3

Family Completed 17149

"Mana Fitri mama?".

Aidil lihat tiada kelibat isterinya di belakang mama sedangkan tadi mereka berdua keluar.

"Pergi surau katanya. Bagaimana keadaan Papa?".

"Masih belum sedar dari Aidil tunggu tadi".

"Aidil keluar dulu yea mama, nak cari makanan. Mama nak pesan apa-apa?".

"Tak usah, mama tak mahu apa-apa. Pergilah".

Aidil mengangguk, terus keluar dari wad. Matanya liar mencari ke mana Fitri pergi serta di mana arah surau. Telefon di poket seluar di keluarkan. Namun terasa sia-sia bila Fitri tidak jawab.

"Mana pergi dia ni?. Suka hilang macam biskut".

Dari surau, Aidil beralih cari di cafe hospital. Seorang gadis yang cukup dia kenal duduk seorang diri di situ termenung.

Aidil mencuit bahu Fitri sebelum duduk di depannya. Dia dapat lihat raut wajah Fitri seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa ni Fitri?. Ada masalah ke?. Mama kata kau ke surau. Setahu aku kau merah sehari lepas nikah kan".

"Tiada apa. Maaf buat awak cemas Aidil.  Cuma saya terfikir hari makin lewat, saya tak boleh balik asrama. Kena tunggu siang la jawabnya. Takkan nak duduk di sini. Apa kata mama Aidil nanti".

"La sebab tu je ke?". Kau jangan cuak sangat Fitri. Apa gunanya aku ada sini. Masalah boleh settle, kecil je tu", balas Aidil tenang.

"Jom makan, kau mesti laparkan. Kau nak apa, aku belikan?. Berbunyi dah perut ni".

"Apa-apa je la Aidil", balas Fitri memandang muka Aidil yang tenang dan sabar melayannya.

"Kau yang kata apa-apa yea. Jangan banyak komen yea nanti", sengaja menolak pipi Fitri menggunakan jari telunjuknya sebelum beredar.

"Isyh Aidil ni kan. Cepat je tangan tu".

Sementara menanti Aidil, Fitri lihat telefonnya sudah kehabisan batteri. Dia terpandang seorang lelaki  berjalan ke arahnya membawa bungkusan makanan. Aidil mengeluarkan satu persatu di hadapan Fitri. Tingkah lakunya hanya di perhatikan Fitri, entah kenapa dia dapat rasakan Aidil sedang memanjakannya dari siang tadi.

''Bismillah..amin.. sudah jom makan".

Aidil makan tanpa menunggu Fitri yang sedang terhegeh-hegeh membuka bekas makanan polestrin di depannya. Fitri pada awalnya bermuka tenang kini berubah mencuka, sempat mengeluh panjang dan merenung tajam bekas makanan itu sebaik dia menolaknya ke tengah.

''Kenapa tak makan?. Tadi kata apa-apa je?", soal Aidil sambil mulutnya mengunyah makanan.

"Aidil, agak-agaklah. Eh awak ni kan. Ada makan ni kang?", menghalakan buku limanya ke muka Aidil geram.

Mujurlah Aidil tidak tersedak ketika Fitri memarahinya. Soalan Fitri di balas dengan ketawa yang berdekah-dekah dari Aidil memecah kesunyian malam di ruang legar cafe itu.

"Aidil", nada tegas.

"Betul la kan, tadi kau kata apa?. Kau lupa?".

"Takkan saya nak makan ni?", mengangkat ke depan muka Aidil.

Fitri lihat Aidil terkepit-kepit menahan ketawa. Dia tahu Aidil sengaja permainkannya. Kedua-dua tangannya di silangkan ke depan menandakan marah ke suaminya. Sakit pula rasa hati bila Aidil mengusiknya.

"Maaf Fitri.... Tapi tu aku ikhlas bagi kau. Tanda persahabatan kita melangkah ke fasa baru. Ambillah buat kenangan. Aku tak tahu kau suka apa. Belasah je".

Fitri langsung tidak mengangkat mukanya ketika Aidil terangkan alasannya. Entah kenapa malam ni dia terasa ingin merajuk dengan Aidil. Bukan merajuk benci, tetapi merajuk manja. Merajuk yang sengaja minta Aidil memujuknya semula.

"Ala, jangan merajuk. Aku gurau jea. Tu nasi kau kejap lagi sampai. Abang tu kata lambat sikit. Rileks yea intan payung".

"Banyak la intan payung. Ingat dia sorang je lapar", rungut Fitri.

"Sorry again okay. Sabar-sabar. Nanti sampai. Nak bagi aku, kau tak boleh makan".

"Bukan-bukan jea la".

Fitri diam membisu, menarik semula polestrin itu  dan terus mengambil kad. Dia ketawa membaca kad itu terasa terhibur dengan ayat yang di susun Aidil. Selesai di baca, laju tangannya mencapai dan menyarung gelang tangan batu jed ke pergelangan tangan kirinya sambil meleret senyum.

"Suka la tu", bisik Aidil terasa senang melihat Fitri terima pemberiannya.

Selesai sahaja makan dan berbual, mereka naik semula ke wad, Aidil minta izin mama untuk menghantar Fitri pulang ke rumah sewa. Sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta Fitr lihat langkah Aidil yang agak santai dan bersahaja di hadapannya.

"Aku rasa baik kau tukar baju kau ni. Pakai baju yang sebelum tu. Rasa tak sesuai je nak lepak sampai pagi".

"Yea, saya memang sudah terfikir dari tadi".

....  

"Aidil, boleh saya tanya sesuatu?".

"Tanya apa. Kau jangan risau la aku bawa kau ke sini untuk borak-borak. Lagipun sini ramai orang".

Aidil dapat rasakan Fitri sepertinya tidak selesa berada di kedai makan 24jam awal pagi.

"Bukan hal ni. Saya boleh je duduk lepak sampai subuh. Saya nak tanya Aidil cerita apa pada mama awak. Dia minta saya kerja dengannya cuti semester ni".

Aidil tersentak, laju tangannya memegang tangan Fitri yang ada di atas meja.

"Sumpah, aku lupa yang ni Fitri. Sebelum aku cerita aku nak tahu dari kau. Apa lagi yang mama bualkan".

"Mama awak kata, Aidil bagitahu padanya Fitri ni kerja di rumah orang hujung minggu. Jika saya ni tak keberatan auntie minta saya kerja dengannya dan bayar mahal dari majikan lama".

"Aidil tahu tidak yang auntie minta saya jaga mak mertua dia uzur di rumah mak mertua dia. Maknanya tu nenek awak betul ke tidak?. Lagi dia nak bayar saya 4k sebulan".

"Wow, 4k. Mama ni kan. Fitri tunggu kejap, aku nak ambil barang kau cicir haritu.

Aidil menuju ke kereta dengan langkah panjang dan balik semula ke meja.

"Nilah puncanya, dia jumpa dalam kereta aku. Masa tu aku nak cepat ke kelas. Aku main jawab je tak fikir panjang. Rupanya mama percaya pula. Habis kau bagi jawapqn apa pada mama?".

"Maaf Aidil, Fitri terima".

"Adoi, dah kenapa terima Fitri. Kau ni kan, kenapa tak hold dulu bincang denga aku dulu ke apa ke".

"Fitri terima sebab dia nenek Aidil".

"Fitri ni kan..", mencubit pipi Fitri hingga merah.

"Aidil lagipun kita sudah nikah, tak salah jika Fitri jaga nenek".

"Sudah, jangan berangan nak jaga nenek. Aku tak izinkan. Nanti aku bagitau mama kau tak boleh terima tawaran dari mama".

Fitri menutup mulut Aidil lembut, dia menggeleng tidak izinkan Aidil berbuat demikian. Senyuman manis merenungnya membuatkan hati Aidil bergelora. Aidil sekadar mengangguk dan mengelipkan mata berkali-kali.

"Awak cakap apa?".

Sekali lagi Aidil mengangguk, menggerakkan tangannya ke arah Fitri dan dirinya sendiri tanda tidak setuju.

"Cakap la elok-elok, tak faham", melepaskan mulut Aidil.

"Aku kata kau tak boleh terima tawaran tu, sebab kau isteri aku sekarang bukan kawan. Aku tak izinkan, noktah, titik".

"Hhmmm".

......

Aidil memandang muka Fitri yang sudah lena di sebelahnya. Dia terasa bersalah dengan Fitri bila mama salah faham padanya. Semua kerana mulutnya yang bersembang ikut sedap mulut tanpa memikirkan kesan.

"Maafkan aku Fitri, walaupun mama dan Papa belum tahu hal ni, aku tak akan izinkan mama gunakan kebaikan kau. Aku nak kau masuk dalam keluarga aku sebagai memantu dan berjumpa nenek sebagai cucu menantu bukan pengasuh atau pembantu peribadi".

Jam di tangan hampir 4.30pagi, Aidil merebahkan sedikit kerusi Fitri agar lebih selesa. Aidil terus menghidupkan enjin kereta dan membawa Fitri ke tempat lain agar Fitri boleh berehat dengan selesa.

"Encik Aidil dari mana?. Awal pagi ada di sini?", pengawal itu mengajukan soalan ke anak majikannya.

Matanya jelas lihat ada susuk tubuh perempuan di dalam kereta Aidil.

"Aku cuma nak duduk luar sahaja, jangan kau kejutkan orang dalam rumah ni".

"Boleh, baiklah".

Aidil meninggalkan Fitri di dalam kereta, dia duduk dipondok pengawal bersama pengawal berbual. Sebaik azan subuh berkumandang, Fitri terjaga dan terus keluar mencari Aidil. Ketika dia menghampiri Aidil sebuah kereta masuk membuatka Aidil seikit panik.

"Isyh kenapa kau tak kata si sengal ni ada sini?", bangun dan terus menarik tangan Fitri.

Di genggam erat tangan Fitri sebaik seorang lelaki turun dari kereta menghampiri mereka berdua yang berada di pondok pengawal.

"Kenapa kau kesini?. Siapa gadis malang yang ada belakang kau tu Aidil, tak nak kenalkan ke?".

"Diam kau, aku datang ke tak datang ke kau sibuk apa?. Kau tu dah subuh baru balik".

Aidil terus membawa Fitri pergi masuk ke dalam rumah meninggalkan lelaki itu. Demi mengelqk darinya dia terpaksa bawa Fitri masuk. Fitri sekadar mengikut langkah Aidil tanpa kata. Dari gaya Aidil, Fitri dapat rasakan Aidil tahu selok-belok rumah besar ini.

"Fitri, kau nak solat ke mandi ke pergilah. Guna bilik ni. Aku tunggu di ruang tamu".

Fitri mengangguk dan mengukir senyuman manis ke Aidil.

"Awak tak nak solat ke?".

"Nanti nanti je lah. Sudah tutup pintu tu, kunci".

Fitri mengangguk dan Aidil terus ke sofa merebahkan diri, menegakkan pinggang di sofa sementara menanti Fitri bersiap dan solat subuh. Agak lama dia tidak pulang ke rumah besar ini sejak dia ada selisih faham dengan lelaki tadi. Tiada banyak perubahan yang berlaku dalam rumah ini sejak dia pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience