BAB 9

Family Completed 10579

“Fasha! Kenapa kau mungkir janji? Kau tau tak hati aku tersiksa sebab pembohongan yang kau ciptakan untuk aku?” Kemarahanku tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Hampir berkaca kelopak mataku menatap sepasang mata milik Fasha di hadapanku. Inikah balasan yang kau hadiahkan setelah pengorbanan aku berikan? Aku mahu kau hentikan semua sandiwara ini. Jangan kau heret aku ke dalam lembah penipuan lagi.

Sesungguhnya aku amat tersiksa dengan semua pembohongan yang aku lakukan… demi untuk kau sahabatku. Demi untuk keselamatan kau. Aku tidak sanggup melihat kau merayu simpati padaku.

Aku bersalah kerana membohongi Mak Cik Fatimah. Aku telah membohongi hati seorang ibu. Aku juga tahu betapa tegasnya keluarga dan betapa cemburunya tunang kau… Ikram. Namun kini, aku menyesal kerana membantu kau.

Dengan bantuan yang aku hulurkan dan janji yang kau patrikan…… aku sangka kau ikhlas mahu berubah. Rupanya…… ahh… tiada gunanya! Aku sudah terperangkap di dalam jerat sahabat aku sendiri.

Kau memang tidak pernah ikhlas Fasha….. hati ini sudah banyak kali kau permainkan… atas nama “pertolongan” yang kau pinta. Aku tidak sedar kau selalu ber”topeng” di hadapanku. Aku sudah berjaya menyingkap “wajah” kau yang sebenar. Rupanya kau tidak pernah berniat pun untuk insaf. Aku yang tertipu.

“Alah….. sikit ajelah aku mesej dia,” Fasha masih ada hati untuk membela diri. Jelak aku mendengar jawapan itu.

“Sikit kau kata? Sampai dia nak pergi meminang kau tu, kau boleh kata sikit?” marah aku lagi.

“Aku rasa kau pun kenal siapa aku kan? Aku dah tak boleh sabar lagi. Kau dah janji, tapi kau mungkir. Kau ingat lagi tak apa aku kata dulu? Aku kata kalau kau mungkir janji, aku akan bongkar semua rahsia kau kan? Kau boleh buat don’t know je dengan janji tu ya? Aku ni jenis pegang janji tau. Kau ingat aku tak berani? Kau buat aku macam boneka. Oleh kerana kau mungkir janji, aku akan bongkar semuanya!” tegas nada suaraku.

Kalau kau tidak mahu mengakhiri penipuan ini, biar aku yang mengakhirinya. Aku yang banyak melakukan pembohongan itu. Hati kecilku memberontak keras. Berubah riak wajah Fasha melihat keseriusan tingkahku.

“Janganlah Dilah! Please! Matilah aku!” aku sudah bosan dengan segala pujukan rayu simpati Fasha.

Aku sudah bosan! Bosan…… tolonglah faham. Aku tidak mahu menipu lagi… aku ingin menebus segala penipuan ini. Hari-hariku berlalu dengan ketidaktenteraman hati dek kerana penipuan. Sesungguhnya hatiku tersiksa….tersiksa…..tanpa sedar air mataku mengalir jua dek kerana rasa sakitnya hati.

“Tolonglah Dilah! Aku merayu… Janganlah bagi tahu keluarga aku. Kalau dia orang tahu satu hari satu malam aku duduk dengan Hairi…. matilah aku Dilah. Nanti dia orang ingat aku buat apa pulak sampai malam-malam bersama dengan Hairi. Aku malu Dila! Aku takut!” Fasha menjerit dalam rayuan yang panjang. Air matanya juga turut mengalir.

Malu kau sahaja yang kau fikir. Perasaan aku yang tertekan ada kau fikir?? Aku telah banyak memberi kau peluang untuk berubah. Tapi kau tak pernah hargai. Kau tidak pernah memikirkannya pun.

Aku pun malu Fasha. Malu bila dihina oleh Ikram. Apa yang kau buat bersama Hairi pada malam itu Fasha? Benarkah kereta Hairi rosak? Hanya kau dan hairi sahaja yang tahu. Boleh sahaja kau menipu aku.

Minta maaf Fasha. Aku harus mengakhiri semua ini. Aku mesti menebus kesilapan. Aku juga wajib menebus semua penipuan yang telah aku lakukan terhadap ibu kau. Aku bersalah Fasha. Hati aku tidak tenteram. Hidup aku tidak tenang. Aku juga sudah terlalu banyak menipu Ikram. Tunang kau sendiri… tergamak kau Fasha.

“Sorry… Fasha…. aku tak sanggup lagi menahan siksa hati aku. Aku terlalu banyak menipu, Fasha,” aku masih tidak berganjak dari keputusanku.

Air mataku, juga air mata Fasha semakin galak mengalir. Aku kasihan melihatnya. Tapi aku juga tidak rela Fasha mempergunakan perasaan kasihan yang selama ini terlalu kerap aku berikan. Tiba masanya aku kembali menjadi diri aku sendiri. Prinsip yang telah kau cerobohi akan aku tegakkan kembali. Hidup dalam penipuan tidak akan bahagia, Fasha. Sedarlah kau.

“Aku sanggup mati kalau kau bongkar rahsia ni!!” tiba-tiba Fasha menuturkan kata-kata itu. Air matanya turut berhenti mengalir serentak dengan lontaran suara itu. Adakah itu tekad Fasha?

Fasha…. kau buat aku tersepit lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience