Matahari teragak-agak hendak mengetuk pintu bilik Fauzi. Memang dia sudah maklum oleh Amoi bahawa Tuan Muda Danish ada bersama dengan Fauzi. Bukan Fauzi yang dia takut tapi Tuan Muda yang dia takutkan. Berkali-kali dia mengusap tangan yang tidak berpeluh sambil mencari semangat. Pintu bilik diketuk perlahan sekadar mengeluarkan cukup syarat mengetuk sahaja dek kerana terlalu cuak. Pantas duan pintu terbuka dari dalam menyebabkan Matahari terhinjut sedikit kebelakang. Muncul wajah Fauzi pada pandangannya.
“Abang Fauzi!” terkejut Matahari tapi masih mengawal nada suaranya.
“Eh… kenapa Matahari?” soal Fauzi dalam keadaan serabai bangun dari tidur.
“Tuan Danial nak jumpa Tuan Muda… Tuan Muda ada dalam tak?”
“Dia dalam tandas… ukh .. ukh.. buang air kot. Hujan lagi ke kat luar. Sejuk la “ Fauzi meneka kerana dia terdengar shower dari bilik air berbunyi. Batuknya, sakit kepala, pening, berdenyut dan badannya menggigil kesejukkan membuat dia malas hendak melayan Matahari. Muka Matahari pun dia nampak samar-samar.
“Nanti Tuan Muda keluar beritahu yang Tuan nak jumpa di bilik bacaan… “
“Hmmm… “ Fauzi memberi jawapan tanpa bersuara.
Pintu bilik segera ditutup semula. Fauzi berjalan sambil memegang kepalanya yang sakit berdenyut itu. Dirasa suhu badan dengan tangan. Panas ke?... nak demam ke?... Argh sambung baring tapi tangannya menggagau mencari handphone…
“Alamak… handphone Danish ambil. “ keluh Fauzi. Niatnya hendak meminta bantuan Razak, bawanya ke klinik. Fauzi seakan lupa dengan kejadian malam tadi sekarang badannya betul-betul memerlukan perhatiannya.
---------------------------------
Danish membiarkan shower terbuka basah seluruh badannya. Niatnya bukan hendak mandi tapi menenangkan diri. Pagi tadi. Sebelum bangun. Dia terasa sesuatu panas dalam dakapannya. Kemudian kedengaran seseorang batuk dekat dengannya. Dia buka matanya sedikit.
‘Fauzi?... Fauzi… huh Fauzi sakit… ‘ bicara Danish dalam diam kemudian dia cuba lelap. Tapi tak boleh. Tiba-tiba jantung dia berdegup laju. Dia buka matanya semula.
‘Fauzi… disebelahnya… lena… kenapa ni?’ soal Danish dalam hati. Dia cuba memejamkan matanya lagi. Jantungnya berdegup laju juga.
Danish memandang muka Fauzi dengan penuh tanda tanya. Ini bukan pertama kali dia bersama Fauzi. Bertahun-tahun dia begini dengan Fauzi. Fauzi masih belum sedarkan diri. Tapi nampak dia seakan melawan batuknya dalam tidur.
“Kenapa ni?... what's wrong Danish?” soal Danish kepada dirinya sendiri.
Jantungnya bagai hendak terkeluar. Berdetak laju sampai dia merasakan jantungnya menumbuk-numbuk tulang dadanya, dan dia seakan boleh dengar dengan jelas setiap denyutan..dup..dup… matanya kembali ke muka Fauzi.
‘Fauzi engkau transfer demam ke aku ke?’ Danish cuba mencari alasan.
Dalam diam dan berhati-hati Danish bangun dari pembaringan. Perlahan-lahan dia meletak kepala Fauzi diatas bantal. Sebaik sahaja dia berjaya dia terus berlari ke bilik air dan ketika itu kedengaran pintu bilik diketuk dari luar dan Fauzi bergerak-gerak untuk membuka pintu.
Danish cuba menyejukkan diri dengan mandi, ya panas badannya hilang. Tapi tidak hatinya… berdetak laju. Dia memberanikan diri keluar dari bilik air. Eh… Fauzi tiada. Kemana?
---------------------------------------
“Razak ambil aku… aku tak sedap badan… “ beritahu Fauzi melalui phone.
Tangannya setia mengurut dahinya yang berdenyut kuat. Kadang-kadang membuatnya hendak muntah. Loyanya kuat.
“Sejam lagi?... ok aku tunggu engkau kat bus stop… haha… kalau aku tak larat jalan aku mengesot ke bus stop. Datang ambil aku… “ Fauzi sempat lagi bergurau dengan Razak bila Razak mengatakan hendak mengambilnya dihadapan pagar vila. Dia kalau boleh tak nak Danish dan Razak bertemu. Cukuplah Danish bertemu dengan Zufir dan Firman.
Bukan Razak tak pernah masuk Vila ni. Banyak kali, terutama bila dia sakit. Tapi kali ini dia perlu berhati-hati. Dia tidak mahu Danish melabel dia sebagai pengkhianat tuan sendiri.
“Siapa tu?” satu suara dari belakang menegur garang.
“Dah pandai sekarang… huh… amazing Fauzi. Dalam bilik aku pun engkau boleh call lelaki lain?... wow… amazing… “ Danish memerli dan marah.
“Danish… i need my phone back… dan phone ada dalam bilik Tuan Muda“ jelas Fauzi.
“Fine… then burn it… “ jawab Danish tak logik akal.
“Danish… kenapa… “ pelik Fauzi.
“Engkau dengar tak aku suruh kau bakar handphone ni…” marah Danish. Kasar tangannya merampas handphone dari tangan Fauzi. Pantas kakinya menuju ke beranda. Handphone dicampak keluar. Fauzi tergamam dengan kelakuan Danish yang diluar jangkaannya.
“Danish !” menjerit Fauzi.
“Aku tak benarkan engkau keluar dari vila mulai harini. Apa engkau nak beritahu Amoi. jangan berani keluar dari vila walau taman depan ni… “
“If… you dare… kita putus… “ ugut Danish.
“ owh… nice offer… i will… “ Fauzi seakan tidak takut dengan ugutan Danish. Dia merasakan cukuplah dia mandi hujan semalam. Walau depan mata Danish dia sakit pun masih Danish tidak peduli. Bagi Danish, dia totally a pet.
“Fauzi can go anywhere Danish… “ satu suara dari luar memotong ayat Fauzi.
“Tuan Danial… “
“Pa… “
“Danish kita perlu bincang sesuatu… Fauzi kamu bebas nak kemana-mana. Tapi kembali semula kesini… “
------------------------------------
Doktor Arif menilik Fauzi dari atas ke bawah. Dia seakan tidak percaya ini lah perempuan yang diceritakan oleh cucunya. Sekejap dia melihat Fauzi sekejap dia memandang Razak yang setia menanti disebelah.
“Awek engkau eh Razak?” usik Doktor Arif.
“Ish… Doktor… saya minat orang lain… “
“Sekali pandang aku tahu budak ni perempuan… macamanalah orang lain boleh percaya dia lelaki?” omel Doktor Arif sambil menulis senarai ubat pada satu kertas.
“Saya pun kena tipu mula doktor” bisik Razak seorang diri.
“Demam ni… tahu tak punca demam?” soal Doktor Arif.
“Tahu… saya mandi hujan semalam… “ jujur Fauzi.
“Bongok… kenapa engkau mandi hujan?” marah Razak tiba-tiba.
“Danish seksa engkau lagi ke?” Razak tiba-tiba jadi prihatin.
“Coming soon…”
“Pulak… engkau ingat seksa menyeksa ni drama?” perli Razak.
“Haha… seronok aku jumpa orang tahu rahsia aku… rasa beban hilang sekejap… “ tiba-tiba Fauzi meluah rasa hatinya.
“Razak aku sayang kau tau… “ luah Fauzi lagi. Dia tidak malu dihadapan Doktor Arif walau ini pertama kali dia bersemuka dengan Doktor Arif, selama ini dia hanya meneman Firman atau Zufir sahaja.
“Fauzi… apa-apa boleh datang sini… kami semua sedia membantu… buat macam rumah sendiri… “ Doktor Arif sedikit terasa dengan kata-kata Fauzi. Dia tidak mahu Fauzi menjadi seperti Rahman, tiada tempat mengadu.
“Terima kasih Doktor dengan offer tu… buat macam rumah sendiri ea… “
“Haah… buat macam rumah sendiri…” tamah Razak pula.
“Saya tak nak balik vila harini… saya nak tidur di’rumah’ ni… “ pinta Fauzi tanpa segan.
“Hahaha… boleh… boleh… pergi bay belakang… ada katil disitu… “ ketawa kuat Doktor Arif.
“Hey bebe… macamana engkau dapat suara kau?” soal Razak sambil mereka berdua menuju ke bay.
“Entah… aku penat Razak… nanti engkau pick-up aku… alamak phone aku kena campak… “
“Takpe… Doktor Arif ada phone aku dalam phone book klinik… engkau pinjam phone klinik kejap… “
-------------------------------------
“Pa… nak bincang apa?” soal Danish sambil mengambil tempat dihadapan Tuan Danial.
“Regarding export barang. Pa rasa better option is Puan Yuan.”
“Kawan Papa?... “ uish kawan Fauzi tu kenapa tak jadi pula.
“Tuan Zufir dengan Tuan Firman memang bagi option better. Tapi kalau ikut kemampuan syarikat kita Puan Yuan lagi menepati.”
“Bagi Danish, why not terus ambil yang better service. Kos kita boleh negotiate. “
“Hmmm… Danish kamu cuba contact dengan Tuan Zufir dan Tuan Firman dulu” arah Tuan Danial.
--------------------------------------
Diandra berjalan masuk ke kawasan kelab malam seperti pelanggan biasa. Dia syak sini mungkin tempat kakaknya bekerja, Emely. Seminggu dia mengekor kakaknya diam-diam. Naluri dia menyatakan dia perlu selamatkan bos Fauzi dari terjebak dengan kakaknya. Bukan dia tak sayang kakaknya, tapi kenapa mangsanya kawannya.
Sengaja dia berpakaian sedikit terdedah. Sedikit sebanyak dia belajar dari kelakuan Emely setiap kali Emely berdandan. Waktu belum senja lagi. Kakaknya shift malam harini. Biasanya dia akan kesini pukul 8 malam bersama seorang lelaki. Ya, bertukar-tukar lelaki.
Dalan hati Diandra berdoa kelab ni tak melanggar undang-undang tanah seberang. Eh, beroperasi waktu malam melanggar undang-undang. Perlu ke dia report?.... Tapi nanti kakaknya kena tangkap. Arghh.
Diandra duduk satu meja, untuk mereka yang datang bersendirian sambil matanya tepat memandang tepat pintu masuk kelab. DJ dan ahli muzik lain sedang set-up pentas. Sekejap kedengaran mereka memainkan lagu sekejap mereka menyanyi. Dua orang pelayan mendekati tempat Diandra.
“Semalam engkau sempat jual berapa pemutih?” soal seorang yang berambut blonde
“3 bungkus ja… “ balas yang berambut merah.
“Partner kau siapa malam ni?”
“Emely… “
“Waaa… aku suka kerja dengan Emely. Dia pandai menjual… tukar dengan aku… “
“Tak nak… “ jawab lelaki rambut merah itu.
“Harini chairwoman nak datang katanya… aku dengar kita akan jadi pembekal pemutih nanti. Nak exportlah… “
“Ish… macamana diorang nak export benda haram ni?… “
‘Pemutih’ ‘partner’ ‘jual’ ‘haram’... ?... apa tu. Diandra yang memasang telinga ingin tahu dan kepalanya cuba menjamah segala infomasi dan data. Dia menghampiri kedua lelaki tersebut.
“Hello… bang… boleh tanya… Hmm… ok… sini ada kerja kosong tak?”
“Er?... sekejap macamana engkau terlepas masuk sini?” pelik kedua-dua lelaki tersebut. Mereka saling berpandangan.
“Kenapa?”
“Orang yang ada ID Club sahaja boleh masuk.. “ jelas yang berambut blonde.
“Errr… saya… saya… nak kerja dengan kakak saya… sebab tu saya tanya ada kerja kosong ke tak… “
“Siapa kakak kau?” soal mereka serentak.
“Emely… “ Diandra teragak-agak hendak menjawab.
“Owh… kalau kau nak kerja engkau kena minta kakak kau rekomen kau ke boss Leapord dulu. Kakak kau mana?”
“Err… tu la tengah tunggu dia juga sebenarnya… “ bohong Diandra padahal dia hendak mengintip kakaknya.
---------------------------------------
Zett mundar mandir di dapur. Dia tidak mahu ke ruang tamu Biru bertemu dengan ayahnya. Dia hendak berbohong apa lagi supaya dia bebas dari tradisi keluarga ini. Memang dia minta 10 tahun sebagai cagaran hidupnya untuk perkara ini. Tapi dia merasakan Danish seperti tidak pedulikan dirinya lagi. Harapannya sekarang adalah kepada Tuan Danial dan Puan Demi untuk menyegerakan perkahwinan mereka. Ini tahun terakhir untuk 10 tahun cagaran hidupnya.
“Cik Muda… Ayah Z panggil segera. “ panggil Zalika.
“Zal… Ayah Z macamana sekarang?” soal Zett kepada Zalika
“Saya tak pasti Cik Muda. Ayah Z dalam Taman Duri. Jadi kami semua tak boleh masuk”
“Eh bukan ruang tamu Biru?” soal Zett semula.
“Zett takut… “
“Senjata apa pula Cik Muda ada kali ni?” soal Zalika seperti mengetahui resah Zett.
“Senarai guest… hope boleh buat Ayah Z percaya yang Zett akan kahwin dengan Danish… “ Zett betul-betul takut dengan Ayah Z.
“Progress lain?” soal Zalika lagi.
“Tak ada Zal. Danish sibuk dengan Fauzi… perlu ke Zett pisahkan Fauzi dari Danish?” soal Zett kepada Zalika.
“Cik Muda… jangan jadi jahat macam Ayah Z”
“Ya… Ayah Z jahat… tapi.. Danish sahaja harapan Zett sekarang… 9 tahun dah berlalu. Takkan Zett nak duduk diam Zal.. “ luah Zett lagi.
“Zett pergi dulu… kalau Ayah Z cedera Zett datang ke Zal terus rawat.. “
-----------------------------------
Danish geram. Fauzi langsung tiada jejak. Dua hari dia menghilang. Semalam dan hari ini. Sudah disuruh Amoi dan Matahari mencari Fauzi semua tempat. Tiada. Ke mana, Danish buntu dan risau. Fauzi demam. Kemudian menghilang. Handphone ditangan ditenung lama. Dalam benaknya ada satu permainan. Siapa dia perlu talipon.. Firman?... Zufir?... ke tak perlu. Arghh… semua salah dia. Kenapa dia campak handphone Fauzi semalam. Menyesal tak sudah.
Dia mencari nama kembar. Zufir. Butang dail ditekan. Dia menunggu Zufir mengangkat panggilannya.
“Hello… “ satu suara dihujung talian menjawab.
“Hello… Tuan Muda Zufir ini Danish” Danish memulakan perbualan dengan memperkenalkan diri.
“Oh ya Tuan Muda Danish… nak set meeting ke?” soal Zufir.
“Er.. tak… I nak bercakap hal peribadi bukan kerja… “ Danish seperti merendahkan diri.
“Hmm?” pelik Zufir.
“I tahu, you dengan Fauzi kawan. Fauzi ada dengan you all tak?”
“Fauzi… tak ada… kenapa?” soal Zufir ingin tahu.
“Er.. tak ada apa- apa…”
“Sekejap I tanya kembar I…. sekejap… jap… hello Tuan Muda Danish… Firman pun tidak tahu Fauzi pergi mana “ beritahu Zufir setelah bertanya dengan Firman.
“Ok.. terima kasih… nanti I call semula untuk discussion… “
Danish kembali tidak senang hati. Dia memikir semula…
‘Takkan Fauzi betul betul mahu putus hubungan dengan dia?’
Danish resah… dia mata akal hendak mencari Fauzi dimana. Dia keluar, niat hendak mencari Fauzi. Tapi dimana?... hah rumah anak yatim.
-------------------------------------
Zufir dan Firman memandang Fauzi dihadapan mereka. Mereka berdua berbohong kepada Danish atas permintaan Fauzi. Razak disebelah tersengih kesukaan.
“Padam muka kau Danish… “ gelak Razak.
“Hei Fauzi… macam serius ja Danish ni… “ beritahu Zufir.
“Engkau jangan rasa simpati pulak… “ marah Razak dengan kata-kata Zufir.
“Bukan apa Razak. Engkau bayangkan lah… Danish nak bekerjasama dengan kitaorang pun susah lagi lah nak tanya mana pergi pet dia. “ Zufir cuba memberi logiknya.
“Fauzi… engkau terima ja offer dia… putuskan hubungan… duduk dengan kitaorang… “ cadang Firman.
“korang pun lelaki… “ omel Fauzi.
“Aih… “ keluh mereka bertiga serentak.
“Tapi.. lagi ok kan dari jadi pet… “ tambah Razak pula.
“Aku hidup dengan family tu bertahun-tahun tau. Dah macam keluarga aku tau. Walau dingin tapi hitam putih aku tetap anak angkat diorang. “ jelas Fauzi.
“Jadilah anak angkat derhaka… “ cadang Razak.
“Engkau nak tolong dia ke kau nak buat dia masuk neraka?” marah kembar sambil ketuk kepala Razak.
“Ish… korang ada idea lagi baik tak?... dah lah.. Aku pergi hospital… nak kerja. Jaga Fauzi tau… “
“Tahulah kitaorang… “
“Weh bebe offer kitaorang on bila bila tau. Kalau nak kitaorang panggil ja tau… serius” beritahu Razak sebelum bergegas menuju ke hospital.
“Bila nak balik vila?” soal Firman
“Kalau dia masih fikir aku pet dia… dia akan bawa aku balik Firman… “ beritahu Fauzi. Betul. Kalau betul tuan sayangkan pet, dia akan cari sampai jumpa.
“Amboi pandai main tarik tali eh…”
“Haha… bila pet adalah manusia… pandai lah aku main… “ ketawa Fauzi apabila diusik.
--------------------------------------
Zett menunggu Danish di ruang menunggu pejabat. Dia memang tidak akan masuk bilik tanpa izin tuannya. Diana segera membuat minuman untuk Cik Muda Zett. kelihatan wanita itu gelisah seperti ada sesuatu perlu dibincangan dengan segera.
“Diana… bila Danish akan sampai. Dah pukul 9 pagi ni?... selalu dia dah sampai.. call I pun tak angkat” gusar Zett. niatnya hendak membincang tarikh pernikahan mereka. Semuanya terlepas gara-gara insiden mencekik digaraj kereta. Dia habis terlupa dan mindanya kusut ketika itu. Dia hanya menurut sahaja apa yang diaturkan oleh Tuan Danial dan Puan Demi.
"Diana… Fauzi mana?... handphone dia rosak ke?"
"Ada… dengan Tuan Danial… " beritahu Diana. Memang dia terima panggilan dari Tuan Danial pagi tadi. Asalnya Tuan Danial hendak Tuan Muda Danish tapi dia tiada. Maka Fauzi yang dipanggil. Apa yang hendak dibincangkan tidak ketahuan.
“Owh… good… “ bisik Zett.
“Diana… boleh I minta tolong you?... once Danish sampai call I” beritahu Zett.
“Cik Muda anak pergi mana?”
“Adalah… “ Zett cuba berahsia.
Zett keluar dari lif menuju ke lobi syarikat. Dia melangkah laju tanpa lihat kiri dan kanan. Sampailah dia terlanggar seseorang. Lelaki. Muda.
“Maaf… “ jawab lelaki itu.
“Eh… sekejap… you… Matahari kan?” Zett bertanya laju. Dia mengecam wajah lelaki itu.
“Err… ya.. Cik Muda Zett… “
“Mana Danish?” tanpa menunggu Zett terus bertanya keberadaan Danish.
-------------
Fauzi terkejut melihat tempat kerjanya bersepah. Habis semua dokumen, buku, surat dan barang- barang lain bertaburan seperti dirompak. Tapi kenapa meja dia sahaja. Dia menghampiri mejanya perlahan-lahan. Bohong kalau kata dia tidak takut. Dia melihat sekeliling, tiada sesiapa pun. Semua sudah turun rehat. Hanya tinggal dia seorang sedangkan dia juga baru sahaja turun dari pejabat Tuan Danial tingkat 10.
Sebaik sahaja dia sampai mejanya dia terkejut.
“Tuan Muda… “ Danish sedang bersila diatas lantai, mukanya tidak terangkat. Gayanya seperti orang putus asa.
“Tuan Muda… “ panggil Fauzi sekali lagi. Dia cuba dekati Danish tapi terpaksa hentikan niatnya apabila dia terbau sesuatu sangat busuk.
Danish mengangkat kepalanya. Garang. Tapi sedih.
“Fauzi… kenapa buat aku macamni… “ tanya Danish tanpa memberitahu punca.
“Buat apa?” tanya Fauzi pelik. Apa dia sudah lakukan sampai Danish ‘merompak’ meja pejabatnya.
“Ha.. ha.. Fauzi… hi.. Hi… my pet… sini… “ panggil Danish sambil melambai-lambai tangannya seperti tidak bertenaga menyebabkan Danish hendak terbaring atas lantai segera disambut Fauzi.
Tangan mereka berdua saling berpaut.
“Eh… ini tangan Fauzi… Fauzi tangan kau dengan aku… “ omel Fauzi.
“Hmm… kenapa tangan kau tak ada kuku… cakar… macam kucing… hmm “ soal Danish dengar tak dengar.
“Kuku tak ada… tapi aku sakit macam kena cakar… kenapa Fauzi?... hmm.. Kenapa?”
“Cuba… A..a..a… buka mulut… “ kali ini tangan Danish beralih ke wajah Fauzi. Di main-main mulut Fauzi. Paksa membuka mulutya. Fauzi mengikut walau pada mulanya dia tidak mahu.
“ Aaaa… buka… tak ada taring tajam pun… hmm… tapi aku sakit macam kena gigit… kenapa Fauzi“ omel Danish lagi.
“Sakit mana?” soal Fauzi berani.
“Semua… semua… “ beritahu Danish sambil menunjuk seluruh badannya.
Fauzi menjeling kearah jam diatas mejanya yang bersepah. Waktu rehat hampir tamat. Dia perlu alihkan Danish dari pandangan pekerja-pekerja lain.
“Dah… bangun… Danish bangun… waktu rehat dah nak habis ni… kita masuk pejabat Tuan Muda“ Fauzi cuba menolong Danish. Tapi badannya ditolak kasar oleh Danish. Fauzi jatuh terduduk. Sakit tulang pinggulnya.
“Tak nak!... engkau… Fauzi… pet… tak ada kuku… tak ada taring… tapi menyakitkan!... “ marah Danish. Suaranya kuat tiba-tiba. Tenaganya juga kuat dengan tiba-tiba. Fauzi tergamam.
"Danish tell me… what you want?..."
"Me as your pet?"
"Me as your love?"
"Or you want me to disappear?"
"He.. he… is that your offer Fauzi… its weak… how about my offer?" sengih Danish apabila Fauzi memberi dia pilihan.
“Apa?” soal Fauzi ingin tahu.
“Kita… putus.. “ Danish memberitahu satu-satunya tawarannya.
Share this novel