33

Romance Completed 95763

(Cappadocia, Turki- 10 pagi)

Pejam celik, pejam celik sudah tiba hari minggu. Seperti yang telah dijanjikan oleh Ikram Benjamin pagi ini mereka sudah berada di tanah Turki iaitu Cappadocia.

Ah, lelaki itu memang gemar memberi kejutan. Bibirbya tersengih lebar. Sukanya dia berada ditanah Turki.

"Sukaaaa! Tempat dekat sini cantik-cantik." Dia berlari-lari anak sambil mengejar sekawanan burung merpati. Apabila sekawanan burung itu bertebaran terbang diudara, Anggun Dahlia melepaskan gelak puas. Gayanya seperti anak-anak saja ketika itu.

"Sayang! Jangan lari!" Ikram Benjamin mengejarnya dari belakang.

Perempuan itu tidak padan sedang berbadan dua. Boleh pula dia berlari sambil mengejar burung-burung merpati.

"Sayang...janganlah berlari macam tadi. Seramlah abang tengok. Kalau jatuh macam mana? Lupa agaknya dia tengah pregnant." Puncak hidung Anggun Dahlia dipicit geram.

"Alaa, nak seram kenapa? Bukannya tengok hantu. Tengok Dahlia berlari aje pun." Mulutnya mula berceloteh rancak.

"Tengok sayang berlari lagi seram dari tengok hantu. Tahu tak?"

"Abang. Dahlia nak aiskrim." Tangannya menunjuk ke arah deretan kedai dibawah pokok. Ikram Be jamin turut menoleh.

"No. Sayang kena kurangkan makan aiskrim." Dia menghalang pandangan perempuan itu. Sengaja dia berdiri dihadapannya.

"Alaaa...abang ni tak bestlah." Anggun Dahlia mengetap gigi. Geram sangat nampaknya.

"Hahahahaha. Abang pula yang tak best? Okey,okey. Jom kita cari makanan yang berat sikit. Dekat sini banyak makanan sedap. Come, sayang." Dia memimpin tangan Anggun Dahlia agar mengikuti langkahnya.

"Tempat tu ada aiskrim tak?" Dia mengerdipkan matanya memandang Ikram Benjamin. Dia ingat sudah habis comel agaknya. Mahu saja Ikram Benjamin menggigit pipi yang semakin membulat itu.

"Ada yang lagi best dari aiskrim." Dia tersenyum sambil melayan celoteh perempuan itu.

Setelah sepuluh minit berjalan, mereka tiba dihadapan kedai makan yang terletak dikaki lima jalan.

Disitu terdapat beberapan buah gerai yang bercantuman. Ada disajikan makanan ringan, pencuci mulut dan juga makanan berat.

"Sayang. Kita duduk sini." Mereka menapak ke sebuah meja kosong.

Anggun Dahlia menuruti langkah Ikram Benjamin. Matanya melilau ke sekeliling kedai makan itu. Nampak meriah. Ramai pengunjungnya. Pasti makanan disini menyajikan makanan yang sedap-sedap. Semakin bertambah lapar dia.

Seorang pelayan lelaki datang sambil membawa menu. Anggub Dahlia orang yang pertama menerima huluran buku menu itu. Kelakuannya itu mengundang tawa Ikram Benjamin.

"I want Iskender Kebab, Manti (Turkish Ravioli), Shish Kebab and Pottery Kebab." Laju saja dia memesan makanan tanpa memandang ke arah pelayan. Apa dia ingat dia sedang membaca sajak?

"Wow, sayang. Kalau ya pun lapar, kita pesan sikit dulu. Okey?" Dia cuba memujuk Anvgun Dahlia. Takut pula dia apabila mendengar senarai menu yang disebutkan tadi.

"Abang relaks okey. Jangan risau. Dahlia boleh habiskan semua. Janji, Dahlia tak membazir makanan." Tangan kanannya diangkat separas bahu. Janji dingkat tinggi.

"Ini bukan soal membazir sayang abang. Tapi...banyak sangat sayang pesan. Sayang kena kawal pemakanan." Dahinya digaru.

"Abang ni sepatutnya jadi pakar nutrisi pemakanan. Bukan jadi pengerusi Manaory Company." Dia tersengih mengejek.

"So, that's all for your order?" Terkebil-kebil pelayan itu menunggu. Dari tadi dia menjadi saksi perang mulut pasangan itu. Dia twrsengih sambil menggeleng kecil.

"Ah, yes! And...two cup of apple tea. Thank you." Ikram Benjamin menyudahkan pesanan itu. Badannya disandar pada kerusi.

"Abang. Berapa hari kita nak duduk dekat sini?" Soal Dahlia teruja.

"Sampai anak kita lahir." Senyum disorok.

"Serius?" Anggun Dahlia menyoal polos.

"Kenapa? Sayang nak anak kita lahir dekat tanah Turki ke?" Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Aplikasi kamera dibuka.

Klik! Klik! Klik!

Cepat saja dia mengambil foto Anggun Dahlia.

"Boleh ke?" Soalnya lagi.

"Untuk sayang semua boleh. Abang kan kaya. Hahaha." Ayat sarkastik itu membuatkan Anggun Dahlia menjulingkan matanya ke atas. Menyampah!

"Jangan main-main. Nanti Dahlia minta bersalin dekat ward v.i.p baru tahu." Dia menarik sengih nakal.

"Eh...janganlah sayang. Hahaha. Habislah duit abang kalau macam tu." Pipi Anggun Dahlia dicubit geram.

"Tapi...kalau sayang nak bersalin dekat sini abang okey aje." Kali ini ayatnya kedengaran serius.

"Sini tu maksudnya dekat mana? Dekat kedai makanan ni?" Anggun Dahlia sudah mula dengan ayat loyar buruknya.

"Ha, mulalah tu. Abang gigit nanti baru tahu." Dia mengacah dirinya mahu menggigit pipi Anggun Dahlia. Baru saja dia mengangkat punggung, makanan yang dipesan sudah sampai.

"Wah! Banyaknya!" Anggun Dahlia ternganga. Begitu teruja reaksinya. Satu-persatu hidangan dipandang. Tidak sabarnya dia mahu makan kesemuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience