Rate

Lelaki paling biadap Bab 11

Humor Completed 61915

Teguh holding sdn bhd adalah sebuah syarikat perniagaan eksport dan import untuk barangan seperti beras, minyak dan gula, mempunyai dua kilang besar di kedah dan di Perlis, Teguh logistic & transport pula di bawah Teguh holding beroperasi sebagai syarikat pengankutan barangan yang di eksport dan yang di import,

Department advertising marketing sebenarnya di wujudkan oleh Dato sri Hassan kamarudin, bertanggungjawab mengiklankan produk-produk syarikat dan mencari projek-projek di luar namun setelah hampir lima tahun beroperasi department itu tiada membawa apa-apa keuntungan bagi Teguh holding, setelah Farid Husin memegang jawatan sebagai pengurus, beberapa staf berpangkat tinggi di dalam Teguh holding mula mempetikaikan tindakan Farid Husin mengambil perkerja-perkerja baru memandangkan department itu tiada memberi apa-apa keuntungan malah terdapat gosip-gosip liar dari kalangan staf-staf Teguh holding mengatakan anak bongsu kepada Dato sri Hassan kamarudin itu di beri pangkat untuk tidak berbuat apa-apa, hanya tahu menghabiskan wang syarikat

Selama hampir sebulan para staf department advertising marketing bertungkus lumus menyiapkan proposal dan idea bagi tiga projek yang akan di bentangkan kepada client, dan selama itu juga Farid Husin telah menyerahkan semua projek periklanan berkaitan produk-produk syarikat kepada bahagian Marketing, tindakan Farid Husin itu membuatkan bahagian Marketing terlebih beban kerja

Meeting para atasan Teguh holding

Hampir ke semua pengurus-pengurus department Teguh holding memenuhi bilik meeting yang di adakan setiap sebulan sekali di tingkat 25, Dato sri Hassan kamarudin yang kelihatan duduk di kerusi paling hadapan melirik-lirik anak matanya ke arah sebuah kerusi kosong sebelum mengalih pandangan ke arah pintu

"Ayah dah 10 minit nie, ayah tunggu siapa lagi"
Tanya Fuad sobri duduk di barisan paling hadapan di sisi kanan meja meeting

Dato sri Hassan kamarudin tidak menjawab hanya memuncungkan bibirnya ke arah kerusi kosong di belakang di bahagian sisi kanan meja

Fuad sobri, Fazilah dan Fadil Fitri terus melihat ke arah bahagian kanan meja terdapat satu tanda nama department di atas meja, tertera Department advertising marketing dan kerusi di balik bahagian meja itu terlihat kosong, Faud sobri dan Fazilah mengankat kening, Fadil Fitri pula kelihatan mengeleng-geleng kepala

Dato sri Hassan kamarudin menghela nafas berat sambil melihat jam di tangannya
"Baiklah mari kita mulakan"

Mesyuarat berjalan dengan lancar segala urusan berkaitan produk-produk baru syarikat, pemasaran dan produk-produk barangan yang di eksport dan yang di import seperti biasa tiada sebarang masalah namun setelah hampir satu jam sesi mesyuarat berlansung Dato Sri Hassan kamarudin menanyakan kepada para pengurusnya jika ada sebarang masalah untuk di adukan

wajah-wajah pengurus yang memenuhi kerusi-kerusi di balik meja meeting berkerut-kerut serba salah untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka memandangkan orang yang mereka ingin adukan itu ialah farid Husin

"Dato, dah hampir sebulan department saya di bebani lebihan kerja yang tidak sepatutnya kami buat, mengapa pula bahagian periklanan produk di serahkan kepada kami, habis tu untuk apa Department advertising marketing itu wujud?,"
keluh pengurus Department marketing tergeleng-geleng

kepala-kepala para pengurus di balik meja meeting terangguk-angguk bila mendengar aduan tersebut

"Lagi satu Dato, saya pun hairan perkerjaan berkaitan periklanan produk syarikat di serahkan kepada department marketing, tapi masalahnya, perlu ke department advertising marketing mengambil perkerja baru, setahu saya sehingga sekarang mereka tak lakukan apa-apa perkerjaan"

"Betul tu Dato, memanglah kami tahu pengurus tu anak Dato tapi ini semua macam tak adil untuk kami Dato"

"Betul Dato"

"Tolonglah Dato fikirkan masalah itu"

Dato sri Hassan kamarudin hanya membisu sekadar memerhati dan mendengar aduan dari pengurus-pengurusnya memang sudah di jangka olehnya sebelum mesyuarat bermula

Namun di saat yang sama, pintu bilik meeting di buka tiba-tiba, Farid Husin bersuit kelabu melangkah masuk dengan lagak bersahajanya, melirik-lirik kedua anak matanya ke arah wajah-wajah pengurus yang kelihatan tertunduk bila melihat dia masuk ke dalam, yang menyuarakan ketidakpuasan hati tadi hanya mendiamkan diri tidak lagi berani bersuara

Dato sri Hassan kamarudin mendongak kepala melihat anak bongsunya sedang berdiri di sebelah kanan kerusinya, wajahnya kelihatan gelisah untuk menyuruh anak bongsunya itu supaya duduk, Bahkan Fuad sobri, Fazilah dan Fadil Fitri kelihatan sedang mengunakan Telefon pintar masing-masing lansung tidak menghiraukan tingkah adik bongsu mereka

Farid Husin diam tidak bersuara sekadar berdiri di sisi kerusi ayahnya dengan raut wajah sombongnya memandang wajah-wajah pengurus-pengurus di depan

"Dari luar tadi aku dengar banyak betul keluhan tentang aku"
Kata Farid Husin sambil menapak di belakang kerusi yang di duduki para pengurus

"Ia umpama keluhan seakan-akan menyuruh aku keluar dari syarikat ayah aku sendiri, terlebih kerjalah, inilah, itulah"

semua para pengurus diam tidak berbicara tidak berani mencelah kata-kata farid Husin

"Apa kata aku sebagai anak kepada pemilik syarikat nie, berikan cadangan kepada ayah aku, syarikat ini perlukan wajah-wajah pengurus yang fresh yang sedap di pandang dan boleh mendengar kata-kata aku saja"

wajah kesemua pengurus mula berubah resah bila mendengar kata-kata dari Farid Husin lantas memandang ke arah fuad Sobri iaitu pengurus besar mereka namun Fuad Sobri seakan-akan tidak mempedulikan itu semua

"Tapi encik Farid.."

"Diam"
Farid Husin menatap tajam ke arah pengurus department Marketing

"Ya.. maa.. maafkan saya"

Farid Husin menapak mengelilingi meja meeting kemudian berhenti di sebelah kiri kerusi ayahnya sambil berdiri mencekak pinggang

"Okay"
Ucap Farid Husin sambil menepuk tangannya dengan kuat membuatkan ayahnya terkejut sehingga mendongak kepala memandang wajah Farid Husin sambil mengusap dada

"Lahabau punya anak, terkejut aku"
Bisik Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala

"Kepada department Marketing, oleh kerana aku membebankan kerja periklanan kepada korang, apa kata kalau aku janjikan pada department Marketing 1% bonus keuntungan kepada setiap Staf jika department aku mendapat projek dari luar, cuba bayangkan kalau satu projek bernilai puluhan juta, ratusan juta"
Kata farid Husin sambil memandang wajah pengurus Department marketing hampir berdiri setelah mendengar tawarannya

"Tapi jangan bimbang, kalau tahun ini department aku tidak mendapat apa-apa projek, aku akan pastikan department Marketing mendapat lebihan bonus dua bulan gaji untuk tahun ini saja"

"Termasuk Along ke farid"
Celah Fuad Sobri membulat ke dua matanya

"Tentulah tak"
Jawab farid Husin bertaut keningnya memandang abangnya

Fuad Sobri segera bangun
"Kenapa pulak, Along niekan pengurus besar mereka tentulah Along pun layak"

"Tawaran tu untuk department tu je lah Along"

Wajah Fuad Sobri seakan tidak berpuas hati lantas memandang ayahnya
"Ayah setuju ke, cadangan Farid tu?,"

Dato sri Hassan kamarudin mengeluh pelahan memandang anak sulungnya sebelum mendongak memandang anak bongsunya
"Untuk tahun nie je kan?,"

"Yes ayah"
Jawab Farid Husin tersengih-sengih

Dato sri Hassan kamarudin menarik nafas panjang sambil mengalih pandangan ke arah pengurus-pengurusnya
"Baiklah, untuk tahun ini saja, saya setuju berikan dua bonus tambahan kepada department marketing"

"Maafkan saya Dato"
Pengurus department pengurusan produk lantas bangun dari kerusi
"oleh kerana department Marketing mengadu mereka di bebani perkerjaan, saya rasa bahagian periklanan lebih baik serahkan kepada department saya"

Pengurus department Marketing pantas bangun dari kerusi
"Dato itu dulu punya cerita, sekarang dah okay"

"Dato, maafkan saya"

Dato sri Hassan kamarudin memandang pengurus department Multimedia dan IT
"Ya saya Mr Ganesh"

Mr Ganesh segera berdiri tersengih-sengih memandang pengurus department Marketing

"My department is currently short of work, maybe we can manage the advertising department"
(Jabatan saya sekarang sedang kekurangan kerja, mungkin kami boleh menguruskan bahagian pengiklanan)

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala

"Cukup!,"
Ucap Fadil Fitri tiba-tiba lalu bangun dari kerusinya memandang Dato sri Hassan kamarudin

Pengurus department Marketing, pengurus multimedia dan IT termasuk pengurus pengurusan produk terpinga-pinga memandang Fadil Fitri sambil duduk di kerusi masing-masing

"Ayah.. serahkan saja bahagian periklanan untuk tahun ini kepada bahagian saya"
Kata Fadil Fitri bersahaja

Pengurus-pengurus bahagian logistics & pengankutan lantas bangun mengangguk-ngangguk kepala
"Kami setuju sangat Dato dengan encik fadil"

"Banyak cantik muka korang"
Balas Fuad sobri sambil bangun dari kerusinya

Dato sri Hassan kamarudin mendongak kepala memandang wajah anak bongsunya sedang tersengih-sengih
"Farid.. Farid"

Selepas habis sahaja mesyuarat yang berlansung hampir dua jam, kesemua pengurus mula bangun dari kerusi masing-masing dan ketika itu beberapa pengurus kelihatan berebut-rebut menapak ke arah Farid Husin, masih lagi tidak berpuas hati tentang bahagian periklanan

"Farid,"
Panggil Dato sri Hassan kamarudin sambil memegang tangan anak keduanya

Farid Husin segera mengalih pandangan ke arah ayahnya sebelum memandang wajah kakak keduanya kelihatan berkerut-kerut cuba melepaskan tangan dari pengangan ayahnya

"Ayah.. kan Angah dah cakap, angah tak nak terlibat dalam rancangan ayah"
Bisik Fazilah perlahan

"Teman jelah ayah sekejap"
Balas Dato sri Hassan kamarudin tersengih-sengih memandang Farid Husin sedang menapak ke arahnya

"Anak sendiri pun ayah takut"

"Ayah bukan takut, tapi segan"

"Ha..?,"
Fazilah tercengang memandang ayahnya

"Kenapa ayah?,"
Tanya Farid Husin berkerut keningnya memandang ayah dan kakak keduanya

Fazilah mengeleng-geleng kepala
"Farid nanti datang pejabat ayah, ada hal penting ayah nak beritahu farid"
Kata Fazilah tersengih-sengih

"Eh.,"
Dato sri Hassan kamarudin terpinga-pinga memandang Fazilah kerana dia berniat untuk memberitahu Farid Husin tentang perkahwinan yang telah di rancang

"Okay ayah, nanti lepas rehat saya Jumpa Ayah"
jawab Farid Husin

"Kau nie Angah, ayah nak cakap si Farid tu sekarang"
Kata Dato sri Hassan kamarudin sambil memerhati Farid Husin keluar dari pejabat

"Angah kan dah cakap, angah taknak terlibat, kalau farid tu tahu ayah menipu kena pulak
angah yang bagi idea tu, masak angah Yah"

Dato sri Hassan kamarudin tersengih senget memandang anak keduanya
"Adik sendiri pun Angah takut"

Bertaut kening Fazilah memandang ayahnya
"Ayah pun sama"

Selepas keluar dari Lif, farid Husin berjalan berlenggang-lenggok dengan bibir tersengih-sengih namun kedua matanya terpaku bila melihat Fazura sedang membersihkan cermin jendela di luar pejabat

"weii Cleaner"
Panggil farid Husin ke arah Fazura

Fazura diam tidak menyahut hanya melakukan kerjanya

"Sahutlah bila suami panggil"
Ucap Farid Husin tersengih

Fazilah tersengih senget,
"Gila!,"

"Siapa gila?,"

"Enciklah"

Farid Husin berdiri dengan wajah serius memandang Fazura
"Aku nie bos kau tahu tak,"

Fazura lantas mengalih pandangannya memandang wajah serius Farid Husin, hatinya mula ketakutan

"Berdiri tegak depan aku sekarang"
Arah Farid Husin

perlahan-lahan fazura berdiri menegak di depan farid Husin dengan wajah resah menatap wajah serius lelaki di depannya

Farid Husin mengerut wajahnya dengan tatapan tajam pada Fazura
Sekarang cakap, Fazura setuju berkahwin dengan aku,"

Wajah Fazura lantas berubah berang

"Cakap cepat,"

Terjongket bahu Fazura namun wajah berangnya tetap tidak berubah

"Tak nak!,"
Jerit Fazura sekuat hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience