BAB 6

Family Completed 666

“Kakak tak patut buat begitu.” Tegur Abah, berkali-kali. Aku yang duduk di sebelahnya hanya membisu dan melihat keluar tingkap kereta.

“Abah dan Mama memang risau tau. Ayah tiri kakak pula kata tidak tahu apa-apa. Kalau kakak kena culik, bagaimana?” Abah bersuara tegas, namun lemah-lembut. Sikap tanggungjawab seorang ayah terpancar jelas di muka Abah.

“Kan kakak dah kata, kakak pergi rumah Ain!” Aku akhirnya bersuara perlahan. Takut dimarahi Abah.

“Sekurang-kurangnya maklumkanlah perkara ini kepada ayah tiri kakak. Tidaklah Abah risau begini,” Abah memarkirkan keretanya di garaj rumah anak yatim. Lalu, dimatikan enjinnya. Kemudian, Abah memalingkan mukanya ke arah anak perempuannya, ingin menasihatinya lagi.

“Haish budak sorang ni. Orang baru nak buka mulut dia dah cabut dulu.” Kata Abah menggeleng melihat kelibat puteri tunggalnya tiada di sebelahnya. Aku di luar kereta, hanya ketawa kecil sambil berlari-lari anak memasuki pejabat Abah.

Aku menutup buku. Nafas puas segera aku helakan. Waahh,, puasnya..

‘Eh, eh, dah siapkan kerja sekolah pun nak lega-lega sebegini rupa,’ aku tersengih sendiri. Pantas jari telunjukku menghidupkan suis piano. Selang beberapa saat, jari-jemariku sudah bermain-main di atas kekunci piano. Aku terus menekan kekunci piano mengikut irama lagu kegemaranku. Tiba-tiba pintu terkuak dan terdapat bunyi deheman.

“Ehem ehem.. pandainya dia main piano..” ujar Abah, memuji. Aku hanya tersenyum. Pipiku merona merah. Namun, jariku masih tidah berhenti bermain piano, hinggalah Abah memberi isyarat senyap kerana ingin menjawab telefon. Aku akur sahaja. Aku hanya memerhatikan Abah berbual dengan pemanggil. Seperti biasa, Abah berbual dengan mesra. Setelah Abah menamatkan perbualan, Abah berfikir sejenak lalu bersuara,

“Esok Abah ada hal. Nanti Abah minta Uncle Daud ambilkan kakak dari sekolah. Boleh, kan?”

“Boleh. Hal apa, Abah?” tanyaku, mematikan suis piano.

“Lusa, ada orang nak buat majlis kat sini. Abah kena pergi ke rumahnya nak berbincang.” Aku mengangguk faham. Memang selalu orang buat majlis di Rumah Anak-anak Yatim Mutiara. Majlis kesyukuran mahupun sedekah.

Aku keluar dari pejabat Abah lalu menuju ke halaman. Aku ternampak kelibat dua orang kanak-kanak yang amatlah aku kenal. Aku terus menyergah mereka.

Aku jalan perlahan-lahan dengan berpuluh buku di tangan. Memang berat. Aku cuba jalan sepantas mungkin apabila terfikir waktu mata pelajaran matematik yang bakal tiba. Berfikir tentang matematik, wajah garang Cikgu Isa terus terbayang di minda! Jikalau aku lewat, pasti suara Cikgu Isa yang lantang seperti siren bomba itu menggegarkan kelas 5 Unggul. Kalau mood cikgu tak baik, pasti satu sekolah pula yang bergegar!

Aku menarik nafas panjang, menenangkan minda. Bilik guru jauh lagi. Aku terpaksa melalui blok D, blok sekolah agama. Pada waktu pagi, blok tersebut memang sunyi. Blok tersebut hanya dipenuhi murid-murid dan ustazah pada sebelah petang sahaja. Dan, ada khabar angin yang mengatakan blok tersebut berhantu.

Berhantu?

Ah, bab hantu-hantu ni memang aku tak percaya. Karut semuanya! Ain pun setuju dengan aku. Hanya mereka yang tak ‘cool’ je percaya hantu-hantu ni, kata Ain.

Sedang aku leka memerhatikan kelas-kelas sekolah agama yang kosong itu, aku tidak sedar yang seekor cicak tengah ‘melintas’ di hadapan aku. Aku pula memang geli akan haiwan ni. Apa lagi, aku terjerit kecil lantas buku-buku di tanganku terlepas. Aduh, buku-buku berat itu menghempap kakiku! Sakit! Cicak durjana betul!

Aku mengerang kesakitan memicit-micit kakiku. Huhuhu.. Mama.. Tiba-tiba aku terdengar suara ketawa kecil di belakangku. Pantas aku menoleh, lalu mendengus.

“Hahahaha! Cicak pun takut! Kesian, hahahaha!” Alif Akif ketawa terbahak-bahak!

“Humph! Tak lawak langsunglah!” Aku merengus lalu terbongkok-bongkok mengambil satu-satu buku yang berterabur di sana-sini. Ketawanya terus berhenti.

“Maaf, nak saya tolong?” Ceh, dah ketawa terbahak-bahak nak tolong pula. Hmm, sorry, lah! Tiada maaf bagimu! Tanpa diundang, Alif Akif membantu aku. Kami berjalan beriringan ke bilik guru. Aku tidak selesa dengan situasi ini, lalu memperlahan pergerakanku. Kakiku yang sakit membuatku jalan terhincut-hincut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience