BAB 10

Family Completed 6948

Fitri ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Adam. Wajah Adam yang masam berubah kelat.

“Kau ni pun satulah! Kau tak terfikirkan kemungkinan dia tak cam kau lagi!” ujar Fitri.

“Muka aku sekarang dengan muka aku dulu berbeza sangat ke??” tanya Adam.

“Bagi aku yang hari-hari tengok kau, aku tak nampak perbezaannya. Tapi dia lainlah. Laipun dia last nampak kau, kau masih berhingus lagi, fesyen pun tak tahu. Rambut kau tak macam ni hah!” ujar Fitri.

“Betul jugak kan! Mungkin aku dah tambah handsome sampai dia tak kenal aku dah!” ujar Adam lalu mengangguk.

“Alah, perasan terus!” sindir Fitri.

“Tak kisahlah kau nak kata apa. Jadi sekarang macamana ni?” tanya Adam.

Fitri mengangkat bahu tanda tidak tahu. Adam mengeluh.

******************************************

Sebulan lebih dia berada di Malaysia, baru satu hadiah dia terima daripada peminat misterinya itu. Dia sedih kerana beranggapan mungkin peminat misterinya itu sudah tidak berminat padanya.

“Kalau dah lupa, nak buat macamana kan…” ujar Sara lalu meneguk air mocha buatannya sendiri itu.

“Nak jumpa kak Siti pun dah tak dapat. Kak Siti ni, pindah pun tak bagitau…” bebelnya sendirian.

Dia melihat ke luar tingkap dan matanya tertangkap seorang remaja sedang melihat ke arahnya dari dalam kereta. Dahinya berkerut kerana sejak akhir-akhir ini dia sering melihat remaja itu. Tidak kira ke mana jua dia pergi, mesti akan terserempak dengan remaja itu.

“Nak kata dia peminat misteri aku, mustahil sebab masih muda lagi budak ni. Tapi…ini tak boleh jadi ni. Jangan-jangan stalk aku tak!” ujar Sara lalu meletakkan gelas itu di atas meja. Dia keluar dari rumahnya dan menghampiri kereta itu.

“Alamak, apesal dia keluar ni?!” ujar Adam. Kelam kabut dia menaikkan cermin keretanya dan segera menghidupkan enjin keretanya.

Tok tok tok! Cermin keretanya diketuk. Adam serta merta terkaku. Dia menelan air liurnya lalu memandang Sara yang berdiri di tepi keretanya. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

“That’s it! Aku tak boleh lari lagi, sampai bila aku nak macam ni?” ujar Adam lalu membuka pintu keretanya.

Sara berundur ke belakang. Saat remaja itu keluar dari keretanya dia melihat wajahnya.

“H-hai!” ucap Adam janggal.

“Hai…awak, awak buat apa kat sini? Awak tak tinggal area sini kan??” tanya Sara curiga.

“Erm…err…eya. Sebenarnya saya…nak jumpa awak.” Adam hampir kehilangan oksigennya saat berhadapan dan bercakap dengan Sara.

“Kenapa?” Sara terkejut.

“Hmm…kalau awak tak keberatan, apa kata awak naik kereta saya, kita pergi minum dulu?” ajak Adam.

Sara terkejut. Berani sungguh budak ni!

“Jap, saya tak kenal awak. Awak berani ajak saya naik kereta awak? Hah?!” marah Sara.

Adam menggigit bibirnya. Wrong move!

“Erm…sorry, tapi saya ada benda nak cakap dekat awak. Jomlah!”

“Hah, awak ni! Saya tak kenal awak pun, benda apa yang awak nak cakap? Dahlah, lebih baik awak balik!” marah Sara lalu berjalan meninggalkan remaja itu.

Melihat Sara yang meninggalkannya membuatkan dia menarik tangan Sara. Sara yang terkejut pantas cuba menarik tangannya namun pegangan Adam terlalu erat.

“Sara, kejap!” nama itu terlepas dari mulut Adam.

Mata Sara membesar. Dia berundur sambil cuba melepaskan tangannya.

“Macamana awak tahu nama saya?!” Sara separuh menjerit. Gagal melepaskan tangannya, dia pantas menendang kaki remaja itu.

Adam mengaduh kesakitan saat kakinya ditendang. Pegangan tangannya terlepas. Dia mengusap-ngusap kakinya yang sakit itu.

“Serve you right!” marah Sara lalu berjalan masuk ke perkarangan rumahnya dan menutup pintu pagar.

Walaupun kakinya terasa sakit namun begitu dia cepat-cepat menghampiri Sara lalu mengeluarkan handphonenya.

“Kejap, kejap! Tengok ni!” tergesa-gesa Adam cuba menujukkan keychain handphonenya.

Wajah marah Sara berubah saat melihat keychain yang tersangkut pada handphone remaja itu. Dia kenal keychain itu. Keychain yang serupa juga tergantung pada handphone lamanya. Dia segera memandang remaja yang masih kesakitan itu.

“ADAM?!” ucapnya terkejut.

Mendengar namanya disebut, Adam tersenyum dalam kesakitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience