bab 7

Drama Series 9417

"Assalamualaikum mak. Nia balik ni." laung kak nia daripada luar rumah sambil memapah dhia disebelahnya.

"Waalaikumussalam nia." jawab mak leha kepada salam anaknya lalu menuju ke pintu untuk membukanya. Sebaik pintu dibuka terkejut mak leha kerana ramai anggota polis dan juga tetamu yang berada di hadapannya.

"Mak, nia bawak dhia masuk bilik dulu. Kejap lagi nia cerita semuanya dekat mak." Kata kak nia sebaik menyalami tangan mak leha.

"Dhia kenapa ni? Panas ni demam Allahuakbar pergi bawak masuk bilik nanti mak bagi ubat." Risau mak leha selepas menyentuh dahi anak bongsunya yang panas.

Kak nia berlalu membawa dhia kebilik tidurnya. Mak leha kembali menghalakan pandangannya kepada tetamu yang berada dihadapannya. Pelbagai persoalan yang berlegar difikirannya tetapi diketepikan dulu kerana dia perlu melayani tetamunya.

"Mari jemput masuk semua." pelawa mak leha.

"Tuan hisham, rasanya kami minta diri dulu sebab ada laporan baru dekat pejabat. Puan, maaf kami tak boleh lama InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Assalamualaikum." salah seorang anggota polis wanita disitu meminta diri dengan penuh hormat kepada mak leha.

Sebaik pihak polis beredar, mak leha menjemput tetamunya untuk masuk kedalam rumah.

"Jemput duduk encik puan. Rumah saya ni tak seberapa tapi boleh lah buat tempat berteduh." rendah diri mak leha berkata.

"Tak payah formal dengan kami kak. Panggil je saya Aima yang ni suami saya hisham. Panggil je nama kami." jelas puan Aima kepada mak leha.

"Baik Aima saya leha. Minta maaf lah kalau anak saya ada susahkan awak berdua." ucap mak leha serba salah.

"Jemput minum uncle auntie." pelawa kak nia yang baru sahaja menghidangkan seteko air teh kepada tetamu.

"Terima kasih nia. Leha, anak awak takde susahkan kami pun. Lagipun kami dah anggap mereka macam anak kami." beritahu dato hisham kepada mak leha kemudian menghirup minuman yang terhidang.

"Mak, sebenarnya nia nak tinggalkan dhia dekat sini sementara boleh tak?" tanya nia kepada maknya.

"Apa pulak tak boleh. Ni ada apa yang kamu sorokkan dari mak ke nia?" duga mak leha memandang tepat ke wajah anak sulungnya. Memang benar firasat seorang ibu tak pernah salah.

Nia mengeluh sebentar lalu menceritakan semua yang berlaku dengan sedikit sambungan daripada dato hisham dan puan aima.

"Astaghfirullahalazim..." mengucap mak leha mendengar butir cerita daripada anak dan tetamunya.

"Leha, anak saya tengah buat keterangan dekat balai. So, dhia sekarang tengah dalam pengawasan polis." terang dato hisham kepada mak leha.

"Mak, anak uncle dengan auntie ni boss dhia, zafril namanya." terang nia lagi.

"Zafril Asyraf ke?" teka mak leha.

"Ye betul leha. Sebenarnya kami juga ada hajat kemari." terang puan aima lagi sambil memandang wajah mak leha.

"Hajat apa tu? InsyaAllah saya boleh tolong tunaikan." jawab mak leha.

"Sebenarnya kami nak melamar dhia untuk zafril." beritahu puan aima walaupun sedikit gugup.

"Melamar?" keliru mak leha dan nia yang juga terkejut dengan hajat dato hisham dan puan aima.

"Ye leha. Kami minta maaf kalau tergesa-gesa tapi bila melihatkan cara zafril menjaga dhia, ambil berat tentang dhia, kami rasa zafril memang sayangkan dhia." terang puan aima sambil memegang tangan suaminya.

"Soal kahwin ni saya tak boleh buat keputusan sendiri. Saya setuju dengan permintaan awak berdua, tapi yang nak kahwin ni anak kita jadi lebih baik mereka yang buat keputusan." beritahu mak leha dengan tenang sambil memikirkan dhia yang sedang lemah di bilik tidurnya.

"Baiklah kalau macam tu kita tunggu je keputusan daripada tuan punya badan. Leha, boleh kami tumpang solat zuhur dengan asar kat sini?" tanya dato hisham.

"Ehh boleh mari saya tunjukkan. Kalau nak bermalam kat sini pun boleh." pelawa mak leha sambil menunjukkan bilik tetamu kepada mereka.

"Susah susah je tumpangkan kami bermalam kat sini." gurau puan aima.

"Takde apa yang susah pun aima. Kalau nak berehat tidur je saya nak pergi tengok dhia. Jangan segan buat macam rumah sendiri ye." senyum mak leha sebelum melangkah kebilik dhia.

"Dhia, dah bangun lapar ke? Mak masakkan bubur ehh?" tanya mak leha sebaik melihatkan dhia yang sedang duduk di birai katil.

"Dhia tak lapar, dhia nak solat kejap mak." bangun dhia daripada katil menuju kebilik airnya sambil dipapah oleh maknya.

"Okay, mak masakkan bubur kejap. Ada pape panggil kak nia atau mak ye." pesan mak leha kepada anak bongsunya.

Sebaik dhia melangkah kebilik air peristiwa dirumah kakaknya muncul di dalam kepalanya.

"Mak! Allahuakbar!" melaung dhia sambil memandang ke arah katilnya. Dia membayangkan ada beberapa ekor ular melingkar di atas katilnya.

Semua orang didalam rumah itu yang sememangnya terkejut dengan jeritan dhia mula melangkah ke bilik tidurnya.
"YA ALLAH! Dhia Astaghfirullahalazim!!" Dengan pantas mak leha memeluk anaknya yang tertanya sedang trauma.

"Mmmaakkk... Aaa.. daaa.. aaa.. tas... kkkkatil.." beritahu dhia sambil menunjuk kearah katilnya.

"Dhia, dhia sayang... Pandang mak... Takde pape atas tu, dhia kuat kan... Jangan macamni dhia... Tu semua tipu atas katil tu kosong takde pape pun ye sayang." terang mak leha memujuk anaknya yang sudah sedikit tenang. Puan Aima memandang sayu kearah dhia yang masih menangis didalam pelukan maknya.

"Mak, takpe biar nia tengok adik." ucap kak nia sambil memegang adiknya. Nia menemani dhia daripada mula solat sampai habis solat lalu memapah adiknya kembali duduk diatas katilnya.

"Dhia nak makan?" tanya kak nia sambil memandang kearah dhia yang berada disebelahnya.

Dhia menggelengkan kepalanya lalu mengambil tasbih diatas meja bacaannya.

"Okay akak nak tengok mak kat dapur. Nanti dhia nak makan panggil akak ye. Pastu nanti pakai tudung tau sebab uncle ada dekat sini nanti zafril pulak datang." pesan kak nia sambil mengusap pergelangan tangan adiknya.

"Zafril?" soal dhia.

"Ye zafril boss adik tu. Okay lah akak keluar dulu." beritahu nia lalu keluar dari bilik tidur adiknya. Dhia yang masih keliru dengan situasi ketika ini cuba mengalihkan fikirannya dan sambung berzikir sambil tertidur.

*JAM 5 PETANG

"Assalamualaikum" laung zafril sebaik tiba di rumah mak leha.

"Waalaikumussalam, zaf masuk sini panas tu kat luar." pelawa mak leha.

"Mak leha apa khabar?" tanya zafril sambil menyalami tangan mak leha dengan penuh hormat.

"Alhamdulillah mak leha sihat je ni. Zaf duduk kejap mak leha hidang minum petang." beritahu mak leha sebelum menuju ke dapur.

Dhia yang terasa lapar sedari tadi melangkah keluar bilik. Dia teringat pesan kak nia menyuruhnya mengenakan tudung sebab ada tetamu. Sebaik dia keluar daripada bilik dia bertembung dengan puan Aima.

"Eh dhia, nak pergi mana ni?" soal puan Aima. Kebetulan dia nak pergi jumpa zafril diruang tamu tetapi terkejut apabila nampak dhia keluar dari bilik nasib baik bertudung.

"Auntie, dhia nak pergi dapur. Lapar rasa..." beritahu dhia masih tersenyum.

"Nak auntie hantarkan tak? Dhia boleh jalan tak ni?" Pening tak kepala tu? " bertubi-tubi soalan ditanyakan kepada gadis kesayangannya itu.

"Hahahahhaha takpe auntie dhia boleh jalan lagi ni. Pening tu ada sikit tapi dhia kan kuat heheh." gurau dhia supaya puan Aima tidak terlalu risaukan keadaannya.

"Okay lah auntie nak pergi depan kejap ye." beritahu puan aima sebelum berlalu meninggalkan dhia.

"Mak, dhia lapar mak masak apa?" tanya dhia yang terlihat mak leha sedang menyediakan minum petang didapur.

"Ehh dhia dah bangun ni dah solat asar belum?" soal mak leha yang sentiasa mendidik anak-anaknya supaya jangan tinggalkan kewajipan.

"Dah tu yang dhia terus pergi dapur. Lapar lah mak...." rengek dhia kepada mak leha tanpa disedari mereka diperhatikan oleh puan aima.

"Mengada... tu mak masak kari kepala ikan. Ni dhia dah okay belum ni ada pening tak?" soal mak leha prihatin lalu terpandangkan puan aima yang berada di tangga dapur.

"Dah pening tu ada lah sikit tapi okay je." jawab dhia sambil menuju ke meja makan untuk mengisi perutnya.

"Aima, macam ni lah perangai anak dara sorang ni mengada sikit budak ni" beritahu mak leha sambil memerli anaknya.

"Hahhaah sama lah dengan zarah, adik zafril mengada betul nasib sayang kan..." sambung puan aima yang tergelak sama dengan mak leha.

Dhia hanya buat tak endah perlian maknya kerana dia sedang sangat lapar ketika itu.

"Zaf dah makan ke belum tu Aima? Kalau belum ajak makan sini ada orang teman tu..." sambil tersenyum mak leha berkata kepada puan aima yang faham akan maksudnya.

"Belum gaknya tu biar saya panggil hehe..." senyum puan aima sebelum beredar.

Beberapa minit kemudian zafril tiba didapur bersama puan aima dan dato hisham. Dhia sedikit terkejut tetapi kekal tenangkan dirinya.

"Haa zaf pergi makan saing dhia tu." arah mak leha kepada zafril sebelum kembali membancuh air kopi.

"Abang jom kita duduk dekat pangkin tu ambik angin..." Bisik puan Aima kepada suaminya lalu menarik lengan dato hisham ke pangkin yang berada di luar rumah mak leha.

"Boss jemput duduk makan sekali." pelawa dhia sambil menyendokkan nasi putih ke pinggan untuk diberikan kepada bossnya.

"Thanks dhia." ucap zafril sambil menyendokkan lauk-pauk ke pinggannya.

"Mak... dhia nak lawat abah boleh?" tanya dhia sambil menjamah masakan maknya. Dia cuba mengawal rentak jantung dan nafasnya apabila berhadapan dengan bossnya.

"Boleh tapi tak boleh sorang bahaya ni. Zaf boleh temankan dhia tak?" soal mak leha sambil menyediakan cawan untuk minum petang. Mak leha sangat risau dengan keadaan dhia ketika ini yang sememangnya memerlukan seseorang untuk melindunginya.

Dhia hanya diam sambil memandang wajah zafril. Dalam hatinya separuh mengharapkan zafril menemaninya tetapi separuh lagi bertegah.

"Boleh mak leha zaf temankan dhia nanti." putus zafril sambil membalas pandangan mata dhia yang berada bertentangan dengannya.

Angguk mak leha sambil senyum seraya melangkah ke pangkin dengan menatang dulang ditangannya.

"Boss, saya minta maaf susahkan boss sekeluarga. Terima kasih selalu tolong saya." ucap dhia yang berasa serba salah kepada zafril.

"Takde apa lah dhia saya tolong mana mampu and takde apa yang menyusahkan pun dhia. Dhia, boleh tak kita tak payah formal sangat ni kita bukan kat office tau."

"Boleh ke kalau saya panggil boss guna nama je?" soal dhia.

"Boleh anything but not boss or tuan nor encik" balas zafril sambil tersenyum memandang wajah dhia.

"Hmmm.... Kalau saya panggil Asy boleh tak?"

"Kenapa asy? Kenapa bukan zaf je?" soal zafril kerana dhia ialah orang pertama yang memanggilnya Asy dan bukan zafril atau zaf.

"Saja special sikit tak sama dengan orang lain." jawab dhia selamba sambil kembali menyuakan nasi ke mulutnya.

"Boleh saya suka awak panggil tu." beritahu zafril sambil tersenyum kepada dhia yang juga memandangnya.

Suasana kembali senyap sehingga mereka selesai makan. Dhia yang terlebih dahulu selesai makan terus bangun mencuci tangan dan pinggannya kemudian kembali kemeja makan untuk menemani zafril sambil menghirup air masaknya.

*JAM 9 MALAM

Selesai solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh dato hisham mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk berbual.

"Dhia, macam mana dah okay dah?" tanya dato hisham prihatin kepada dhia.

"Alhamdulillah okay dah sihat dah ni." jawab dhia sambil bermain dengan lengan baju maknya.

"Alang-alang semua dah ada ni kan, ada benda penting mak nak bagitahu ni." beritahu mak leha sambil mengusap tangan anak bongsunya.

"Apa dia mak?" tanya kak nia yang baru tiba sambil menatang dulang berisi kek nangka yang dibuatnya petang tadi.

"Mak nak minta dhia tunaikan satu permintaan mak ni. Mak nak dhia kahwin dengan zafril." ucap mak leha sambil menggenggam jari jemari dhia kerana risau anaknya itu beremosi.

Dhia sungguh terkejut dan terkaku seketika setelah mendengar bicara maknya. Zafril turut terkejut dengan permintaan mak leha yang tak pernah terlintas di dalam fikirannya.

"Mak...." lemah suara dhia untuk bercakap akibat kejutan yang diterimanya.

"Dhia, zaf mama yang minta korang disatukan sebabnya mama tahu zaf boleh jaga dhia. Dalam situation sekarang ni orang yang sentiasa ada dengan dhia ialah zaf." beritahu puan Aima sambil memandang wajah anaknya dan dhia silih berganti.

"Betul tu lagipun orang juga akan buruk sangka bila nampak kamu berdua dan akan menimbulkan fitnah. Percaya dekat papa yang permintaan kami sebagai orang tua takde yang salah." sambung dato hisham sambil meyakinkan anaknya dan dhia.

"Mak... Bagi dhia masa nak fikir dulu. Dhia minta maaf uncle auntie... Dhia minta diri dulu..." pinta dhia yang sedaya upaya menahan air matanya supaya tidak terlepas.

"Zaf, papa bagi masa fikir kan dulu keputusan. Jangan risau papa tak paksa tapi kalau zaf setuju itu dah banggakan kami semua InsyaAllah." ucap dato hisham sambil menggosok belakang badan anaknya.

Hampir jam 12 malam dhia dan zafril masih terjaga di bilik masing-masing dengan memikirkan permintaan kedua belah keluarga.

Zafril yang masih terngiang-ngiang permintaan ibu bapanya mula kusut dan sukar untuk membuat keputusan. Dia mengakui sudah cintakan dhia tetapi dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga. Perkenalan mereka juga masih baru jadi zafril ingin mengenali dhia terlebih dahulu tetapi tidak menyangka yang ibubapanya terlebih cekap membuat keputusan. Dia mula bangun daripada katil untuk ke dapur bagi menghilangkan hausnya.

Manakala dhia yang turut dahaga turun ke dapur dengan hanya mengenakan tuala dikepalanya bagi menutup rambutnya kerana risau sekiranya zafril dan dato hisham terjaga pada waktu ini.

"Ehhh awak tak tido lagi?" tanya zafril yang mengejutkan dhia daripada belakang. Bukannya dia tak kenal bau wangian dhia.

Dhia yang terkejut dengan teguran oleh suara yang sangat dia kenali mula terdiam hampir saja tuala di kepalanya melorot nasib sempat ditahan.

"Sssaya minum air dahaga. Awak haus ke?" tanya dhia tanpa memandang kearah zafril lalu mencuci cawannya tadi.

"haah." jawab zafril ringkas.

"Nak air apa saya buatkan?" tanya dhia sambil memandang kewajah zafril.

"Takpe saya nak minum air kosong je." tegah zafril sambil membalas pandangan mata dhia.

Dhia pantas mengambil segelas cawan lalu mengisikan air kosong buat zafril tanpa berkata panjang. Dia menghulurkan cawan tersebut kepada zafril.

"Thanks." ucap zafril sambil mengambil cawan daripada huluran dhia.

"Sama-sama, saya naik dulu nanti awak dah sudah minum biarkan je atas meja esok saya basuhkan." beritahu dhia lalu dengan pantas menuju ke biliknya.

Zafril hanya mengangguk sambil tersenyum memandang tingkah laku dhia. Dengan pantas dia meneguk air tersebut lalu membasuh cawannya kerana taknak susahkan dhia lalu menuju ke bilik untuk tidur.

congrates to all uitm students for your results yesterday, it's okay if you didn't get the dean list as long as you didn't failed

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience