Bab 9

Humor Series 30996

2 bulan berlalu selepas itu. Sesuatu berlaku di tempat kerjanya dan ianya tak mungkin mampu diperbetulkan lagi. Dari segi suasana tempat kerja, dengan rakan rakan kerja (ataupun boleh dikira rakan ke untuk manusia yang mengfitnah serta memburukkan dirinya di tempat kerja?)

Tepat pukul 5 petang, Azlan punch kad kerjanya untuk kali yang terakhir. Kakinya tidak terus melangkah ke tempat letak motornya untuk bergerak pulang tetapi ke tempat yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat persinggahannya yang tetap.

Ya, dia merasa rindu pada orang yang tidak sepatutnya.

Tiba Azlan di kedai buku. Azlan tahu yang Lisa tidak mungkin berada di situ. Lisa dah berhenti kerja. Tapi, kalau Lisa ada di depan matanya ketika ini, ingin saja dia katakan;

“Hey, aku sudah berhenti kerja. Jadi, aku memang dah tak boleh nak datang ke sini lagi Lisa. Dan aku tahu memang aku takde chance lansung nak jadi pakwe kau. Ataupun orang yang istimewa bagi kau. Tapi at least, biarlah aku nak tengok wajah kau buat kali terakhir or maybe we can be friend?”

Ya, itu yang ingin dikatakan Azlan pada Lisa. Biarlah andaikata Lisa nak kata Azlan ni gila. Biarlah. Nekadnya sudah lain macam.

Sebab hari ini, hati Azlan kuat mengatakan yang Lisa ada di dalam pusat membeli belah ini. Dia juga yakin yang Lisa ada di dalam Boarders ini.

Kakinya terus melangkah semula kedai buku tersebut dengan harapan tersebut. Baru 10 minit dan Azlan kini percaya dia lansung tidak boleh mempercayai akan kata hatinya sendiri. Kecewanya Azlan bukan kepalang. Kenapalah dia menjadi watak utama untuk sebuah cerita cinta yang malang?

Azlan lihat pada jam di tangannya.

Baiklah, masa untuk pulang.

Azlan pun bergerak keluar dai kedai buku dan menuju ke motornya.

Sampai sahaja ke motornya, Azlan tersenyum. Terdetik di hatinya,

“Kalau aku jumpa dia tadi, takkan la aku nak cakap macam tu pulak. Gila. Karang dia ingatkan aku ni si gila seks. Stalker yang menakutkan. Hilang terus harapan nak berkenalan. Azlan, Azlan. Kau ni ak bertenang,”

Azlan ketawa kecil. Dia mengimbas kembali saat dimana jika andai kata gadis itu ada di kedai buku tersebut.

“Patutnya, kalau dia ada tadi, baik aku cakap “Hey, remember me? The person who serve you at Kenny Rgers like I don’t know 4 month ago?”

Azlan ketawa lagi. Mana mungkin Lisa mampu ingat.

Azlan berada di dalam posisi bersedianya di atas motor. Masih tidak menghidupkan injinnya. Mungkin tak bercakap, tapi sekurangnya jika boleh hendaklah dia menatap wajah Lisa untuk yang terakhir kali.

Sedang dia memerhati keadaan pintu keluar, ianya termakbul.

Ya, permintaannya sebentar tadi termakbul. Yang sedang berjalan menuju ke pintu keluar seorang diri itu adalah Lisa. Ya, dia pasti sangat yang gadis cantik itu adalah Lisa. Mana munkin dia tersilap jika wajah gadis itu saja yang ada dalam ingatannya buat masa ini.

Wajah gadis itu saja yang masuk ke dalam mimpi. Dan ya, Lisa sekadar berdiri di puntu keluar itu. Menunggu seseorang mungkin.

Nak tegur atau tidak? Ini saja peluang yang aku ada. Peluang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience