Jangan engkau lari
Dari masa sukar ini
Engkau telah berikrar!
Bahawa engkau takkan lepaskan
Semua ini
Maafkan aku tak selalu berada
Di sisi kamu
Aku biarkan kamu bertarung berseorangan
Tapi aku di sini sekarang
Dan selamanya
Selagi Allah memberikan rahmat-Nya
Maka jangan engkau lari
Hadapilah ini dengan sabar
Engkau telah bermati-matian
Untuk sampai ke sini
Aku ada di sebelah mu
Kita harunginya sama-sama
17.4.18
#cintadiri
Share this novel