PROLOG

Drama Series 55411

Setitis air mata mengalir perlahan ke pipi di saat bibir pucat dan sedikit merekah itu selesai membaca ayat terakhir dari surah suci Yasiin yang berada dalam pegangannya. Makin lama, makin deras air matanya merembes keluar membasahi wajahnya. Seiring dengan esakan kecilnya. Berkali-kali tangannya naik menyapu air mata tersebut sambil cuba mengatur nafas yang terasa pendek, sesak dan sempit di dada.

Matanya ditala pada batu nisan yang mempunyai ukiran ayat suci Al-Fatihah berserta sebaris nama di bawahnya. Mukus yang terkumpul di rongga hidung disedut sedikit. Tangannya naik mengusap perlahan batu nisan tersebut. Bibir dikemam rapat menahan getaran pilu yang semakin menguasai diri.

Dua tahun sudah berlalu. Begitu pantas masa berjalan. Sedangkan jiwanya masih tersekat di waktu yang lalu. Waktu di mana dia masih ternanti-nantikan kepulangan lelaki itu meskipun hakikatnya, ianya sangat mustahil. Sangat mustahil untuk lelaki itu kembali.

Dia menghembus nafas perlahan. Memejam mata tuk seketika sambil menikmati hembusan angin lembut yang menyapa wajahnya yang masih basah dengan air mata. Terkumat kamit bibir itu mengucap istighfar. Tangannya yang sebelah lagi naik mengurut dada. Itulah yang akan dilakukan tiap kali dia hampir-hampir ingin memberontak, melawan takdir yang sedang dihadapinya.

Seharusnya dia perlu reda. Reda dengan ketentuan takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi. Reda dan mengikhlaskan segala-galanya. Bukannya marah dan melawan. Tak. Dia tak boleh sebegitu. Dia kena terima. Dia terpaksa telan jua semua ini biarpun ianya sangat perit.

'Jika meminta untuk dirinya kembali adalah sesuatu perkara yang mustahil, Kau hadirkanlah kepada ku seseorang yang mampu merawat semula hati kecilku ini, Ya Allah. Sesungguhnya tidak banyak yang ku pinta selain dari itu dan kemaafan-Mu, Ya Allah.'

bismillah. assalamualaikum semua. nikmatilah prolog ni dulu ye utk permulaan kisah baru Dian selepas Syahir pergi. hehehe. bgi yg pembaca baru, silakan baca Playdate terlebih dahulu utk lebih penjelasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience