Emma merebahkan dirinya diatas katil di dalam biliknya.. selepas seharian Emma bertungkus-lumus membantu ibunya membersihkan bilik stor.. menurut ibunya bilik itu sudah lama tidak digunakan selepas permergian suaminya tercinta iaitu ayah Emma..
Emma mencapai iphone 6 miliknya yang terletak di atas meja solek.. mata Emma terus membulat apabila melihat satu mesej daripada Ammar ..
"Emma.. awak sibuk tak esok ?? kalau tak saya nak ajak awak jumpa, dekat taman.. awak free tak?? "
Emma tersenyum .
Segala penat lelah tadi terus hilang.. Hatinya masih lagi terikat dengan Ammar, walaupun sudah genap sebulan Ammar berkahwin.. Emma tidak dapat menipu dirinya sendiri.. Hatinya masih lagi untuk Ammar.. Emma sedar tidak lama lagi dia pula yang akan mendirikan rumah tangga... Hatinya menjadi serba salah kerana memikirkan tentang perkahwinannya ini.. Dirinya belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, Namun.. takdir sudah menentukan segalanya.. Emma pasrah .
"Saya free je esok, jumpa awak dekat taman pukul 9.00 pagi. ????"
Tiba-tiba Emma mula teringatkan sesuatu.. Dia belum memberikan apa-apa hadiah lagi ketika Majlis Perkahwinan Ammar. Emma menjadi serba salah..
"Haish..teruk lah kau ni Emma, kau boleh lupa nak bagi hadiah untuk kawan baik kau sendiri.. Humm.. aku nak bagi apa ye.... "
Sedang Emma memikirkan hadiah yang sesuai diberikan kepada Ammar ,tiba-tiba pintu bilik Emma dibuka..
"Emma... kamu buat apa termenung petang-petang macam ni.. kena rasuk ea.. " tegur Nina merangkap kakak Emma yang paling suka menyakatnya
"Ehh... Kak Nina ni.. kalau ye pun bagi la salam dulu.. terkejut Emma"
"Hahaha.. ye la.. ye la.. Kak Nina minta maaf.. kamu tu, suka sangat termenung.. cuba cerita sikit dekat Kak Nina apa yang kamu menungkan tu.. "
"Hehehe.. takde la kak.. Emma cuma nak cari hadiah sikit.. nak bagi dekat kawan.. sempena hari perkahwinan dia tempoh hari.. "
"Emma.. kamu baru nak belikan hadiah untuk kawan kamu ?!! ish.. ish.. ish.. tak baik la kamu ni... kesian kawan kamu.. "
Kak Nina tidak mengetahui apa-apa cerita mengenai Ammar, Bahkan dia tidak mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh Emma , kerana Emma tidak pernah menceritakan apa-apa pun mengenai Ammar kepadanya..
"Tu la kak.. Emma rasa serba salah dengan Ammar.. Kak Nina ada apa-apa cadangan tak.. "
Kak Nina tersenyum..
"Kak Nina rasa elok sangat kalau Emma buatkan kek untuk kawan Emma tu.. Kek sempena Perkahwinannya.. Emma hias la cantik-cantik.. macam mana..?? "
Emma tersenyum keriangan.. Satu cadangan yang bernas sekali.. tiba-tiba Emma menjadi sedih..
"Tapi kak.. bahan-bahan nak buat kek dah habis.. macam mana ni kak..Emma nak jumpa kawan Emma pagi esok.. sekarang dah masuk waktu maghrib.. ibu mesti tak kasi kita keluar.. "
"Alaa.. Emma jangan lah sedih..nanti kita keluar sama-sama untuk cari bahan.. pasal ibu.. pandai-pandai lah Kak Nina pujuk"
Emma kembali tersenyum..
"Yeay.. terima kasih Kak Nina.. Emma saaayang Kak Nina.. "
**********************
Selepas selesai solat isyak, Emma keluar bersama Kak Nina untuk mencari bahan-bahan kek.. Emma betul-betul gembira.. tak sangka ibunya membenarkan mereka keluar.. kebiasaanya dari dulu lagi Puan Asiah tidak membenarkan anak-anaknya keluar malam,tetapi kali ini agak berlainan.. Emma mula memikirkan alasan apa yang digunakan oleh Kak Nina sehingga Ibu membenarkan mereka keluar.
"Kak Nina.. Emma nak tanya sikit ni.. ".
"Ye..Emma nak tanya apa.. tanyalah.. " Mata Kak Nina hanya tertumpu pada pemanduaannya .
"Emma nak tanya.. Kak Nina cakap macam mana dengan ibu ?? apa alasan Kak Nina?? "
"Ohh.. pasal tu ke.. Kak Nina tak bagi alasan apa-apa pun.. Kak Nina cakap Emma nak buat kek sempena perkahwinan kawannya yang lepas.. tu je.. ibu pun bagi.. "
'''Ni mesti sebab ibu dah tahu yang kek ni untuk Ammar.. ye la.. ibu dengan Ammar bukan main rapat.. macam anak sendiri pulak tu'''.getus hati kecil Emma..
"Ooo.. kiranya ibu tahu la kenapa kita nak keluar.. Ermmm.. Kak Nina,kek apa yang kita nak buat nanti ?? "
Kak Nina tersenyum..
"Ada la.. kita beli bahan-bahan dia dulu.. Kak Nina yakin Emma pasti suka nanti.. "
Emma terpinga-pinga..
"Alaaa.... Kak Nina.. bagitahu la.. nak tahu jugak.. nak tahu jugak.. "
Kak Nina tergelak melihat gelagat Emma..
"Dah.. dah...kita dah sampai ni.. jom turun "
*******************
Malam itu Emma dan kakaknya bersama-sama menyiapkan kek untuk Ammar.. Hatinya begitu gembira kerana dapat memberikan satu hadiah istimewa untuk 'kawan baiknya'..Emma bersyukur kerana ada Kak Nina yang sudi membantunya..
'''Tak sabarnya nak tunggu esok hari'''
Share this novel