"Adoiiii!" kata lelaki itu mengerang kesakitan.
"Aduhh kaki aku" kata Tiara
Kelihatan lelaki itu sudah terjatuh dari basikal, basikalnya sudah tumbang dan Tiara terbaring di jalan.
Lelaki itu bangun dan menyergah Tiara.
"Woi! Kau tak nampak ke aku dekat belakang?!" sergah lelaki itu
Tiara terkejut melihat lelaki itu menyergah nya pun bangun. Dia dah la tengah sakit kaki, tiba tiba kena marah macam tu. Memang cari pasal la dengan Tiara.
"Apa masalah kau nak marah aku? Yang kau duduk belakang aku apahal? Kau tu bawak basikal, boleh je pintas aku" balas Tiara
"Kau ingat aku nak sangat ke duduk belakang kau? Aku memang nak pintas kau tapi masalahnya kau yang tak ke tepi. Aku dah bunyikan loceng banyak kali dah kau yang tak dengar. Aku ingat kau pekak tadi, rupanya boleh dengar"
Panas je telinga Tiara dengar kata kata lelaki itu.
"Suka suka kau je nak cakap aku pekak. Aku dah elok lahir boleh dengar sedap kau je cakap aku pekak. Hey! Kalau aku tak ke tepi tu, kau turun la dari basikal tu bawak basikal tu depan aku pastu pergi la mana kau nak pergi. Tu pun nak kena ajar ke? Dasar lelaki mereng" puas hati Tiara
"Apa kau panggil aku? Hey! Kau tu yang sengal. Yang kau tak dengar loceng aku tu kenapa?"
"Aku pakai earphone, mana la nak dengar"
"Lain kali kalau nak joging sambil pakai earphone tengok tengok la jugak belakang. Kalau tak nak jugak, joging dalam rumah je" kata lelaki itu sambil menegakkan kembali basikalnya yang tumbang.
"Suka hati aku la! Dah la, pergi la jalan. Nak jalan sangat tadi kan? Hah pergi! Aku dah bukak laluan sebesar-besar nya untuk kau lalu"
"Memang aku nak jalan pun. Kau ingat aku nak duduk sini lama lama hadap muka kau? Dasar perempuan sengal" kata lelaki itu sambil mengayuh basikal nya dan pergi.
"Woi! Kau tu yang mereng tak fikir pulak! Eee! Geram nya aku! Tak ada adab punya orang. Hish! Hilang mood aku nak joging lepas jumpa mereng tu!"
Sampai sahaja Tiara di rumah, dia masuk ke biliknya dan duduk atas katilnya. Geramnya terhadap lelaki mereng yang dia jumpa tadi masih tak hilang.
"Kalau aku jumpa lagi mereng tu kat mana mana, memang aku terajang biar menggeleset tepi tiang. Hish! Buat sakit hati je fikir pasal mamat tu. Baik aku mandi" kata Tiara sambil mengambil tuala nya di penyangkut tuala dan masuk ke bilik air.
//
Kedengaran bunyi kereta yang baru masuk di halaman rumah. Puan Wardah sudah pulang daripada selesaikan kerjanya di pejabat. Di tangannya terdapat beberapa plastik berwarna merah yang berisi lauk pauk yang di beli nya dalam perjalanan dia pulang ke rumah.
"Assalamualaikum. Araa!" kata Puan Wardah sambil mengetuk pintu.
Tiara yang sedang menonton YouTube di laptop nya terhenti.
"Ibu dah balik? Ibu cakap ibu balik pukul 3. Sekarang baru pukul 12" kata Tiara.
Dia bergegas pergi ke arah pintu masuk utama dan buka pintu. Di depan pintu tercegat ibunya yang sedang menjinjit beberapa beg plastik berwarna merah.
"Ibu tertinggal kunci dalam kereta. Malas nak ambik" kata Puan Wardah
"Awalnya ibu balik. Ibu cakap ibu balik pukul 3" kata Tiara sambil membuka kunci pintu
"Ara tak suka ibu balik awal ke?" usik Puan Wardah. Dia masuk ke dalam rumah dan meletakkan semua beg plastik itu di atas meja makan.
"Eh takk bukann"
"Kerja ibu siap cepat. Tu yang ibu balik awal. Ara breakfast tak pagi tadi?" tanya Puan Wardah sambil merebahkan badan nya di sofa.
"Tak, malas la Ara nak masak. Ara tunggu ibu balik. Hehehhe"
"Ish, pemalas betul. Hah, pergi salin lauk tu masuk dalam mangkuk. Kita makan terus la. Ibu pun dah lapar ni"
"Okeyy" kata Tiara dan dia pergi ke arah meja makan dan mengambil semua beg plastik itu dan pergi dapur.
"Tiara buat apa je masa ibu dekat pejabat tadi?" tanya Puan Wardah sambil mereka menjamu selera.
"Tiara pergi joging sekejap tadi. Oh! Ibu! Ara terlupa nak cakap dengan ibu yang Ara pergi joging" kata Tiara sambil memandang ibunya.
"Itu lah Ara ni. Lain kali kalau nak pergi mana-mana cakap dengan ibu. Kalau jadi apa-apa, mana ibu nak cari Ara nanti?"
"Iyee, sorryyy. Ara terlupa. Lepas ni Ara tak buat lagi" kata Tiara meminta maaf kepada ibunya
"Ingatt. Jangan buat lagi. Best ke joging tadi? Ramai orang?" tanya Puan Wardah
Terhenti Tiara makan apabila mendengar soalan ibunya itu. Tiba-tiba muncul muka lelaki mereng tadi dalam fikirannya.
"Ibu! Ibu tak takk tadi ada lelaki gila mana entah yang ajak Ara gaduh" kata Tiara memandang ibunya dengan muka yang geram.
"Lelaki gila mana?" terkejut Puan Wardah mendengar anaknya bergaduh dengan lelaki gila.
Lantas, Tiara pun cerita apa yang berlaku semasa dia joging tadi. Tergelak Puan Wardah mendengar cerita anak dara nya itu. Anak dara nya itu memang pantang ada orang yang tiba tiba marah dia.
Selain daripada cikgu, ibunya dan semasa ayahnya ada dahulu kalau ada sesiapa yang cari masalah dengan Tiara memang Tiara bagi cukup cukup. Anaknya itu memang keras kepala.
"Lelaki tu umur dia dalam berapa? Tua ke? Macam umur ibu?" tanya Puan Wardah
"Bukan. Umur dia macam 20 lebih la macam tu. Macam budak U" jawab Tiara
"Hah, kalau orang tua jangan Ara marah pulak dia"
"Ish ibu ni! Ara tau la. Tak akan Ara nak sergah orang tua pulak"
"Ibu bukan la nak cakap kalau orang tua tak boleh marah, kalau orang yang muda boleh. Tapi, cuba Ara kawal marah Ara tu"
"Dia yang tiba-tiba bu. Kalau dia cakap elok-elok Ara tak ada nya nak bergaduh dengan dia" jawab Tiara.
"Ara, Ara.. Yang pergi pakai earphone tu kenapa? Betul la tu cakap lelaki tu. Kalau joging tak nak tengok-tengok belakang masa pakai earphone , joging dalam rumah je" kata Puan Wardah sambil tergelak.
"Ibu ni, menangkan dia pulak. Eee, Ara tak pernah jumpa lelaki gila macam tu. Dah la gila, sombong, mereng pulak tu"
Nama sahaja Tiara Adriana. Manis sahaja mendengar namanya tetapi orangnya …
"Ish, apa cakap orang macam tu. Tak baik"
"Dia panggil Ara sengal. Ara panggil balik dia mereng. Memang mereng pun"
"Jangan benci sangat, mana tau nanti Ara terjumpa dengan dia balik ke nanti. Tiba-tiba pulak Ara suka dia. Kadang kadang kita tak tau, orang yang kita benci tu lah nanti orang yang kita sayang nanti" usik Puan Wardah
Terbuntang mata Tiara mendengar kata-kata ibunya ibu. Ibu dia okey tak tu? Orang yang masak lauk ni ada letak apa apa bahan terlarang ke sampai ibunya berkata begitu?
"Eeeee, ibu niii! Mintak simpang, mintak dielakkan, mintak di jauhkan la apa yang ibu cakap tu. Memang tak la Ara nak suka lelaki macam tu. Baik bercinta dengan tiang dari bercinta dengan dia. Menyakitkan hati"
"Mana Ara tau itu perangai sebenar dia? Mungkin dia sebenarnya baik ke. Kita tak tau"
"Dah laa cakap pasal dia. Sakit hati Ara je bila ingat balik kejadian pagi tadi"
"Ye la tu sakit hati. Jangan benci sangat nanti rindu" usik Puan Wardah sekali lagi sambil bangun membawa pinggan nya dan pergi ke dapur.
"Ibuuu!!!!"
Terkekeh-kekeh Puan Wardah ketawa di dapur.
//
Malam itu, Tiara pergi ke bilik ibunya untuk melihat ibunya mengemas beg kerana esok pagi ibunya akan pergi outstation selama sebulan.
Tiara pun tidak faham mengapa ibunya pergi outstation sebegitu lama.
“Ibu kemas beg dah ke? Alah bosan la Ara lepas ni, ibu tak ada” kata Tiara di depan pintu bilik ibunya.
“Iye, ibu tengah kemas ni. Pergi tidur. Dah pukul berapa dah ni”
“Ibu tak nak Ara tolong apa-apa? Ara datang ni nak tolong ibu. Mana tau ibu perlukan pertolongan ke apa”
“Tak ada apa-apa dah yang boleh ditolong. Ibu dah siap dah semuanya. Dah pergi tidur. Pukul 12 dah” kata Puan Wardah sambil membawa anaknya ke depan pintu bilik Tiara.
“Ye lahh. Assalamualaikum” kata Tiara
“Waalaikumussalam” jawab Puan Wardah lalu balik ke biliknya.
//
Keesokan harinya, Puan Wardah sudah siap bersama dengan begnya. Tiara yang masih mengantuk itu tunggu ibunya di atas sofa sambil terlentok lentok kepalanya menahan matanya.
Puan Wardah berada di dapur untuk memastikan dapurnya dalam keadaan yang kemas sebelum dia meninggalkan dapurnya buat masa sebulan.
“Okey la Ara. Ibu pergi dulu la” kata Puan Wardah yang baru keluar dari arah dapur.
Tiara yang tertidur terkejut mendengar suara ibunya lalu berdiri.
“Ibu nak pergi dah? Ye lah” kata Tiara sambil pergi ke arah ibunya
“Jaga diri. Esok lepas balik dari universiti call ibu. Ibu nak tau first day Ara dekat universiti tu macam mana. Kalau naik grab tu, jaga diri. Kalau dah malam sangat jangan keluar, bahaya. Kalau keluar rumah pastikan kunci pintu walaupun Ara Cuma nak pergi kedai yang depan tu je. Ibu balik, ibu tengok rumah bersepah kena Ara ek. Bilik Ara tu pun jangan sepah-sepah. Selalunya kalau ibu pergi outstation, ibu balik tu mesti bilik Ara bersepah sangat. Macam tongkang pecah. Sekarang dah jadi budak universiti kan? Kena pandai kemas bilik la” pesan Puan Wardah panjang lebar.
“Ya Allahh, panjang betul pesanan ibu ye” jawab Tiara
“Nak ibu tambah lagi?” kata Puan Wardah tersenyum
“Ohhhh, cukup cukup. Tu pun dah panjang sangat dah”
“Duit Ara ada kan?” tanya Puan Wardah
“Adaa. Lebih dari cukup dah” jawab Tiara
“Tak adalah. Kan Ara selalu naik grab. Takut duit tinggal sikit nanti”
“Tak apa lah. Itu rezeki untuk pemandu grab tu” kata Tiara tersenyum lebar.
Begitu lah Tiara apabila setiap kali ibunya bercakap tentang duit naik grab. Dia akan kata yang itu rezeki untuk pemandu grab itu.
“Ye lahh, rezeki untuk diaorang. Lagi satu, ikan, ayam, sotong ada dalam peti sejuk tu. Sayur pun banyak. Beras pun banyak lagi tu. Kalau tak nak makan nasi ada mee, bihun, kueytiau dekat raga tu. Jangan selalu order je makanan. Sesekali tu masak jugak. Jangan malas je kerja” pesan Puan Wardah sekali lagi kepada anaknya itu.
Bukan boleh percaya anaknya itu. Kalau malas je, order makanan.
“Iyaaa. Nanti Ara masak”
“Kalau ada nak guna duit ke apa untuk universiti, mesej je ibu. Nanti ibu bank-in”
“Baikkk. Ada apa-apa lagi? Kalau ada lagi, Ara nak ambik buku nak salin” gurau Tiara
“Adaa je dia nak jawab. Tak ada dah .. oh! Ada lagi” Puan Wardah baru teringat sesuatu.
“Apa tu? Nak Ara ambik buku?”
“Tak payah. Cuma ibu nak cakap, kalau abang ada balik rumah ke apa jangan bergaduh dengan dia. Ara sendiri tahu yang abang tu tak boleh orang nak nasihat dia. Kalau dia balik, layan dia elok-elok. Dia abang Ara. Kita doakan je la untuk dia” pesan Puan Wardah
Air muka Tiara bertukar saat mendengar pesanan terakhir ibunya itu. Dia menarik nafasnya dan berkata ,
“Ye lahh. Ara tak gaduh dengan abang”
“Okey, senang hati ibu dengar. Oklah ibu kena gerak dah ni. Lambat dah” kata Puan Wardah sambil mengangkat begnya masuk ke dalam kereta.
“Tu lah, bagi pesanan ke main panjang lebar. 30 minit masa yang ibu ambik untuk bagi pesanan dekat Ara” kata Tiara sambil menolong ibunya.
“Ok Ara, jaga diri. Assalamualaikum” kat Puan Wardah dari dalam kereta dan menyusur keluar rumah.
“Waalaikumussalam” jawab Tiara sambil melambai ke arah kereta ibunya.
Selepas kereta ibunya hilang daripada pandangan, dia masuk ke dalam rumah dan kunci pintu. Dia masuk ke biliknya dan kembali tidur semula.
Share this novel