Chapter 14

Romance Series 4988

Akmal mengajak Isha ke rumahnya hujung minggu itu atas permintaan kedua orang tuanya. Katanya mahu mengenali bakal menantu mereka itu. Ketibaan Isha disambut baik leh keluarga Akmal. “Masuk lah! Tak payah malu-malu. Nanti You tinggal jugak kat sini.” Akmal mengusik Isha. “Ish You ni! Nanti family You dengar lah!” balas Isha yang kurang selesa mendengar Akmal berbicara soal itu. “Betul apa I cakap. Nanti kalau You dah jadi menantu dalam keluarga ni, You akan duduk jugak rumah ni kan!” bidas Akmal. Isha bersalaman dengan ibu Akmal dan duduk di sofa di ruang tamu setelah dipelawa. “Ni lah kawan Akmal yang Akmal ceritakan pada mama dengan papa tu ya? Cantik orangnya kan bang!” Puan Anis memuji Isha. Isha tersenyum mendengar pujian itu dan mengucapkan terima kasih. Dia agak janggal bertemu dengan keluarga Akmal kerana itu pertemuan adalah kali pertama mereka. Isha menghabiskan masa di rumah Akmal pada hari itu bagi sesi perkenalan dengan ahli keluarganya. Puan Anis dan Encik Halim kelihatan berpuas hati dengan gadis pilihan Akmal itu. Ciri-ciri yang diinginkan nampaknya ada pada Isha. “Saya tak berapa pandai masak auntie. Banyak lagi masakan yang saya belum belajar dari ibu saya. Maklumlah, kerja macam ni memang busy sikit. Saya cuti pun hari Ahad je. Tu yang tak ada masa sangat nak belajar masak. Biasanya saya masak ikut buku resepi je.” balas Isha apabila ditanya tentang masakan apa yang pandai dimasaknya. “Alah, tak apa. Tak pandai masak tu lagi okey daripada malas masak. Nanti kalau senang-senang, datang je rumah auntie ni. Auntie boleh tolong ajarkan. Lagipun auntie ni tak ada anak perempuan, siapa lagi yang auntie nak ajar. Nak ajar semua hero dalam rumah ni, semua tak nak! Katanya bukan kerja orang lelaki duduk kat dapur!” kata Puan Anis dan disambut dengan ketawa Isha. “Betul apa! Tu kerja orang perempuan. Orang lelaki tak masuk dapur!” kata Akmal dan diskong oleh abang-abangnya yang lain. “Saya bukan tak nak auntie, tapi segan lah! Menyusahkan auntie pulak.”balas Isha menolak pelawaan mama Akmal itu. “Eh! Menyusahkan apanya. Nanti kalau ada masa, datang je. Lagipun rumah ni selalu sunyi. Abang-abang Akmal yang lain ni semua busy memanjang. Petang baru balik!” kata Puan Anis lagi. Agak lama Isha menghabiskan masa di rumah Akmal. Sesi perkenalan itu nampaknya berjalan lancar dan Akmal kelihatan berpuas hati. Isha yang agak pemalu pada mulanya bertukar menjadi peramah setelah selesa dengan sikap ibu Akmal. Akmal menghantarnya pulang apabila langit sudah mula kekuningan.
Malam itu Isha diserang dengan pelbagai soalan dari abangnya. “How was your first visit to his house? Everything is okay?” Aizal mengusik adiknya. “Stop it! None of your business!” Isha membalas selamba. Aizal ketawa. “Of course it is part of my business!” Aizal pantas membidas. “Why?” Isha menyoal keras. “Because.. He’s going to be my brother in-law! Am i right Faisha Izariqa?” kata Aizal sambil ketawa. Isha menunjukkan muka tidak puas hati terhadap abangnya itu. Dia melayangkan buku limanya ke arah bahu Aizal tetapi pantas dielak. Aizal melarikan diri ke dalam biliknya setelah mengusik adiknya itu dalam ketawa yang masih bersisa. “Takpa! Kali ni kau terlepas, tengok lah aku dapat kau nanti Aizal Izrash!” Isha mengomel seorang diri. Dia masuk ke biliknya dan membuka youtube. Isha menghabiskan masa pada malam itu dengan memuat turun video-video muzik serta rancangan hiburan artis korea yang diminatinya. Jika mempunyai masa lapang, dia tidak melepaskan peluang untuk turut sama menari mengikut rentak lagu-lagu tersebut seorang diri di dalam bilik. Tetapi dia berhati-hati dalam melakukan perkara itu kerana takut diketahui oleh Aizal. ‘Kalau abang tahu aku duk berjoget dalam bilik ni, masak aku! Tak pasal-pasal sebulan dia duk kutuk aku pasal benda ni! Bahaya!’ bisik hatinya sendiri.
Sudah tiga tahun hubungannya dengan Akmal terjalin. Isha mula memikirkan masa depannya bersama Akmal. Dia sendiri tidak tahu kesudahannya. Ahli keluarga masing-masing sudah dikenali. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik buat dirinya dan Akmal. Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggilnya. Kedengaran suara Akmal menyapa. “You buat apa? Busy tak? Jom lunch sama-sama. I ada something nak discuss.” Akmal mengajak. “I siapkan report untuk projek baru ni. Nak lunch dekat mana?” soal Isha. “Dekat tempat biasa. I tunggu You kat situ okey?” balas Akmal. “Okey!” jawab Isha sebelum menamatkan panggilan. ‘Nak discuss apa?’ soal hatinya. Isha akhirnya membiarkan sahaja persoalalan itu berlegar di ruang fikirannya. Dia kembali menyambung kerjanya. Setelah menoleh ke arah jam di telefonnya, dia terus mencapai beg tangannya dan menuju ke parking kereta. Nia awal-awal lagi sudah keluar bersama Zairi. Sejak kebelakangan ini dia jarang keluar rehat bersama rakan baiknya itu. Maklumlah, orang sudah bertunang. Bukan Nia tidak mempelawanya ikut bersama, tetapi dia menolak kerana tidak mahu Zairi berasa tidak selesa dengan kehadirannya di situ. Belum sempat Isha membuka pintu keretanya, dia terlihat kelibat seorang lelaki. Agak lama dia memerhati kerana dia seakan tidak percaya orang yang dilihatnya berada di depan mata. Hatinya mula berdebar. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Ya. Tidak dapat disangkal lagi. Memang Iman yang sedang berjalan masuk ke dalam bangunan pejabatnya diiringi beberapa orang penting di belakangnya. Isha pantas masuk ke dalam kereta dan memandu laju ke arah restoran yang biasa dikunjunginya bersama Akmal. Dia mula memikirkan lelaki itu. ‘Apa dia buat kat sini? Dah lah dia tahu aku kerja dekat situ. Harap-harap dia hari ni je. Aku tak nak terserempak dengan dia kat pejabat tu.’ bisik hatinya sendiri. Sampai sahaja di resoran itu, mereka memesan makanan. “Hal apa yang You nak discuss dengan I? Penting ke?” soal Isha memulakan perbualan antara mereka. “Penting sangat. About our future.” jelas Akmal padanya. Mata Isha tertumpu ke arah lelaki itu. Dia seakan dapat menangkap apa yang dimaksudkan Akmal sebentar tadi. “Sudi ke You jadi isteri I?” akhirnya lamaran itu keluar dari mulut Akmal. Isha agak terkejut kerana tidak menyangka perkara itu yang akan dibincangkan. “I.. I sudi.” Isha menjawab dalam keadaan gugup. Jantungnya mula mengepam laju. Mukanya mula merah. Terharu. Takut. Keliru. Perasaannya mula bercampur. Dia menerima lamaran itu dengan berani kerana itu adalah sebahagian dari impiannya. Tidak mungkin dia mahu melepaskan apa yang ditunggu-tunggunya dari Akmal selama ini dengan begitu sahaja. Akmal tersenyum lebar. “I akan discuss dengan parents I and You do the same.” kata Akmal. “Kalau boleh I nak kita kahwin at the end of this year.” tambahnya lagi memberi cadangan. “Hujung tahun ni? Tak cepat sangat ke?” balas Isha. Dia seperti tidak berapa setuju dengan cadangan yang diberikan Akmal itu. “Habis tu, I nak kena tunggu orang lain kebas You dulu baru kita nak buat majlis?” Akmal membalas. Akmal seboleh mungkin tidak mahu menangguh majlis mereka tahun depan. “Tapi kita tak prepare apa-apa pun lagi. You rasa sempat ke nak buat tahun ni?” Isha menyoal. Dia tidak mahu persiapan majlis mereka menjadi kelam kabut. “Sekarang ni baru bulan dua. Bulan dua belas kita buat lah majlis tu. Banyak kan gap tu. I rasa sempat je. Nanti I discuss dengan parents I bila nak hantar rombongan merisik. Okey?” balas Akmal. Isha akhirnya bersetuju dengan cadangan itu. Mereka pulang ke pejabat masing-masing setelah menikmati makan tengah hari bersama.
Belum sampai lima minit duduk di kerusinya, Dila bertandang ke meja Isha. “Isha. Encik Zamil nak jumpa You.” kata Dila. “Alright. Sekarang ke?” soal Isha. “Yelah. Takkan esok pulak.” kata Dila sebelum berlalu dari mejanya. Dia terus bangun dan menuju ke bilik bosnya. Setelah mengetuk pintu, Isha masuk dan mengambil tempat di hadapan bosnya. “Ada apa Encik Zamil panggil saya ni? Kalau pasal report tu, saya dah siapkan. Cuma belum print out je lagi.” jelas Isha. “Bukan pasal tu. Esok business partner kita datang meeting. I nak You ada sekali.” kata Encik Zamil. “Business partner? Dari company mana?” Isha menyoal. “Dari D’amerz Holding. You tahu kan company besar tu?” soal Encik Zamil. ‘Gila aku tak tau? Tapi.. Siapa yang datang tu? Jangan-jangan..’ hatinya menduga. Isha seperti sudah dapat mengagak siapa yang bakal menghadiri mesyuarat tersebut. “Siapa yang terlibat dengan projek ni?” soalnya lagi. “Iman Amar. Anak kepada Datuk Malik. Biasanya projek-projek macam ni dia yang uruskan. Datuk Malik cuma arahkan je.” jawab Encik Zamil. Isha sudah mula gementar. ‘Jumpa dia lagi? Tapi..’ hatinya berbisik. Dia tidak mahu betemu dengan lelaki itu di pejabatnya. Dia tidak mahu kenangan mereka di Perth tercetus kembali dan menjadi isu di situ. Dia kembali ke mejanya dan mengelamun sendirian. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk megelakkan dirinya dari terserempak dengan Iman. Mendengar sahaja nama lelaki itu, kenangan di Perth bersamanya menerjah kembali. Melihat dari gayanya, Iman seperti menaruh hati pada Isha. Tetapi perasaannya itu dipendam kerana mengetahui yang Isha sudah berpunya. Isha pulang apabila jam menunjukkan pukul 5 petang. Dia singgah di kedai untuk membeli santan kotak yang dipesan ibunya. “Mujur lah kali ni ibu tak suruh beli kelapa. Kalau tak, tak lain tak bukan aku lah yang tukang mesen kelapanya.” dia berbicara sendiri di dalam kereta. Sampai sahaja di rumah dia terus naik ke bilik dan membersihkan diri. Isha duduk di sofa di ruang tamunya menonton televisyen sambil mulutnya menguyah kerepek pisang yang dibelinya tadi. “Tak elok lah makan sambil tengok tv.” suara Aizal tiba-tiba menjengah di telinganya. “Kalau nak cakap je lah. Tak payah berkias-kias.” jawab Isha sambil matanya mejeling ke arah abangnya yang sedang menuruni anak tangga. “Abang bukan makan pun kerepek tu. Isha tahu tak kalau kita makan sambil tengok tv, kita tak sedar berapa jumlah makanan yang kita ambik waktu tu.” jelas Aizal. ‘Mamat ni, nak jadi pakar motivasi pulak nak nasihat-nasihat aku bagai.’ bisik hatinya. “Itu kalau dalam satu bekas besar. Yang Isha makan ni satu paket kecik je. Tak ada maknanya Isha tak tahu berapa jumlah Isha makan. Dah terang-terang Isha pegang sepaket je ni. Takkan tiba-tiba jadi tiga paket kan.” Isha kembali mengenakan Aizal. “Betul jugak kan. Bawak sini kerepek tu! macam sedap je.” kata Aizal sambil merampas kerepek itu dari tangan adiknya. “Ibu! Tengok dia ni. Dia ambik makanan orang ikut suka je!” Isha berteriak memanggil ibunya yang sedang menyiram pokok di luar rumah. Aizal hanya ketawa melihat gelagat adiknya itu. Puan Riana hanya menggelengkan kepala mendengar suara anak-anaknya yang riuh-rendah dari ruang tamu itu. “Bergaduh ke budak-budak tu?” soal jiran sebelah rumahnya yang turut mendengar kekecohan itu. “Tak ada lah. Budak berdua tu memang macam tu. Tak kira siang malam pagi petang, itu lah kerjanya. Yang si Aizal tu suka mengusik adik dia.” jawab Puan Riana. Dia akhirnya masuk dan pergi ke ruang tamu. “Kamu berdua ni tak boleh duduk diam-diam ke? Mengalahkan budak-budak. Tak malu ke dekat jiran-jiran? omel Puan Riana. “Yang kamu ni tak mandi-mandi lagi ni kenapa? Pergi mandi!” kata nya pada Aizal sambil menepuk bahu anaknya itu. “Aduh!” kata Aizal sambil menggosok-gosok bahunya yang sakit itu dan beredar ke biliknya. Isha hanya ketawa melihat situasi itu. Dia berpuas hati setelah melihat abangnya dipukul ibunya. “Tu lah balasan orang degil. Kan dah kena! Hahaha.” Isha berkata sambil mentertawakan abangnya. dia berlari naik ke biliknya setelah mendengar bunyi telefonnya. Dia menjawab panggilan dari Nia yang mengajaknya keluar bersama pada malam itu. “Beb! Malam ni aku nak keluar dengan Zairi. Azwa pun ikut sekali. Nak ikut tak?” pelawa Nia. “Tak apalah. Malam ni aku plan nak tengok bola. Lain kali je lah.” Isha menolak pelawaan itu. “Okay lah kalau macam tu.” kata Nia. Dia menamatkan panggilan dan menuju ke bilik air untuk mengabil wudhuk. Dia terus membentangkan sejadah dan menunaikan soalt maghrib. Selesai sahaja solat, Isha turun ke dapur untuk makan malam bersama keluarganya. Dia teringat akan perkara yang ingin dibincangkan bersama ibu dan ayahnya. Setelah mencedok nasi, perlahan-lahan dia memulakan topik perbualannya. “Ayah, ibu, Isha ada hal nak bincang.” kata Isha sambil diperhatikan abangnya di sebelah. “Hal apa? Cerita lah.” balas Encik Faizul. “Er.. Akmal nak hantar rombongan merisik. Tapi tak tahu lagi bila.” Isha memulakan bicaranya dengan berhati-hati. Aizal di sebelahnya tersenyum nakal. Dia sudah mendapat bahan untuk mengusik adiknya itu. Isha membalas dengan jelingan tajam. “Bagus lah tu. Kamu tu pun bukannya muda lagi. Anak dara tak elok khawin lambat-lambat.” balas Puan Riana. “Dia ada cakap dalam bulan berapa dia nak merisik?” soal ayahnya. “Dia tak bincang lagi dengan family dia pasal merisik tapi dia kata dia nak buat majlis kami dalam bulan dua belas ni jugak.” jelas Isha. “Elok lah tu. Lagi cepat lagi bagus. Ayah pun tak suka anak-anak ayah khawin lewat. Nak tunggu abang kamu ni, entah bila dia nak bawak calon menantu datang sini pun ayah tak tahu.” kata Encik Faizul pada anak sulungnya. “Tak jumpa yang sesuai lagi lah ayah. Nanti kalau dah ada Aizal kenalkan lah dekat ayah dengan ibu.” balas Aizal. “Dia ni memang memilih ayah. Nak yang cantik-cantik, tinggi, kurus, kulit putih. Bagi penumbuk sekali baru dia reti.” sampuk Isha sambil menjeling ke arah abangnya. “Kalau macam tu kahwin dengan model lah senang. Model dalam tv tu banyak, pilih je mana yang berkenan. Tu pun kalau dia nak dekat kamu lah!” kata Encik Faizul berseloroh. Puan Riana hanya ketawa mendengar kata-kata suaminya itu. Aizal menyiku lengan Isha disebelahnya. Isha ketawa melihat reaksi abangnya yang agak kalut itu. Dia tidak menyangka yang adiknya akan menceritakan perkara itu pada ibu dan ayahnya. “Nak cari pasangan ni tak boleh memilih sangat. Belajar terima dia seadanya. Semua orang ada kelebihan degan kekurangan masing-masing. Perkara tu lah yang buat hidup kita saling melengkapi.” kata Puan Riana. Aizal hanya mengangguk. Dia sudah bersedia membalas serangan pada adiknya yang tidak boleh menyimpan rahsia itu. Setelah menghabiskan makan malam, Isha menuju ke sinki untuk membasuh pinggannya. “Isha basuh semua ni ya. Ibu nak solat isyak. Dekat atas meja tu ada cawan lagi dua tiga biji. Jangan lupa basuh sekali.” kata ibunya dan beredar ke biliknya. Dia tiba-tiba dikejutkan dengan sergahan oleh Aizal dari arah belakang. “Oh mak engkau..”Isha hanya sempat melatah separuh ayat kerana mulutnya ditekup dengan tangan Aizal. Aizal meletakkan jari di mulutnya memberi isyarat menyuruh adiknya diam. Dia takut kalau-kalau ayah dan ibunya mendengar suara adiknya kuat itu. “Ish! Apahal ni macam perompak bersiri ni? Nak apa? Nak penumbuk sebiji?” Isha mneyoal keras pada abangnya. “Diam! Banyak cakap pulak. Sejak bila pandai nak tumbuk-tumbuk orang ni? Sejak dah nak jadi isteri orang? Hahaha.” kata Aizal menaikkan kemarahan Isha. Muka Isha sudah bertukar merah. Tetapi dia tetap meneruskan kerjanya dan berpura-pura tidak mendengar. “Wah! Dah pandai tahan marah ya sekarang ni. Maklum lah. Nak jadi isteri orang tak boleh garang-garang. Nanti lari pulak suami.” tambah Aizal yang semakin galak mengusiknya. Isha akhirnya melibaskan tangannya ke arah Aizal tetapi sempat dielak dan pantas melarikan diri. Dia mendengar suara Aizal ketawa dari arah ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience