Bab 40

Romance Completed 42735

"Manalah abang aku ni.Eeeee bodoh betul la.Si Drake ni dah hampir dekat dengan aku ni"ujar Erdy dalam hati.

Erdy menekan beberapa kali butang merah di alat yang diberikan Rakyat dalam sebentar tadi.

"Erdy!"jerit Eidlan.

"Abang!"ujar Erdy.

"Wah....aku baru nak ambik adik kau.Cepat eh datang"ujar Drake.

"Sayang betul kau ni dekat Erdy"Drake ketawa.

"Kau pergi masuk dalam.Cari Ishtar kemudian bawak masuk bilik,kunci dia dalam bilik tu"bisik Eidlan kepada Erdy.

"Cepat"Erdy terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Kenapa kau datang sini?"soal Eidlan.

"Well...well....well"

"Takkan kau tak tahu niat aku lagi macam mana?"

"Bang..."satu tembakan dari arah Drake ke arah Eidlan.Tetapi berjaya dielak olehnya.

"That's great"ujar Eidlan lalu tersenyum sinis.

"Aman, mulakan"ujar Eidlan perlahan.

"Bang.....bang"beberapa peluru dilepaskan dari arah kanan Drake.

Dia tidak sedar bahawa,seluruh ahli pasukan Eidlan sudah siap sedia berada di situ.

Shark sahaja masih belum sampai.Tapi Eidlan tahu Shark akan berjaya melepaskan diri dari anak buah Drake.

"Wah"Drake tergelak kecil.

"Amazing.You are already prepare to attack me"

"Kami dah rancang,kau jer yang lalai"ujar Shark yang baru tiba.

"Kau ok?"soal Eidlan kepada Shark.

"Ok"Shark menganggukkan kepalanya.

"Ok,can we start now?I cannot wait to destroy your group"ujar Drake dengan bongkak.

"Of course"balas Eidlan dengan yakin.

************************************

"Akak!"Erdy berlari ke arah Ishtar.

"Ya,kenapa?"

"Jom,abang suruh Erdy bawak akak masuk bilik.Rehat"

"La,dia ke mana?Tangan akak tak basuh lagi"

"Abang ada kerja sedikit.Tak pa akak basuh dalam bilik ja"ujar Erdy.

"Cepat..."ujar Erdy.

Ishtar hanya mengikuti apa yang dicakapkan oleh adik iparnya.Hatinya mula berasa tidak sedap hati dan juga dia agak sedikit hairan kenapa Erdy memaksanya masuk ke dalam bilik.

Baru dirinya hendak melangkah menaiki tangga, tiba-tiba dia terdengar bunyi yang agak kuat.Terdengar seperti bunyi tembakan dari luar rumah.

"Allahuakbar"Ishtar mengusap dadanya perlahan.

Niatnya untuk masuk ke dalam bilik dibatalkan.

Dapat dilihat situasi di khemah tetamu agak sedikit kelam kabut.Orang-orang mula lari bertempiaran akibat ketakutan.

"Akak!"jerit Erdy.

Ishtar hanya mengabaikan panggilan dari Erdy.Langkahnya dibawa menuju ke arah pagar rumah Eidlan.

Matanya terus dapat menangkap figura Eidlan yang berdiri berhadapan dengan sekumpulan orang yang berpakaian hitam.

Perlahan Ishtar cuba mendekati Eidlan tetapi lengan bajunya terus ditarik oleh seseorang.

"Puan"panggil Alif.

"Saya mintak puan masuk ke dalam sekarang"

"Tapi sekarang,tuan awak dalam bahaya"

"Tuan tak dalam bahaya.Yang mungkin dalam bahaya adalah puan.Kalau puan bergerak ke arah diorang,puan akan cedera"

"Tak, Eidlan dalam bahaya"Ishtar masih berdegil.

"Bang"tembakan dilepaskan ke arah Eidlan.

"Husband!"jerit Ishtar membuatkan semua mata mula tertumpu kepadanya.

"Jangan datang sini!"jerit Shark.

Eidlan tidak cedera.Dia sempat mengelak daripada terkena peluru yang dilepaskan Drake.

"Shark,kau pergi bawak Ishtar masuk je dalam rumah.Jangan risau aku boleh uruskan kesemua bangsat ni dengan yang lain"ujar Eidlan perlahan kepada Shark.

"Tapi tuan...."

"Kau tak payah risaukan aku.Cepat bawak dia pergi dari sini"

"Baik, tuan"Shark terus berlari pergi.

"Wow, cantik bini kau"Drake tergelak besar apabila melihat wajah berang Eidlan apabila dirinya mengucapkan ayat tersebut.

"Tapi sayang,baru kahwin sehari dah nak jadi janda"

"Tak,aku takkan sesekali mati atas tangan kau"ujar Eidlan.

Drake mula mengangkat pistolnya dan dibawa ke arah Ishtar.

Dia mula tersenyum sinis.Baru dirinya hendak menekan picu,Eidlan dengan pantas menembak lengannya.

Tetapi satu peluru sempat dilepaskan oleh Drake ke arah Ishtar dan bersyukur,peluru tersebut tidak mengena.

"Erghhhh"Drake mengerang kesakitan.

"Jangan sesekali kau tembak bini aku.Kalau tidak kau memang cari nahas"ujar Eidlan.Urat-urat di lehernya mula timbul.

"Don't ever dare to mess with me"

"Aku takkan pernah mengalah selagi aku tak dapat apa yang aku nak"ujar Drake.

"Aku nak kuasa aku yang dulu"

"Aku nak bunuh dan hapuskan kumpulan kau dari dunia ni"

"Kau boleh cuba.Aku bagi kau masa.Fikir rancangan kau betul-betul sebab rancangan kau sekarang ni tak menjadi"ujar Eidlan.

"Berani kau"

"Serang!"seru Drake.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience