"Congratulations, Jean. You're a dad now." kata Eliya sambil memandang ke laman luar rumah.
Laura sedang mengagah bayi lelaki yang dibawa Jean tadi. Nampaknya bayi itu cukup selesa dengan Laura. Sudah tidak menangis seperti tadi setelah disusukan.
Terpaksa gadis itu sendiri mencari susu formula bayi dari pasaraya berdekatan. Mujur dia pernah berpengalaman menjaga anak kecil.
"What the hell, Eliya! I'm just 26!" sanggah Jean.
"Then, where's the baby from?! Takkan tiba-tiba muncul depan rumah you?"
"Memang tiba-tiba! I tak tahu apa-apa, trust me. Mati i kalau orang tua i tahu." Jean meletakkan kedua belah lengan ke atas dahi, buntu memikirkan dari mana datangnya anak kecil itu.
"Okay, relax. Just think, siapa yang kemungkinan boleh letak baby tu depan rumah you?" Eliya cuba memberi cadangan.
"How would i know? Pagi-pagi buta macam tu, biasanya mak cik cleaner ada la." jawab Jean malas.
"Exactly!" jerit Eliya. Jean terkejut beruk, lalu cepat dia mengamati maksud Eliya.
"Jangan-jangan ada mak cik cleaner yang letak?!" duga Eliya.
"Kenapa pulak mak cik cleaner nak tinggalkan anak depan rumah i?" fikiran Jean masih samar.
"Haah kan..." Eliya kembali berfikir. Tak masuk akal teorinya tadi.
"Eliya, please."
"Hah, mana tahu kalau ada orang menyamar jadi mak cik cleaner then tinggalkan baby tu dekat rumah you?" kali ini teori Eliya boleh jadi benar.
"Betul jugak kan... Eh, tapi siapa yang menyamar? Eii serabut lah macam ni!" Jean dah nak naik hantu memikirkannya.
"Wait. God, Jean! CCTV! The CCTV in front of your house, boleh check kan muka orang tu?"
Mata Jean serta merta meluas. Betul kata Eliya. Kenapalah dia tidak terfikir pun idea itu.
"Okey! Jom, kita tengok. Jom, jom, jom!!!" Jean lekas bangun sambil menarik lengan Eliya.
"Woi! Sabarlah! Kot ye pun bawak la anak you tu sekali!"
.
.
"You fucking kidding me?!" Jean tercarut lagi. Eliya cuba menenangkan dia di sebelah.
Pengawal keselamatan di bangunan itu juga menggaru kepala. Tak sangka hal begini terjadi. Padahal rasanya dia terlelap sebentar sahaja awal pagi tadi.
Jean melihat kamera CCTV yang disembur cat hitam dengan rasa tak puas hati. Kalau ikutkan dengan CCTV tu sekali dia hentak.
"Dari pukul berapa jadi macam ni?" tanya Jean lagi.
"Awal pagi tadi tuan, dalam pukul 6?"
"Mungkin waktu tu orang tu letak baby depan pintu i." gumam Jean sendiri.
"Ya, mungkin." Eliya turut tumpang simpati. Bahu Jean diusap untuk menenangkannya.
"What im gonna do with that baby, Eliya? Tak logik betul!" keluh Jean lagi.
"I pun tak habis fikir. Mati kita kalau orang tahu pasal baby tu." Eliya sekali lagi mengingatkan Jean. Bayangkan kalau teman-teman rapat Jean tahu dia ada anak, kecoh nanti!
"I know." jawab Jean sebelum meluru keluar dari bilik CCTV itu.
Eliya pantas mengejar. Dia ingin tahu apa perancangan Jean seterusnya.
"Jean! Wait!"
.
"Betul ke apa kita buat ni?" Eliya bertanya lagi. Laju langkahnya menyaingi langkah Jean. Mereka sudah sampai ke tempat yang ingin dituju Jean dari tadi.
"Habis tu, nak taruk kat mana lagi? I dah buntu!" Jean tarik nafas dalam setelah sampai di hadapan balai polis itu.
Kelihatan Laura terkedek-kedek berjalan ke arahnya sambil memangku bayi. Dah macam terbiasa. Jean sembunyi senyum. Memang serasi betul baby tu dengan Laura, langsung tak meragam. Siap tidur lena lagi.
"Hoi! Tunggu apa lagi? Masuklah." tegur Eliya setelah dia perasan Jean asyik memandang Laura. 'Jangan main-main mata dengan cousin aku ye!'
.
"Hahaha!" pegawai polis itu gelak sebelum berdehem.
"Look young man, ini bukan kali pertama kami terima kes macam ni. Most of the time, the baby is either diorang punya, atau kawan-kawan yang punya." sambungnya lagi.
Jean mahu membantah, tetapi seorang lagi pegawai polis sempat menyampuk.
"Budak zaman sekarang, buat anak je reti. Bila nak jaga? Semua lepas tangan."
Berdesing telinga Jean mendengar sindiran dari polis itu.
"Encik, masalahnya saya memang tak tahu anak ni anak siapa. Ada orang tinggalkan depan rumah saya. Siap ada rekod CCTV tau? Eliya, tunjuk!" Jean mengarahkan Eliya supaya menunjukkan bukti yang sempat dirakam.
Kedua orang polis tadi masih beriak biasa. "Macam mana kami nak tahu orang yang letak baby tu bukan kawan-kawan awak?"
Jean tepuk dahi perlahan. Dia dah hampir putus asa. Laura membisu dari tadi. Jika dia di tempat Jean pun, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Encik, anak buah saya ni girlfriend pun tak ada. Macam mana dia nak ada anak?" Eliya cuba menyebelahi Jean.
"One night stand? mana tahu?" balas polis itu kembali.
Jean baru ingin meradang, tapi ditenangkan Eliya.
"Encik, tooolonglah! Saya tak kenal siapa budak ni. Saya tak tahu mana nak letak dia dah. Saya tak boleh jaga dia!" rayu Jean.
"Kami pun tak dapat nak bantu." sekali lagi aduan Jean dilayan acuh tak acuh.
"Look!!! I don't care! Encik nak buat apa pun dengan budak ni, encik nak bawak dia pegi mana-mana pun, terserah. Yang penting, im not going back with this baby!" Jean mengambil bayi yang sedang dipangku Laura itu dan memberikannya kepada salah seorang anggota polis.
"Seriously, Jean?!" kata Laura dengan riak tak percaya. Takkan nak tinggal baby tu macam tu je?
"Now, kita balik!" arah Jean lagi sambil menarik kedua wanita yang bersamanya untuk pergi dari situ.
"Wow, Jean. We cant just leave the baby!" Eliya memandang sekilas ke arah bayi yang sudah terjaga dari tidur itu.
Di dalam pelukan polis, bayi itu mulai merengek. Lama-kelamaan, tangisannya kedengaran. Laura juga berpaling, hatinya tak keruan!
"Balik, i cakap!" Jean masih berdegil sedangkan Eliya dan Laura sudah memberhentikan langkah.
"Jean, the baby!" sebelah lengan Jean digoyang-goyangkan oleh Eliya.
"Biarkan dia!"
"You gila ke?!" marah Laura pula.
"Jean, kesian kat dia!"
Bunyi tangisan bayi itu semakin jelas, hingga Jean juga terpaksa berpaling akhirnya. Mata bundar bayi itu terarah kepadanya.
Share this novel