37

Romance Series 93218

Walaupun rajuk Aayra masih bersisa di hati, namun tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tetap tidak dilupakan. Awal pagi lagi Aayra sudah bangun dan menyiapkan segala keperluan suaminya untuk ke pejabat. Sebaik memastikan semuanya sudah siap sempurna, dia turun pula ke dapur bagi menyiapkan sarapan buat Harraz. Begitulah rutinnya setiap pagi. Namun tidak pernah sekali pun Aayra mengeluh mahupun mengadu kepenatan kepada Harraz. Walaupun ada kalanya Harraz menegah dirinya dari melakukan semua itu, tetapi bagi Aayra itu semua masih belum mampu untuk membalas jasa Harraz kepadanya selama ini.

Harraz mengatur langkah perlahan menuju ke meja makan. Kelibat Aayra dicari sebelum dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Masuk hari ini, sudah 3 hari Aayra bersikap dingin dengannya. Puas dia memujuk, namun Aayra tetap jua tidak menunjukkan sebarang respon. Rasanya inilah kali pertama Aayra merajuk dengannya hampir begitu lama. Timbul perasaan kesal di hati Harraz kerana bertindak melulu terhadap Aayra tempoh hari.

Langkah Aayra terpaku sebaik sahaja dia menyedari susuk tubuh Harraz sudah siap sedia menantinya di ruang meja makan. Penampilan lelaki itu kelihatan santai sahaja dengan t-shirt dan joggers pant nya. Aayra pelik. Dia menoleh ke arah jam yang tergantung di ruang dinding.

‘Dah pukul 8:30 pagi. Tapi kenapa abang masih berpakaian macam ni? Cuti ke?' Aayra bermonolog sendirian di dalam hati.

“Good morning, sayang! Jom kita breakfast sekali." Pelawa Harraz bernada riang sebaik menyedari kehadiran isterinya di situ.

Aayra tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menuruti pelawaan Harraz tanpa banyak bicara. Wajah Harraz dipandang sekilas sebelum dia membantu mencedukkan nasi goreng ke dalam pinggan suaminya. Namun belum sempat dia menyuakan pinggan itu kepada Harraz, Harraz terlebih dahulu menarik tangannya agar duduk di sisinya. Pinggan itu diletakkan di tepi lalu jari jemarinya digenggam erat. Kini pandangan mereka saling bertemu. Lama Harraz merenung ke dalam anak matanya. Aayra berasa sedikit malu lalu dia menundukkan wajahnya.

“Abang tahu sayang masih merajuk dengan abang. Abang nak minta maaf sangat - sangat atas keterlanjuran abang memarahi sayang semalam. Tapi abang nak sayang tahu. Abang cuma risaukan keadaan sayang. Macam - macam perkara yang tak elok boleh jadi. Sebab tu abang kecewa bila dapat tahu sayang buat sesuatu di belakang abang tanpa pengetahuan abang." Luah Harraz perlahan.

Aayra masih diam membisu. Tidak sedikit dia menoleh ke arah suaminya yang masih setia merenung wajahnya.

“Abang tahu niat sayang baik. Tapi kita tak pernah tahu niat sebenar orang kepada kita kan? Baik ke? Buruk ke? Ikhlas ke? Sebab tu abang takut kalau ada yang ambil kesempatan di atas kebaikan sayang." Sambung Harraz lagi.

Entah mengapa kali ini Aayra begitu tertarik dengan kata - kata suaminya. Lalu wajah Harraz ditatap lama.

“So abang nak bagitahu sayang yang abang masih tak percayakan Ramona ke apa sekarang ni?" Soal Aayra agak sinis.

“Bukan macam tu maksud abang, sayang. Sayang janganlah salah faham. Abang cuma nak sayang berhati - hati. Itu aje. Salah ke apa yang abang cakapkan ni? Lagipun sayang belum cukup kenal Ramona tu sebenarnya macam mana. Sayang lupa ke apa yang dia dah pernah buat dekat sayang sebelum ni? Sayang lupa ke betapa bencinya Ramona tu pada sayang sebelum ni?" Soal Harraz.

“People changed abang. Lagipun dalam keadaan macam ni sayang tak rasa Ramona sanggup buat yang bukan - bukan. Abang tahu tak Ramona tu sakit apa yang sebenarnya?" Kali ini giliran Aayra pula bertanyakan kepada Harraz.

“Sakit apa?" Soal Harraz ingin tahu.

“HIV positif. Dan yang lebih menyedihkan lagi, Ramona tengah sarat mengandung sekarang ni." Ujar Aayra bernada lirih.

Harraz diam tidak berkutik. Wajahnya seakan terkejut saat mendengarkan perkhabaran itu. Lantas fikirannya mula memikirkan sesuatu.

‘No wonder lah kau tiba - tiba aje hilang. Puas uncle dan aunty cari kau selama ni. Rupa - rupanya ada sebab kenapa kau menghilangkan diri. Ramona... Ramona. Nasib kau lah. Kau sendiri yang cari penyakit.' Bisik Harraz di dalam hati.

Tanpa sedar, Harraz menggelengkan kepalanya berkali - kali dan tindakannya itu langsung disedari oleh Aayra. Aayra merenung wajah suaminya pelik.

“Yang abang ni tergeleng - geleng dari tadi ni kenapa?" Soal Aayra pelik.

Harraz tersedar dari lamunannya lalu wajah Aayra ditatap. Tawa kecil menyeringai dirinya. Manakan tidak. Dia sendiri tidak sedar dengan apa yang dilakukannya lantas bahu Aayra dipaut mesra.

“Sayang, macam yang abang cakapkan tadi. Abang tahu niat sayang baik. Tapi apa yang terjadi ni semuanya dah ditentukan oleh Allah. Allah dah tetapkan yang Ramona harus tanggung semua ni akibat dari perbuatannya sendiri. Kesilapannya sendiri. Yes, true. People's changed. But in the same time we should know what is our limit. Tak salah sayang nak tolong orang. Tapi biarlah berpada - pada. Abang takut nanti ianya makan diri sayang kembali. Trust me, sayang. I know who's Ramona it is." Kali ini Harraz benar - benar cuba meyakinkan Aayra.

Bukan niatnya ingin memandang serong terhadap Ramona. Apatah lagi dalam keadaan wanita itu sedang menanggung derita. Namun Harraz lebih gemar mengambil langkah berjaga - jaga. Apatah lagi setelah dia mengenali siapakah Ramona yang sebenar.

Aayra tidak menjawab. Sebaliknya wajah Harraz ditatap lama. Dia cuba mencari kebenaran di sebalik kata - kata suaminya itu. Entah mengapa, kali ini Aayra merasakan Harraz benar - benar memaksudkan apa yang diperkatakannya. Timbul perasaan gusar di hatinya. Apakah benar Ramona hanya mengambil kesempatan ke atas dirinya selama ini? Tapi mengapa perlu dia melakukan semua itu di dalam keadaan dirinya sedang sakit seperti ini? Aayra diulit kebingungan.

“Abang tahu sayang masih was - was dengan kata - kata abang ni. It's ok. Abang tak paksa untuk sayang percayakan kata - kata abang ni 100%. Tapi abang harap sayang lebih berhati - hati selepas ni. Jangan mudah terpedaya dengan apa jua keadaan sekali pun. Boleh kan sayang dengar nasihat abang ni?" Soal Harraz lembut.

Aayra mula dihantui perasaan bersalah. Dia tahu suaminya hanya mahukan yang terbaik untuk dirinya. Tidak sepatutnya dia mencurigai niat sebenar suaminya itu. Apatah lagi apabila ianya membabitkan diri Ramona. Benar. Harraz lebih mengenali siapa Ramona yang sebenarnya. Jadi tidak salah jika dia menaruh perasaan curiga terhadap wanita itu. Akhirnya Aayra mula menyedari akan kekhilafan dirinya sendiri. Perlahan - lahan dia menggapai jari - jemari Harraz lalu dicium dengan penuh sesalan.

“Sayang minta maaf abang. Sayang tahu sayang salah. Tak sepatutnya sayang merajuk dengan abang untuk perkara - perkara yang macam ni. Sayang tahu abang cuma risaukan keselamatan diri sayang. Sekali lagi sayang minta maaf, abang." Ucap Aayra penuh sesal.

Harraz tersenyum lalu dia mengusap - usap kepala Aayra lembut.

“Abang dah lama maafkan sayang. Abang pun nak minta maaf kalau - kalau abang ada buat sayang terasa hati atau marah - marah
sayang tanpa sebab. Abang cuma nak sayang tahu, abang tegur sayang ni sebab abang sayangkan sayang. Abang tak nak sesuatu yang buruk terjadi dekat sayang. Sayang faham kan?" Ujar Harraz.

Aayra mengangguk laju lalu dia melentokkan kepala di dada bidang suaminya.

“Sayang.." Panggil Harraz lembut.

Aayra mengangkat wajahnya memandang Harraz.

“Ye abang." Balas Aayra.

“Boleh janji dengan abang sesuatu tak?"

“Janji apa?"

“Janji dengan abang yang sayang tak kan merajuk dengan abang lama - lama lagi macam ni. Terseksa abang dibuatnya sayang tahu tak?" Ujar Harraz seraya mencuit hidung Aayra nakal.

Aayra tertawa kecil lalu sekali lagi dia menyembamkan wajahnya di dada bidang Harraz. Sejujurnya dia juga terseksa menanggung rindu apabila terpaksa menjauhkan diri dari suaminya walaupun mereka berada di dalam satu bumbung yang sama. Betapa dia

sangat menyayangi Harraz dan tidak sanggup untuk berjauhan dengan lelaki itu walaupun sesaat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience