BAB 10

Mystery & Detective Completed 12501

MINGGU Sains akan berakhir pada hari ini. Leganya rasa bila eksperimen dari pelajar tingkatan lima sudah di pertunjukkan di pentas dan itu adalah pengakhiran bagi soalan-soalan pelik dan juga menyenakkan ulu hati bila terserempak dengan guru matapelajaran Sains.

"Saya sangat suka bila minggu sains ini sudah habis." Suraj dengan sleng Tamil berkata sambil tergeleng-geleng kepalanya.

"Tulah, saya pun gembira. Kalau tak kita kenastay sini, balik pun ikut budak tingkatan satu dengan peralihan. Tension kut." Kak Wani, selaku ketua pengawas berakata pula.

"Saya fikir itu cikgu sains kita ada silap sikit itu makan ubat. Kenapa dia minta kita buat ekperimen itu depan semua pelajar? Tahu tak dia, bahan kimia yang kita gunakan itu kalau terlalu banyak boleh berbahaya pada kita semua?" Soal Suraj dengan wajah yang tegang.

"Aku pun bengang juga dengan cikgu tu. Tapi, plan kita semua menjadikan? Kita tukarkan bahan kimia tu dengan yang lain." Bisik Kak Wani pula.

Suraj menggeleng kepala beberapa kali sambil menyengih. Terlihat deretan giginya yang putih. Bertapa kontranya warna itu.. ekekekeke...

Waktu rehat hari ini di peruntukkan sebaik mugkin oleh semua pelajar kerana selepas sahaja waktu rehat berakhir, semua pelajar di minta berkumpul di dewan Za'ba bagi memperdengarkan satu pertandingan bertebatan tentang satu skop kepentingan telefon pintar.

Pelajar yang menyokong akan berhujah tentang kebaikannya, dan pelajar yang membangkang pula akan memberi tahu impak ataupun kesan penggunaan telefon pintar itu dari sudut sains kepada pengguna.

Perdebatana kali ini menjadi lebih panas dan pecah bangunan sebabnya, bukan pelajar sekolah itu sahaja yang akan bertanding tetapi sekolah jiran yang paling popular akan bertandang ke mari.

"Apa yang bising sangat tu?" Kak Wani bertanyakan Suraj.

Ramai pelajar lelaki berkumpul di tangga sambil bersiul-siul. Bunyinya yang bising memang tak menyenangkan langsung!

"Mana saya tahu. Kamu pergilah lihat apa ada di sana." Ajuk Suraj.

Malas Suraj hendak beredar. Dia mahu duduk di sini sambil bertenang sebelum dia masuk bertanding kejap lagi. Jam di pergelangan tangan di lihat. Kurang dua jam lagi acara perdebatan itu akan bermula.

Semua yang telah dia buat bersama kawan-kawan sekumpulannya sejak tahun lalu kini akan di bentangkan. Menang kalah itu dia tidak perduli. Apa yang paling penting, keputusan atas apa yang mereka kaji itu menjadi motif dan keutamaan sekarang.

Dia hendak mengubah dunia walaupun dia tahu kepentingan telefon pintar pada zaman yang menuju ke arah negara maju.

Entah bila agaknya Kak Wani itu pergi naik ke bilik guru. Tertanya juga di fikirannya apa yang menarik minat pelajar lelaki itu semua untuk duduk di tangga sambil bersiul. Sudah tu ketawa sesama mereka.

"Awak tahu tak ini sekolah, bukannya mall?"

Terbuntang biji mata Cikgu Nikki melihat cara pemakaian seorang pelajar perempuan baru yang berdiri menghadap dia. Kalau dia cikgu perempuan pun terliur ketika terpampan pada peha putih itu, inikan pula pelajar lelaki dan cikgu-cikgu lelaki di sekolah ini?

"Alah cikgu, ni kan zaman moden. Apa yang nak di hairankan sangat bila pakai macam ni? Cikgu tu je yang kolot sangat." Selamba pelajar baru itu berkata.

"Ish! Kau ni kurang ajar kenapa?" Ain Hanani menyiku kakaknya.

"Apa!" Bengang kakak Ain Hanani bila di tegur.

"Kurang ajar!" Bisik Ain Hanani pula.

"Biarlah!" Cebik kakaknya.

"Saya minta maaf cikgu.." Ain Hanani berkata. Dia perasan riak di wajah cikgu tu berubah. Malunya.

"Awak berdua ni kembarkan? Tapi kenapa perangai awak ni tak semengah langsung, hah Ainul Hanania?" Soal Cikgu Nikki.

Terbeliak anak matanya yang sengaja di buat-buat supaya dapat menakutkan pelajar di depannya. Tetapi hampa..

"Yang cikgu ni nak panggil nama penuh saya ni kenapa?!" Jerit Ainul Hanania.

Terkejut Cikgu Nikki di jerkah begitu. Belum pernah ada pelajar yang berani menengking guru di sekolah walaupun orangnya adalah Rayy yang terkenal dengan penumbuknya, tetapi dia tidak pernah meninggi suara dengan cikgu di sekolah ini.

"Ainul!!" Jerit Cikgu Tajul Fikri pula.

Berang hatinya mendengar suara pelajar baru itu yang mula biadap dan tiada kesedaran sivik langsung.

"Ye cikgu?" Tercungap-cungap Ainul Batrisyah mendapatkan Cikgu Tajul Fikri di dalam bilik penyelia bersebelahan dengan bilik Bahasa Melayu di tengah-tengah antara bilik guru.

Dia yang sedang khusyuk membuat kerja Matematik di bilik sebelah terperanjat bila namanya di jerit tiba-tiba. Tak ada angin, tak ada ribut tahu-tahu namanya di panggil..

"Siapa pula yang panggil kamu Ainul?" Soal Cikgu Tajul Fikri lembut kepada Ainul Batrisyah.

"Tadi.. cikgu jerit nama saya." Jawapan yang jujur dari Ainul Batrisyah mengundang ketawa Ainul Hanania. Hilang sopannya yang dulu di didik oleh mak dan ayahnya sewaktu kecil.

"Huh! Kau fikir kau sorang ke nama Ainul dekat dunia ni?" Cebik Ainul Hanania.

Ainul Batrisyah melihat susuk tubuh pelajar baru itu. Dari belakang sahaja dia memandang sudah membuat dia mengucap panjang.

Pakai baju sekolah untuk pelajar bukan Islam. Dah tu skirt dia pula atas peha. Cukup membuat pelajar sekolah ini terangsang kalau memandang. Yang seorang lagi, tertunduk kepalanya. Bertudung melepasi bahu dan berbaju kurung sekolah. Cukup kemas di matanya.

"Apa yang kamu tercegat dekat situ lagi? Dah pergi masuk kelas balik." Arah Cikgu Nikki pula.

"Baik cikgu." Patuh Ainul Batrisyah.

Meleret senyuman yang terhias di wajah Ainul Hanania. Dia sudah berada di sekolah ini kerana terpaksa. Kejap lagi orang tua dia akan datang ke sekolah untuk membawanya pulang. Sedangkan, Ain Hanani akan terus berada di sekolah ini untuk meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa. Bagus! Good job Ainul Hanania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience