(ottantanove) 89

Other Series 152486

"Shhh.. it's okay sayang. Duduk diam-diam ye?" Aleena mengendong lembut Faraz di dalam bedungnya yang dibawa bersama.

Dengan langkah yang sukar dan sedikit perlahan, Aleena tetap meneruskan langkahnya keluar dari kawasan itu dalam kegelapan malam.

Air matanya tak henti mengalir, mengingati kata-kata Dom tadi. 'Sampainya hati awak anggap saya macam tu.. saya tak minta semuanya jadi begini..'

Kakinya semakin lenguh dan ari-arinya masih perit sakit kerana tidak sampai 48 jam lagi kelahiran Faraz. Mujurlah anaknya tiada masalah dan dalam keadaan yang amat sihat.

Dia hanya ingin pergi menenangkan diri, jauh dari Dom. Dia tak mahu bertemu lelaki penipu itu! Kenapa.. kenapa perlu dia alami semua ini?

Tidak bersyukur? Dia terlalu bersyukur apabila melihatkan Dom masih hidup. Sangat!

Rasa hatinya bagai mahu terkeluar saja kegembiraan kerana teruja yang sangat. Tetapi dia tidak menyedari keadaan tegang kedua lelaki itu sehinggalah pendengarannya menangkap bicara mereka.

Hatinya dirobek sedih dan pilu yang amat mendengarkan pengakuan itu. Tidak dia sangka lelaki itu terlalu seksa dengan kehadirannya dalam hidup Dom.

'Sekarang.. awak tak perlu lagi terlibat dengan saya kalau awak tak nak. Saya akan pergi.. sejauh mungkin. Jadi awak tak perlu cari saya dan susahkan hidup awak lagi. Berbahagialah Mika.' desis hatinya.

Sebuah jalanraya usang tanpa lampu jalan dijumpainya di luar kawasan bidang makmal besar Forrestor itu.

Hutan bermusim luruh itu ditiup angin malam. Dingin. Sweater yang membaluti bahunya itu ditanggalkan dan diselubung pula pada si anak kecil. Risau jika si kecil kesejukan.

Aleena membawa diri berseorangan mengikuti jalanraya sunyi itu ke satu arah. Dari kejauhan dapat dia lihat cahaya-cahaya samar pekan yang sedikit jauh dari kedudukannya.

'Tak mengapa.. aku mampu lakukannya. Aku mampu.' digagahkan juga tubuh yang sakit dan lemah itu berjalan, menuju ke destinasi.

Tetapi disebabkan salah langkah, Aleena sedikit tersadung dan bahagian kelaminnya dirasakan semakin perit.

"Argh!... ahh.. sss ya Allah sakitnya." tertunduk dia kesakitan sambil menekan-nekan sedikit bahagian bawah pusatnya. Menahan kesakitan.

Faraz tidak langsung meragam. Hanya terkebil-kebil tidak bereaksi memandang si ibu.

Tetapi hentian Aleena tidak lama, bunyian deruman kereta yang agak kuat daripada jalan gelap keluar yang dilaluinya tadi mengejutkan dia.

'Mesti mereka dah sedar..'

Ingin melarikan diri? Dia tidak mampu. Kakinya lenguh dan tubuhnya masih lemah.

Cahaya daripada jauh semakin menghampiri. Aleena mengambil keputusan untuk lari ke dalam hutan.

Tidak terlalu jauh daripada jalanraya, bimbang dirinya sesat pula. Dalam kesuraman malam, dapat dia melihat berbuah-buah kereta jeep daripada jenis yang sama meluncur laju membelah jalanraya.

Ke mana? Untuk apa? Dia tak tahu.

Masakan Dom mahukannya kembali? Bukankah dia hanya akan menyusahkan lelaki itu saja? Atau.. Dom mahukan Faraz?

Tidak! Dia tak akan serahkan satu-satunya cahaya mata itu kepada orang lain, walhal Dom sekalipun! Tiada sesiapa yang mampu memisahkan mereka.

Kelegaan Alaena tidak lama apabila dua buah kereta jeep berhenti di sisi jalan. Cahaya daripada lampu-lampu suluh mula kelihatan. Begitu juga suara-suara garau lelaki.

"Trovalo! Ci siamo lasciati." (Cari dia segera! Kita berpecah.)

Aleena kaget. Bagaimana harus dia mengelakkan diri?

Kaki dibawa lari tanpa arah tuju, masuk ke dalam hutan. Tidak lagi dia pedulikan bahagian belakangnya.

Yang dia tahu, dia ingin larikan diri dari Dom. Jika dia ditangkap, susah semestinya mereka akan membawanya kepada si tuan.

Dia tak sanggup bertemu lelaki itu jika perpisahan yang akan Dom pinta nanti. Dan juga Faraz! Dia tak mampu!

Dengan deraian air mata dan dalam kedinginan malam itu, Aleena kepenatan, lelah. Sebuah jeep wrangler dilihat tersadai di tengah hutan dengan satu laluan keluar kecil kelihatan.

Aleena memandang sekeliling sebelum dia rebah di sebalik jeep tersebut. Nafas yang tercungap-cungap cuba distabilkan dan Faraz yang mulai meragam cuba ditenangkan.

"Shhh.. Please don't sayang. Shh.." ditepuk-tepuk perlahan bahagian bawah si anak, mengharapkan kelegaan si kecil tetapi tiada hasil.

Sesekali, panik, Aleena akan menjenguk ke belakang melihat jika ada sesiapa yang ke mari. Bimbang dirinya dijumpai.

Sedang dia bersandar kepenatan di tepi jeep tersebut, kelibat seseorang bersenapang patah kelihatan.

"Wer bist du? Warum ist das?" (Kau siapa? Kenapa ni?) seorang lelaki separuh abad itu menghampirinya yang terduduk lemah dengan bayi yang baru lahir di pangkuan.

"Sir, please help me escape from them. They hunted me. I'm begging you.." kaki berbut itu disentuh Aleena sambil mendongak, meraih ihsan.

Afonso membuang pandangan ke sekeliling sebelum sinaran-sinaran lampu dari kejauhan kelihatan.

Aleena cuba dibantu untuk bangun dan dibukakan pintu belakang, kalut.

"Geh hinein, beeil dich. I'll help you." (Masuk ke dalam, lekas.) Tubuh itu dipapahnya masuk ke dalam sebelum diri sendiri pula masuk ke bahagian hadapan.

Jeep cuba dihidupkan beberapa kali sebelum berjaya dan minyak ditekan sehabisnya, meninggalkan kawasan.

"Ich habe sie gesehan! Sie ist gegangen, shit!" (Aku nampak dia! Dia baru saja terlepas,) salah seorang orang bawahan Forrestor bersuara berang sebelum beberapa orang lagi rakannya sampai.

Cahaya lampu jeep itu semakin menjauh kelihatan, meninggalkan mereka.

"Warum schiebt du nicht einfact? Was jetzt?" (Kenapa kau tak tembak saja!? Sekarang macam mana ni?) rakannya pula berang padanya. Bahu si ketua ditolak kasar.

Pada waktu kini, semua orang bimbang akan keselamatan diri masing-masing. Mereka perlu temukan Aleena dan Faraz segera!

"Bist du dumm?! Was ist, wenn sie getroffen werden?!" (Kau ni bodoh ke apa?! Bagaimana kalau mereka tercedera?!) pingkasnya pula. Si rakan dijeling tajam.

"Frau Forrestor wird nicht weit kommen können. We have to look for her in that town until we meet, if we don't want to die later." (Puan Forrestor tak akan pergi jauh.) jelasnya dingin sambil memerhati kosong ke arah laluan ke pekan tadi.

Pandangan dialihkan kepada rakan-rakannya pula.

"We can't leave without her. Not without her." ucapnya lagi.

Tak dapat dia bayangkan jika pulang ke makmal tadi tanpa Aleena. Dom pasti akan membunuh dia, mereka!

Lihat saja keadaan tak terkawal tadi. Dom bagai hilang waras membelasah Zen dan beberapa lagi orang bawahannya kerana Aleena dan anaknya lesap tiba-tiba.

"Find her, find her no matter how difficult it is, find her! Don't you dare come back without her!" suara garau serak itu masih terngiang di pendengarannya.

Tidak mungkin dia akan pulang dengan tangan kosong. Dia perlu juga mencari si puan dan tuan muda.

Tetapi mengapa Aleena melarikan diri dari Dom? Mengapa lelaki itu seperti gila apabila wanita itu melarikan diri bersama anaknya?

Adakah Dom sudah kembali kepada dirinya yang asal? Membenci wanita? Semua orang mengetahui bahwa keadaan Dom kini adalah disebabkan pergelutannya bersama Martin.

Ianya juga turut disebabkan Aleena! Jika begitu, sudah tentu Aleena akan dibunuhnya nanti.

Pelbagai persoalan di fikiran Jonathan timbul. Dia selaku ketua, berbelah bahagi dengan tugasannya.

Apa yang perlu dia lakukan? Setia pada Dom dan membahayakan nyawa Aleena? Atau rampas Faraz dan biarkan Aleena bebas? Perlukah dia membawa pulang kedua-duanya sekali?

I need to get to know the truth first before making a decision for them..

First of all, I need to find Frau Forrestor..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience