BAB 7

Fantasy Completed 4006

“Begini sahaja tok. Apa kata kita cuba nasihatkan mereka supaya hentikan saja perayaan itu kerana sekarang sudah masuk dinihari. Mereka sudah membuat perayaan itu sejak mula matahari terbenam lagi.” Kata Koku, adik kepada Hahi.

“Tok setuju dengan cadangan kamu tu. Mari kita nasihatkan mereka supaya hentikan perayaan itu sekarang.”Kata Tok Janggut kepada Koku dan Hahi.

Maka Tok Janggut dan sekumpulan kambing pergi berjumpa dengan Tok Perkasa dan anak anak buahnya yang leka berpesta pada malam itu berhampiran dengan kandang mereka.

“Oh… Tok Janggut rupanya. Marilah sertai kami sekali. Masih banyak lagi rumput rumput segar yang masih terhidang. Jemputlah.” Kata Tok Perkasa sambil menghampiri Tok Janggut.

“Tak apalah Tok Perkasa. Kami datang ni nak minta jasa baik kamu untuk tamatkan sahaja pesta ini sekarang. Kamu sudah mengganggu ketenteraman kami. Kami tidak dapat tidur kerana kamu semua sedang sibuk berpesta dan kamu terlalu bising.” Ujar Tok Janggut.

“Alah! Baru hari ni kami berpesta kamu sudah mahu marah? Bukan hari hari kami membuat majlis seperti ini. Setahun sekali sahaja. Itu pun kamu mahu bising? Kalau kamu tidak suka, kamu tinggal di padang rumput lain. Kamu kena hormat jiran kamu yang sedang berseronok. Sikap seperti kamu inilah yang boleh menyebabkan kita bergaduh.” Tok Perkasa mendengus marah dan berlalu dari situ sambil diperhatikan oleh Tok Janggut dan anak anak buahnya.

“Kurang ajar punya Tok Perkasa, biar saya ajar dia Tok.” Kata Hahi dan lantas maju ke hadapan untuk menyerang Tok Perkasa namun pantas dihalang oleh Tok Janggut.

“Tapi tok dia sudah melampau. Kita kena ajar dia sikit.” Kata Koku.

“Sabar Koku. Jangan ikut hati nanti mati. Biar orang buat kita tapi jangan kita buat orang. Marilah kita pulang. Tak guna kita bercakap dengan orang yang ego seperti itu.” Kata Tok Janggut lalu beredar dari situ. Koku dan Hahi yang memandang sahaja dengan rasa tidak puas hati. Mereka merasakan Tok Janggut terlalu berlembut dengan kawanan lembu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience