, sepuluh tahun?” tanya Nurin.

Sara terkejut tetapi pada masa yang sama dia juga memuji Nurin dalam hatinya. Bagaimana Nurin tahu tentang rancangannya untuk menjauhkan diri daripada Adam?

“Kak, bagi peluang…bolehkan?” tanya Nurin lagi.

Sara diam tidak menjawab. Terlalu sukar baginya untuk menjawab.

“Kakak akan rasa macam ni selama-lamanya kalau kakak tak settlekan masalah ni sekarang. Mungkin juga kakak akan menyesal di kemudian hari sebab tak bagi diri kakak dan Adam peluang sekarang.” pujuk Nurin lagi.

Mendengar perkataan ‘menyesal’ membuatkan Sara tersedar. Dia melihat wajah Nurin yang sedang menanti jawapan darinya itu.

“Biar kakak fikir masak-masak dulu. Kakak kena pastikan yang kakak tak akan menyesal nanti dengan keputusan kakak ni.” jawab Sara.

Mendengar itu, Nurin menarik nafas lega lalu tersenyum. Dia menghirup airnya untuk kali yang terakhir sebelum berdiri. Sara terkejut dengan Nurin yang tiba-tiba berdiri itu. Dia mendongak melihat Nurin yang sudah berubah ekspresi wajahnya itu. Hilang sudah wajah seriusnya, kembali kepada wajahnya saat pertama kali masuk tadi.

“Okeylah kak Sara. Nurin dah habis cakap apa yang Nurin nak cakap so, Nurin minta diri dululah!” ujar Nurin ceria.

Sara tersenyum lalu berdiri. Dia memeluk Nurin. Nurin pada mulanya sedikit terkejut namun begitu kemudian dia tersenyum.

“Haikal beruntung tau dapat Nurin!” puji Sara lalu melepaskan pelukannya.

Nurin tertunduk dan tersenyum malu. Sara tertawa kecil .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience