Chapter 7

Romance Series 4988

Keesokannya, Isha mengambil cuti separuh hari untuk menguruskan dokumen dirinya dan pasport serta visa untuk ke Perth. Dia terus pulang setelah menguruskan semuanya. “Dah settle semua ke Isha?” soal Puan Riana. “Dah ibu. Baru je tadi. Isha kerja half-day je hari ni.” balasnya ringkas. “Dah makan ke belum?” soal ibunya lagi. “Kalau belum, pergi lah siap-siap. Pukul 6 nanti kita makan sekali dengan abah, abang dengan Izza.” tambah ibunya. “Okey ibu!” Isha hanya mengikut arahan ibunya dan naik ke bilik untuk membersihkan diri dan solat asar. Dia terus mengenakan baju tidur memandangkan malam itu dia tidak merancang untuk keluar. ‘Aku bertolak ke Perth Jumaat pagi ni. That’s mean only two days left before my departure.’ bisiknya dalam hati. ‘Boleh ke aku bawak diri sorang-sorang kat negara orang? Am i able to manage everything myself? Without Nia and Azwa beside me? Without En.Zamil to give the instruction?’ soalnya bertubi-tubi dalam hati. Isha cuba menenangkan dirinya. Dia perlu meyakinkan dirinya kerana En.Zamil sudah memilih dia untuk ke sana. Setelah bersiap dia pantas turun dan membantu ibunya mengambil pinggan dan mencedok nasi memandangkan semua orang sudah berada di meja makan. “Awalnya pakai baju tidur. Matahari pun tak terbenam lagi. Hahaha.” abangnya menegur sambil ketawa. “Biarlah. Yang susah hati sangat tengok orang pakai baju tidur ni kenapa? Jealous? Tau lah tak ada baju macam ni.” balas Isha selamba. “Ala. Buat apa nak jealous. Bukannya tak boleh tidur kalau tak pakai baju tidur.” Aizal membalas. “Sudah-sudah lah bertekaknya. Depan rezeki pun nak bergaduh.” ayahnya bersuara. Kedua-dua mereka terdiam. Arizza hanya ketawa kecil melihat gelagat kakak dan abangnya yang tidak ubah seperti kanak-kanak itu. “Isha dah kemas barang nak pergi sana?” soal ayahnya. “Belum lagi. Lagipun ada lagi barang-barang yang Isha tak beli lagi. Bila semua dah complete baru Isha kemas.” jelas Isha. “Bila nak pergi belinya? Esok lusa dah nak berangkat.” kata ibunya. “Malam esok kot ibu. Siang esok Isha busy. Meeting sampai pukul 5.30 petang.” balasnya. “Ha elok lah tu. bawak adik dengan abang kamu sekali. Pergi lah cari kat mana-mana pasaraya pun.” arah ayahnya. “Boleh!”Arizza dan Aizal serentak menjawab dan saling berpandangan dengan wajah tersenyum. “Bawak penyibuk dua orang ni buat apa. Korang duduk rumah diam-diam tak boleh ke? Biar Isha keluar sorang je. Kalau ramai-ramai nanti banyak pilihan pulak. Yang nak pergi sorang je.” omel Isha sambil menjeling ke arah abang dan adiknya itu. “Tak payah nak keluar sorang-sorang tengah-tengah malam. Sekarang ni macam-macam kes jadi. Kamu tu bukan reti taekwando ke apa. Keluar je tiga orang.” arah En.Faizul kerana bimbangkan anak keduanya itu. “Tu pun nasib baik ayah dengan ibu tak ikut sekali. Kalau tak, lagi pening kepala kamu nak pilih barang-barang nanti.” tambah ayahnya. “Okey ayah.”Isha akhirnya akur. Aizal dan Izza hanya ketawa mendengar kata-kata ayahnya. Setelah selesai makan Isha mengemas meja bersama adiknya. “ Izza tolong akak cuci pinggan ya hari ni.” pinta Isha pada adiknya. “Tapi Isha banyak assignment akak.” Arizza memberi alasan. “No excuses! Akak bukan suruh Isha buat sorang-sorang kan. Lagipun Izza jarang-jarang balik. Tak luaknya masa Isha setakat tolong akak cuci pinggan. Bukannya sampai sejam pun.” Isha mula mengomel. “Yelah-yelah. Akak cuci pinggan, Izza susun dekat rak dia. Deal?” Arizza akhirnya akur. Isha tersenyum dan menyambung kerjanya.
Setelah selesai solat maghrib, Isha merebahkan badannya di atas katil. Daun pintu biliknya terkuak dan kelihatan adiknya sedang menjenguk di pintu. “Akak guna internet tak? Izza nak pinjam wifi. Nak search untuk assignment. Internet Izza kena potong. Lupa nak bayar. Hehe.” beritahu Izza. “Ingat kan apa tadi. Ambik lah dalam handbag akak tu.” kata Isha. Izza pantas masuk dan membelek beg tangan kakaknya. “Mana? Tak ada pun. Akak letak mana? Macam tak nak bagi je sampai sorok-sorok bagai ni.” kata Izza dalam bergurau. “Sorok apanya. Cari lah betul-betul. Cari pakai mata dengan tangan. Bukan pakai mulut.” Isha membalas. Arizza tiba-tiba mengeluarkan kotak cincin yang dijumpai bersebelahan dengan broadband dan membukanya. Kelihatan cincin zhulian bertatahkan berlian pemberian Akmal berada di tangannya. “Cincin apa ni akak? Izza tak pernah tengok pun sebelum ni.” soal Arizza curiga. Isha pantas bangun dan merampas kotak cincin itu daripada tangan adiknya. “Siapa suruh bukak? Please respect my privacy okey! Izza dah jumpa wifi kan? So apa lagi? Nak akak heret Izza keluar?” kata Isha dalam nada yang agak tegas. “Orang tanya je dah menggelabah. Akak ni tak pandai cover langsung. Kalau akak cakap cincin tu akak beli tadi Izza percaya je. Ni dah gelabah tak tentu pasal, confirm Abang Mal bagi. Kantoi. Kena bagi tau abang ni. Hahaha.” balas Arizza sambil ketawa dan berlalu keluar dari bilik kakaknya. Isha langsung tidak menjangka tindakan adiknya itu. ‘Aah kan. Kenapa lah aku kalut sangat tadi. Dia bukan tahu pun pasal cincin tu. Kalau aku cool je tadi mesti tak jadi macam ni. ‘Aduh!’ getusnya dalam hati. Isha menyarung telekungnya setelah azan isyak berkumandang. Setelah selesai solat, dia tidak lupa untuk berdoa agar hubungannya dengan Akmal berakhir dengan ikatan yang sah antara mereka. Dia tidak mahu kebahagiaan yang diarasainya hanya bertahan separuh jalan. Masuk bulan ini sudah setahun dua bulan tempoh perkenalannya dengan lelaki itu. Dia juga sudah selesa dengan Akmal. Baginya Akmal seorang yang jujur dan baik. Ikhlas? Dia tidak berani mengiyakannya. Hanya Allah sahaja tahu sama ada dia ikhlas atau tidak. Isha tidak mahu mengungkapkan soal itu. Baginya apa yang ditunjukkan Akmal itulah yang dinilainya. Selebihnya dia berserah kepada Allah. Dia tidak mahu fikir yang bukan-bukan tentang lelaki itu. Tambahan pula, berdasarkan cerita Nia, Akmal adalah seperti yang dikenalinya. Setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang masalah dalam hubungan mereka. Lamunannya terhenti apabila terdengar suara abangnya memanggil dari bawah. “Isha! Cepat turun! Cerita favourite Isha dah start. Kalau tak nak tengok abang tukar channel ya!” arah abangnya dari ruang tamu bawah. Isha tiba-tiba teringatkan cerita yang ditunggu-tunggu setiap hari jumaat. Dingin Lavenda. Dia bingkas bangun dan berlari turun ke bawah. Cerita lakonan Eira Syazira dan Faralyna Idris itu begitu diminatinya. Dia sanggup tidak makan semata-mata menuggu cerita itu. “Mana-mana? Jangan tukar channel! Isha nak tengok!” katanya sambil mengambil tempat di sebelah adiknya yang sedang menyiapkan kerja. “Akak ni bising lah. Tengok diam-diam dah lah. Tak nampak ke orang tengah buat kerja ni?” omel Arizza di sebelahnya. Abangnya hanya ketawa. “Eh, apasal pulak akak. Izza buat lah kerja dekat lain. Dalam bilik pun boleh kan. Ni tempat orang tengok tv. Suka hati lah.” balas Isha mempertahankan haknya. Arizza akhirnya mengalah dan berlalu naik ke biliknya sambil menjeling ke arah Isha. Isha pura-pura tidak nampak. “Kenapa Isha suka sangat cerita ni? Abang tengok biasa je.” soal abangnya ingin tahu. “Tu lah abang. Tengok cerita setakat guna mata. Orang tengok cerita, kena hayati tau. Baru boleh rasa jalan cerita dia. Baru lah feeling bila tengok tu.” jelas Isha pada abangnya. “Ni mesti kuat berangan kan? Berangan yang dalam tv tu Isha dengan Akmal. Kan? Ahahaha.” balas Aizal sambil ketawa. “Eh, tolong sikit. Mana ada. Isha Cuma suka jalan cerita dia. Best. Sebab dia shot dekat oversea. Lagi-lagi negara yang winter. So Isha suka lah. Romantik je.” katanya sambil meletakkan tangan di bawah dagu. “If it that case, then you can do the same.” Aizal membalas. Isha memandang Aizal dengan dahi yang berkerut. “I don’t get it. Explain please.” pintanya. “Yelah. Isha kan nak pergi oversea lusa ni. So, sambil-sambil Isha berjalan ambik angin tu, Isha berlakon la sorang-sorang dekat bawah pokok-pokok dekat situ. Tiru gaya dalam cerita ni. Isha kan suka berangan. Hahaha.” Aizal memberi cadangan. “Nonsense. It doesn’t make a sense okey! Takkan Isha nak cakap sorang-sorang! I’m not that crazy okey!” balas Isha sambil menolak bahu abangnya ke tepi. Ketawa Aizal semakin kuat. “Astaghfirullahaladzim! Aizal Izrash! Cuba bawak mngucap sikit. Dah malam ni. Ketawa apa kuat-kuat tu? Tak malu dekat jiran-jiran ke? Karang ibu tarik telinga kamu berdua nak? Macam budak-budak!” ibunya mengomel dari dapur. Giliran Isha pula mentertawakan abangnya. Isha cuba menutup mulutnya supaya tidak didengari ibu dan ayahnya. Silap-silap dia dan abangnya dikurung di luar rumah kerana membuat bising. “Padan muka!” kata Isha pada Aizal. Aizal sempat menarik hidung Isha sekuat hatinya dan berlari ke dalam biliknya. Hidungnya sudah merah seperti badut apabila dia melihat wajahnya di cermin dalam biliknya. ‘Takpa. Kau tunggu Aiza Izrash! Kau memang nak kena!’ katanya dalam hati. Dia menjeling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Kemudian dia menoleh ke arah telefon bimbitnya di atas katil. Isha bergegas naik ke bilik dan baring di atas katil. Dia mencapai telefonnya di sebelah. Tiada panggilan dari Akmal. ‘Mungkin dia busy.’ pujuk hatinya. Isha akhirnya memadamkan lampu bilik dan cuba melelapkan mata. Dia akhirnya lena diulit mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience