BAB 37

Family Series 2595

Fadzil dan Farhad singgah untuk menunaikan solat Subuh di masjid yang berhampiran. Setelah menunaikan solat mereka duduk di dalam kereta. Fadzil tidak meneruskan perjalanan ke kampungnya dahulu.

“Macam mana Ad ? Kita nak terus gerak ke rumah nenek ke macam mana ? Nak duduk sini sampai pagi ke ?” tanya Farhad.

“Macam mana keputusan kau ? Kau nak ke berhadapan dengan ayah and mama nanti ? Nenek tak tahu la tapi rasanya semua dah tahu pasal kau” kata Fadzil.

“Ini yang susah. Sebab nenek mesti akan tanya aku kat mana. Dah lah aku jarang balik sini” kata Farhad.

“So macam mana ? Nak ke homestay ataupun balik rumah nenek ? Aku nak gerak ni. Tak nak la mama ayah call aku nanti. Aku cakap je bateri habis” kata Fadzil.

“Erm aku rasa dah sampai masa untuk aku berhadapan dengan diorang. Tapi kalau aku jadi apa-apa macam mana ?” tanya Farhad.

“Takper Ad. Aku ada nanti. Kalau jadi apa-apa nanti yang penting bukan salah kau. Tapi kalau kau menyorok je sampai sekarang tu salah. Nampak sangat kau lari dari masalah kau. Sekarang masalah kau dah nak hampir selesai kan. Kita dah nak pergi rumah nenek ni. Kau chill je” kata Fadzil lalu memandu kereta keluar dari perkarangan masjid.

“Okay. Kau gerak lah. Aku okay je jangan risau” kata Farhad.

“Betul nih ? Muka kau pucat semacam je ni. Kau macam cemas sangat je. Kalau keadaan kau macam ni aku carikan homestay dulu” kata Fadzil.

“Lah takper Fadzil. Aku okay je nih. Gerak je terus pergi rumah nenek. Biasalah aku gusar sikit” kata Farhad.

“Yelah. Kau takyah gusar pun eh. Aku ada je ni” kata Fadzil. Farhad mengangguk sahaja.

.

“Assalamualaikum Pak Amat” laung Alisha memberi salam apabila dia telah sampai di hadapan rumah Pak Mat bersama Adirah dan Faridah. Rumahnya tidak jauh hanya selang tiga rumah sahaja.

“Takde kat rumah ke Isha ?” tanya Faridah.

“Maybe dia ni baru lepas solat Subuh kot. Huwarghh ngantuknya aku” kata Adirah sambil menguap menampakkan ruang mulutnya yang luas.

“Uish tutup la mulut kau gila. Setan masuk mulut besar kau nanti” kata Faridah.

“Setan takde bulan puasa kena ikat. So takde la setan nak masuk dalam mulut aku. Hehe” kata Adirah.

“Banyak lah kau. Tak elok lah macam tu ish” kata Faridah. Adirah tersengih kelat.

“Assalamualaikum…” laung Alisha memberi salam sekali lagi.

“Balik jela macam ni. Cakap nenek Pak Amat takde” kata Faridah.

“Kalau takde kau tak dapat la duit raya 200 nanti. Hehe baik kita tunggu kejap” kata Adirah.

“Kau ni kan aduh potong lah. Aku dahla jarang tak tidur lepas Subuh. Biasanya lepas Subuh aku terus tido. Peh nikmat gila” kata Faridah.

“Teruknya kau Ida. Rezeki tak masuk la kalau kau tidur lepas Subuh. Benda la kau” kata Adirah.

“Dah ngantuk nak buat macam mana ?” kata Faridah.

“Assalamualaikum Pak Amat” laung Adirah sekali lagi. Kali ni dia tidak mahu berputus asa.

Beberapa saat kemudian terdengar seperti suara lelaki menjawab salam. Kelihatan seorang lelaki memakai baju pagoda putih keluar dari rumahnya. Mereka menghampiri tangga rumah Pak Amat

“Waalaikumussalam. Lah Isha dengan Irah. Ni siapa sebelah korang” kata Pak Amat.

“Oh ni Ida sepupu kitorang. Minggu lepas nenek ada tempah 8 ikat daun ketupat. Nek Latifah tau” kata Adirah.

“Ada ada. Kejap eh pakcik ambik dekat dapur. Tunggu sini” kata Pak Amat lalu masuk ke dalam rumah.

“Pak Amat tak kenal aku ke ? Aku rasa aku pernah datang sini dengan korang kan untuk ambil daun ketupat raya lepas” kata Faridah.

“Dia kenal kau cuma kau dah lama tak balik sini memang ler. Kitorang lain lah ada jugak tolong Pak Amat jual daun ketupat dulu. Lagipun dia dah berumur Ida. Ada la pelupa sikit cuma tak banyak. Sebab tulah orang kampung senang berkawan dengan Pak Amat walaupun dia hidup sorang diri lepas bininya meninggal tiga tahun lepas” kata Alisha.

“Ouh yelah. Bininya yang Nek Som kan. Meninggal sebab kencing manis ? Masa tu aku pun ada kat sini masa cuti sekolah lepas” kata Faridah. Adirah mengangguk.

“Takper asalkan kau ingat lagi lah. Jangan kau dah lupa diri sudah sampai kampung ni kau tak kenal pulak” kata Alisha.

“Takdelah Isha. Aku seronok duduk sini. Tapi dekat KL pun okay jugak kan. Sama level jugak lah” kata Faridah.

“Main level level pulak dia nih. Mana pakcik ni lama sangat dia cari” kata Adirah.

Pak Amat membawa sebanyak 8 ikat daun ketupat yang dibalut dengan surat khabar. Sekali pandang seperti membawa jenazah. Faridah menggigil melihatnya. Pak Amat meletakkan daun ketupat di bawah.

“Kau ni kelakar la Ida. Asal kau pucat semacam je tengok daun ketupat tuh” kata Adirah.

“Takdelah pakcik tu bawak daun ketupat macam bawak jenazah je. Mana aku tak menggigil weh” bisik Faridah ke telinga Adirah.

“Tu daun ketupat jelah ish kau nih” kata Alisha.

“Hehe baru lah kau ingat kematian sikit” bisik Adirah. Faridah menepuk paha Adirah.

“Nah. Korang boleh bawak tak daun nih ? Kalau senang pakcik bukak kan surat khabar ni. Korang bawak daun ketupat ni sorang berapa ikat. Ikut korang lah” kata Pak Amat.

“Terima kasih Pak Amat” kata Alisha sambil membuka surat khabar itu lalu di dalamnya ada lapan ikat daun ketupat kesemuanya.

“Pakcik baru ingat si Ida nih. Anak Shuhaimi kan ? Mak kamu Nita kan ?” tanya Pak Amat.

“Ya pakcik” kata Faridah.

“Maaf la pakcik tak berapa kenal kamu sangat. Bila kamu sampai ?” tanya Pak Amat.

“Takper pakcik. Saya faham. Baru sampai malam tadi” kata Faridah.

“Mak ayah kau sihat tak ? Pakcik ingat nak jumpa diorang petang nanti. Lama tak jumpa mak ayah kau. Ayah kau dah banyak tolong semua orang kat sini. Tapi ada orang yang tak faham dengan ayah kau. Faham lah siapa. Pakcik mintak maaf ya” kata Pak Amat.

“Sihat je pakcik. Betulla apa yang pakcik cakap tuh. Ayah saya memang orang yang baik sebenarnya. Baiklah Insyaallah pakcik” kata Faridah.

“Hmm takper Pak Amat. Kitorang okay je. Benda dah lama berlalu dulu” kata Alisha. Pak Amat mengangguk tersenyum.

“Kalau bukan sebab ayah kau, pakcik rasa kampung ni bukan macam kampung pun. Sekolah, masjid dengan kedai-kedai semua dah macam nak menyembah bumi pun. Sejak banjir melanda kampung ni dua tahun lepas, ayah kau turun padang dengan kawan-kawan dia dulu. Mulia hati ayah kau” kata Pak Amat.

“Oh yang masa ayah kau ajak semua kawan-kawan dia turun sini nak hulur bantuan kan. Siap bawa lori lagi datang sini” kata Alisha.

Faridah mengangguk. Dia teringat kepada ayahnya yang sanggup meredah banjir semata-mata ingin membantu orang kampung untuk menghulurkan bantuan.

“Ayah kau hulur bantuan kat semua mangsa banjir termasuklah pakcik. Sanggup bermalam kat dewan sana tuh semata-mata nak tolong mangsa banjir sampai lah banjir surut. Lepastu dia ajak kawan-kawan dia tolong orang kampung bersihkan kawasan yang kene air banjir tuh. Masjid semua dia tolong bersihkan. Ayah kau jugak lah yang bagi bantuan dana untuk mangsa yang terlibat. Banyak dia bagi masa tuh” kata Pak Amat.

“Baik betul ayah kau masa tuh. Kitorang dapat bantuan jugak untuk sekolah apa semua. Banyak sangat dia berjasa dulu Ida. Kau memang beruntung ada ayah yang bersifat pemurah walaupun dia kerja besar dekat KL” kata Alisha. Faridah tersenyum sahaja.

“Okay lah. Pakcik nak mengaji kejap. Kirim salam nenek korang” kata Pak Amat lalu bangun dari tempat duduknya.

“Terima kasih pakcik. Saya takkan lupa apa yang ayah saya buat untuk orang kampung semua ni” kata Faridah.

“Sama-sama Ida. Jaga diri elok-elok” kata Pak Amat.

“Baik pakcik kitorang mintak diri dulu. Assalamualaikum” kata Alisha. Pak Amat menutup pintu rumahnya

Faridah, Adirah dan Alisha masing- masing mengangkat daun ketupat lalu berjalan pulang ke rumah neneknya.

.

Syaa baru sahaja menunaikan Solat Subuh di surau kawasan rehat dan rawat Taiping. Dia menuju ke keretanya dan melihat Azralina tiada di dalam kereta.

“Ya Allah mana lah dia pergi nih. Tiba-tiba je hilang. Mana lah dia ni. Aku suruh dia duduk dalam kereta tadi” kata Syaa.

Dia melilau mencari Azralina dan dia terkejut kerana dia sedang tidur di pondok yang berdekatan.

“Kenapa lah dia tak masuk dalam kereta tadi. Tidur pulak dia nih” kata Syaa lalu berlari menuju ke pondok itu.

“Weh Lina bangun lah. Kenapa kau tidur dekat pondok pulak nih. Dahlah banyak barang berharga nih. Kalau kena curi macam mana ? Aduh ya Allah” kata Syaa lalu memeriksa beg tangannya.

“Aku terlelap Syaa mengantuk sangat. Sorry lah” kata Azralina.

“Fuh selamat takde barang yang hilang. Kau ni kalau nak tidur pergi la masuk dalam kereta. Kalau barang kita hilang macam mana ? Itu belum lagi kalau kau kena samun macam mana. Silap-silap kau cedera macam mana ?” tanya Syaa dengan cemas.

“Lah aku tertidur je tadi. Yang kau nak emotional sangat kenapa Syaa ? Barang kita tak hilang kan ? Rileks lah Syaa kenapa kau kelam kabut sangat” kata Azralina.

“Kau jangan la main-main bab benda nih. Sini kan public ramai orang. Ish kau ni boleh kau kata rileks pulak. Nasib baik kau tak jadi apa-apa” kata Syaa.

“Kau ni kan dah takde apa-apa kan. Yang kau nak marahkan aku lagi kenapa ? Bersyukur lah takde apa yang terjadi tadi. Kau tahu nak marah je kenapa ? Malas lah aku nak cakap dengan kau. Tahu nak marah je” kata Azralina.

“Hah yela bagus lah tuh ikut suka kau lah. Kalau barang kita hilang macam mana ? Fikir lah” kata Syaa.

“Bising lah kau Syaa. Blah lah kau sana ! Kau patah balik KL lagi bagus. Aku nak naik bas. Kau tahu nak ego je kan. Semak lah” kata Azralina lalu bangun dan keluar dari pondok itu. Syaa duduk di atas pondok itu.

Azralina berjalan sehingga ke atas satu tebing dan duduk di atas rumput sambil melihat lebuh raya yang dibanjiri dengan kenderaan yang lalu lalang. Dia mengelamun sahaja mengenangkan apa yang berlaku dengan Syaa tadi.

Namun Azralina memerlukan rakan baiknya seperti Syaa. Dia telah banyak membantu Azralina semasa susah. Dia termenung memikirkan nasibnya yang terjadi. Azralina hanya mempunyai kawan seorang sahaja iaitu Syaa.

Sementara itu Syaa mencari di mana Azralina pergi. Dia berjalan sahaja dan merasa serba salah kerana memarahi Azralina secara tiba-tiba.

“Aduh aku tak patut marahkan dia. Dia tuh tak sihat. Kenapa lah aku buat macam tu dekat dia” kata Syaa seorang diri. Dia meneruskan sahaja berjalan dan mencari Azralina. Akhirnya dia terjumpa Azralina sedang duduk sahaja di atas tebing lebuh raya. Dia berjalan menghampiri Azralina dan memegang bahunya.

“Azralina…” kata Syaa.

“Dah Syaa. Kau marah aku kan ? Kan aku suruh kau patah balik KL sana” kata Azralina.

“Aku mintak maaf Lina. Aku tak patut marah macam tu dekat kau. Aku cuma risau dengan kau…kau tuh tak sihat. Kau tu mengandung” kata Syaa.

Azralina termenung sahaja.

“Lina, kau sorang je best friend aku. Aku tak nak kau susah. Kalau kau susah aku pun susah jugak. Kita senang sama-sama. Kalau kau nak pergi sorang-sorang, macam mana nak hadap bekas laki kau nanti ? Aku risau takut dia buat bukan-bukan dekat kau” kata Syaa.

“Hmm. Syaa, aku maafkan kau. Aku ikutkan perasaan aku tadi. Takperlah salah aku jugak tadi. Maaf sangat-sangat” kata Azralina sambil memeluk Syaa dan menangis.

“Dah dah jangan nangis Lina. Jom. Kita teruskan perjalanan kita. Sampai sana kita cari homestay dulu pastu kita rehat-rehat. Mari Lina” kata Syaa.

Azralina dan Syaa berjalan menuju ke arah kereta dan meneruskan perjalanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience