BAB 11

Romance Series 27442

                       Jobi memandang Nora. Begitu kesal dia mencipta mesin yang dimiliki oleh Professor Guna. Nama mesin itu singkatan nama dia dan Nora.

Nora betulkan bajunya. Dia tahu Amelia akan datang. Nora tahu dari Proffesor Guna.

Dia sendiri tidak mahu Amelia datang ke kerja.

“Apa lah susah nak buang Amelia dari makmal ni!”

Nora memegang kepala. Fikirannya tidak habis-habis fikir tentang Amelia. Dia sendiri tidak faham dengan Guna. Masih lagi simpan kerja seperti Amelia.

“Nora?".

Suara mesra Jobi keluar. Di tangannya  ada fail. Fail itu perlu diberikan kepada Nora.

“Apa kau nak?".

Nora menjeling ke arah Jobi. Dia tidak suka Jobi di hadapannya.

“Marah. Jangan lah marah-marah.".

“Kau nak apa sebenarnya ni. Kau tak nampak ke aku buat apa sekarang ni?".

Tengking Nora. Dia cuba halau Jobi dari tempatnya.

“Kenapa buat banyak kerja? Kerja aku tak banyak pun.".

Terdiam Nora. Dia cuba perhati meja Jobi. Begitu banyak fail di meja Jobi.

“Habis yang kat meja kau tu apa dia?".

Jobi senyum. Dia saja mahu kenakan Nora. Dia suka bawa gurau dengan Nora. Walaupun hatinya benci terhadap Nora. Disebabkan selalu hina Amelia.

“Nora pernah tak ada orang cakap kau ni cantik?".

Jobi cuba kenakan Nora sekali lagi. Belum puas hatinya.

“Ramai sangat. Boleh dikatakan semua lah yang cakap aku ni cantik, lawa.".

Senyum Nora. Dia lihatkan gediknya di depan Jobi.

Jobi pula mengenakan muka hodoh. Dia memaling ke belakang. Tidak mahu dilihat mukanya di depan Nora.

Nora perasan yang Jobi membuat muka. Tapi dia tidak kesah.

“Nak tahu tak di mata aku kau ni apa?".

Jobi memandang Nora.

“Apa?".

Tanya Nora dengan tidak sabar. Dia syak yang Jobi mahu memujinya.

“Kambing. Hahaha".

Nora berdiri dari kerusi yang diduduk. Panas hatinya dipanggil kambing oleh Jobi.

“Jantan tak sedar diri. Kalau tak de kerja, cari kerja. Jangan kacau aku. Tak guna.!".

Tengking Nora. Sabarnya habis. Kata Jobi tidak dapat dipertimbangkan.

“Oi!".

Proffesor Guna keluar dari Office. Suara Nora sampai ke biliknya.

Kedua mereka terdiam di sisi meja. Langsung tidak bercakap apa-apa ketika Guna sudah ada di depan mata.

“Apesal dengan korang ni? Selalu je gaduh. Korang ni satu kerja. Satu partner lagi. Kenapa nak gaduh-gaduh macam ni?".

Guna memandang Nora.

“Nora kenapa ni?".

Nora menoleh ke arah Guna. Dia meluruskan badannya ke arah Guna.

“Tak de Prof. Jobi ni datang cari pasal ngan saya. Saya nak buat kerja saya. Dia datang nak ganggu saya Prof.".

Guna memandang Jobi yang melihatkan muka santai. Tidak seperti Nora. Ketakutan apabila melihat saja Professor Guna.

“Jobi minta maaf dekat Nora sekarang!".

Arah Guna. Guna memihak kepada Nora kali ini.

“Apa? Saya nak minta maaf? Prof. buat apa saya nak minta maaf dekat dia ni. Jangan harap.".

Jobi masih tidak puas hati dengan tengkingan Nora tadi. Jobi juga tidak sempat membalas tengkingan dari Nora. Hatinya kekal sabar. Dia hormat dengan Proffesor Guna.

“Ok. Baik kalau macam tu. Esok saya nak kau Jobi dengan Nora baca buku cerita yang saya akan bagi nanti. Buku tu ada satu. Nanti saya akan letak kat bilik Makmal. Saya nak korang baca buku tu sampai habis. Ni denda korang. Esok atau lusa saya akan dengar sinopsis buku cerita tu Faham!".

Nora membuka mulut. Tidak setuju dengat keputusan Guna.

“Tapi Prof. Kenapa saya terbabit dalam hal ni? Jobi yang ganggu saya! Dia lah yang patut kena denda bukan saya Prof.".

Jobi memaling muka ke arah Nora. Dia juga tidak setuju dengan keputusan Guna.

“Ikut je apa saya cakap. Jangan nak melawan. Kalau korang masih nak kerja kat sini, buat apa yang saya arah. Faham!".

Jobi memeluk tubuhnya. Sudah 4 tahun mengenali dengan Guna. Dia tahu sikap Guna itu. Paling tidak suka kalau dibantah. Apa lagi dengan pekerja-pekerjanya sendiri.

“Tapi Prof.".

Tidak sempat Nora sambungkan ayatnya. Proffesor Guna terus bergerak ke dalam office.

“Ini semua kau punya pasal.".

“Eh. Apa pulak aku. Kau tu tengking-tengking tak tentu pasal. Sampai Prof keluar dari office. Salah aku ke?".

Jobi tidak terima dituduh Nora. Disebabkan suara tinggi Nora tadi dia didenda. Membaca buku cerita dengan Nora.

“Da mulut kau tu macam bangkai. Gila aku tak marah. Kau ingat aku boleh duduk diam kalau orang cakap macam tu dengan aku.".

Nora tambahkan marahnya. Dia patut mengajar Jobi. Tidak boleh dibiarkan begitu saja.

“Tak betul ke apa aku cakap tadi? Kau terima je lah keadaan. Jangan asyik nak salahkan orang je.".

Nora terdiam.

Jobi balingkan semua fail yang dipegangnya tadi ke arah Nora. Habis bertaburan fail itu di meja Nora. Nora pula masih berdiri tegak. Berdengus-dengus nafasnya memandang Jobi. Hatinya sangat sakit sekarang.

“Pergi dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi datang sini!.".

“Ingat aku nak tengok muka kau sangat ke. Please lah.".

Jobi berpatah balik ke tempat biliknya. Yang dipenuhi dengan fail-fail yang perlu dia kerjakan.

“Huh. Boleh gila aku kalau duduk lama-lama kat Makmal ni. Entah kenapa nasib aku tak baik kalau mamat sepung tu ada. Prof ni pun satu. Susah sangat nak buang Jobi. Kalau Makmal ni milik aku lah. Huh. Dah lama aku sumbat Jobi tu dalam toilet. Tak pe. Kau tunggu pembalasan aku. Jangan harap buku tu kau dapat baca.".

Marah hati Nora. Di berbisik di hati sendiri. Masih terasa sindiran dari Jobi. Kelakuan Jobi tidak boleh terima. Dia pastikan buku yang Guna bagi tidak dapat dibaca oleh Jobi.

Jobi pula asyik memerhati pejabat Amelia. Dia sudah dikhabarkan Guna yang hari ini Amelia akan datang ke Makmal. Dari pagi Jobi menunggu. Masih belum muncul Amelia di depan mata.

“Amelia kat mana lah kau sekarang. Aku da rindu da dengan kau ni. Mesej pun tak. Pegi mana lah dia. Huh.".

Kecewa Jobi. Dia sangat-sangat mahu bertemu dengan Amelia. Tidak mahu harinya selalu dengan Nora. Benci di hatinya.

Jobi tidak tahan perasaan rindu itu dengan Amelia. Kerjanya ada saja tidak kena kalau Amelia tidak muncul. Dia perlukan Amelia. Amelia saja boleh naikkan semangatnya untuk kerja.

“Apasal si kambing tengok aku tu.".

Nora perhati Jobi dengan lama. Jobi perasan.

Cepat-cepat Nora alihkan laptopnya selepas Jobi memandang ke arahnya.

Hati Jobi tidak senang. Dia dapat rasakan yang Nora ada muslihat di sebalik pandangan itu. Jobi boleh menangkap gerak-geri Nora itu. Perempuan yang suka berdendam.

“Nora Nora Nora. Kau tak kenal aku siapa lagi. Tak pe. Aku da tahu yang kau ada plan buruk nak baca buku tu sorang. Tak pe kita tengok nanti.".

Jobi alihkan pandangan ke arah laptopnya. Kali ini dia tidak melayan karenah Nora itu. Banyak kerja yang perlu disiapkan.

10 minit kemudian Nora dan Jobi buat kerja masing-masing. Dengan fokus kerja itu dilakukan.

Professor Guna pula keluar di pejabatnya. Membawa buku yang tebal. Tajuk buku itu The Love. Cantik lapisan kulit buku itu.

Sengaja Guna memancing beri buku itu pada Jobi dan Nora. Tujuannya untuk satukan Nora dan Jobi. Perlahan-lahan rancangannya. Dia tidak mahu terlalu cepat untuk mereka bercinta. Lagipun memang padan kalau Jobi dan Nora bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience