Okay , Class harini kita akan belajar topik satu. Saya harap kamu semua beri tumpuan sepenuhnya. Tahun ni jaa kamu semua nak bersekolah, nanti dah bebas semuanya. buatlah apa yg kamu nak buat asalkan kamu semua berjaya.. bla.. bla.. bla.. seperti biasa Sebelum mengajar semua guru akan memberi nasihat yg cukup bermakna kepada kita semua.. Tetapi bukan kepada Irah. Dia hanya memekakkan telinga Dan membuat kerjanya sendiri . hurghh. same things that every teacher's say it. cakapnya perlahan. Hurmm? kau cakap apa Irah? kuat sikit? kau cakap dengan aku ker? Tanya Kyra merupakan kawan baik kepada Irah sejak tadika lagi . Ehh , tak lah.. siapa cakap dengan ko... perasannya. Balas Irah dengan malasnya. Haa yg belakang tuu.. saya tengah cakap kamu pun nak bercakap. Kamu nak bercakap di depan ker? Tanya guru mata pelajaran tersebut selepas mendengar Bisikkan2 suara Irah dan Kyra. Mereka berdua pun menundukan kepala agar guru tersebut tidak nampak. Munirah Safiyah. Saya tahu kamukan yg bercakap tadi? apa nak jadi dengan kamu Irah . kamu tu bijak orangnya, selalu jadi perbualan guru di sekolah ini.. sepatutnya kamu tunjuk tingkah laku yg baik.. bukan tunjuk perangai buruk kamu tu dekat orang lain. Jangan sampai Allah tarik balik nikmat yg diberi-Nya kepada kamu. Kata2 pedas dari guru tadi membuatkan hati Irah semakin panas Dan sakit. APA salahnya sampaikan guru tersebut berkata demikian. Kenapa harus aku yg kena? kenapa aku... kata isi hati Irah yg semakin terasa sakit itu...
kringg!!!! loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat menengah atas. Wehh, Irah.. maafkan aku pasal tadi.. Disebabkan aku .. kau yg kena membebel dengan Cikgu tadi.. Kata Kyra yg masih merasa serba salah terhadap Irah. Tak apalah.. bukan salah kau pun Kyra. memang benar katanya.. Aku tak pernah minta hidup macam ni.. Kenapa semua org selalu salahkan aku?.. Kadang2 aku terasa rimas dengan persekitaran macam ni. Selalu dikongkong dengan teruknya. Aku.. aku nak hidup seperti manusia normal.. tidak perlu memikir banyak perkara.. bebas untuk melakukan apa saja.. jawab Irah dengan sedihnya. kau.. kau bertuah Irah dikurniakan kelebihan macam tu..Kalau kau nak tahu, bukan semua manusia diberi kelebihan macam kau.. kau sepatutnya bersyukur bukannya mengeluh.. Kau kena kuat, buktikan kepada semua orang yg kau boleh buat.. Biarkan segala mulut manusia yg tak boleh ditutup itu... Bukan senangkan kita nak buat orang terima Kita? Nasihat Kyra sedikit kepada Irah.. Yaa, baiklah.. Terima Kasihlah sebab bagi semangat dekat aku.. kau nak tahu? orang yg selalu rapat dengan aku, tolong aku, Selalu sokong apa yg aku lakukan dan yg penting orang yg selalu terima aku sebagai sahabatnya sejak tadika lagi.. semuanya engkau Kyra. Engkau tak pernah jemu dan bosan berkawan dengan aku. Aku rasa... aku bertuah dapat kawan macam kau Kyra. Balas Irah seikhlasnya berkawan dengan Kyra. Jomlah makan, Nanti lewat pula nanti. Ajak Kyra dekat Irah. Baiklah , jom.
Kedengaran suasana di dalam kelas menjadi bising semula. Semua pelajar sibuk bergosip sana-sini. Ada yg bermain kapal terbang buat daripada kertas terbuang. Umur semakin meningkat tetapi zaman kanak2 tidak luput dari jiwa. Irah.. seperti biasa hanya membaca buku cerita yg baru dipinjamnya tadi di perpustakaan. Walaupun otaknya sudah bijak, Dia masih menambah kebijaksaan itu dengan membaca. Yaa, pepatah melayu selalu berkata "ilmu itu pelita hidup". Betapa tekunnya Irah membaca buku cerita yg berjudul " Impian seorang Gadis " sampaikan persekitarannya tidak wujud suara manusia. bangun kelas, Assalamualaikum Cikgu.. Ucap Jefri merupakan ketua kelas 5 agung iaitu kelas pertama antara 6 buah kelas. Semua pelajar di dalam kelas turut bangun dan memberi salam kepada guru Mata pelajaran bahasa melayu tersebut kecuali Munirah Safiyah. Betapa tekunnya ia membaca sehinggakan Cikgu masuk pun tidak perasan. Semua mata hanya memandang ke arahnya tanpa berkata apa2. Cikgu Yusra Perlahan-lahan pergi ke arah Irah dan.. Pam!! ia pun mengetuk meja Irah dengan kuat. hok aloh, mung ni terkojut kawe! melatah Irah dalam loghat Kelantan sambil tangannya terus menampar bahu Cikgu Yusra. Semua pelajar di dalam kelas terus ketawa terbahak-bahak. Cikgu Yusra hanya senyum terus berkata .. kamu ni Munirah.. tak habis2 dengan bacaan kamu tuu sampaikan saya masuk class pun kamu tak perasaan. Haishh .. Tegur Cikgu yusra dekat anak murid kesayangannya itu. Maa.aaffkann saya Cikgu.. Saya betul-betul tak perasan.. sekali lagi, maafkan saya Cikgu yusra. Tak apalah Irah, jangan buat lagi tau.. Okay kelas berhenti ketawa Semua. Kita akan mulakan kelas harini dengan tajuk pertama. semua semangat sikit, tumpukan perhatian terutamanya Munirah. Kata Cikgu yusra dengan semangatnya sambil memerli Irah sedikit. Baik Cikgu jawab mereka semua. Kelas 5 Agung memulakan kelas seperti biasa.. semuanya hanya mendiamkan diri dan hanya fokus kepada Mata pelajaran tersebut.
Huh.. habis juga kelas untuk harini.. First day school, mestilah dah start homeworks banyak.. tambah2 tahun ni SPM, lagi banyak kerjanya.. membebel Irah sampai ke tempat letak motosikalnya. Hai Fiya! Tegur satu suara di belakang Irah. Ehh, mak Kauu.. melatah Irah tak lepas.Ishhh kau ni Amar! tak habis2 nak menyakat aku. Berapa kali aku nak cakap, panggil aku Irah! bukan Fiya! OK? understood? marah Irah dekat amar iaitu pelajar kelas 5 Juara. kelas ketiga daripada 6 buah kelas di tingkatan 5. Alah,Fiya.. aku nak lain daripada orang.. lagipun aku.. Belum sempat Amar luahkan segalanya yg dipendamkan selamani Irah pun membalas.. Lain daripada orang.. Jangan perasan OK? kau kawan jaa bagi aku.. tak lebih dari tuu.. Lagi pun, aku tak pernah anggap semua orang istimewa bagi aku. that it. okaylah.. aku balik dulu, chaw. Irah pun pergi dari situ sambil menuntun motosikalnya ke luar pagar. Kawan? sanggup kau Fiya.. aku tak akan mengalah.. kata Amar perlahan. Kata2 Irah tadi amat menyakitkan baginya. Harghhh!!! menjerit Mikhail dengan kuatnya tepi Irah. Woiii , mak mu jatuh... Ehh mu nak gapoo? Melatah Irah dengan kuatnya sampaikan motosikal yg dituntunnya tadi jatuh. Arrr, kau ni asal lepaskan motor tu pulak.. Ishh, buat malu lah. Tegur Mikhail secara tibanya. Tak guna punya adik!!! dushh! satu penumbuk besar menghentak ke kepala Mikhail. Aduh, Apahal haa? sakitlah!! Marah Mikhail sambil mengusap kepalanya selepas ditumbuk Irah. Tahu pon sakit? Habis kau tengok motor aku jatuh tuu tak Sakit? now, kau angkat motor aku balik! kelihatan angin Irah Sudah membara. Aehh, dia ni sayangkan motor tu lebih lagi dari aku.. Asalll Mikhail kena angkat? siapa yg lepaskan tadi? haa. tak malu. berdalih Mikhail dengan biasanya. Kauuu kan!!! aieyy! cappp! satu cubitan bisa di lepaskan ke telinga Mikhail. Akak!! adoiii. adoiii. lepaslahh. malu orang tengok tuu. meronta Mikhail suruh dilepaskan telinganya. Aku kata sekali jaa Mikhail Syamir.. Kau nak sangkat atau takk? atau... kau nak aku.. okay!!! Mikhail angkat! lepaskan dulu.. jawab Mikhail dengan lajunya. Haaa, bagus. Faham pun Kau. Irah pun melepaskan tangannya.. perlahan-lahan Mikhail mengangkat motosikal itu semula. Okay, thanks. sekali lagi kau buat aku melatah lagi, siap kau. Dah cepat naik! Irah memberi amaran dekat adiknya itu. macam budak2 kecil. Buat malu jaaa. sekeh kepala sat lagi haa. membebel Mikhail sampai di atas motor. Mereka pun balik seperti biasa. Kejadian tadi tak mungkin Irah lupakan.. Semua orang hanya ketawa kecil melihat Irah Dan Mikhail bergaduh sesama sendiri. Sudah perkara biasa bagi semua pelajar di sekolah itu.
Share this novel