BAB 22: Berisi?

Drama Series 28608

Fatin menghirup perlahan air Nescafe Latte di tangannya. Entah kenapa kepalanya pening seperti tidak tidur semalaman. Namun kerjanya terlalu banyak untuk ditinggalkan. Inilah musibat jika terlajak cuti. Fatin mengeluh sendiri. Cawannya diletakkan di tepi. Matanya kembali menumpu kepada kertas-kertas dan fail-fail kerja di atas mejanya.

Tiba-tiba pintunya diketuk perlahan. Wajah Nairah muncul di sebalik pintu pejabatnya dengan muka berseri. Mungkin kerana tarikh pertunangannya yang semakin hampir. Terdapat sebuah lagi fail di tangannya. Fatin seperti sudah dapat mengagaknya.

" Nah. Aku dah settlekan yang ni. Tinggal sikit je lagi kerja kau." kata Nairah sambil tersenyum nipis.

" Hmm." jawab Fatin sambil mengambil fail di tangan Nairah.

Kening Nairah bertaut rapat. Pelik. Fatin tampak tidak bermaya di pagi yang boleh dikatakan cerah ni. Mesti ada yang mengganggu fikirannya.

" Kau OK tak? Muka kau nampak pucat je. Kalau kau penat, kau cuti jelah." kata Nairah.

Mata Fatin membulat. Fatin sudah serik dengan cuti. Cukuplah sebelum ini dia sudah cuti selama itu. Hasilnya kerja setinggi gunung Everest yang menyambut kedatangan di tempat kerja.

" Lepastu bertambah lagi kerja aku yang memang dah berlambak ni? Memang taklah..Aku pening sikit je. Aku boleh tahan lagi." kata Fatin sambil mengurut kepalanya.

Nairah mengecilkan matanya. Pening? Itu tanda-tanda yang pelik dan mencurigakan.

" Fatin. Kau ada tak rasa macam nak muntah ke, ada?" siasat Nairah sebelum membuat kesimpulan.

Fatin mengerutkan keningnya. Cuba untuk mengingat kembali.

" Kadang-kadang adalah jugak. Kenapa?" tanya Fatin kembali.

Nairah tersengih sendiri sambil memandang Fatin yang sedang keliru. Nairah mencuit tangan Fatin.

" Entah-entah kau dah berisi kot?" tanya Nairah dengan muka yang teruja.

Kening Fatin bertambah kerut apabila soalan itu diajukan. Berisi? Setahu Fatin, itu memang tidak akan berlaku buat masa terdekat ini.

" T-tak mungkinlah. Mengarut je kau ni." jawab Fatin.

Kali ini giliran Nairah pula berkerut seribu. Kahwin pun dah nak dekat dua bulan, takkan tak ada kemungkinan untuk Fatin mengandung? Mesti ada udang di sebalik batu.

" Kenapa tak mungkin pulak?" tanya Nairah.

Mata Fatin membulat. Aduhai.. Terlepas cakap pula..

Fatin tersenyum kelat sambil memandang wajah Nairah yang sedang berkerut meminta jawapan.


~~~~~~~~~~~~~~~

" Ha?!!!!! " pekik Nairah sambil memandang Fatin.

" Syyy.."

Fatin lantas bangun dan menekup mulut Nairah yang bingit seperti air yang sudah masak. Nairah memandang Fatin dengan mata membulat. Tangannya menarik tangan Fatin dari mulutnya.

"Kau biar betul?" tanya Nairah.

" Betul.. Hujung rambut aku pun dia tak pernah sentuh. Hmm." jawab Fatin. Serius.

Nairah mengalihkan pandangannya ke bawah. Berfikir. Shahir ialah lelaki jadi takkanlah dia tak pernah terasa nak sentuh si Fatin. Mesti ada benda yang tak kena. Entah-entah Fatin yang melarang Shahir? Ataupun, kemungkinan yang paling teruk ialah dia tidak suka perempuan!!! Nairah menggelengkan kepalanya. Dia tidak sepatutnya membuat kesimpulan sendiri. Dia mesti siasat benda ni.

Fatin hanya memandang Nairah yang sedang berkerut-kerut keningnya memikirkan perkara yang mereka bualkan tadi. Fatin mengeluh sendiri. Bukannya dia tidak mahu untuk mencuba. Kadangkala ada juga dia mengharap tetapi tiba-tiba harapan itu punah semata-mata apabila Shahir sendiri yang menafikannya. Fatin mengeluh lagi.

" Tak boleh jadi ni Fatin. Apa kata kau yang buat first move?" kata Nairah memecahkan suasana.

Fatin membuat muka. Keliru.

" Maksud kau?" tanya Fatin.

Nairah tersenyum sinis mengenangkan rancangan nakal yang telah dirancangnya untuk Fatin sambil menganggukkan kepala. Fatin hanya memandangnya sambil berkerut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Nairah, aku balik dulu tau? Kepala aku ni, pening makin menjadi-jadi." kata Fatin sambil menjengah di pejabat Nairah.

Nairah lantas memandangnya.

" Yalah, kau baliklah dulu. Aku ada sikit lagi kerja yang aku nak siapkan ni. Bye." jawab Nairah sambil memandang sebuah fail berwarna hitam di atas mejanya.

Fatin tersenyum nipis. Kakinya pantas berjalan menuju ke kereta dalam keadaan yang sedikit terhuyung-hayang. Katilnya yang empuk sedang memanggil-manggil namanya di rumah. Kakinya semakin pantas melangkah. Tiba-tiba sahaja dia ada di pintu masuk syarikatnya. Kelihatan Idlan sedang berdiri di hadapan pintu dengan muka yang berkerut. Fatin tersenyum sendiri.

Kakinya melangkah keluar pintu automatik itu. Idlan yang nampak kelibatnya tersenyum nipis.

" Awak mesti tengah tunggu Nairah kan? Dia tu memang selalu melengah bila bab kerja. Tu yang baru sekarang dia nak siapkan tu. Bawak bersabarlah dengan perangai dia ya.." kata Fatin sambil tersenyum mengenangkan telatah sahabatnya itu.

Idlan tergelak sedikit. Entah kenapa dia merasakan telatah Nairah itu..comel.

" Awak dah nak balik ke?" tanya Idlan sambil memandang muka Fatin yang sedikit pucat itu.

" Aah. Saya gerak dulu ya. Assalamualaikum.." kata Fatin sambil memulakan langkahnya.

"Waalaikumsalam." jawab Idlan sambil memerhatikan Fatin dengan rasa curiga.

Tiba-tiba kaki Fatin tersadung di antara satu sama lain dan hampir terjatuh. Fatin hampir terjerit. Idlan dengan pantas memaut lengan Fatin dan menarik Fatin rapat kepadanya. Fatin menghembus nafas lega. Idlan melepaskan tangannya.

" Fuh, nasib baiklah awak ada kat sini Idlan. Kalau tak dah patah dah hidung saya tersembam di tar." kata Fatin. Lega.

Idlan juga menghembus nafas lega. Lega kerana wanita yang dia sayang sebagai sahabat itu selamat.

" Lain kali, hati-hati masa berjalan tu." kata Idlan.

Fatin tersengih malu. Sudah dewasa pun masih nak terjatuh lagi. Aduhai kaki kenapalah kau kena tersadung sekarang?

" Yalah. Dahlah saya, balik rumah dulu. Bye." kata Fatin sambil melangkah ke keretanya.

Idlan menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Macam-macamlah si Fatin ini..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Kelihatan Fatin sedang menyapu rambutnya dengan sesuatu. Menarik. Shahir duduk di hujung katil sambil memerhati gerak geri isterinya yang lemah lembut gerakannya. Kelihatan di botol minyak itu ' Baby oil'. Pelik.

" Fatin. Kenapa awak pakai baby oil? Awak kan kaya, boleh je beli krim atau minyak rambut yang branded." tanya Shahir.

Fatin menoleh ke arah Shahir yang tampak segak berkain pelekat. Shahir tersenyum nipis. Tangannya bergerak mengambil sikatnya dan kembali menghadap Shahir.

" Dulu mama saya selalu sapukan rambut saya dengan baby oil ni. Dia selalu marah saya kalau saya tak pakai. Jadi saya pun pakailah sampai sekarang. Lagipun baby oil ni membuatkan rambut saya wangi." kata Fatin sambil menyikat rambutnya.

Sikat itu diletakkan di atas meja solek. Dia bangun dari bangku dan mula melangkah. Tiba-tiba tangannya direntap dan badannya ditarik rapat ke tubuh Shahir yang sudah berdiri tegak di hadapannya. Hampir melatah Fatin akibat terkejut.

Shahir perlahan-lahan melalukan kepalanya di sebelah telinga Fatin. Ternyata betul kata Fatin. Bau yang wangi dan selesa mula menusuk ke hidung Shahir. Matanya terpejam seketika sambil menikmati saat itu. Fatin hanya melirikkan matanya ke sebelah.

" Awak tergoda ke dengan kewangian rambut saya ni?" kata Fatin. Cuba untuk menyedarkan Shahir.

Shahir tersentak. Dia menarik kepalanya dengan laju. Kata-katanya terputus seketika. Sesungguhnya memang imannya sangat goyah ketika itu. Namun cuba ditahan sebaik mungkin. Pelik. Situasi ini bukanlah kebiasaan bagi Shahir. Belum pernah ada perempuan yang dapat menggoyahkan pendiriannya. Matanya terkebil-kebil sendiri.

" M-mana ada. D-dah lah tu, baik saya tidur." kata Shahir sambil mula melangkah.

" Shahir." panggil Fatin.

Shahir menoleh. Keningnya diangkat tanda soal. Fatin mendekatkan dirinya kepada tubuh Shahir yang tegap itu. Ketinggiannya hanyalah parat dada Shahir sahaja sehingga membuatkan dia terpaksa mendongak untuk memandang Shahir. Namun Shahir suka, kerana apabila Fatin mendongak matanya akan bersinar di bawah cahaya lampu. Shahir menenung mata Fatin.

" Awak, tahukan yang saya ialah milik awak sepenuhnya?" Soalan mengejut keluar dari mulut Fatin.

Shahir tersentak. Suasana ini perlu dipecahkan sekarang juga. Shahir menarik nafas panjang.

" S-saya tidur dululah. Assalamualaikum.." kata Shahir sebelum terus naik ke atas katil.

Fatin hanya memandang perbuatan Shahir. Dia mengeluh sendiri. Mungkin belum tiba masanya. Fatin mengeluh berat. Kakinya melangkah naik ke atas katil dan terus menutup matanya. Gelap.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir masih belum dapat melelapkan matanya. Fikirannya masih sibuk memikirkan kejadian tadi. Shahir tahu itu ialah tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan hak Fatin sebagai seorang isteri. Namun kalau dilayankan perasaan itu bahaya yang menanti. Shahir berpaling memandang wajah Fatin. Shahir mengeluh sendiri.

Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan mesej telah masuk. Shahir berkerut. Siapa pula yang mengirimkan mesej kepadanya malam-malam buta ini? Tangannya menggapai telefonnya di atas meja lampu. Tertera nama 'unknown' di kaca telefonnya. Jarinya menekan butang mesej. Kelihatan seperti sebuah gambar. Kening Shahir berkerut seribu.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki memegang tangan Fatin. Lelaki itu nampak seperti pernah Shahir lihat. Namun apa yang lebih pelik ialah siapa yang menghantar gambar itu kepadanya? Apa tujuannya?

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience