BAB 17

Romance Completed 67139

        PAGI yang indah bersama kicauan burung menemani Adara memulakan harinya pada hari ini. Sudah genap seminggu tempoh Aiden berikan kepada dia untuk membuat keputusan kini berlalu dengan sekelip mata.

Adara mengerling wajahnya di cermin. Rambutnya yang kelihatan kusut di sikat. Lantas, getah rambut yang berada di pergelangan tangannya ditarik untuk mengikat rambut hitamnya menjadi sanggul.

" Just make me your villain, Adara...

...because a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart."

Sweetheart.

Adara segera menutup mukanya dengan menggunakan tangan. Tak dapat dinafikan setiap kali kata-kata Aiden itu menerjah fikiran, serta-merta wajahnya akan memerah.

"Stop fikir pasal Aiden, Adara. Stop!"

Marah Adara pada dirinya sendiri. Pipinya ditampar beberapa kali cuba menghentikan dirinya dari terus memikirkan tentang Aiden. Kaki diatur ke bilik air untuk membersihkan diri. Tak semena-mena...

Pak!

Kedengaran dahi Adara terhantuk pada pintu bilik air. Adara mengerutkan wajah menahan sakit. Tangannya pantas mencari tombol pintu airnya untuk dibuka. Tetapi tanpa dia sedari, pintu itu sudah dikunci dari dalam.

Riak muka tak puas hati jelas terpamer pada wajah Adara sekarang. Mana taknya, entah siapa yang main masuk bilik airnya tanpa izin kemudian dia yang terima padahnya. Dahi dia yang sakit ni siapa yang nak tanggung?

Dia jugak!

"Dila! Bukak pintu ni! Aku nak mandi. Nanti aku lambat pergi kerjalah!" Marah Adara, pintu bilik air diketuk berkali-kali bagai nak runtuh. Dah tahu Adila punya kerja yang suka masuk bilik dia sesuka hati.

Bunyi pancuran berhenti. Adara sudah berdiri berpeluk tubuh di luar pintu. Menunggu masa untuk berleter pada Adila sepuas hatinya. Pintu terbuka. Adara bercekak pinggang membuka mulut.

"Dila-"

"Morning, sweetheart."

Sapa satu garau yang sudah semestinya bukan milik Dila yang disangka oleh Adara. Suara tu...
Macam pernah dengar. Lagi satu,

Sweetheart?

Adara mengangkat wajah cuba melihat gerangan yang berada di hadapannya. Adara tersentak. Matanya dibulatkan tanda tak percaya.

Aiden.

Adara mengedipkan mata beberapa kali. Tangannya naik menggosok kelopak matanya. Cuba memastikan jika dia hanya berhalusinasi. Tak mungkin...

"Babe?"

Panggil Aiden secara tiba-tiba dengan nada manja. Manja! Adara lantas mengambil langkah ke belakang. Rasa nak pengsan dia di situ. Kelihatan wajah Adara berkerut seperti sedang keliru.

Aiden mula mendekati langkah Adara membuatkan gadis itu menjerit ketakutan.
Dia pantas bertindak menutup mulut Adara.

Tindakan tersebut membuatkan mereka berdua terjatuh ke atas katil empuk milik Adara. Adara menjerit semakin kuat apabila menyedari tubuh kekar Aiden kini menindih tubuh kecil miliknya.

"Apa kau cuba nak buat ni Aiden! Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku hah?"

Jerit Adara di sebalik tangan Aiden yang masih berada pada mulutnya. Tak faham bagaimana lelaki itu berada di dalam bilik dia dan kini sedang menindih tubuh kecilnya.

Mintak-mintak jangan ada pegawai pejabat agama datang. Dia tak sanggup nak kahwin sebab kena tangkap basah.

Apa? Ingat ini drama ke?

"Shhh, I'm your husband, Adara. Of course I will be in your room, sweetheart."

Tubuh Aiden yang menindih tubuh Adara kini bertukar posisi. Dia memeluk erat tubuh Adara dengan menarik pinggang wanita itu agar semakin rapat pada tubuhnya. Kepalanya disembamkan pada ceruk leher milik isterinya.

Adara mengeraskan tubuh. Ibarat mayat keras sahaja tubuh dia sekarang. Tangan Aiden yang sedang bermain-main pada belakang badannya membuatkan dia meneguk air liur. Nafas hangat Aiden pada lehernya menaikkan bulu romanya.

Husband? Sejak bila pulak mereka berdua dah kahwin?

Bukan dia masih belum berikan jawapan lagi ke?

"L-Lepaskan aku. Kita belum kahwin lagi, Aiden. Jangan mengarut."

Adara cuba melepaskan diri daripada pegangan Aiden pada tubuhnya. Dirinya bagai baru tersedar. Aiden mengetatkan pelukan. Dia mengangkat wajah untuk melihat muka Adara.

"Stop pushing me away, wife. Aku tak suka."

Aiden mengusap wajah Adara apabila menyedari isterinya langsung tak mahu menghadap wajah dia. Adara mengerutkan dahi. Apa yang Aiden merepek sekarang ni?

"Aiden- Stop!"

Adara terjerit kecil apabila tubuhnya digeletek oleh Aiden secara tiba-tiba. Terpejam mata dia menahan rasa geli pada seluruh badannya apabila Aiden masih tidak memberhentikan lagi serangan pada tubuhnya.

Gelak tawa Adara jelas kedengaran tanpa henti. Tangannya cuba menahan tangan Aiden tetapi tidak berjaya. Lelaki itu terlalu pantas. Termengah-mengah nafasnya dibuatnya. Aiden mengukir senyuman. Bibirnya didekatkan pada telinga Adara.

"That's your punishment for pushing me away, Adara. Look at me and I'll stop."

Adara pantas mengikut arahan Aiden. Dia hanya mahukan lelaki itu berhenti daripada terus menggeletek dirinya. Serta-merta, pandangan mereka bertaut.

Entah apa yang merasuk diri Adara, dia langsung tak larikan pandangan daripada Aiden kali ini. Malah, beberapa helaian rambutnya yang menutup matanya diselak oleh Aiden ke belakang telinga juga langsung tak dipedulikan oleh Adara.

Dia terpana dengan pandangan Aiden pada dirinya sekarang. Kelopak matanya ditutup apabila menyedari perbuatannya sejak dari tadi. Apa kau buat ni, Ara!

"Angel, open your eyes."

Suara Aiden mula menggoda Adara kembali. Tangannya memegang erat pinggang Adara seperti takut isterinya akan hilang.

"Tak nak."

Mulut Adara bergerak membalas kata-kata Aiden. Dia cuba menolak tubuh Aiden daripada terus mendekat. Nafasnya bagai ditahan. Namun, tanpa disangka Aiden mencium kedua-dua belah kelopak mata Adara dengan lembut.

"Baby, open your eyes for me. Please?"

Bisik Aiden perlahan pada telinga Adara. Ibu jari Aiden mengusap perlahan sisi wajah Adara membuat Adara hampir terbuai dengan sentuhan daripada lelaki itu.

Adara membuka sedikit kelopak matanya cuba melihat Aiden. Sebaik dia melihat wajah Aiden yang sedang tersenyum, Adara kembali menutup matanya dengan rapat. Malah lebih rapat dari tadi.

Kenapa Aiden macam ni?

Kenapa aku layan dia?

Argh!

Tanpa amaran, tubuh Adara ditarik ke dalam pelukan Aiden. Wajahnya tersembam pada dada bidang Aiden membuatkan dia terdongak menghadap wajah lelaki itu. Namun matanya masih dipejam tak mahu melihat Aiden.

"Sayang, buka mata. Abang nak tengok sayang."

Pinta Aiden dengan lemah lembut. Dia melagakan hidungnya pada hidung Adara cuba memujuk isterinya. Bibirnya mendarat pada setiap inci wajah Adara. Menghujani wajah Adara dengan ciuman hangatnya.

Adara menahan senyuman yang mahu terukir di bibirnya apabila diperlakukan begitu. Dia menolehkan kepalanya ke tepi apabila merasakan tangan Aiden yang mula mengusap bibirnya. Tangannya naik menutup mulutnya daripada menjadi sasaran Aiden yang seterusnya.

"Sayang, I want your eyes open when I kiss your lips."

Bisik Aiden tepat pada telinga Adara. Bibir Aiden sempat mencium belakang telinga Adara membuatkan Adara mengeleng kepala menahan geli. Aiden melepaskan tawa halus.

Perlahan-perlahan, Adara membuka mata apabila merasakan tangannya hangat dicium oleh Aiden penuh kasih. Mata Aiden langsung tidak lepas memandang wajah Adara membuatkan wajah Adara mula berona merah.

"Sayang, bangun."

Ucap Aiden perlahan sambil tersenyum manis pada Adara. Tangannya menepuk lembut pipi Adara membuatkan Adara akhirnya tersenyum.

"Wake up angel. Open your eyes."

"Aiden..."

"Adara, bangun."

"Aiden,"

"Bangun!"

        "BANGUN!"  Jerit seseorang membuatkan Adara tersedar dari lena. Dia segera bangun terduduk. Terpisat-pisat dia dibuatnya apabila rasa kantuknya masih belum hilang. Namun, semuanya hanya seketika apabila tanpa amaran paha kirinya ditampar kuat oleh seseorang.

"Ara, berapa kali nenek pesan. Jangan tidur lepas asar. Degil! Kan dah mengigau masa tidur. Duduk tersenyum sorang-sorang dari tadi. Terpanggil nama entah siapa. Setan mana yang kacau kamu tidur tadi. Seronok?"

Perli Nek Kalsum sedas. Dia mencekak pinggang. Kepalanya digelengkan melihat Adara yang masih mamai. Secara tiba-tiba, tubuhnya dipeluk oleh cucunya.

"Nenek! Ya Allah. Nasib baiklah mimpi! Ara janji tak buat lagi."

Rayu Adara menyesal. Matanya diliarkan di sekeliling rumah. Risau sekiranya mimpinya jadi kenyataan. Apabila menyedari tiada kelibat Aiden di situ, Adara menarik nafas lega.

Entah macam mana dia mimpikan Aiden pun dia tak tahu. Seram!

Nek Kalsum meleraikan pelukan. Adara tersenyum kekok. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Nama siapa yang kamu sebut dari tadi?”

Tanya Nek Kalsum ingin tahu. Adara menepuk dahi. Otaknya ligat mencari alasan. Dia ada sebut nama Aiden ke tadi?

“M-mana ada. Mana ada Ara sebut nama sesiapa. Nek salah dengar agaknya. Entah-entah ada setan terlepas waktu Asar ni. Tu nek dengar benda pelik-pelik. Ha...”

Adara memberi alasan. Namun Nek Kalsum langsung tak percaya akan kata-kata itu. Dia belum pekak lagi. Tapi dia diamkan saja. Adara tersengih seperti kerang busuk.

Lagipun memang ada setan yang menganggu dia.

Aiden setan tu!

Tak guna!

“Merepek je kamu ni. Dah pergi solat Asar. Nenek nak ke surau lepas maghrib. Nak ikut?”

Tanya Nek Kalsum sekadar bertanya. Sudah tahu Adara hanya memilih untuk duduk di rumah. Lebih khusyuk katanya.

“Nak ikut!”

Pantas Adara membalas. Nek Kalsum melemparkan pandangan pelik pada satu-satunya cucu perempuannya itu. Tak pernah lagi Adara mahu mengikut. Sah, buang tebiat cucu sorang dia ni.

“Nak ikut, pergilah bersiap cepat.”

Arah Nek Kalsum mengeleng kepala. Adara lantas berlalu pergi ke dalam bilik. Nek Kalsum menghantar pemergian Adara dengan pandangan. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Kalau betul Adara ada calon lain untuk dijadikan suami, dia langsung takkan menghalang. Apatah lagi mahu memarahi Adara.

“Asalkan cucu nenek bahagia.”


FAIL- fail yang bertimbun di atas meja di kemas. Adara mengerling pada jam dinding di dalam pejabatnya. Hari ini hari merupakan hari terakhir dia berada di syarikatnya sebelum berpindah di bawah syarikat milik Aiden.

Dokumen yang diberikan oleh Aiden dipandang. Tangannya pantas mengambil fail tersebut. Adara terdiam sejenak memikirkan sesuatu.

Atau dengan kata lain, memikirkan semula tentang mimpi yang dialaminya semalam. Adara menyandarkan badan ke kerusi. Tangannya memegang pen sambil membaca semula kontrak yang ditawarkan oleh Aiden untuk sekian kalinya.

“Oi !”

Sergah Adila di muka pintu. Terhenjut sedikit bahu Adara apabila disergah begitu. Pen yang dipegang turut jatuh ke lantai. Dia segera menunduk untuk mengambilnya kembali.

Sebuah jelingan tajam diberikan kepada Adila. Adila hanya membuat riak muka tidak bersalah. Bahunya diangkat tanda tidak kisah. Malah segaris senyuman terpamer pada wajahnya.

“Fikir siapa hah? Aiden eh.”

Usik Adila bersama muka miang seperti kucing parsi. Gatal mengalahkan ulat bulu. Adara menggulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah.

“Kau ni kan. Aku cilikan jugak mulut kau nanti baru tahu.”

Ugut Adara sambil menudingkan jarinya kepada Adila. Adila menjelirkan lidah. Matanya jatuh pada fail yang berada dia atas meja Adara. Sekali lagi, dia tersenyum penuh makna.

“Eh boleh jugak, aku pun terasa teringin nak makan pedas.”

“Dila!”

“Okay, okay. So, apa keputusan kau? Dah seminggu kan. ”

Adila menukar topik. Laju sahaja dia mengambil tempat di hadapan Adara. Fail kontrak Aiden diambil sekilas. Cuba melihat sekiranya Adara sudah menurunkan tandatangan.

“Jawapan kau?”

Tanya Adila kembali apabila melihat helaian kertas itu masih kosong. Adara mendekatkan diri kepada Adila. Mahu meminta pendapat Adila terhadap keputusan akhirnya.

“Erm Dila. Aku... Aku mimpi aku kahwin dengan Aiden semalam. Aku tahu itu semua permainan tidur. Tapi bagi kau, itu petunjuk ke untuk aku terima?”

Terluah juga kata-kata itu akhirnya. Dia memandang Adila. Tangannya bermain-main dengan pen yang dipegang.

“Kau mimpi apa?”

Tanya Adila ingin tahu. Adara teringat semula mimpinya pada petang semalam. Tanpa dia sedari, pipinya mula bertukar warna.

“Kau mimpi apa hah?”

“Tak ada apa-apalah!”

Adara cuba menamatkan perbualan. Dia segera bangkit berdiri. Fail Aiden diambil sekilas. Adila mengerutkan dahi.

“Ara, cepatlah jawab. Aku tanya ni gila.”

“Aku... Aku rasa...”

“Rasa apa?”

“Aku nak jumpa Aiden!”

Adara segera menyambar beg tangannya. Sebelah tangannya memegang dokumen Aiden. Dia mengatur langkah keluar dari situ secepat mungkin. Adila hanya menjadi pemerhati.

“Pulak?”

“Aku pergi dulu, Dila! Thanks!”

Jerit Adara sebelum berlalu pergi. Kelam kabut sehingga tak sempat menutup pejabatnya. Adila melambaikan tangan.

“All the best Ara!”


AIDEN khusyuk membaca sebuah proposal klien yang diterimanya sebelum ini.
Tangannya menyelak perlahan satu persatu helaian muka surat. Keadaan senyap sunyi di dalam pejabatnya membenarkan dia memberikan tumpuannya yang sepenuhnya.

Secara tiba-tiba, pintu bilik pejabatnya diketuk. Bunyi yang terhasil berjaya menarik perhatian Aiden serta-merta. Dia memalingkan kepala ke arah pintu.

“Masuk.”

Laung Aiden memanggil gerangan yang berada di luar pintu pejabatnya masuk ke dalam. Dia menutup proposal tadi sekilas. Kelihatan Irsyad yang berpakaian lengkap masuk ke dalam.

“Yes, What's the matter?”

Soal Aiden, memberikan perhatiannya kepada Irsyad. Setahu dia, tiada apa-apa masalah tentang budak-budaknya walaupun ketiadaan Dani sedikit sebanyak memberikan kesan. Tetapi semuanya masih berada di bawah kawalan.

“Ada orang nak jumpa, Tuan.”

Serta-merta, nama Adara muncul di dalam fikiran Aiden. Rasa ingin tahu mula membuak-buak.

“Adara?”

Irsyad mengeleng kepala. Belum sempat dia membuka mulut mahu berbicara, pintu pejabat Aiden dibuka menyerlahkan seorang gadis. Aiden segera mengalihkan perhatiannya ke arah gadis tersebut.

“Tuan Aiden, maafkan saya. Tapi saya kena jumpa Tuan.”

“Siapa kau?”

Dingin saja nada Aiden. Matanya memandang gadis itu atas bawah. Tidak suka apabila entah dari mana datangnya gadis itu tiba-tiba berada dalam pejabatnya.

“Tuan tak ingat saya? Saya Laila.”

Gedik saja nada Laila memperkenalkan dirinya sendiri. Rambutnya dikibas menggunakan tangannya. Menyerlahkan leher putihnya yang jinjang kepada Aiden. Namun tanpa Laila sedari, sedikit pun Aiden tidak memandang wajahnya.

“Apa kau buat dekat sini? Jangan buang masa aku. Keluar.”

Halau Aiden tanpa riak. Dia memandang Irsyad memberikan isyarat untuk menarik Laila keluar dari situ. Tanpa berlengah, Irsyad mendapatkan Laila.

“Tapi Tuan Aiden-”

“Tak dengar ke apa Aiden cakap? K.E.L.U.A.R.”

Tegur satu suara lain yang berada di dalam bilik pejabat tersebut. Aiden menolehkan kepala ke arah suara itu. Sudah tahu siapa pemilik suara tadi.

Adara memandang tajam pada Laila yang berada disitu. Tak sangka mereka bertemu apabila dia mahu berjumpa Aiden pada hari ini. Apa masalah perempuan ni sebenarnya?

Aiden memandang Adara penuh minat sambil menyilangkan tangan ke dada. Adara langsung tak menyedari pandangan Aiden terhadapnya. Mana tidaknya, kalau sejak dari tadi Adara merenung Laila seperti mahu makan.

“Eh perempuan! Kau jangan nak buat baik depan Aiden. Kau-”

“Call my woman like that again and you're done , Laila.”

Terdiam seribu bahasa Laila apabila mendengar kata-kata Aiden. Dia menutup mulut apabila menyedari pandangan tajam Aiden pada dia.

Laila lantas membalas pandangan Adara dengan pandangan penuh dengki. Tak suka apabila Aiden memihak pada Adara. Irsyad menarik Laila keluar walaupun sudah jelas Laila mahu berada di situ lebih lama.

Meninggalkan Aiden dan Adara berdua. Adara mengambil tempat di sofa yang berada di dalam pejabat Aiden. Aiden hanya membiarkan.

Langsung tidak merasakan perkara itu menggangu dia walaupun dia tak suka sesiapa bertindak sesuka hati seperti yang dilakukan Adara sekarang.

“I expect you come here just to see me with my answer.”

Adara mengangguk tanda mengiyakan. Cuma ada beberapa perkara yang dia tak setuju dengan kata-kata Aiden tadi. Dokumen Aiden dikeluarkan.

“Yes, aku datang dengan jawapan kau. And bukan sebab nak jumpa kau. Tolong faham dua perkara ni. ”

“Whatever, woman.”

Adara mengendahkan saja Aiden. Dia mengambil sebatang pen yang berada di dalam begnya. Usai itu, tangannya bergerak menurunkan tandatangan pada kontrak Aiden tanda bersetuju. Aiden berpuas hati melihat keputusan Adara.

“Nah. Aku terima tawaran kau. Keputusan aku muktamad. Aku terima bukan sebab Iqbal. Bukan sebab kau. Tapi sebab aku. Aku sendiri yang nak terima. Bukan atas desakan atau paksaan sesiapa.”

Jelas Adara menjelaskan sebab dia menerima tawaran Aiden. Aiden tak membalas apa-apa. Dia cuma membalas dengan anggukan kecil sebagai balasan. Tak mahu mempersoalkan keputusan Adara lagi.

Kini, giliran Aiden pula yang menurunkan tandatangan. Tanpa amaran, Aiden mendekatkan diri pada Adara untuk menurunkan tandatangannya disitu. Sebelah tangannya diletakkan pada belakang kerusi yang diduduki oleh Adara.

Adara menahan nafas. Sisi wajah Aiden yang hanya berada disebelah nya membuatkan dia teringat semula tentang mimpinya bersama Aiden semalam.

Damn it, Adara! Stop thinking about that stupid dream!

“Hey, wake up woman. Jangan tidur dekat sini.”

Tegur Aiden, hairan melihat Adara yang sedang menutup mata. Sehingga dia sudah menyimpan kontrak mereka pun gadis itu masih tidak membuka mata. Tidur mati ke?

“Urm, aku pergi dulu. Dah selesaikan?”

Adara bangun. Beg tangannya diambil. Dia cuba mengelakkan pandangan daripada Aiden. Kaki yang diatur melangkah ke pintu keluar dihalang oleh Aiden dengan menggunakan tubuhnya.

Dia melangkah ke kanan, Aiden turut bergerak sama. Kakinya melangkah ke kiri, Aiden melakukan perkara yang sama. Adara mendongak mempamerkan riak muka tak puas hati kepada Aiden.

“Nak apa? Tepilah. Aku nak balik.”

“Tak boleh.”

Adara menyilangkan tangan ke dada tanda protes. Melihat Aiden yang masih berdegil tak mahu melepaskan dia, membuatkan Adara mengambil langkah selamat.

Tanpa amaran, kaki Aiden dipijak menggunakan heels yang dipakai oleh Adara. Aiden menundukkan badan menahan sakit. Tangannya tak sempat menarik Adara.

“Padan muka!”

Laung Adara tersenyum kemenangan. Aiden bangun cuba mengejar Adara. Tetapi Adara lebih pantas berlari. Aiden menghantar pemergian Adara dengan pandangan.

That woman...

Aiden menghempaskan tubuhnya pada sofa. Sebuah keluhan terbit di bibirnya apabila merasakan kakinya masih sakit. Matanya jatuh pada pen milik Adara yang tertinggal di meja kerjanya. Dia segera menyimpan pen itu ke dalam laci mejanya.

Bibirnya ternaik sedikit. Mengukir sebuah senyuman kecil. Mungkin sebab Adara atau kerana tindakan gadis itu yang tiada sesiapa pernah lakukan pada dirinya sebelum ini. Aiden sendiri tak tahu.

Yang dia tahu dia takkan lepaskan Adara seperti tadi lagi. Takkan.

“Run all ever you want Adara, but I won't let you go next time.

...Welcome to my world, angel.”

Late night update! Sorry for not updating :'( Happy reading Loveya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience