BAB 22 EPILOG

Romance Completed 16902

"Mana sayang nak lari? Sinilah..kenapa nak takut dengan suami sendiri." Ujar Roy dari jarak jauh. Aku segera berlari dan bersembunyi di celah-celah rak yang ada. Nasib baik saiz vila ini adalah besar dan mudah aku untuk berlari berjauhan dengannya.

"Sayang?! Abang cari sayang sekarang ni. Jangan ingat abang tak jumpa!!" Jerit Roy. Aku dengan nafas yang termengah-mengah bersama degupan jantung yang kuat cuba untuk mengawal suara agar tidak diketahui oleh Roy.

Semenjak Roy pulang dari kerja sebentar tadi, aku terkejut kerana tangannya sudah sedia dengan tali pinggang dan seolah-olah ingin memukulku. Roy membawa wajahnya yang bengis bersama mata yang menyeramkan segera mengejarku tidak tentu arah dan aku segera menyelamatkan diri. Aku sendiri tidak mengerti mengapa Roy bertindak sedemikian. Jadi aku mengambil keputusan untuk melarikan diri walaupun hanya mampu berlari dalam kawasan rumah sahaja.

Pakk..pakk...

Pukulan tali pinggang tersebut dapat aku dengar dari jarak jauh. Roy sememangnya tidak bergurau dan menyimpan niat untuk melepaskan kemarahannya kepadaku. Aku dengan tubuh yang menggigil segera bersembunyi di dalam bilik stor dan menguncinya dengan rapat.

Krik..krik..

Hatiku menjadi tidak keruan setelah mendengar derapan kasut Roy yang semakin mendekati ke arah bilik ini. Aku mendekatkan telingaku pada permukaan pintu tersebut untuk memeriksa sama ada dia semakin mendekati ke arah pintu ini.

Dhoom...dhoom..

Aku terkejut apabila pintu tersebut disepak kuat oleh Roy seolah-olah ingin roboh. Aku menahan pintu tersebut agar tidak mudah diroboh oleh Roy.

"Kau keluar sial! Keluar sekarang!!" Jerit Roy seperti orang tidak siuman.

"Kau isteri yang kurang ajar! Kau dah langgar peraturan kat rumah ni! Berapa kali aku nak cakap jangan sesekali pergi kat ruang bawah tanah sana! Tapi kau degil, kau tetap nak pergi sana juga! Siaplah kau nanti aku kerjakan!" Jerit Roy dari luar.

"Awak kejam Roy! Kalau saya tak pergi sana sampai sekarang saya takkan tau yang awak tu dah bunuh ibu saya! Saya tak kisah kalau awak nak bunuh ibu bapa awak tapi bukan ibu saya..tsk..tsk..Awak pentingkan diri sendiri!! Awak paksa saya dengar cakap awak 100%. Walhal saya ni tak pernah hidup bahagia dengan awak sejak awal perkahwinan kita! Saya benci awak Roy!!" Luna membalas kata-katanya dengan penuh amarah.

"Apa? Kau kata kau tak bahagia dengan aku? Terima kasih Luna sebab dah bagitau aku yang kau tak suka dengan perkahwinan kita. Kau kena ingat walaupun kau tak bahagia dengan aku sekalipun, kau tetap isteri aku sampai bila-bila dan aku sesekali takkan lepaskan engkau. Ha..ha..ha.." Roy ketawa seperti orang yang kurang siuman.

"Awak ceraikan saya sekarang!! Saya benci awak!!" Jerit Luna. Roy yang mendengarnya terus menyepak pintu tersebut dengan lebih kuat lagi.

"Ehhh perempuan. Kau pekak ke apa yang aku cakap tadi?! Aku dah kata yang aku sesekali takkan lepaskan engkau!! Sebab kau dah ditakdirkan dicipta untuk aku!!!" Tengking Roy. Roy yang menjadi semakin tidak terkawal itu terus menyepak pintu tersebut tanpa henti sehingga mencapai kekuatan maksima. Luna yang tidak mampu menahannya lagi terus tertolak dari belakang menyebabkan pintu tersebut terbuka luas. Luna hanya mampu melihat mata Roy yang sangat merah pedam sebelum dia tidak menyedarkan diri.

****

Roy dengan hati yang berbunga-bunga terus menyediakan makanan mereka di atas meja yang sudah dihias cantik. Kali ini mereka akan melaksanakan makan malam di luar rumah berdekatan dengan kolam. Roy juga turut menghidupkan lilin di atas meja makan mereka untuk kelihatan lebih romantik. Setelah membuat persediaan untuk dinner, Roy mendekati ke arah isterinya yang elok duduk pada hadapan meja tersebut. Dia mengeluarkan sikat rambut dari koceknya dan menyikat rambut isterinya dengan perlahan supaya kelihatan lebih kemas lagi.

"Hmm..ok perfect. Dah cantik dah isteri abang ni." Ujar Roy dengan bahagia. Luna yang melihat Roy seolah-olah tidak memahami apa yang berlaku terus sahaja menangis dengan perlahan.

"Abang..tsk..tsk.." Ujar Luna sambil menangis perlahan. Roy yang semakin risau terus sahaja memeluk isterinya dan mengusap air matanya perlahan.

"Sayang..kenapa sayang menangis macamni? Abang buat semua ni pun ikhlas untuk isteri abang seorang sahaja. Jangan nangis lagi ya takut makeup tak kemas nanti. Haishh..tengok dah comot sikit ni. Sayang duduk sini elok-elok nanti abang ambilkan makeup untuk sayang ye." Ujar Roy. Roy bergegas memasuki rumahnya dan mengambil barang makeup milik isterinya.

Selepas beberapa minit, Roy kembali semula dengan membawa makeup tersebut. Roy mengambil tempat di sebelah isterinya dan mengeluarkan blusher.

"Sayang kejap ya. Abang nak atur bahagian pipi sayang yang dah comot ni." Ujar Roy sambil menyapu blusher pada pipi isterinya. Luna hanya duduk diam sahaja tanpa membuat sebarang pergerakkan. Dia hanya akur sahaja dengan tindakan suaminya.

"Ok dah cantik. Lepas ni kita makan ya sayang." Ujar Roy. Roy mengambil kerusi dan duduk sebelah isterinya. Pinggan tersebut diletakkan di hadapan mereka. Roy menyuap isterinya suapan demi suapan. Hati Roy semakin lega apabila isterinya menerima suapan tersebut tanpa bantahan.

"Sedap tak abang masak?" Soal Roy.

"Se..sedap..tsk..tsk.." Ujar Luna sambil menangis perlahan.

"Sayang...kenapa menangis lagi ni? Kalau sayang nangis lagi abang gigit pipi sayang nanti. Sayang nak kena gigit ke?" Soal Roy. Luna pantas menggelengkan kepalanya.

"Sayang..abang ada satu hadiah untuk sayang ni. Abang ambil kejap ya." Ujar Roy lalu mengeluarkan sebuah kotak merah.

"Taada....tengok ni. Abang ada beli hadiah untuk sayang. Cuba teka apa ada dalam ni?" Soal Roy.

"Sa..saya tak tau.." Ujar Luna perlahan.

"Ok kalau macamtu abang bukakan untuk sayang ya. Tengok ni..1..2..3..suprise..cantik tak?" Ujar Roy dengan perasaan gembira.

Luna melihat seutas rantai bersama diamond biru yang berkilauan. Sudah semestinya rantai ini mencecah berjuta ringgit. Roy segera memakaikan rantai tersebut pada leher isterinya.

"Sayang suka tak? Sayang nampak cantik bila sayang pakai rantai. Ini adalah tanda cinta abang seutuhnya untuk sayang. Walaupun rantai ini sangat mahal, mahal lagi cinta sayang untuk abang. Abang cintakan Luna Casidy hingga akhir hayat kita. Hanya kematian sahaja yang akan memisahkan kita." Ujar Roy sambil menitiskan air matanya dengan perlahan. Dia memeluk tubuh isterinya dengan penuh erat sekali. Wajahnya dibenamkan pada leher isterinya. Luna dapat merasakan air mata suaminya mengalir pada lehernya.

Tanpa Luna sedar, air matanya turut jatuh juga. Dia menangis bukan disebabkan terharu akan suaminya. Dia menangis kali ini rancangannya hanyalah sia-sia sahaja untuk melarikan diri dari suaminya. Betullah apa yang dikatakan oleh mimpinya termasuklah ibu kandungnya sendiri. Dia selama-lamanya tidak akan dapat melarikan diri dari suaminya. Hidupnya kali ini hanya bergantung pada suaminya. Kali ini makan mandinya hanya bergantung pada suaminya. Hidup matinya juga terletak pada tangan suaminya.

Roy adalah suami yang sangat luar biasa baginya. Tidak kira jahat, cinta Roy terhadapnya sungguh dashyat kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Tidak kira dia lari sejauh manapun Roy tetap ada di mana-mana.

Because he's my husband and know entire of my life is belong to him.

Luna merenung sejenak sementara Roy masih memeluk tubuhnya. Kali ini dia menangis meratapi tubuhnya yang sudah tidak mempunyai kedua dua belah tangan dan kaki. Roy memotong tangan dan kaki miliknya kerana tidak mahu dia melarikan diri sekali lagi dari suaminya.

"Luna Casidy sudikah awak menjadi isteri kepada Roy Mendez?" Roy melutut di hadapan Luna sambil mengeluarkan sebentuk cincin. Luna menutup wajahnya untuk menahan malu.

"Kenapa sayang nak malu-malu ni? Cakap jelah yang sayang tu sudi sebenarnya. He..he..he.." Ujar Roy sambil menyakatnya.

"Bukan sebab itulah. Kalau ya kot janganlah nak propose kat depan tandas ni malulah orang tengok." Luna melihat sekeliling agar tidak dilihat oleh orang lain. Tapi orang tetap juga akan berada di situ kerana tidak semena-mena Roy membuat proposal cun-cun di hadapan tandas awam.

"Tak kisahlah depan tandas ke, kat hospital ke apa ke. Yang penting abang betul-betul ikhlas nak jadikan Luna sebagai isteri abang. Sayang sudi tak?" Ujar Roy dengan penuh merayu. Luna hanya pasrah sahaja melihat wajah sayu Roy yang betul-betul berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai isteri Roy.

"Tak taulah..nak terima ke taknak?" Ujar Luna sengaja mahu mengusik Roy.

"Luna..please jangan macamni. Abang betul-betul cintakan Luna dari awal kita bertemu." Ujar Roy. Luna juga sudah lama menyimpan perasaan terhadap Roy disebabkan sikap Roy yang sangat mengambil berat terhadap dirinya. Luna sangat selesa apabila bersama dengan lelaki bersikap seperti ini.

"Ok..satu dua tiga..Luna terima!!!" Ujar Luna lalu berlari ke arah tandas perempuan sengaja mahu mengenakan Roy.

"Seriuslah!!! Luna janganlah lari dari abang!! Pakailah cincin ni dulu!!" Ujar Roy lalu berlari ke arah tandas tersebut dan tidak mengambil peduli kepada kaum perempuan yang turut terkejut semasa di dalam tandas tersebut.

-----------------------------TAMAT--------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience