BL7

Humor Series 177134

"Puteri Abah...."Meleret Suara Megat Othman.

Megat Othman mendepa luas tangan. Bersedia menerima puteri bongsunya masuk ke dakapan. Farah tersengeh dan berlari anak memeluk Abahnya.Megat Omar yang berjalan sambil mengunakan tongkat mengelengkan kepalanya. Cara dua beranak ini seperti sudah berpisah lama. Padahal baru seminggu rumah ini sunyi tanpa kehadiran mereka gara-gara terpaksa menginap di hospital.

"Abah!"

Dari dalam kereta lagi, tatkala terlihat figura Megat Othman, bukan main teruja Si Adik bongsunya. Umur sudah hampir mencecah angka lewat 20an tetapi manjanya dan keras kepala. Haish.. Mujur Gib sudi terima perangai Si gedik ni. kalau tidak, Membujanglah kau dik sampai ke tua.

Gib dan Megat Fairus sekadar memerhati. Sesekali mereka berdua saling berpandangan. Angkat-angkat kening, juih-juih bibir ke arah Megat Othman dan Farah.

Menyampah!

"Aduh dah la berdrama abah oih kat luaq ni dah la panas lilit-lilit lapaq ayaq tak sangga ni abah." Runggut Megat Fairus lalu dengan selamba dia menolak sedikit tubuh Dua beranak itu di depan pintu.

"Hoi!Selalu ang dengki dengan Cheqkan!" Jerit Farah. Pelukkan di leraikan. Ketawa Megat Othman melihat kerenah anak-anaknya. Masing-masing dah tua tapi perangai tetap sama.

"Bukan dengki dik. Hang tengok bakal laki hang tu. Merah dah muka dia panas tengok drama hindu ampa anak beranak..Eee menyampah aku."

Farah berdecit.

Tubuhnya di pusingkan ke belakang. Wajah merah Gib di pandang. Haish merah-merah pun tetap kacak!

"Lama lagi ka dua beranak ni nak berkasih sayang. Tepi sikit Abah, Along nak lalu. tak lalu cheq nak dok tengah hari panas merembang ni." Perlahan-lahan Megat Omar melangkah masuk ke dalam rumah. Sengaja tongkatnya di angkat mengetuk kaki Farah.

"Hoi sakit la! Dasar anak bahenol." Jerit Farah lantang kali ini.

Tuk.

"Ish Awat Abah jentik dahi cheq." Dahinya di sapu perlahan.

Sakit.

"Kalau Along ang anak bahenol abis hang anak sapa pulak dah satu bapak." Tajam Mata Megat Othman memandang Farah.

Farah tersengeh.

"Cheq anak Abah la.." Terkelip-kelip mata Farah memujuk Megat Othman.

"Dah pi masuk bancuh Ayaq." Arah Megat Othman.

"La tak kan cheq pulak. Cheq kan anak kesayangan abah.. Abah la suruh Angah buat Ayaq..." Farah mencedik. Lengan Megat Othman di peluk.

"La..bukan ang anak bahenol ka tak sat? Hang dengan Along kan satu pak. Makna Hang Anak bahenol la bukan anak Megat Othman." Ujar Megat Othman sambil ketawa langkahnya di atur ke dalam rumah.

"Apa Abah ni." Marah Farah.

"Tak daq la ni pi bancuh ayaq.. Sian bakal menantu Abah dah lapaq ayaq. Gib mari masuk kita boh ayaq secawan dulu." Pelawa Megat Othman. Kepalanya di pusingkan sedikit kebelakang memandang wajah tampan yang sudah kemerahan di depan pintu itu.

.....

FARAH menatang dulang melangkah keluar ke ruang tamu. Beberapa pasang mata mengalihkan pandangan termasuk sepasang mata kelabu itu. Di dapur lagi boleh kedengaran suara Megat Othman dan Megat Fairus ketawa riang. Suka lah Pak Megat tu melayan menantu. Eh!

Mengeleng kepala Farah melihat kerenah Orang tuanya. Mujur sahaja Gib pandai melayan, Kalau kena dek orang lain mana la dia nak letak muka yang cun ini.

Farah mencebik. Namun dengan lengok ala gadis melayu. Dulang diletakkan perlahan-lahan ke atas meja di ruang tamu itu.

Bukan dia tidak perasan sejak dia tiba di ruang tamu, Dari gelak tawa yang kedengaran di ruang itu serta merta menjadi sepi.Farah Berdehem-dehem perlahan. Dulang yang di tatang perlahan-lahan di letakkan.

"Wah control ayu adik aku..Alang-alang hang dok perasana wanita melayu terakhir terus la tuang ayaq tu."Usik Megat Fairus.

Farah menjeling tajam Megat Fairus di belakangnya. Nak tak nak terpaksalah Farah akur. Air tembikai ais yang di 'minta' Megat Fairus di tuang ke dalam gelas. Lalu diletakkan di depan tiga lelaki itu.

"Perhhh Lega anak tekak." Ujar Megat Fairus. Cawan kosong di letakkan di depannya.

"Hah tu bakal bini hang dah ada ni hang tanya la dia setuju ka daq." Sambung Megat Fairus lagi.Berkerut dahi Farah mendengar bicara Megat Fairus.

"Padan la Orang panggil hang mat kalut ngah." Megat Othman mengelengkan kepalanya.

"Apa benda ni abah?" Soal Farah. Hairan dia melihat kereneh lelaki-lelaki di hadapannya. Gelas yang masih berisi air di ambil lalu perlahan-lahan air itu membasahi tekaknya.

"Ini Gib nak percepatkan majlis nikah kamu. dua minggu dari sekarang."

"Furhhhh..." Tersembur air tembikai yang baru di minum Farah.

"Huk! Huk!" Terbatuk-batuk Farah akibat tersedak. Laju Gib menghulurkan kotak tisu. Cepat-cepat Farah mencapai beberapa helai tisu dan di lapkan di mulut dan hidungnya.

Setelah nafasnya di atur. Farah kembali memandang satu per satu lelaki di hadapannya.

"Ulang sekali lagi abah?" Soalan itu di lontarkan kepada Megat Othman namun matanya tepat memandang Gib.

"Pernikahan kamu akan berlangsung dua minggu dari sekarang."

Farah melepaskan keluhan.

"Tapi kenapa tetiba nak percepatkan? Hang pasai apa kena sampuk dek jin ka?" Terus Farah menyoal Gib dengan wajah yang tegang.

"Tak salahkan kalau aku nak halalkan kau.."

"Ceh-ceh.. Ayat kau." Usik Megat Fairus.

"hang tak reti diam ke ngah."Tegur Megat Omar. Naik cair taik telinga dia mendengqr suara Megat Fairus yang dari tadi tidak berhenti.

"Alah nak usik adik sendiri pun susah." Jawab Megat Fairus.

"Diam lah." Serentak Megat Omar dan Farah berkata tajam matanya memandang Megat Fairus.

"Matanya lirik-lirik selalu, Rupanya manis-manis ayu" Nyanyi Megat Fairus apabila melihat Farah merenungnya tajam.

Pak!

Bantal kecil itu betul-betul hinggap di wajah milik Megat Fairus.

"Hang ni pasai apa dik." Marah Megat Fairus.

"Tolong serious sat ngah." Kali ini nada suara Farah sedikit perlahan.

"Hang pi sembang dengan Gibran kat luaq dik." Sampuk Megat Omar. Kepalanya di anggukkan sedikit saat mata kelabu itu bertembung.

Gib tersenyum paksa. Dia harus kuat membuat keputusan ini dan dia yakin, Ini yang terbaik.

........

"Kau tak setuju kalau aku cepatkan majlis?" Soal Gib tubuh Farah yang membelakangi di pandang.

Diam. Farah menghelakan nafasnya.
Bunga-bunga di hadapannya di sentuh perlahan.

"Sempat ke kita buat semua persediaan?" Perlahan saja suara Farah menjawab.

Terukir senyuman di wajah kacak milik Gib apabila mendengar butiran yang keluar dari mulut bakal kekasih halalnya.

"Anggap saja semuanya sudah selesai."

Farah memalingkan tubuh memandang Gib. Matanya mencari anak mata kelabu milik lelaki itu.

"Ada apa-apa yang kau tengah sembunyikan dari aku ke?" Lembut nada suara Farah menyoal lelaki itu. Melihat riaksi tenang dan gelengan dari Gib dia melepas keluhan.

"Okey kalau macam tu." Nafasnya di tarik lalu di lepaskan perlahan. Kakinya di atur ingin meningalkan taman kecil di tepi rumah. Namun di pengelangan tangannya di pegang Gib.

"Trust me sayang. Everything will be fine."

........

Gelas Wine di angkat lalu di goyangkan kiri ke kanan dengan perlahan-lahan. Matanya masih memandang kepekatan malam itu. Angin lembut menyapa wajahnya sikit tidak menganggu Neyla. Seketika bibirnya mengukir senyuman sinis.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi tetapi matanya masih segar. Kemudian dia bangkit daripada duduk di atas buaian lalu kardigan berkain satin berlengan panjang di kemaskan. Sudah seminggu dia tinggal di mansion milik keluarganya.

Bunyi tapak kaki yang semakin mendekatinya di biarkan. Palang besi balkoni itu di pegang sebelah tangan. Gelas wine yang masih berada di sebelah kanan
di gengam erat.

Apabila pemandangan malam itu di hidangkan sesuatu yang tidak menyenangkannya. Jelas kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang berusia sedang berbicara dengan seseorang.

Setelah beberapa minit Neyla memerhatikan lelaki yang berhadapan dengan lelaki berusia itu membongkokkan tubuhnya, mungkin perbincangan mereka berdua telah selesai. Dan saat lelaki itu berpaling memandang Neyla dengan senyuman yang terukir di bibir namun kelihatan sangat sinis di mata Neyla.

"Why is he here?"Soal Neyla perlahan.

"He came for work." Jawab lelaki yang dari tadi memerhatikan tubuh Neyla dari belakang.

Neyla menghelakan nafasnya. Pingangnya yang di peluk dari belakang di biarkan. Terasa hangat nafas lelaki itu di lehernya. Saat bibir lelaki itu mula bermain di lehernya perlahan Neyla cuba menolak.

"Darlow...."

"Give me what I want or...." Perlahan suara lelaki itu berbisik di telinganya.

Neyla memejamkan mata. Nafasnya di tarik dalam lalu di lepaskan. Tubuhnya di pusingkan dan kini tubuhnya sudah bertentangan Darlow. Semakin erat pinggangnya di peluk kemas lelaki itu.

"Please don't be rough, You will hurt me."

Darlow ketawa perlahan. Tangannya naik membelai belakang Neyla. Rambut panjang Neyla di belai lembut.

"As long as you still hear my words baby."

Jesteru itu rambut Neyla di cengkam Darlow dan memaksa gadis itu mendongkak memandangnya. Bekerut dahi Neyla menahan sakit. Gelas Wine yang masih berbaki di tangan Neyla di capai lalu dia mengirup sehingga habis.

Pang!

Berderai gelas itu lemparkan di lantai Balkoni itu. Terhenjut bahu Neyla. Cengkamam di rambutnya sudah di lepaskan Darlow. Matanya memandang mata dingin lelaki itu. Bimbang amarah lelaki itu kena penolakkannya. Akhirnya dengan terpaksa bibir milik lelaki itu di kucup lembut.

"I'm Sorry." Pujuk Neyla.

Tubuh langsingnya terus di angkat Darlow di atas bahu lebar lelaki itu meninggalkan kepekatan malam yang kian melabuh tikai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience