Bab 104

Romance Completed 207871

"Sayang betul ke boleh jalan lagi ni. Abang tengok kaki sayang dah bengkak sangat ni. Kak Sal cakap hari tu kalau kaki dah bengkak, waktu bersalin dah dekat. Abang risau la sayang. Kita tak payah pergilah" pujuk Caden pada Intan yang sedang bersiap di hadapan cermin.

"Ala.. sayang nak jalan-jalan je, lepas tu kalau ada jumpa pop corn caramel, sayang nak beli.. boleh lah abang.." pujuk Intan lalu melabuhkan duduk di sisi Caden. Lengan Caden diusap perlahan. Aduh.. ni yang tak tahan ni.

"Sayang janji, lepas beli pop corn tu kita terus balik" tambah Intan lagi.

Caden yang mendengar sudah meraup wajah. Kepala yang tidak gatal habis digaru. Ish! payah sungguh la..

"Kalau abang saja yang keluar belikan pop corn caramel tu tak boleh ke?" soal Caden. Masih rasa berat hati mahu membenarkan Intan keluar dalam keadaan yang sudah sarat itu.

"Tak nak..! sayang nak beli sendiri dan nak makan di sana.." balas Intan lalu berpeluk tubuh dan bibir dimuncungkan. Aduh.. merajuk pulak..

Serba salah Caden jadinya. Telefon dalam poket diambil dan nombor Carlos di dail.

"Carl, tolong aku. Datang rumah sekarang" kata Caden pada Carlos.

"Sekarang? kau nak ke mana?" soal Carlos.

Mengeluh Caden sebelum soalan Carlos dijawab.

"Afrina ajak aku keluar, dia nak jalan-jalan dan beli pop corn caramel" kata Caden.

"What? eh, Intan dah sarat tu, bahaya la. Buatnya dia sakit nak bersalin kat tengah pasaraya tu macam mana?" soal Carlos bimbang.

"Aku dah cakap tapi Afrina nak juga. Bila aku tak benarkan, dah merajuk ni ha" kata Caden serabut.

"Aduh.. kenapa baru sekarang nak makan pop corn tu. Lepas bersalin tak boleh ke?" soal Carlos.

"Kalau boleh lepas bersalin, aku tak call la kau!" Caden sudah tinggi suara.

"Sorry.. serabut" kata Caden lagi.

"Hm.. okeylah, aku datang sekarang tapi ingat, kalau sakit sikit pun kita terus pergi hospital" putus Carlos.

"Okay, thanks" jawab Caden lalu talian ditamatkan. Hai, Carlos pulak yang risau lebih-lebih. Aku suami ke dia suami. Ah.. tak kisah la!

"Sayang.. sayang.." panggil Caden pada Intan yang ada di sisinya.

"Okay, abang setuju tapi janji, walaupun sakit sikit, kita terus pergi hospital" kata Caden yang meminjam ayat Carlos tadi. Bercahaya terus wajah Intan. Besar senyumnya.

"Thanks abang" kata Intan lalu dilabuhkan cium pada pipi Caden.

+++

"Sabar sayang, sikit lagi kita sampai hospital" pujuk Caden sambil memegang tangan Intan yang sudah terbaring di ribaannya. Kuat tangan Caden dipegang Intan, berpeluh-peluh wajah Intan menahan sakit.

"Carl, tak boleh laju lagi ke?" soal Caden pada Carlos yang memandu.

"Den, kau nak dengan kita-kita sekali masuk hospital ke?" soalan Caden dibalas soalan juga. Bukan Carlos tak nak laju tapi kelajuan sekarang ni memang dah dikira laju. Silap haribulan terus ke rumah mayat pulak nanti.

Mendengus Caden apabila Carlos menjawab pertanyaannya begitu.

"Sikit lagi nak sampai, aku dah call Dr Dani tadi dan diaorang dah standby, cuma tunggu Intan sampai ja" balas Carlos yang tekun memandu.

Itulah, Intan nak sangat ajak Caden jalan-jalan di pasaraya. Tak nak beli apa pun. Hanya makan angin lihat gelagat pengunjung dan membeli pop corn caramel saja. Ikutkan Caden memang tidak mahu turutkan tapi kalau tidak diikut, macam tadi lah, panjang sedepa muncung bibirnya itu. Mujurlah diajak Carlos bersama, kalaulah tadi Caden hanya berdua dengan Intan, entah macam mana jadi pun tidak tahu.

"Den, sampai" kata Carlos. Terbang habis apa yang difikirkan Caden tadi. Laju pintu kereta dibuka Carlos dan jururawat yang sudah sedia menunggu pantas memantu Intan untuk baring di atas stracher. Setelah pasti dengan kedudukan dan keselesaan Intan, stracher ditolak ke labour room. Waktu itu Dr. Dani sedang menunggu Caden di pintu.

"Den, nak masuk sekali tak?" soal Dr. Dani pada Caden yang sudah basah dengan peluh.

"Boleh ke?" soal Caden pula.

"Boleh asalkan kau tahan dengan darah" balas Dr. Dani sambil memandang tepat ke wajah sahabatnya itu.

"Kau macam tak tahu siapa aku" balas Caden lalu pantas kaki mengikut langkah Dr. Dani.

Sebaik sampai di dalam, Caden dipakaian pakaian khas beserta mask dan kemudian dibawa masuk ke dalam. Waktu itu dilihat Intan dalam keadaan susah payah menahan kesakitan. Laju kaki melangkah ke arah Intan yang sudahpun disiapkan untuk proses kelahiran.

"Sayang.. i'm here" panggil Caden lalu memaut rapat jemari Intan dan mengusap pipi wajah Intan yang sudah memerah. Basah tubir mata Intan dengan air mata. Dr. Wan yang mengetuai pembedahan membuat pemeriksaan pada Intan. Caden hanya mendengar dan melihat sahaja disamping memberi semangat pada Intan untuk melahirkan zuriat mereka. Hampir satu jam tetapi tiada tanda-tanda Intan akan melahirkan.

Tiba-tiba Dr. Wan datang menghampiri Caden.

"Puan Intan ada masalah, dia tak dapat lahirkan anak secara normal. Ada komplikasi" kata Dr. Wan ringkas.

"She must be dissected immediately, I mean, caesar, I'm worried the baby will drown. I need your approval before I continue" kata Dr. Wan. Caden melihat wajah Intan sudah memerah dan lemah sahaja.

Caden mengangguk setelah Dr. Wan memberikan penerangan ringkas padanya berkaitan pembedahan yang akan dijalankan dan satu dokumen telah diserahkan oleh seorang jururawat untuk Caden tandatangan sebagai persetujuan.

Tidak lama Intan berjaya bersalin secara ceasar. Caden bersyukur sangat-sangat. Tadi bukan main risau lagi bila Dr. Wan maklumkan mungkin akan ada masalah.

Bayi yang baru lahir itu letakkan di atas dada Intan yang masih lemah dan Dr. Wan bertanya.

"Puan, sila lihat jantina anak Puan dan bagitau saya" kata Dr. Wan pada Intan.

Dalam tangis gembira Intan melihat kali pertama bayi yang dikandungnya itu dan berkata.

"Lelaki, anak kita lelaki abang" kata Intan dan kemudian terus mata Intan terpejam dengan tangan yang terkulai ke sisi.

"Sayang!" jerit Caden.

+++

"Comelnya dia.." kata Shira yang sedang memangku Aariz Raiyan. Ya, itu nama yang diberi Caden pada permata hati mereka. Tanda cinta dia dan Intan. Bergenang tubir mata Caden, pantas jari naik menyeka air mata agar tidak menitis.

Carlos yang ada di sisi Shira juga sibuk memangku Raiyan. Menggeliat bayi itu kerana diganggu tidurnya.

"Kalau dah comel tunggu apa lagi, work hard Carl" usik Caden pada pasangan yang baru berumahtangga itu. Memerah wajah Shira bila digiat begitu.

"Tunggu la dulu, honeymoon tak puas lagi, kan sayang. Lepas ni kita buat anak ramai-ramai" kata Carlos pada Shira. Menjeling Shira pada Carlos, suka cakap yang bukan-bukan. Caden yang mendengar sudah ketawa. Lain perangai Carlos bila sudah berkahwin ni, mulut tak ada insuran, yang jadi bahan dah tentu si Shira.

"Hm.. kesian cucu atuk kena gomol ya. Sini atuk nak pegang pulak" kata Tuan Rahman yang baru sampai. Belum sempat duduk, cucu dulu dicari. Caden yang ada bersama di ruang tamu itu sudah tersenyum. Ada saja ayah mertuanya ni. Tiap-tiap hujung minggu pasti dia datang ke rumah ini untuk bermain dengan cucu. Apa yang bayi dua bulan itu tahu, makan tidur, makan tidur sahaja.

Tidak lama Kak Sal datang ke ruang tamu membawa dulang berisi air dan kuih yang dibuatnya tadi.

"Jemputlah makan semua, panas lagi kuih keria ni" ajak Kak Sal.

"Kak Sal marilah makan sekali" ajak Shira pula.

"Eh, tak apa. Kak Sal dah makan tadi" balas Kak Sal.

"Kau happy?" soal Carlos pada Caden yang ralit memandang Tuan Rahman yang sedang memangku Raiyan.

Caden tersenyum sambil memandang Carlos di sisinya.

"Kenapa kau tanya?" soal Caden pada Carlos.

"Nothing" balas Carlos sepatah.

"Dah tentu aku happy, itu adalah tanda cinta aku dan Afrina" balas Caden.

"Handsome cucu atuk macam atuk masa muda-muda dulu" kata Tuan Rahman.

Kata-kata Tuan Rahman buatkan tercetus ketawa.

"Ada pulak macam atuk, macam Uncle Carl kan Raiyan" sampuk Carlos pula.

"Eh eh eh.. kalau dah handsome dah tentu macam daddy dia, kan Raiyan" kata Caden pula.

"Amboi.. semua tak nak kalah" sampuk Shira pula.

Bergema gelak tawa di ruang tamu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience