BAB 2

Drama Completed 23833

PERLAHAN-LAHAN lelaki itu mengatur langkah kakinya masuk ke dalam biliknya, suis lampu yang berada disebelah suis kipas itu dibuka dan sebaik dihidupkan suis lampu itu serta-merta cahaya lampu itu menerangi ruang bilik tersebut. Lelaki itu terus mengatur langkah kakinya ke arah meja yang mempunyai beberapa keping gambar yang ditangkap olehnya tempoh hari.

Lelaki itu terus melabuhkan duduknya dikerusi, laci yang berada disebelah itu dibuka. Sebilah pisau yang berada didalam laci itu diambil, lama lelaki itu memandang sebilah pisau itu sambil bibirnya mengukir senyuman yang susah untuk ditafsirkan.

Gambar yang berada diatas meja itu diambil, kelihatan gambar Aqeef yang tertera pada gambar itu. Bucu pisau itu diletakkan diwajah Aqeef, lalu ditikam berkali-kali.

" Aku akan pastikan kau mati dekat tangan aku, aku akan pastikan hidup kau hancur "

" Macam mana kau hancurkan hidup aku, tunggu aku ya Aqeef Hahahahahahahah.. " bergema gelak tawa lelaki itu tika ini. Memenuhi ruang tersebut.

" Tak lama lagi aku sampai tau, tunggu aku musnahkan hidup kau setan! Hahahahahahahahahahaha " semakin kuat suara ketawa lelaki itu memenuhi ruang bilik itu.

" Kau akan mengalami hal yang sama.., kau tunggu Aqeef Maleeq! " sinis suaranya kedengaran.

PERLAHAN-LAHAN Aqeef meneruni anak tangga, memandangkan hari ni adalah hari cuti. Dapatlah lelaki itu bangun sedikit lambat, kakinya terus mengatur langkah ke ruang tamu. Kelihatan Raisa sedang sibuk memasak sarapan, untuk dihantar makanan ke rumah Puan Fatimah iaitu ibu mentuanya itu.

Raisa terus mengatur langkah kakinya ke arah Aqeef yang sedang duduk disofa itu, kini wanita itu berdiri dihadapan Aqeef. Kisah semalam dia tidak mahu ingat.

" Saya nak ambik Qayum dekat rumah mama, awak nak pergi sekali ke? " soal Raisa.

Aqeef kini memandang ke arah Raisa yang sedang berdiri dihadapannya itu, itulah Raisa jika dia merajuk dengan lelaki itu. Raisa akan baik sendiri tanpa dipujuk oleh lelaki itu.

Jujur Aqeef katakan semalam memang dia ada berasa bersalah terhadap wanita itu kerana meninggikan suara namun dia tidak tahu bagaimana ingin memujuk. Aqeef bukanlah sejenis lelaki yang romantik, dia memang tidak tahu bagaimana ingin melayan seorang wanita yang dia sayangi itu dengan tulus.

Aqeef tidak tahu bagaimana ingin mengambarkan bagaimana jika dia mencintai seseorang.

" Ermm, tunggulah dekat kereta. Saya siap
sekejap " balas Aqeef terus lelaki itu bangun dari kerusinya itu dan naik ke bilik untuk bersiap.

Raisa hanya mengangguk, kakinya terus mengatur langkah ke arah kereta. Untuk menunggu lelaki itu bersiap, setelah beberapa minit menunggu suaminya itu kelihatan Aqeef sedang mengatur langkah kakinya ke arah Raisa.

Lelaki itu saat ini memakai baju t-shirt berwarna coklat bersama seluar berwarna hitam. Raisa memandang tepat ke arah suaminya itu,lama Raisa memandang ke arah Aqeef saat ini.

Aqeef yang kini berdiri dihadapan Raisa itu hairan apabila melihat Raisa sedang memandang ke arahnya tanpa berkelip.

" Kenapa? " suara itu mengejutkan Raisa.

Raisa tersedar daripada lamunan jauhnya itu, wanita itu menggeleng.

" Dah cepat naik, lama Qayyum tunggu " ujar Aqeef terus kakinya itu mengatur langkah masuk ke dalam perut kereta.

Raisa turut mengatur langkah kakinya masuk ke dalam perut kereta, tali pinggang dipakai. Aqeef terus menghidupkan enjin kereta, dan pedal minyak itu ditekan.

Suasana didalam kereta itu kini sunyi sepi sahaja, Raisa mengerling ke arah Aqeef yang sedang fokus memandu itu. Aqeef seperti berasa Raisa sedang memandang ke arahnya.

" Kenapa? " soal lelaki itu matanya masih fokus memandang hadapan.

" Saya minta maaf soal semalam, saya tak der niat nak tuduh awak bukan-bukan.. " ujar Raisa perlahan.

Aqeef hanya diam.

" Saya cuma risaukan awak, sebab awak tak mesej saya pun nak balik lambat. Maafkan saya kalau saya ada cakap sesuatu yang luka kan hati awak
semalam.. " ujar wanita itu lagi.

Lelaki itu masih diam, dan masih lagi fokus memandu. Raisa terus mengalihkan pandangannya itu ke luar tingkap kereta.

Itu lah Aqeef, lelaki yang tidak mempunyai perasaan. Apa yang diucapkan olehnya itu, bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

" Saya akan ke Singapore minggu depan mungkin dalam 3 hari macam tu " ujar lelaki itu matanya masih tertumpu dihadapan.

Raisa kini mengalihkan pandangannya itu ke arah Aqeef, mengapa lelaki itu baru memberitahunya sekarang? bukan kah sepatutnya lelaki itu seharusnya memberitau lebih awal.

Tapi ini baik jugalah dia memberitahu walaupun awal 4 hari. Nasib Aqeef tidak memberitahunya sehari sebelum nak pergi kan?

" Singapore? ermm macam menarik je. Boleh ke kalau saya dengan Qayyum nak ikut? " soal Raisa sambil mengukir senyuman.

" Lagipun kita dah lama tak bercuti bersama kan?, boleh tak? " Raisa memandang ke arah suaminya itu.

Aqeef melepaskan keluhan perlahan, lelaki itu mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Raisa yang sedang mengukir senyuman ke arahnya itu.

" Awak ingat saya bercuti ke Raisa? saya ni nak kerja bukan nak main dekat sana " ujar Aqeef dengan suara yang mendatar.

" Alaaa tak per lah, awak kerja je. Saya janji saya takkan kacau kerja awak "

Sebernanya Raisa melakukan semua ini hanya ingin merapatkan hubungan yang semakin renggang itu sahaja.

" Habistu awak nak Qayyum ponteng sekolah semata-mata nak ikut saya? "

Raisa mengeluh.

" Alaaa, saya.. " belum sempat Raisa menghabiskan tutur katanya itu. Aqeef memotong.

" Tak payah perangai macam budak-budak lah Raisa. Saya tak der masa nak bersuka ria
dekat sana " keluhnya.

" Saya nak datang sana nak cari duit, bukan nak bercuti bersenang lenang dekat sana "

Bibirnya yang tersenyum itu tadi perlahan-lahan memudar. Wanita itu mengangguk.

" It's okey, I'm sorry " Balasnya perlahan.

Suasana didalam kereta kini sunyi, itu lah antara sebab mengapa Raisa tidak berbual selalu dengan Aqeef. Kerana akan terjadi begini, pasti ada sahaja yang berlaku.

" Cubalah faham saya sikit Raisa, ni nasib baik Qayyum tak dengar. Kalau dia dengar dia mesti nak pergi jugak " keluh Aqeef.

" Sorry.. " ucapnya perlahan.

Aqeef menggeleng sendiri, lelaki itu terus menumpu perhatian untuk memandu semula. Lelaki itu melepaskan keluhan perlahan, sambil memicit kepalanya itu.

TOK ! TOK ! TOK !

BUNYI ketukan pintu itu mengejutkan Puan Fatimah yang sedang duduk bersantai di ruang tamu itu. Qayyum yang mendengar pintu yang sedang diketuk itu kelam-kabut bangun dari kerusi sofa yang sedang di duduki itu.

" Mesti mama dengan papa tuuu " ujar budak lelaki berusia 6 tahun itu.

" Hey Qayyum jangan lari, jatuh nanti " suara Puan Fatimah itu hanya dihiraukan oleh Qayyum.

Sebaik sahaja Puan Fatimah memulas tombol pintu kini kelihatan dihadapannya itu Raisa dan Aqeef. Puan Fatimah hairan melihat kini Aqeef juga hadir, sebab selalunya yang akan mengambil Qayyum hanyalah Raisa seorang.

" Assalamualaikum mama.. " Raisa menghulurkan tangannya itu dan menyalam ibu mentuanya itu.

" Waalaikumussalam, ehh ada pulak si Aqeef. Selalunya sikit punya liat nak datang sini " ujar Puan Fatimah sambil mencapai huluran tangan menantunya itu dan giliran Aqeef pula menyalam.

" Aqeef tak busy, boleh lah Aqeef datang " balas lelaki itu mendatar.

" Mama papa... , kenapa lambat sangat ambik Qayyum? lama tau Qayyum tunggu " ujar Qayyum sambil memeluk Raisa.

" Sampai hati Qayyum cakap macam tu, Qayyum tak suka ke duduk sini? " soal Puan Fatimah.

Qayyum tersengih,

" Hehehe bukan macam tu lah tok mah, Mestilah Qayyum suka duduk sini. Cuma Qayyum rindukan mama dengan papa " Balas Qayyum.

" Kalau macam tu Aqeef dengan Raisa balik
dulu ya " ujar Aqeef ingin meminta diri.

" Aik? nak balik dah? Makan lah makan malam dekat sini. Dah lah nak jumpa Aqeef punyalah susah " keluh Puan Fatimah.

" Itu lah awak ni, makan lah malam dekat sini. Saya pun rindukan mama " sampuk Raisa pula.

Aqeef melepaskan keluhan, dan lelaki itu hanya mengangguk sahaja.

" Ermmm, mama.. Raisa pergi letak bekal yang Raisa bawak ni dekat dapur sekejap ya "

Puan Fatimah hanya mengangguk, Raisa laju mengatur langkah kakinya ke arah dapur. Dan kini hanya ada Puan Fatimah, Aqeef dan juga Qayyum.

" Ermmm Qayyum, tok mah rasa ada kartun best sekarang ni tau. Qayyum pergi tengok tv dulu ya sayang.. "

" Waaa ya ke, kalau macam tu Qayyum nak pergi tengok dulu ya " laju budak lelaki itu berlari menuju ke arah televisyen yang berada tidak jauh dengan mereka berdua itu.

Puan Fatimah kini memandang ke arah anak lelakinya itu yang kini sedang berdiri dihadapannya itu, sesekali Puan Fatimah menggeleng.

" Aqeef kenapa ya sebernanya? " soal Puan Fatimah.

Aqeef tidak faham, apa yang cuba Puan Fatimah itu katakan.

" Kenapa apa? "

" Kenapa kamu layan Raisa macam tu, kamu tak cintakan dia lagi ke "

Aqeef mengeluh.

" Mama cakap apa ni? layan macam mana? Memang kalau kita cintakan seseorang kita kena tunjuk ya? " mendatar suara lelaki itu kedengaran.

" Jangan disebabkan perangai acuh tak acuh kamu ni, rumah tangga kamu hancur! " Puan Fatimah laju mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Aqeef yang masih lagi sedang berdiri itu.

Aqeef hanya mampu melepaskan keluhan perlahan, kakinya terus mengatur langkah naik ke biliknya. Sudah agak lama sekali dia tidak datang ke rumah Puan Fatimah kerana terlalu sibuk di pejabat.

Pintu yang dicat dengan warna coklat itu dan pintu yang diperbuat dengan kayu jati itu perlahan-lahan dibuka, sebaik sahaja pintu dibuka. Suis lampu yang berada disebelah itu ditekan dan cahaya lampu mula menerangi ruang biliknya itu.

Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah masuk ke bilik tersebut, Aqeef perlahan-lahan melabuhkan duduknya di katil. Bingkai gambar yang masih berdiri itu diambil, kelihatan gambar seorang wanita yang pernah memiliki hatinya itu tertera pada bingkai gambar tersebut.

Aqeef perlahan-lahan mencapai bingkai gambar tersebut, lama Aqeef merenung wajah Adeena yang menghiasi bingkai gambar tersebut itu.

IMBAS KEMBALI....

" Sayanggg, tengok ni.. cantik tak? " soal Adeena sambil menunjukkan gambar baju pengantin yang berada didalam majalah yang sedang dibaca olehnya itu.

" Waaa, cantik. " Balas Aqeef sambil mengukir senyuman memandang Adeena.

" Hurmm kan, nanti Deena nak baju macam ni tau. Boleh kan Aqeef? " ujar Adeena sambil tersengih.

Pantas lelaki itu mengangguk.

" Mestilah boleh, bukan setakat ni je. Lebih daripada ni pun boleh "

Adeena tertawa kecil, mendengar lelaki itu seloroh.

" Elehh, ayat lelaki ni semua manis-manis ehh. Tak sabarnya Deena nak jadi isteri Aqeef. " Adeena mengukir senyuman.

Aqeef menyandarkan belakangnya itu disebuah pohon, angin yang sepoi-sepoi bahasa disitu menampar lembut pipi lelaki itu. Angin yang sejuk itu mulai menyentuhi kulitnya.

" Nanti habis je study, Aqeef hantar rombongan meminang ehh. Tapi sebelum semua tu jadi, kita kena belajar dulu sampai habis " ujar Aqeef.

" Dan kita kena berjaya sama-sama dulu okey?, Deena tu jangan selalu tak datang kelas "

Adeena tersengih, bagaimana lelaki itu tahu dia selalu tidak hadir ke kelas.

" Hehehe, yer lah.. Aqeef kalau satu hari nanti kita berpisah apa Aqeef akan buat? " soal Adeena sambil memandang tepat ke wajah lelaki itu.

Wajah lelaki itu yang kelihatan ceria itu tadi perlahan-lahan berubah mendengar Adeena berkata sedemikian. Dia tidak suka dengan apa yang diucapkan oleh Adeena.

" Hey apa cakap macam tu, kenapa nak kena berpisah pulak ni? " Suara lelaki itu kedengaran merajuk.

Adeena sudah tertawa besar melihat wajah Aqeef yang sedang menahan marah padanya.

" Alahai baby besar saya ni, Deena tanya je kan. Aqeef ni cepat emosi lah " Adeena tertawa lagi.

" Memanglah Aqeef emosi, soalan Deena pun. Haihh, tak der siapa boleh pisahkan kita dua. Deena pun tahu kan, macam mana Aqeef cintakan Deena "

Adeena mengangguk sambil mengukir senyuman, mendengar ucapan manis lelaki itu.

" Deena pun, Deena pun cintakan Aqeef. Deena harap hubungan kita akan kekal buat selamanya. Dan kita akan jadi suami isteri " ujar Adeena lagi.

" Hurmm, yakin ke kita akan kahwin? " Usik Aqeef.

Kini giliran Aqeef menyakat wanita itu, mendengar kata-kata Aqeef itu membuatkan wajah Adeena berubah. Terus wanita itu menampar lengan lelaki itu.

PAK !

" Aduhh, sakitlah. Deena ni kan "

" Hah padan muka! Deena akan pastikan Deena akan kahwin jugak dengan Aqeef! Kalau Deena tak dapat jadi isteri Aqeef "

" Tak der siapa boleh jadi! Faham! " Tegasnya.

" Hurmm kalau waktu tu Aqeef dah kahwin dengan perempuan lain? macam mana pulak " usik lelaki itu lagi.

Semakin panas hati Adeena mendengar usikan daripada lelaki itu. Manakala Aqeef pula dalam hatinya itu sudah berguling-guling ketawa melihat Adeena yang beremosi saat ini.

" Deena akan rampas Aqeef daripada dia! " Balas Adeena dengan wajah serius.

Aqeef hanya tertawa mendengar kata-kata daripada Adeena saat itu.

" Aqeef... " Suara panggilan itu menyedarkan lamunan jauh lelaki itu. Sebaik sahaja lelaki itu mengangkat pandangannya itu kelihatan Raisa kini berada dihadapan muka pintu.

Bingkai gambar yang berada ditangannya itu kelam-kabut dimasukkan ke dalam laci, Raisa hairan melihat kelakuan suaminya yang agak pelik tika ini. Aqeef terus bangun dari katil yang sedang lelaki itu duduki itu dan berdiri dihadapan Raisa.

" Err.. ada apa? " soal Aqeef.

" Awak buat apa dalam bilik ni? " soal Raisa kembali.

" Ermmm, saje. dah lama tak masuk bilik ni, awak nak apa datang sini " balas Aqeef dengan wajah tenang.

" Saya nak ajak awak makan, makanan dah siap hidang. Jom lah makan " ajak Raisa sambil mengukir senyuman memandang Aqeef.

" Oh.., jap lagi saya turun " balas Aqeef terus lelaki itu menutup pintu dan membiarkan Raisa berdiri diluar.

Aqeef menyandarkan belakangnya itu dipintu, keluhan perlahan dilepaskan. Nasib baik Raisa tidak lihat akan bingkai gambar tersebut, kalau tidak pasti dia dan Raisa akan bergaduh besar.

Perlahan-lahan Aqeef melabuhkan duduknya diatas katil, laci yang berada disebelah itu dibuka lelaki itu mencapai bingkai gambar yang terlihat wajah Adeena itu.

" Aku tak boleh lagi ingat pasal dia, aku dah ada Raisa dan aku ada Qayyum.. " bisik hatinya perlahan.

Bingkai gambar tersebut itu laju dicampakkan ke dalam tong sampah yang berada bersebelahan dengan mejanya itu.

Aqeef terus mengatur langkah kakinya beredar dari bilik tersebut untuk turun dan ke meja makan untuk makan malam.

RAISA terus melabuhkan duduknya di kerusinya bersebelahan dengan Puan Fatimah. Kelihatan wajah wanita itu muram sahaja, dan beberapa saat Aqeef muncul dan melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Raisa. Lauk yang berada didalam mangkuk itu diletakkan didalam pinggan suaminya itu dan anak lelakinya itu.

" Sedap tak? " soal Raisa sambil memandang ke arah Aqeef.

" Hah? ermmm.. " balas lelaki itu mendatar.

" Saya saje je masak udang masak lemak ni, saya tahu awak suka kan? lagi-lagi kalau letak nenas dalam udang ni kan " Raisa mengukir senyuman.

Namun balasan lelaki itu hambar sahaja, Raisa rasakan seperti dia sedang berbual dengan patung sahaja saat ini. Puan Fatimah dan Encik Bahreen yang melihat cara Aqeef melayan wanita itu hanya mampu menggelengkan kepalanya itu.

" Ermmm papa, bila kita nak pergi taman lagi? Qayyum dah lama tak pergi jalan-jalan " ujar Qayyum sambil menikmati ayam goreng yang berada didalam pinggannya itu.

Aqeef memandang ke arah anak lelakinya itu, sambil bibirnya mengukir senyuman.

" Nanti papa cuti, papa bawak Qayyum jalan-jalan ya? sekarang ni papa sibuk sikit " balas lelaki itu sambil mengukir senyuman.

" Ohhh, tapi papa janganlah sibuk sangat. Kesian mama, mama sedih tau papa selalu tak der "

Mendengar kata-kata yang dikatakan oleh anak lelakinya itu membuatkan Aqeef mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Raisa.
Raisa mengalih wajahnya itu.

" Hari tu Qayyum nampak mama menangis, kan mama kan? " Qayyum memandang ke arah Raisa.

Mendengar anak lelakinya itu berkata sebegitu benar-benar membuatkan lelaki itu berasa bersalah terhadap wanita itu.

" Qayyum, berapa kali tok mah kata. Kalau makan jangan bercakap tak elok kan sayang " ujar Tok mah.

" Hurmm yer lahhh " Qayyum mengeluh.

PERLAHAN-LAHAN Raisa mengusap lembut rambut anak lelakinya itu, bibirnya mengukir senyuman memandang wajah sayu Qayyum yang sudah lena tidur dibuai mimpi itu. Wajah Qayyum persis sekali dengan wajah Aqeef. Jika wanita itu merindui lelaki itu, wajah Qayyum lah yang akan ditatap.

KREK....

bunyi daun pintu ditolak itu menyedarkan Raisa yang sedang menidurkan anak lelakinya itu, wanita itu mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah muka pintu kelihatan Aqeef yang kini berada dihadapannya itu.

Raisa laju bangun dari katil yang sedang wanita itu duduk itu, dan mengatur langkah kakinya ke arah Aqeef yang berada dihadapan muka pintu itu. Pintu bilik itu terus ditutup, dan kini Raisa memandang ke arah Aqeef yang kini sedang berdiri dihadapannya.

" Kenapa awak tak tidur lagi ni? dah lambat ni. Esok kan awak kerja " ujar Raisa.

" Awak menangis sebab saya ke? " soal Aqeef.

Raisa terdiam seketika, lama Raisa merenung wajah suaminya itu.

" Tak der lah, mana ada saya menangis. Qayyum salah tengok tu " Raisa mengukir senyuman.

" Ohh.. , ermm okeylah. saya nak tidur ... " Belum sempat Aqeef ingin mengatur langkah kakinya itu. Raisa menarik lengannya itu sehingga jejak langkah kakinya itu terhenti.

Aqeef memalingkan wajahnya itu memandang ke arah Raisa.

" Boleh saya tanya awak satu soalan? dan saya harap awak boleh jawab dengan jujur "

Aqeef hanya mengangguk.

" Awak masih anggap perkahwinan kita ni, aturan keluarga ke? " soal Raisa suaranya kedengaran perlahan.

Mendengar soalan yang diajukan oleh Raisa, membuatkan lelaki itu tergamam. Mengapa Raisa bertanyakan soalan itu kepadanya?

KRING ! KRING ! KRING !

Bunyi deringan telefon bimbit milik lelaki itu menyedarkan lamunan jauhnya itu, dan saat ini nama Aiman yang tertera. Kawan baiknya itu memang tak sah kalau tak kacau daun.

Aqeef terus mengangkat panggilan telefon tersebut dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Raisa yang masih lagi menunggu jawapan daripada suaminya itu.

" Kenapa aku kena tanya, jawapan yang sedia aku tahu ya? " bisik hatinya perlahan.

" Hello, hah reti pun kau angkat telefon. Lebih baik kau pergi buang aje lah telefon kau ni " bebel Aiman yang geram apabila hampir tercabut jarinya menaip nombor telefon milik lelaki itu.

" Haihh kau nak ape ni? " soal Aqeef dengan suaranya yang seperti biasa tidak mesra alam

" Ni aku dah letak fail yang kau kena interview esok. Jangan lupa tengok "

Aqeef mengeluh.

" Itu je sebab kau call aku? dah lah aku nak letak telefon.. "

Panggilan terus diputuskan,

" Kurang asam punya kawan, macam tu je dia letak telefon. Haihh macam mana lah Raisa boleh
tahan " keluh Aiman sendiri.

Syarina yang baru sahaja tiba di restoren itu, terus wanita yang tinggi 165 cm itu melabuhkan duduknya berhadapan dengan Raisa. Hairan wanita itu melihat wajah Raisa yang kelihatan muram sahaja saat ini, dan tidak bermaya.

" Amboii jauh termenung dah sampai mana tu? bagitahu sikit " seloroh Syarina.

Raisa tersedar dari lamunan jauhnya itu, terkejut wanita itu apabila melihat kawan baiknya itu kini berada dihadapannya itu.

" Kenapa ni Rai? problem dengan Aqeef ke " Syarina seakkan tahu apa yang berlaku.

Bukan ini kali pertama dia melihat wajah cemberut Raisa, setiap kali bergaduh dengan Aqeef. Beginilah wajah yang akan ditayangkan.

" Aku tak gaduh pun dengan dia.. " balas Raisa.

" Hurmm.. habistu? kenapa ni? " soal Syarina lagi ingin tahu.

" Dah enam tahun aku kahwin dengan Aqeef, tapi kenapa macam tak der makna ya? " Raisa memandang ke arah Syarina.

" Apa maksud kau? " soalnya.

Raisa menghela nafas perlahan, wanita itu mengangkat kedua belah bahunya itu.

" Entahlah, kadang-kadang aku rasa yang Aqeef ada perempuan lain. Dia tak sayangkan aku lagi ke
Rina? " Matanya mulai berkaca.

" Tak.. dia pernah ke sayangkan aku.. " perlahan suara Raisa kedengaran.

Syarina perlahan-lahan meraih tangan kawan baiknya itu dan digenggam dengan erat.

" Hey dengar ni, mestilah Aqeef sayangkan kau. Kalau dia tak sayangkan kau takkan dia nak kahwin dengan kau kan? " Syarina menyakinkan Raisa.

Raisa menggeleng perlahan.

" Kau tahu kan yang aku kahwin dengan dia sebab aturan keluarga.. "

" Yes aku tahu, tak kiralah aturan keluarga ke apa. Dia boleh je tolak kan kalau dia tak nak kahwin dengan kau "

" Aku yakin Aqeef memang cintakan kau, cuma Aqeef tu kan lain sikit orangnya. walaupun dia tak tunjuk yang dia cintakan kau "

" Tapi aku yakin dia terlalu cintakan kau Raisa " Syarina menyakinkan Raisa yang begitu ragu dengan cinta suaminya itu.

Raisa hanya mampu tersenyum sahaja mendengar kata-kata manis yang diucapkan oleh sahabatnya itu. Dia tahu Syarina tidak mahu dia berada susah hati.

" Entah-entah dia terima perkahwinan ni dulu sebab dia nak lupakan tunang dia dulu.. "

" Adeena? "

Raisa mengangguk.

" kau ada jumpa dia ke? "

Raisa menggeleng.

" Aku dah lama tak jumpa dia, mungkin kalau diorang jumpa balik. Aqeef akan tinggalkan aku kan " Raisa terus menghirup air strawberi yang berada dihadapannya itu.

Syarina tidak tahu lagi ingin katakan apa saat ini, dia tahu Raisa amat mencurigai suaminya itu yang selalu melayannya acuh tak acuh.

JAM pada pergelangan tangannya itu dilihat, jam sudah menunjukkan pukul 2:30 petang. Selesai sahaja mesyuarat tadi, Aqeef terus bergegas beredar. Sudahlah dia belum makan tengahari, ini kerana mesyuarat tadi terlalu lama. Lelaki itu terus keluar dari kereta miliknya itu, sebaik sahaja kakinya itu mengatur langkah keluar dari perut kereta tersebut.

Anak matanya itu terhenti apabila ternampak beberapa budak lelaki yang berpakai baju sekolah itu, sedang mengepung seorang budak lelaki. Jika dilihat seperti budak lelaki itu sedang ingin membuli.

Saat ini tiba-tiba sahaja Aqeef terimbas kelakuannya itu pada zaman persekolahannya. Jika dilihat saat ini, dia rasakan seperti dia yang berada ditempat lelaki itu.

IMBAS KEMBALI

BUK !

Aqeef terus menghembas kepala lelaki itu dinding dengan kuat, dan penumbuk pula hinggap di perut lelaki itu.

" Kau ni memang saja kan! hey bodoh! kau ni memang tak guna kan? Aku suruh kau buat kerja sekolah aku kan? "

" Yang kau pergi tulis benda bukan-bukan dalam buku tu buat apa! lepastu kau boleh hantar dekat cikgu? kau ni memang sial lah! "

Satu penumbuk lalu hingga dipipi lelaki itu, darah mulai mengalir dari bibirnya itu. Haiyan cuba untuk berdiri namun lelaki itu tidak terdaya.

" Hey Qeef kenapa ni, jom lah. Lunch nak habis dah ni kang tak sempat makan " Aiman menepuk bahu lelaki itu.

Aqeef tersedar dari lamunan jauhnya itu, Aiman memandang ke arah yang Aqeef melihat itu.

" Hey budak-budak tu buat apa tu? " ujar Aiman.

" Man kau duduk sini jap, aku nak pergi ke sana sekejap " Aqeef terus mengatur langkah kakinya ke arah seorang lelaki yang sedang dibuli oleh beberapa orang lelaki disitu.

" Hey bak lah duit kau tu! " Ujar lelaki yang berumur 17 tahun itu.

Lelaki yang berada dihadapannya itu menggeleng kepala, kedua belah tangannya itu sudah mengigil ketakutan.

" Ak..aku tak der Amar. Mak aku tak bagi aku duit hari ni.. "

" Hey kau ingat kitaorang bodoh ke? " Ujar kawan lelaki itu pula.

BUK !

Satu penumbuk terus singgah dipipi lelaki itu, dengan kuat. Darah mulai mengalir dari bibir lelaki itu.

Amar mulai menarik kolar baju lelaki itu dengan kuat, sambil menayangkan senyuman sinis.

" Sekarang ni kau nak bagi ke tak nak! baik kau bagi sebelum mampus kau aku kerjakan! " Jerit Amar.

Sebaik sahaja lelaki itu ingin menghayunkan penumbuknya itu sekali lagi pada wajah lelaki itu. Aqeef terus menarik tangan Amar, dan menolak Amar ke dinding dengan kuat.

" Aduh! sakit lah! " tengking Amar.

Aqeef kini mengalihkan pandangan itu memandang ke arah pembuli itu, entah mengapa dia berasa yang lelaki itu sedang melihat dirinya sendiri.

" Hey kau buat apa ni hah? kau pergi balik sekarang kau tak der kerja ke? " ujar Aqeef.

" Sebelum aku report dengan mak bapak kau, baik kau pergi dari sini! " ujar Aqeef lagi.

Aiman yang lihat dari jauh itu masih lagi tidak faham, mengapa Aqeef masuk campur hal yang tiada kaitan dengannya itu. Padahal setahunya Aqeef bukanlah seseorang yang suka masuk campur hal orang lain. Semua pun tahu itu kan?

Wajah Amar dan rakan-rakannya itu mulai cuak, kelam-kabut mereka beredar meninggalkan tempat tersebut. Aqeef melepaskan keluhan perlahan, lelaki itu mengalihkan pandangannya itu memandang lelaki yang sedang dibuli oleh Amar itu tadi.

Saat melihat lelaki itu, entah kenapa perasaan rasa bersalah dan sedih mulai menerpa ke dalam dirinya. Jikalah masa dapat diputar semula, dia tidak akan melakukan perkara keji seperti itu.

" Te..terima kasih pak cik, tolong saya.. " ujar lelaki itu lelaki itu memperbetulkan cermin mata miliknya itu.

" Kita ni lelaki, kalau orang buli kita. Kita kena lawan, jangan diam.. " ujar Aqeef.

Lelaki itu hanya mengangguk, terus budak lelaki itu mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Aqeef yang masih lagi sedang berdiri disitu.

Aiman terus mengatur langkah kakinya ke arah Aqeef yang sedang merenung budak lelaki tersebut

" Kenapa ni Qeef? kau kenal budak tadi "

" Membuli tu teruk ke Man? " soal Aqeef yang masih lagi pandang ke arah budak lelaki tersebut.

" Apa punya soalan lah kau tanya ni, mestilah perkara tu buruk. Disebabkan ni kadang-kadang orang yang dibuli tu boleh depression kau tahu " ujar Aiman sambil memandang ke arah Aqeef.

" Depress? "

Aiman mengangguk.

" Yer lah, mestilah orang yang dibuli akan tertekan. Tapi bagi aku pembuli ni kejam dan tak der hati perut. Uishhh mintak jauhlah dari keturunan kita kan Qeef? "

Aqeef masih lagi terdiam membisu.

" Oii, kenapa pulak ni? Aqeef.. hey Aqeef! " Suara Aiman itu mematikan lamunan jauhnya itu.

" Hah? ermmm jom lah.. " Aqeef laju mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan tempat tersebut sambil dibuntuti oleh Aiman di belakang yang masih tidak faham apa yang sedang terjadi.

" Haihh macam-macam lah dia ni " rungut Aiman sambil melepaskan keluhan perlahan.

AQEEF laju membuka kod baju yang sedang dipakai olehnya itu, lelaki itu melabuhkan duduknya dikerusi, kejadian budak lelaki dibuli itu tadi benar-benar mengingatkan lelaki itu tentang Haiyan. Haiyan adalah pelajar yang selalu lelaki itu buli ketika dibangku sekolah.

Sehingga ke hari ini dia menyesal, dengan apa yang dia telah lakukan terhadap lelaki itu. Aqeef ada cuba mencari Haiyan,

namun dia tidak menjumpai lelaki itu langsung, ada yang kata lelaki itu telah berpindah ke luar negara. Bermacam-macam andaian yang didengar oleh Aqeef tentang Haiyan.

" Bagi aku pembuli tu kejam dan tak der hari perut. Mintak jauhlah dari keturunan kita kan Qeef? "

Kata-kata Aiman tadi itu mulai tergiang-giang pada cuping telinganya itu, apabila teringat semula kejadian ini pasti jantungnya akan berdegup kencang dan tangan lelaki itu akan menggigil kesejukan.

" Dekat mana dia agaknya sekarang ya? " soalnya perlahan.

KRING ! KRING ! KRING !

Bunyi deringan telefon bimbitnya itu mengejutkan Aqeef yang sedang termenung jauh itu, lelaki itu melepaskan keluhan perlahan mendengar deringan telefon bimbit miliknya tika ini.

Lambat-lambat Aqeef meraih telefon bimbitnya yang berada diatas meja miliknya itu dan kelihatan nama Raisa tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

Sebaik sahaja lelaki itu ingin mengangkat panggilan daripada isterinya itu, bunyi ketukan pintunya itu membatalkannya niatnya yang ingin mengangkat panggilan Raisa.

" Maaf Encik Aqeef, kita ada meeting sekarang semua orang tengah tunggu Encik Aqeef je " ujar Nadiyaa.

" Ohh? Ermmm baik awak pergi dulu nanti saya menyusul " balasnya terus Aqeef mematikan telefon bimbitnya itu dan diletakkan di dalam laci.

Kod baju yang disangkut pada kerusinya itu diangkat dan dipakai, kakinya itu terus mengatur langkah meninggalkan biliknya itu dengan segera dan mengatur langkah ke bilik mesyuarat yang akan bermula sebentar sahaja lagi.

RAISA melepaskan keluhan kasar apabila panggilan telefonnya itu tidak dijawab oleh suaminya itu, berkali-kali Raisa cuba menghubungi suaminya itu namun langsung Aqeef tidak mengangkat.

" Mana dia ni! kenapa susah sangat nak angkat telefon " keluhnya dengan kasar.

Kini Raisa menghantar mesej pula, namun sama sahaja lelaki itu tidak menjawab mahupun membaca pesanan yang dihantar olehnya itu.

RAISA : Assalamualaikum, Aqeef. Awak dekat mana ya sekarang? boleh tak tolong ambil kan saya dengan Qayyum. Kereta saya ni problem sikit, saya cuba start tapi tak hidup .. kalau awak tak kesiankan saya, please kesian kan Qayyum.

Butang send itu ditekan.

Nak minta tolong Syarina, kawannya itu pula kini tiada di Kuala Lumpur kerana ada kerja di Pahang. Nak harapkan suami, suami pulak seperti Aqeef. Ya Raisa buntu.

Sudahlah dengan cuaca yang panas terik, Qayyum mengatur langkah kakinya keluar dari perut kereta itu dan mengatur langkah kakinya ke arah Raisa yang sedang menelefon suaminya itu berkali-kali.

" Mama mana papa ni? papa tak ambik kita ke? " soal Qayyum sambil memegang hujung baju Raisa.

" Kejap ya sayang, mama tengah telefon papa ni. Sayang duduk dalam kereta dulu ya.. "

" Haihh, papa ni selalu macam ni. Qayyum panas lah mama, kita tak boleh balik ke? " rengek Qayyum yang badannya sudah dibasahi dengan peluh itu. Maklumlah baru pulang dari sekolah, tiba-tiba sahaja dalam perjalanan pulang ke rumah kereta tiba-tiba pulak buat hal.

" Kereta ni rosak ke mama? sebab tu ya tak boleh jalan " soal Qayyum.

" Entahlah, mama pun tak pasti lah sayang.. maaf ya Qayyum, " ujar Raisa.

Raisa melepaskan keluhan kasar, apabila Aqeef masih lagi tidak menjawab panggilan telefon nya itu. Telefon bimbitnya yang berada di tangannya itu dimasukkan ke dalam beg tangannya itu semula. Hendak sahaja dia membaling telefon bimbitnya itu kerana geram akan sikap Aqeef yang tidak mengangkat telefon bimbit itu.

Raisa memerhatikan jalan yang dipenuhi dengan kerata itu, sungguh mustahil ketika ini untuk mendapatkan teksi. Qayyum mengatur langkah kakinya menghampiri Raisa.

" Papa tak datang ke mama? " soal Qayyum.

Raisa terdiam membatu sejenak, entah mengapa saat ini dia berasa sedih secara tiba-tiba. Adakah dia dan Qayyum tidak penting dalam hidup Aqeef Maleeq? Qayyum meraih tangan Raisa dan memandang ke arah Raisa.

" Kenapa ni mama? mama sedih ke? Alaa jap lagi papa datanglah ambik kita berdua " ujar Qayyum sambil mengukir senyuman terlihat lesung pipit milik anak lelakinya itu.

" Mana ada lah Qayyum ni, mata mama ni masuk habuk lah " ujar Raisa sambil mengukir senyuman memandang Qayyum.

" Pasir kan banyak dekat sini.. "

Tiba-tiba sahaja ada satu kereta memberhentikan keretanya berhadapan dengan kenderaan jenis kereta milik Raisa. Seorang lelaki yang sedang memakai kemeja berwarna hitam bersama seluar slack berwarna hitam itu mengatur langkah kakinya keluar dari perut kereta miliknya itu.

Lelaki itu terus mengatur langkah kakinya ke arah Raisa yang berdiri disebelah keretanya yang sedang kehabisan minyak itu. Raisa hairan mengapa tiba-tiba sahaja lelaki itu memberhentikan kenderaannya sedangkan Raisa tidak mengenali lelaki itu.

" Kenapa ni ya? kereta cik ada masalah ke? " soal lelaki itu sambil memandang ke arah Raisa.

" Err.. ermmm, tak tahu apa yang problem. " Balas Raisa.

" Ohh, ermmm boleh saya periksa? sebab saya tahu serba sikit pasal kereta ni " jelasnya.

Raisa mengangguk, kunci kereta milik Raisa itu diberikan kepada lelaki itu. Lelaki itu terus mengatur langkah ke arah kereta milik wanita itu. Penutup bahagian depan kereta itu dibuka, lelaki itu mensisipkan baju lengan panjangnya itu sehingga ke paras siku.

Lelaki itu mulai memeriksa kesemua sekali untuk memastikan masalah kereta tersebut, Raisa kini berdiri sebelah lelaki itu sambil bercekak pinggang.

" Awak rasa kenapa ya kereta saya ni? kereta saya ni tak pernah rosak pun selama ni " beritahu Raisa.

" Hurmm, lepas saya cek semua. Macam okey je semua tak der masalah "

" Habistu kalau okey kenapa rosak ya? " Raisa memandang ke arah lelaki itu.

" Ermmm boleh saya pergi dekat stereng kereta sekejap nak cuba hidupkan kereta boleh? "

" Ohh sila-sila.. "

Lelaki itu terus mengatur langkah kakinya masuk ke dalam perut kereta tersebut, sebaik sahaja dia cuba menghidupkan enjin kereta tersebut tidak boleh. Kini lelaki itu memandang ke arah meter minyak yang terpapar dihadapannya itu, lelaki itu tertawa sendiri saat ini.

Raisa hairan apabila melihat lelaki itu tiba-tiba sahaja tertawa.

" Aikk apa yang kelakar ni? " soal Raisa hairan.

" Haihh Cik, minyak kereta cik ni habis memanglah tak hidup. Bila last cik isi minyak kereta? " soal lelaki itu lagi.

" Ehh minyak habis? saya baru je isi
semalam tau "

" Hurmm.., tak per lah dekat depan tu ada stesen minyak saya pergi ambil minyak dan bawak datang sini yaa " ujarnya.

Lantas Raisa menggeleng.

" Ehh tak per, susahkan awak je. Tak per saya boleh pergi sendiri "

" It's okey lagipun bukan jauh pun.. tunggu sekejap yaa. Lagipun kesian anak awak ni nampak letih je " ujarnya lagi.

" Dia baru balik sekolah tu yang lesu je, apa-apapun terima kasih yaaa " ujar Raisa sambil mengukir senyuman memandang lelaki itu.

Lelaki itu menggangguk dan mengatur langkah kakinya masuk ke dalam kereta itu semula dan bergerak ke stesen minyak yang berada tidak jauh dengan keberadaanya itu.

" Mama siapa tu? Kawan mama ke " Soal Qayyum.

" Entahlah sayang, tapi nasib baik dia nak
tolong kita " ujarnya.

SELESAI sahaja mesyuarat bersama lembaga pengarah itu terus lelaki itu mengatur langkah kakinya beredar dari pejabatnya itu dan ingin pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Sebaik sahaja lelaki itu ingin menghidupkan telefon bimbitnya itu dia melepaskan keluhan kasar apabila telefon bimbitnya itu sudah kehabisan bateri.

" Haish, waktu macam ni nak habis bateri " keluhnya terus lelaki itu meletakkan telefon bimbitnya itu di dalam poket seluarnya itu.

Aqeef terus menekan pedal minyak dan keretanya terus memecut laju meninggalkan bangunan pejabat tersebut.

Setelah beberapa minit menunggu, lelaki itu kembali terus bergegas lelaki itu keluar dari keretanya itu dan mengatur langkah ke arah kereta milik Raisa itu dan mula menolong wanita itu mengisi minyak.
Raisa pula rasa segan saat ini kerana telah menyusahkan lelaki itu.

Dari pukul 4 sehingga sekarang jam sudah hampir menunjukkan pukul 7 petang. Lelaki itu menolongnya siap membantunya mengisi minyak kereta lagi. Memang orang baik, Raisa berasa begitu beruntung saat ini.

Selesai sahaja lelaki itu mengisi minyak kereta Raisa itu, terus lelaki itu menghulurkan baki minyak itu kepada Raisa.

" Ni ada lebih, boleh lah pakai nanti kalau habis minyak. Ingat sebelum nak keluar cek dulu minyak kereta ada ke tidak " ujar lelaki itu.

Raisa hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal itu. Buat malu betul! ingatkan apa lah yang rosak rupanya minyak habis!

" Terima kasih ya tolong saya, walaupun kita tak kenal awak sudi tolong saya.. "

" Kalau tak disebabkan awak,mungkin sampai sekarang kitaorang masih tersadai dekat sini. Terima kasih sangat-sangat " balas Raisa mesra.

" Sama-sama, saya hanya tolong yang boleh saya tolong. " Ujar lelaki itu.

" Qayyum say thank you to uncle " ujar Raisa.

" Terima kasih uncle tolong mama dengan
Qayyum, "

Lelaki itu mengangguk sambil mengusap lembut rambut Qayyum tika ini.

" Okeylah saya balik dulu, insyallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu balik kan? " ujar lelaki itu sambil mengukir senyuman.

Raisa mengangguk.

Sebaik sahaja kakinya ingin mengatur langkah beredar, suara Raisa itu menghentikan langkahnya. Lelaki itu terus memalingkan wajahnya itu ke belakang menghadap Raisa.

" Yes? "

" Saya lupa nak tanya nama awak siapa ya? By the way nama saya Raisa.. Raisa Helena " ujar Raisa memperkenalkan dirinya itu.

" Dan ini anak saya, Qayyum Maleeq.. " ujar Raisa memperkenalkan anak lelakinya itu.

" Maleeq? "

Lelaki itu memandang ke arahnya, bibirnya mengukir senyuman memandang Raisa tika ini.

" Nama saya Haiyan... Haiyan Zahreen.. " ujar Haiyan sambil mengukir senyuman memandang Raisa. Memperkenalkan dirinya.

" Ohh Haiyan? okey nice to meet you Haiyan. Insyaallah kita akan bertemu lagi.. saya pergi dulu ya Haiyan " ujar Raisa.

Haiyan mengangguk, Qayyum terus menyalam Haiyan sebelum beredar meninggalkan Haiyan yang masih lagi berdiri itu. Raisa terus memandu dan beredar meninggalkan tempat tersebut. Langit yang cerah itu pula sudah mulai gelap.

Haiyan mengukir senyuman memandang kereta Raisa yang beransur-ansur hilang daripada pandangan matanya itu. Senyuman yang mengukir dibibirnya itu perlahan-lahan mati.

" Kita pasti akan bertemu balik Raisa Helena.. , aku akan pastikan aku akan bertemu kau
kembali! " ujarnya sambil mengukir senyuman sendiri. Senyuman yang sudah ingin ditafsirkan.

" Dan Aqeef Maleeq.. " sambungnya dengan kedengaran suara yang sinis.

Tunggu Next chapter tauuuu!!! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience