Anya sedang menjahit batu dengan penuh berhati-hati. Segala rekaannya perlu ada soul ataupun jiwa supaya penggemar boleh melihat jiwa di dalam pakaian ini.
Jaring putih dan warna merah jambu diletakkan dan dipadankan dengan bunga mawar sangat menepati tema mereka, 4 musim. Namun, Anya memilih musim bunga yang membawa signifikan dalam dirinya.
Bunga? Tersenyum Anya mengingatkan bagaimana dia boleh rapat dengan Bahr, padahal dia tidak pernah rapat dengan lelaki. Ibu dan ayahnya sangat menjaganya sehinggakan dirinya terbiasa untuk tidak dekat dengan mana-mana lelaki.
(Flashback tiga tahun lalu)
Sedang Anya menyusun lauk-pauk di atas meja sebelum dijamah. Anya berlari ke dapur untuk mengangkat air koktail yang dibuatnya. Sedikit berat dirasakan mengangkat mangkuk besar ni.
"Need some help, Candy?" Soal lelaki tadi. Terkejut Anya. "Eh Encik.. eh takpelah.. Encik tu tetamu, saya ni memang dah biasa dekat rumah ni. Becky tu kawan baik saya." Terang Anya.
"Kawan baik? Jangan cakap... Nama awak ni Anya Inayla kan?" Soal lelaki tu terkejut. "Ya, saya lah tu. Encik ni siapa pula. Kenapa Encik kenal nama saya?" Soal Anya.
Lelaki tersebut tersenyum, sehingga menampakkan lesung pipitnya. Dia mendekati Anya sehingga terundur Anya, sekarang antara sinki di belakang dan lelaki ini di hadapannya.
"Nak ke aku tumbuk lelaki di depan ni, lain macam." Bisik hati Anya. Mood pelindung dirinya ingin dia keluarkan. Namun, dia harus sabar.
Tinggi, putih, rambutnya ikal, matanya sedikit berwarna coklat muda, ya.. hazel. Warna mata lelaki di hadapannya. Sekali dilihat, kenapa muka lelaki ni seperti Becky.
"Bunga untuk Anya sebab jagakan Becky sementara saya ke luar negara selama Becky belajar di universiti. Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan perempuan yang sentiasa ada untuk sepupu kesayangan saya." Kata lelaki itu.
Anya mengambil setangkai bunga ros tersebut. "Memang malam ni saya nak jumpa awak pun, tak sangka. Memang betul awak lah orang pertama yang saya jumpa, dan ironinya.. awak tolong saya, sama dengan cerita Becky." Kata lelaki itu semakin dekat wajahnya dengan Anya.
"Bahr.." seru Aunty Betty dan Aunty Bahreah. Bahr menoleh dan begitu juga Anya. "Ya Allah.. ni buat apa dekat Anya ni?" Soal Aunty Bahreah. Bahr hanya tersenyum. "Takde apalah Mama, ada habuk terlekat dekat rambut Anya." Kata Bahr.
"Ye Mama betul. Ada habuk terlekat dekat rambut Anya." Kata Anya. "Mama?" Soal lelaki tu, "sedap pula bila Anya panggil Mama." Senyum Bahr. "Ni mummy nak kenalkan, ni anak buah Mummy.. abang sepupu Becky." Kata Aunty Betty.
"My name is Bahr Malik. But, you can call me Abang Bahr. Macam Becky panggil saya." Senyum Bahr.
(Sekarang)
Tersentak dengan panggilan daripada telefon Anya. Anya terus mencapai tanpa melihat siapa pemanggilnya, siapa lagi kalau bukan orang gila itu.
Setelah salam disambut, mula lah dia diterpa dengan pelbagai soalan. "Ye.. nanti aku makan." Kata Anya. "Takde, aku tak kira. Kau kena makan sekarang! Kau tu kalau kerja, mula lah lupa makan. Aku ni naik risau tau.. nak fikirkan dua orang. Becky dah makan. Aku facetime dia tadi. Kau tu, aku yakin kau belum makan." Kata Bahr.
"Nanti aku makan. Sikit lagi ni.. dah, meeting kau tadi macam mana? Proposal kau macam mana?" Soal Anya. "Semuanya okay, Bahr kan. Dapatlah projek jalan raya dengan aku ingat nak beli perusahaan mencetak pula." Terang Bahr.
"Okay lah tu. Nanti kau invest pula dekat aku. Kita jadi rakan kongsi." Usik Anya. Dia tahu Bahr tidak akan melakukan hal tersebut kerana selain Anya, banyak juga girlfriend Bahr dalam arena fesyen ni. Tu yang dia takuti.
"Nantilah ye Candy." Kata Bahr. "Okaylah .. ada apa-apa kau nak cakap?" Soal Anya. "Errr..." Belum sempat Bahr ingin berkata. Dipotong oleh Anya, "okay bye." Kata Anya mematikan telefon dan meletakkan telefon di sisi, dan sengaja ditutupnya.
***
"Aku balik dulu, Anya." Kata Becky. Jam sekarang menunjukkan jam 8:00 malam. "Okay Becky, jaga diri kau tau selama aku tak ada dekat sini. Janji?" Soal Anya terus memeluk Becky. "Tu kau jangan risau. Kau takda, Abang Bahr aku ada.. sayang kau. Hati-hati pergi Paris esok." Kata Becky.
"Okay Becky." Senyum Anya. Ada sebab mereka harus menjaga Becky. Dia risau perkara lama terjadi kembali.
Sedang Anya ingin mengunci butik. Segala peralatan untuk esok dimasukkan dalam but kereta. Rekaannya juga sudah diletakkan dalam beg. Kelihatan satu kereta sedang berhenti di hadapannya.
"Pak Mahmud, Pak Mahmud boleh pulang dulu, saya naik kereta Anya." Arah Bahr. "Baik Tuan." Kata Pak Mahmud.
"Kau nak pergi mana pula ni? Aku kena pulang ni, nak rehat." Kata Anya. "Tak lama.. jangan risau, aku nak ajak kau makan je.. bak sini kunci kereta kau." Kata Bahr. "Jangan lah risau, aku makan dekat rumah." Kata Anya. "Nope. Jom.. kalau tak, esok aku cancelkan tiket kau, jangan degil." Kata Bahr. Terkejut Anya. Dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi. "Okay.. okay.. nak mengugut jelah kerja dia ni. Benci aku!" Kata Anya.
***
Anya makan dengan penuh selera. Baru dia perasan, dia belum makan lagi rupanya. Dan Bahr hanya memerhatikan Anya tanpa berkedip.
"Kan.. kau belum makan. Geram aku." Kata Bahr. "Hehehehe.. kau dah makan? Kenapa pesan garlic bread dan mushroom soup je?" Soal Anya.
"Dah.. aku keluar makan dengan one of my girlfriend." Kata Bahr. Tersenyum Anya. "Kau ni lain kali, tak payah keluar dengan aku semata-mata ni je. Aku tahu lah nak uruskan diri aku." Kata Anya menyuap nasi ke mulutnya.
"Tak.. aku boleh gila tau kalau kau sakit." Kata Bahr. Terketawa Anya, "sebab nanti partner in crime kau takda untuk selamatkan kau?" Soal Anya. "A ah.. betul tu. Kalau kau sakit, takda siapa nak selamatkan aku daripada mangsa aku." Kata Bahr.
Anya hanya ketawa. "Dah lah tu, selepas ni.. siapa hantarkan kau? Aku memang taklah. Aku nak terus balik rumah." Kata Anya. "Kalau macam tu, aku tidur dekat rumah kau." Kata Bahr. "Gila!" Kata Anya.
"Malik.." panggil perempuan. Terbulat mata Anya dan begitu juga Bahr. "Misha.. hey sweetie.. what are you doing here?" Soal Bahr. "Nak singgah makan. Tak sangka jumpa you." Kata Misha. "Ni siapa?" Soal Misha.
"Nothing to concern you sweetie. Mari kita makan bersama. I miss you." Kata Bahr. Anya hanya diam menyuap makanan ke dalam mulut. Dia sudah ditinggalkan oleh Bahr dan perempuan yang bernama Misha itu.
"Pantang nampak perempuan dahi licin. Bahr.. Bahr.. " kata Anya, kelihatan wassap di telefonnya.
"Kau baliklah dulu, makanan kau aku dah bayarkan. Misha hantar aku balik." -B.M
Namun Anya tidak balas, malas ingin membalas mesej tersebut. Sempat Bahr menghantar pandang ke Anya yang meninggalkan restoran tersebut.
"I miss you, baby.. so much." Kata Misha, menggoda. "me too.." kata Bahr
***
"Ya Ibu Ayah, nanti kalau Anya sampai dekat Paris. Anya bagitahu ye. Okay, Anya nak masuk kapal daa.. Byee. Love you both." Kata Anya.
Anya memberikan tiket kepada pramugari, "oh.. miss Anya, duduk sini ye." Tunjuk pramugari tersebut. "Eh.. kenapa pula dekat business class, bukan economy ke?" Soal Anya.
"Mungkin tiket Cik Anya dah diupgrade." Senyum pramugari. Anya hanya duduk dan kedengaran bunyi whatapps di telefonnya.
"Hope you enjoy your flight, Candy. Sorry pasal semalam." -B.M
Anya tersenyum, tiba masanya untuk aku balas dendam.
"Merajuk lah aku dengan kau, sampai hati kau tinggalkan aku semalam sebab kau nampak mangsa kau."- A.I
"Kau janganlah merajuk. Aku kan dah upgrade kan kau punya tiket. Nanti kau sampai Malaysia, aku akan lebih pujuk kau. Itu janji aku." - B.M
"Yelah kau tau." - A.I
"Safe flight, Candy. Aku janji akan pujuk kau. And, I'm gonna miss you. Miss you, Anya.." -B.M
"Okay."- A.I
"Kau tak balas pun miss aku?" -B.M
"Tak kuasa aku nak balas. Dah, bye." -A.I
"Bye Candy.. Ummuahh.."-B.M
Anya mematikan telefon. Makin dilayan, boleh gila dia. Dua minggu dia akan di Paris, kalau boleh dia ingin fokus.
stay tuned for next chapter ...
Share this novel