Nia Natasha lihat daripada jauh Hadi datang ke arah meja yang sedang dia duduk.
Sebenarnya, Hadi bukan ke tandas seperti yang dia katakan. Dia hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel itu.
Disebabkan sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama Nia, dia berasa agak janggal bersama dengannya. Itu yang membuatkan dia 'melarikan' diri sebentar.
Lain lah kalau Tiara ...
Hadi pulang semula ke meja pun kerana dia baru teringat yang dia tertinggal telefon pintarnya di atas meja.
"Sorry, Nia sebab lama sangat" kata Hadi apabila dia duduk semula di kerusinya.
"It's okay lagipun-"
Hadi memotong kata-kata Nia apabila dia melihat skrin telefon nya.
"Allah. Bateri telefon saya tinggal 15%. Awak ada 'power bank' ?" tanya Hadi. Kali ini, dia berkata benar.
Dia menunjukkan skrin telefon nya kepada Nia tanda bukti.
Oleh kerana dia hanya bermain telefon pintar berbanding berbual dengan Nia, itu yang menyebabkan bateri telefon nya hampir habis.
"Tak ada lah pulak saya bawak 'power bank'. Selalunya ada dalam beg ni. Saya keluarkan lah tu" kata Nia sambil memeriksa isi beg tangannya untuk mencari barang yang diminta oleh Hadi.
"Sorry, Hadi" kata Nia, hampa. Bukan selalu dia dapat menolong Hadi.
"No, it's not your fault. Tak apa, saya baru ingat yang saya ada tinggal 'power bank' dalam kereta. Er, sekejap ek. Saya pergi ambil sekejap" kata Hadi.
Tanpa berlengah, Hadi berlalu pergi meninggalkan Nia seorang diri sekali lagi.
Nia hanya tersenyum. Tersenyum yang tidak ikhlas. Nampak sangat yang Hadi tidak mahu duduk bersama dengannya.
Sementara menunggu Hadi pulang, Nia bermain dengan telefon pintar nya. 10 minit berlalu. Sedang dia ralit melihat telefon pintar, tiba-tiba ada panggilan telefon masuk.
Dia kelihatan teruja apabila melihat nama si pemanggil.
"Hello, abang! How's everything? Is everything goes well?" tanya Nia. Dia memperlahankan suara nya sedikit kalau-kalau Hadi ada berdekatan di situ.
"Jadi, abang dah dapat lah Tiara tu? Abang bawak dia pergi mana?" sambung Nia selepas mendengar jawapan daripada Rafiq.
"Ouh, dekat situ. Biar dia, rasakan. Macam mana abang boleh tangkap si Tiara tu? Nia dengar macam senang je abang buat"
Akibat terlalu seronok mendengar cerita daripada Rafiq, Nia menjadi lupa diri. Dia hanya berbual seperti biasa tanpa memperlahankan suaranya. Seumpama dia berbual tentang pelajaran di universiti.
"Bodoh nya perempuan tu. Macam manalah Hadi boleh nak rapat dengan perempuan jenis macam tu. Lemah. Okey lah Abang Rafiq. Nia kena gerak dulu ni. Mana tahu kalau Hadi datang ke apa. Apa apa yang jadi, 'update' dekat Nia tau. Bye"
Nia mematikan panggilan. Kemudian telinga nya mendengar ada sesuatu barang yang terjatuh di belakang nya. Saat dia menoleh ke belakang, jantungnya bagai direntap.
'Power bank' yang dipegang oleh Hadi terjatuh ke lantai apabila mendengar perbualan Nia dan Rafiq. Hadi memandang wajah Nia dengan pandangan yang sangat menggerunkan.
"Hadi. Bila awak sampai?" kata Nia, gugup. Dia tidak pernah melihat Hadi seperti itu.
"Kau cakap dengan aku sekarang. Apa yang kau dengan Rafiq buat dekat Tiara" Kedengaran suara Hadi bernada keras.
"Hadi... Kenapa awak ber aku kau dengan-"
"Kau jawab sekarang! Tiara dekat mana?! Apa yang Rafiq buat?!" Suara Hadi kian meninggi. Dia mengutip 'power bank' yang terjatuh itu dan meletaknya dengan kuat di atas meja.
Nia menggigil. Macam mana dia boleh tidak sedar yang Hadi berada di belakang nya?
"Aku ulang lagi sekali. Tiara. Dekat. Mana?" kata Hadi. Mahu saja dia mencekik wanita itu kerana menggelar Tiara perempuan bodoh.
"Er, Hadi. Sebenarnya, tak ada apa-apa pun. Tiara okey je" Nia mencuba nasib walaupun dia tahu Hadi tidak akan mempercayai nya.
"JAWAB SOALAN AKU!"
Tersentak Nia mendengar suara Hadi.
"Kau bagitahu aku sekarang atau aku bagitahu dekat mak bapak kau pasal perangai anak dia ni" ugut Hadi.
Muka Nia pucat lesi apabila mendengar ugutan Hadi. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana rupa ayah, Encik Mikail memarahinya.
Cukuplah semasa zaman bersekolah dia dimarahi oleh ayahnya. Dia tidak sanggup untuk mengulangi nya lagi.
"Er-"
"Cepat lah!" gertak Hadi.
"Rafiq pengsan kan Tiara. Dia bawak Tiara pergi tempat yang dia selalu lepak dengan kawan-kawan dia. Dekat bengkel. Awak tahu tempat tu" jawab Nia, terketar-ketar.
Hadi menjadi lemah saat mendengar Tiara dibawa ke tempat itu.
"Tiara" bisik Hadi.
Dengan pantas Hadi mengambil kunci kereta nya dan 'power bank' yang berada di atas meja. Rupanya ini lah hikmah disebalik rasa hatinya yang tiba-tiba ingin membawa kereta sendiri.
Dia sempat memberi kata-kata 'maut' untuk Nia sebelum dia berlalu pergi.
"Kalau ada apa-apa jadi dekat Tiara, aku tak akan lepaskan kau dengan Rafiq. Aku akan buat apa yang aku cakap. Jangan ingat kau dah kawan aku daripada zaman sekolah, aku boleh tatang kau macam minyak penuh. Dengar sini, Nia Natasha. Aku sayang Tiara. Aku cintakan dia. Jadi jangan harap yang kau dapat ganti tempat dia sebab aku tak pandang kau lebih daripada kawan. Jangan ingat kalau kau buat macam ni dekat dia, aku nak dekat kau. Sorry. Aku akan buat kau menyesal seumur hidup kalau ada apa-apa jadi dekat Tiara. Sebab apa? Sebab aku sayang dia"
Air mata Nia mengalir keluar apabila mendengar pengakuan cinta Hadi itu. Tambahan pula dengan ugutan daripada Hadi.
Baru sahaja tiga tapak Hadi melangkah, dia berpatah semula.
"Nanti kau cakap dekat mak ayah aku yang aku tiba-tiba ada hal. Kau pandai buat benda ni kan? Pandai-pandai lah kau cakap. Lagi satu, jangan bagitahu Rafiq yang aku datang. Kalau tak pecah muka kau aku buat. Kau cakap yang Tiara perempuan bodoh? Aku rasa kau salah orang sebab perempuan tu sepatutnya kau. Merosakkan hidup orang lain yang tak bersalah pun"
Kemudian Hadi berlari dengan pantas dan keluar daripada hotel. Nia yang terdiam seribu bahasa melihat Hadi berlari untuk mendapatkan Tiara. Cinta hatinya.
Nia terduduk. Dia dapat rasakan yang Hadi betul-betul maksudkan apa yang dia katakan sebentar tadi.
Hadi memang sayangkan Tiara. Dan dia tak akan dapat sampai bila-bila menjadi seperti Tiara di hati Hadi kerana nama Tiara akan selamanya tersemat di hati lelaki itu.
Ya, apa yang dia lakukan adalah salah. Dia tidak sepatutnya lakukan Tiara seperti itu walau sebesar manapun dia benci kepada Tiara kerana pokok pangkalnya Tiara langsung tidak bersalah.
Bukan Tiara yang menggedik nak Hadi tetapi memang hati Hadi yang terpaut dengannya.
Nia mengambil telefon pintar nya. Dia mencari nombor Rafiq dan menelefonnya.
"Abang. Nia rasa kita cancel lah semua benda ni. Semua ni salah lah" kata Nia.
Rafiq yang mendengar kata-kata Nia, sungguh terkejut. Betulkah Nia Natasha yang sedang bercakap itu?
"Nia? What's wrong with you? Kenapa? Hadi dah tahu ke?" tanya Rafiq.
"No. Dia tak tahu pun. Cuma Nia rasa kita batalkan semua. Abang hantarlah balik Tiara ke rumah dia. Kesian dia"
Terbeliak biji mata Rafiq. Kesian? Biar betul perempuan ni!
"Nia! Nia okey tak ni? Bila masa Nia pandai nak kesian dekat perempuan ni?"
"Sebab Nia dah sedar apa yang kita buat ni salah! Abang! Dengar cakap Nia! Lepaskan Tiara and hantar dia balik! Now!" Kedengaran suara Nia seperti memberi arahan. Dan ini membuatkan Rafiq tidak selesa. Siapa dia nak mengarah-arah?
"No" jawab Rafiq dengan nada berlagak.
"Abang tak akan lepaskan dia sebab dia dah ada depan mata abang. Cuma dia tak sedar lagi. Kalau Nia rasa apa yang Nia buat salah, teruskan. But not me. Abang tak rasa bersalah. So, till then, bye"
Belum sempat Nia membalas, Rafiq sudah mematikan panggilan.
Nia meraup wajahnya. Semua tak akan terjadi kalau dia tidak mulakan semua ini. Dia yang mulakan rancangan ini.
Dia yang mengajak Rafiq untuk berjumpa dan berbincang tentang hal ini. Semua ini salah dirinya! Dia terlalu cemburu dengan Tiara yang mendapat hati Hadi sedangkan dia hanya dianggap teman biasa.
Betullah kata Hadi. Sebenarnya dialah perempuan bodoh itu. Dia hanya mampu berharap agar Tiara tidak apa-apa.
//
Cahaya lampu yang menyala menyilaukan mata Tiara. Badannya terasa sakit seperti baru sahaja dicampakkan ke lantai. Kepalanya terasa pening seolah kepalanya dihentak ke dinding.
Tiara membuka perlahan-lahan matanya. Sebaik sahaja matanya terbuka luas, Tiara mendapati yang dia sedang terbaring di atas lantai.
Kedua belah tangannya diikat ke belakang badan. Suasana di sekeliling amat asing bagi dirinya. Dia seperti berada di satu bengkel kereta yang sudah tutup. Dia tidak ingat apa yang terjadi sebelum dia pengsan.
"Astaghfirullahalazim, aku dekat mana ni?" bisik Tiara, gelisah dan cemas.
Tiara cuba untuk duduk walaupun tidak mudah kerana kedua tangannya berikat dengan tali. Setelah duduk, dia melihat kawasan sekeliling dan berfikir apa sebenarnya yang terjadi.
Seminit kemudian, Tiara sudah mengingati nya. Dia sedang berada di hadapan pagar rumah apabila ada seseorang yang menekup mulutnya dengan kain yang membuatkan dia tidak sedarkan diri.
Jantung Tiara berdegup kencang. Bermacam perkara bermain-main dalam fikirannya. Apa salah dia sehingga dia boleh berada di sini?
Dan yang paling penting, siapakah orang yang membawa dia ke sini?
"Ya Allah, selamatkan lah aku"
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(
Share this novel