BAB 4

Drama Completed 236

Lepas isyak..kami diminta pergi ke Dewan terbuka.”Okey friend..semua dah ada?Cepat tengok siapa yang tak ada..,”kami memandang sesama sendiri.Alan mengangkat tangan..”Jimmy dengan Neyo tak ada..diorang kata datang lambat sikit..,”Janet mencatatkan sesuatu di atas kertas.

“Are you ready for fun?”Syamsul sudah memulakan perangai gila-gilanya..”Aktiviti malam nie ialah..Nurul akan tutup lampu dekat dewan nie selama 3 minit.,jadi kita akan bergelap..,”Janet memulakan taklimat.”Bergelap?Sedap tu..hehe,”Syamsul tersenyum miang..”Kenapa sekejap sangat?,”Alan menyuarakan rasa tidak puas hati..

“Amboi Alan..nak lama-lama..,”sampukku membuatkan dewan sedikit gamat..”Aku tanya aje la,”Alan mengenyitkn matanya.Nak cover malu la tu..Nak buat macam mana kan?Otak kitorang nie kuning sikit.Haha..

“Sorry lah hampakan you Alan..Nurul nak tutup lampu 3 minit aje.Dia cakap bahaya tutup lama-lama..Okey dengar sini..dalam masa 3 minit nie..korang boleh la berdiri sebelah budak yang korang admirer..or your best friend..lepas tu korang akan bernyanyi berpasang-pasagan.,”terang Janet lagi.”Jap-jap..aku tak ada sikit perasaan pun dekat budak lelaki kelas kita..,”Evina memberitahu jujur..

“Melampau you Evina.Uhuk.uhuk,”Ryan berpura-pura sedih..”Ala..tak kisah la tu..duduk aje sebelah siapa-siapa..,”Syamsul membantu Janet menjawab.”One more question..katakan lah..aku nak duduk sebelah Shaliniy..Alan pun nak duduk sebelah Shaliniy..macam mana?,”soalan daripada Fiqri menghangatkan kembali suasana dewan..”Ye lah.Betul tu..,”Ryan mempersetujui kata-kata Fiqri..

“Apa susah..nyanyi aje tiga-tiga sekali..,”ujar Janet sambil ketawa..”Okey-okey..Serius semua.Kita nak mula dah..Perhatikan kedudukan orang yang korang admirer..siapa tak ada pasangan kena denda..three.. two.,one.” Syamsul memulakan count down..

Lampu ditutupkan..aku tiba-tiba tercengang..tak tahu nak bergerak ke mana. Suasana aku dengar gamat sekali..badan aku dah 2.. 3 kali kena langgar.Ganaz betul dak kelas aku..Aku reda aje lah tak ada pasangan.

Daripada kena langgar aje dari tadi.. lebih baik aku duduk depan pintu dewan.Teraba-raba aku dalam gelap..memang menyeksakan..tangan aku menyentuh sesuatu yang lembut.Macam kain.Baju kot.Argh..entah ler.Aku anggap tu kain buruk yang tergantung dekat pintu macam yang aku nampak siang tadi..

Tiba-tiba ada tangan mendarat di bahuku..Miza lah tu..siapa lagi yang berani nak bermanja-manja dengan aku.Takkan budak lelaki kot..Aku memaut pinggang Miza .Kalau tak salah aku..Miza nie orangnya kurus melidi…kenapa aku rasa pelik nie..bila badan orang tu dekat sangat dengan aku..baru lah aku terbau perfume seseorang..aku selesema.Tu pasal hidung aku problem sikit.Wait..wait…aku familiar sangat bau nie…Alamak..takkanlah..Aku melepaskan pautan sambil cuba untuk menepis tangan yang mendarat di bahuku…Tak berjaya..makin kuat manusia nie peluk bahu aku..
Ahh..masaklah aku lepas nie.

Tapp.. lampu dibuka..terkebil-kebil aku memerhati keadaan sekeliling..”Huargh.. mengantuknya..,”Neyo menguap..”Kenapa pandang aku macam nampak hantu aje nie?,”Neyo bertanya aneh..Pelik apabila semua mata memandang ke arahnya.Wangi pulak bau Jimmy.Tak senang hidung Neyo menghidunya.. “Eh..Jim..kau?,”terkejut tahap maksimum Neyo apabila melihat wajah di sebelah nya..Dia pula peluk bahu orang yang disangka Jimmy tu kuat-kuat.Ingatkan nak bergurau dengan Jimmy.Patut la masa lampu tertutup tadi orang di sebelahnya menepis tangannya yang mendarat di bahu..

Cume dia aje yang buat-buat bodoh.. “Err..sorry..,”Neyo menggaru kepala yang tidak gatal..Neyo memandang geram ke arah Jimmy. Amboii. laju betul kau blah.Siap berdiri sebelah Janet.

Aku menyumpah-nyumpah di dalam hati..Kau punya pasal la ngok.Aku dah tepis.Yang kau tak nak lepas,pehal?.. aku dengan Neyo tak dapat lari daripada usikan rakan-rakan yang lain.Ye lah.diorang berdiri aje sebelah pasangan.Tak ada la sampai peluk-peluk bahu..

“Wow…loving couple…haha..korang kena nyanyi la lepas nie…,”Miza ketawa kuat…

“Korang main apa nie?Sampai nak kena nyannyi lah pulak.Tak nak aku..merepek aje..,”wajah Neyo masam mencuka.

“Betul…betul..game nie merepek,”sahutku tidak puas hati.Buat pertama kali dalam Sejarah..aku mempersetujui kata-kata Neyo .

“This is admirer game.Sekali korang join…tak boleh tarik diri..,”Janet tersengih.

“Masalahnya…aku langsung tak tahu yang korang main game nie..,”ucap Neyo geram..Dia teringat lagi tadi..Dia dan Jimmy baru sahaja lepas bersiap..On the way nak pergi dewan…Gelap aje..Ingatkan ada sesi menginsafkan diri.Kenana semula jasa mak ayah ker…jasa cikgu ker…Tapi sekarang nie apa??Admirer game?What the heck?

“Korang nie tak sporting lah…kitorang suruh nyanyi je..bukan buat apa-apa pun..Orang lain pun nyanyi jugak,”Miza sudah memuncungkan mulutnya.

“Betul cakap Miza tu..It just a game..just nyanyi.Janganlah ambil serius sangat,”sampuk Jimmy.How dare Neyo kata game ciptaannya itu merepek..Ingat senang ker nak reka game baru?Sebagai salah seorang AJK kelas,tugas untuk memenuhkan aktiviti kelas semasa di Kem Hulu Bestari diserahkan kepadanya seratus peratus.

Disebabkan ramai yang dah tarik muka..nak tak nak aku dan Neyo terpaksa akur dengan tuntutan game nie.Hrmm..bila pikir-pikir balik.Betul juga kata-kata Miza ..Menyanyi aje…bukannya apa-apa.

Tiba lah pula masa persembahan.. “Hari nie..saya keseorangan.. sebab pasangan saya telah dirampas dalam suasana kegelapan sebentar tadi..,”Syamsul berpura-pura sedih dengan ayat skema nya..

“Terima lah lagu Issabella..watch out Fiqri..kau rampas Nurul aku..,”walaupun bunyi macam serius..kami semua tidak dapat menahan gelak.Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah pasrah Shahmi.Dia sorang yang tak ada pasangan.Patut la tadi aku dengar riuh sikit dekat bahagian suis..berebut rupanya.
“Nasib la kawan.kau lambat sangat.,”Fiqri ketawa..dan tiba lah masa aku dengan Neyo menyanyi..kami masing-masing diberikan sepasang microfone..

“Tepuukkk!!tepuk kekasih,”Miza merancakkan suasana dewan.Siap la minah tu nanti.Tahu la aku kerjakan.”Kami akan menyanyikan lagu..Aspalela,”aku memberikan kata alu-laluan apabila Neyo sekadar mendiamkn diri.

“Tak romantik langsung!booo!!!,”sahut alan..Mengada betul Alan nie..cakap aje la tak tahu tu lagu apa.”Aspalela? What is that?Tak nak aku.,”Neyo tiba-tiba membantah..

“Lagu la.Tak tahu ker?,”balas ku pula.

“Macam embrassing aje.Kau nyanyi la sorang-sorang.,”Neyo menjawab acuh tidak acuh sahaja..

“Aku nak nyanyi lagu..Jenny.,”Neyo menyatakannya penuh semangat..

“Tak best.Tak nak aku,”.Jenny?Aku memang anti dengan lagu tu.Lagu tu mengingatkan aku pada ex aku.Fahmi.Dia suka sangat dengan lagu tu.Konon tu lagu cinta kitorang la.

“Aku bukan nak nyanyi dengan kau pun…”

“Aler.Sorang nak nyanyi jiwang..sorang nak Aspalela..nyanyi lagu Ketika Cinta Bertasbih aje la,”cadang Miza ..Ketika cinta bertasbih??Wow.Aku suka lagu Melly Geoslow dengan Amee tu.Cuma..aku takut Neyo aje yang tak boleh nyanyi.Ni kan lagu ketuhanan. Melihat Neyo excited nak nyanyi lagu tu..aku ikut aje la..Layan aje la..Nanti diorang cakap aku nie banyak songeh pulak…

Jadi aku nyanyi lah dengan biasa..tapi aku respect habis dengan Neyo .Dia betul-betul menghayati lagu tu…!!Sebijik macam orang Melayu.Tak ada dengar pulak slang Cinanya..

Tu la antara aktiviti kami semasa perkhemahan kelas..Antara aktiviti lain yang kami buat ialah flying fox,cari harta karun,LDK dan mendengar ceramah motivasi.Objektif perkhemahan..memupuk semangat setiakawan..

Peristiwa tu berlaku sebulan menjelang SPM..Budak-budak kelas lain sibuk dengan motivasi..kitorang pergi berkhemah..tapi of course la perkhemahan kitorang tak ada kena mengena dengan pihak sekolah.Ingat pihak sekolah nak kasi budak Form 5 pergi berkhemah?Semua di usahakan oleh AJK kelas kitorang dan turut dibantu oleh Cikgu Rozana.Itupun setelah dipujuk oleh Janet berkali-kali.Alasan Janet..untuk release tension..Segala risiko semasa perkhemahan ditanggung sendiri.Alaa..pergi dua hari aje..bukannya lama sangat.Sebelum pergi tu..memang kitorang diberi taklimat panjang berjela oleh Cikgu Rozana.Huhu..Kitorang kan tak ada surat kebenaran penjaga.

Balik aje dari perkhemahan hujung minggu kami..kami mula serius study.Tak ada main-main lagi dah.Kami memang pulun habis.Kami nak buat betul-betul SPM tahun nie..Biar kasi gempaq satu Malaysia.Chewah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience