Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan. Sinar cahaya menerjah tajam masuk ke dalam anak mataku ini. Aku meraba-raba di sebelah ku. Kosong.
Aku mencari susuk tubuh bernama Farish Mikael itu namun tidak ku jumpa. Mungkin berada di kamar mandi kerana jelas terdengar bunyi air dari dalam sana.
Aku mengeluh seketika kemudian aku tersenyum. Fikiranku melayang-layang fikirkan tentang hangatnya asmara malam semakam. Terasa asyik dan nikmat yang tidak dapat ku gambarkan.
...
Setelah beberapa saat. Aku matikan senyuman. Aku berfikir bahawa benda ini semua salah!
Aku tak patut jatuh cinta dengannya. Aku patut ubah dia seperti sedia kala dan aku juga! Ya, aku juga patut ubah naluri ku seperti sedia kala.
Ya, aku mesti putarkan kembali semua ini. Putarkan kembali. Ya Allah, aku dah terlanjur mencintai nya. Apa yang aku dah lakukan ni Ya Allah!
Aku mulai gelisah.
Selamat, aku sedar hal ini agak cepat sebelum semua ini terlambat. Ya, aku masih ada masa untuk mengubahnya.
*Krekkk...
Bunyi pintu bilik mandi di buka dari dalam. Aku segera tersedar dari lamunan yang agak panjang ini.
Terus aku menoleh ke arah Farish Mikael dengan senyuman pura-pura ini. Terpaksa aku palsukan senyuman ini walaupun sekarang hati aku sedang gelisah tidak keruan.
Nikmat malam semalam masih terasa. Farish Mikael berdiri di hadapan aku berkain tuala putih sahaja sambil tersenyum senget ke arah aku. Jelas kelihatan otot-otot yang berada di tubuhnya itu.
Aku yang duduk di birai katil separuh bogel ini mendonggakkan kepala memandang ke arahnya.
Aku menjongketkan sebelah keningku. Tak semena-mena dia datang mencium bibirku sepantas kilat, setelah itu dia tersenyum.
Aku tergamam seperti biasa.
"Dah, pergi mandi. I dah siapkan breakfast." arahnya kepadaku ringkas dengan senyuman senget sebelah kanannya itu.
Aku menganggukkan sahaja lantas bangun dan mencapai kain tuala dan terus berjalan pantas masuk ke dalam bilik air tanpa sebarang kata.
Aku keliru
Share this novel