” Susahlah nak kemas rumah ni ” Aku merungut. Tapi hanya aku seorang yang dengar sebab Safuan awal-awal lagi sudah ke ke tempat kerjanya.
Kerja sebagai photographer bebas di sebuah syarikat. Hanya itu yang ku tahu. Bosannya memandangkan hari ni aku tak ada kelas. Final exam lagi beberapa hari sahaja kemudian aku akan melangkah ke alam pekerjaan.
Ad kadang-kadang akan melawatku. Tahu sangat aku kesunyian. Hidupku terasa sama macam dulu, cuma dulu housematenya ialah Ad, tapi kini berganti dengan Safuanl.
Mamat senget yang menjadi suamiku.
Boleh aku jadi isteri yang dia mahu? Aku mengeluh.
Banyak betul perkara yang terjadi sepanjang cuti sem lepas. Aku macam tak percaya dengan mudah aku menjadi isteri kepada mamat senget. I mean, it’s like a fairytail. Kenapa hati aku macam lembut untuk menerimanya? Walhal kami selalu bergaduh.
Mungkin ini lah di namakan jodoh, 3 hari aku buat solat istikharah, masih jawapan yang samaku dapat. Ikmal jodohku.
” Abang yakin Safuan dapat bahagiakan Boy ” Abang Haikal menasihatiku apabila di lihatnya aku serabut dengan hal ni.
” Mana abang tahu? Abang tak nampak ke kitaorang kan selalu bergaduh. Dia tu bukan suka Boy pun. Lagipun dia dah ada awek ” jawabku
” Hah? Sejak bila dia ada awek? Setahu abang, Safuansingle. Dia mana pernah couple dengan sesiapa.
I mean as far as I concern, he’s not the type that easily to fall in love with girls. Boy kira bertuah tahu. Abang ada waktu dia cakap dia setuju nak terima Boy. Dan abang suka kau orang bersama ” Aku hanya mendengar.
” Dia cakap macam mana? ” Lama Abang Haikal membisu, mengingat kembali apa yang telah adiknya kata.
” Yang abang tahu, dia cakap dia dah fall in love dengan Boy sejak kali pertama dia jumpa Boy. Tapi dia tak cakap bila. Try lah tanya dia Boy ” Abang Haniff tersenyum memandangku. Boy seorang tomboy, tapi tomboy tak jadi di sebabkan sepasang mata itu. Mata redup itu mempesonakan sesiapa yang memandangnya. Haikal teringat Safuan l pernah menyatakan, Boy bukan tomboy, tapi saja dia nak lindungi diri dia dengan menjadi tomboy.
Bila di tanya macam mana Ikmal tahu, Safuan hanya kata melalui mata hati. Safuan dan Boy sangat serasi, mempunyai minat yang sama, novel ‘ Aku, kau dan dia’ masih terlayar di ingatan Haniff. Buku jiwang macam tu pun dua-dua minat, Haikal tersenyum di dalam hati.
Tiba-tiba handphoneku berbunyi tanda mesej masuk,
‘ Dalam sejam lagi aku balik, kau masak tahu ‘
Aku cebik. Aku mana tahu masak. Dan kalau aku masak pun nanti dia yang tak nak makan.
Aku berlalu ke dapur. Apa yang ada? Ku buka peti ais. Lama ku berfikir sambil berdiri di depan pintu sejuk. Kari kepala ikan? Tu je aku terror. Nasib kau lah Ikmal.
” Kau masak ke beli kat kedai mamak ni? ”
” Mestilah masak ” Hampir terjerit aku dengan kerenahnya.
” Macam kat kedai ”
” Tu pujian kea tau kau cuba nak perlu aku? ” Aku ketap gigi. Safuantergelak melihatku.
Dia memerhatikanku. Comot! Baru suruh masak dengan kemas rumah sehari dah macam bibik.
Tapi itulah yang menarik perhatian Ikmal. Sepasang mataku menarik perhatiaannya. Aku pandang tempat lain.
” Kau asal pandang aku macam tu? Nak kena cucuk mata tu? ”
” Pandang isteri sendiri pun salah ke? Tak berdosa pun ” Safuan meneruskan suapannya.
” Aku nak tanya ni ”
” Apa? ”
” Macam mana kau boleh terima aku yang tomboy ni jadi isteri kau? ” Safuan tergelak.
” Kau rasa? ”
” Aku rasa masin ”
SAafuan sengih. Loyar buruk!
” Aku terima kau, sebab aku nak ubah kau jadi perempuan sejati ”
” Sebab tu je? ”
” Habis kau nak sebab apa lagi? ”
” Cinta? Sayang? Tak ada ke? ”
Safuan tersedak. Dasar tomboy, ayat direct je.
” Ada sikit ”
Aku mengekek.
” Malu la tu, macam perempuan ”
” Mana ada ”
” Abang Haikal kata kau suka aku waktu first time kita jumpa, tapi aku tak ingat bila ” Aku seakan berfikir. Walhal masakanku lupa hal jatuh terduduk macam nangka busuk tu.
” Aku pun tak ingat, aku pakai cakap je kut ” Sengaja Safuan bermain tarik tali denganku. Ku cebik.
” Tak ingat sudah ” Segera ku berlalu.
Safuantersenyum melihatku. Tomboy merajuk. Asal nampak cute pada pandangannya?
Aku pura-pura melelapkan mataku apabila aku sedar dia sedang memandangku. Malas nak layan! Kedengaran pancuran dari bilik air. Aku membuka mataku sedikit.
Yes, dia tengah mandi! Aku nak merajuk dengan kau mamat senget! Mataku buka seluas mungkin, dan aku terpandangkan sesuatu. Gambar apa ni? Ku lihat satu-persatu.
Share this novel